tabung que

Friday, January 15, 2010

Al-Fatihah2

10.01.2010
Arwah meninggal jam 6.40 ptg semalam. Jenazah tak sempat dikebumikan malam itu. Kami anak beranak berjaga. Bacakan Quran dan sedekah Yaasin untuk arwah. Semua anak cucu arwah bermalam di rumah kakchik. Semua kelengkapan untuk menguruskan jenazah diserahkan pada Bilal Zul dan Imam Abdul Talib. Alhamdullilah semua urusan pengkebumian selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Arwah disemadikan di perkuburan yang sama dengan arwah ayah, mak dan adik beradik beliau sebagaimana yang dipesan ketika arwah masih hidup. Ramai jiran tetangga dan rakan taulan arwah yang datang menziarah. Terima kasih kepada semua yang mencurahkan tenaga dan juga yang sedekahkan bacaan Yaasin dan Al-Fatihah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Al-Fatihah

09.01.2010
Lebih kurang jam 9.30 pagi, kakchik call.ayah sakit tenat.lelah.dia suruh balik segera. kakchik pesan call semua orang. tanganku dah menggigil.badan lemah.aku cari no telefon adik2 untuk sampaikan pesan tetapi tak jumpa. nasib baik suamiku ada. dia tolong call adikku.sampai pesan. aku terduduk dan terus menangis. suamiku terus berkemas. nasib baik dia seorang yang kuat semangat. siap berkemas, kami terus bertolak balik kampung Ketereh, Kelantan. Sepanjang perjalanan aku tak putus-putus berdoa. bacakan Yaasin. Kami sampai rumah kakchik lebih kurang jam 6.10 ptg. kereta dan motor penuh di laman.sedara mara dan jiran2 membanjiri rumah. hatiku tak sedap. aku tengok kakak-kakak sudah menangis. aku terus naik. aku tengok ayah terbaring sedang nazak. sedara mara sedang bacakan Yaasin dan ajar beliau mengucap. aku terus terkam kakinya.menangis. hanya aitu yang aku mampu pada ketika itu.aku panggil2 namanya walaupun aku tau dia sudah tak mendengar suaraku. suami dan sedara mara tenangkan aku. bila dah tenang, aku terus ambik wuduk dan bacakan Yaasin. aku sempat habiskan satu kali Yaasin...jam 6.40 petang ayahku dijemput Allah.Aku menangis dan redha dengan pemergiannya. Alhamdulliah, beliau tak sakit lama. semua orang terkejut sebab beliau tak sakit dan sihat pada hari sebelumnya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.