tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, September 21, 2010

kerana harta

kerana HARTA ...

manusia boleh menjadi sombong, bongkak dan pertalian keluarga boleh terputus!

itulah yang banyak terjadi sekarang ini. aku pun pelik dan tidak faham. bila dah kaya, berharta dan berpangkat...hubungan kekeluargaan tergadai. ada orang yang nak dapatkan harta sanggup memijak orang lain wlp adik-beradik sendiri. sanggup asalkan dapat harta. sanggup 'mengecek' mak bapak tukar nama hartanah atas nama sendiri wlp masih ada adik beradik lain yang perlu di bahagi sama rata.

semua sanggup. itulah manusia yang tamak dan berhati busuk!

ada juga manusia yang telah kaya dan berharta mula menjauhkan diri daripada kaum keluarga saudara mara yang dirasa miskin. sebab apa?mungkin sebab malu kalau berdamping dengan orang2 miskin atau takut saudara-mara yang miskin menumpang kekayaannya...entahlah! harta makin bertambah, makin berlagak sombong...

hakikatnya...sedarlah....walau sekaya mana, apabila meninggal esok..hanya kain putih yang membalut badan. hanya iman dan amal sebagai bekal. hanya sedekal jariah yang menolongmu...




Friday, September 17, 2010

jom masak-masak


petang raya pertama, acara untuk memasak nasi beriani pun bermula....



sedih pulak kupas bawang ni...



tokmama sedang menyukat beras. 1 beras dan 1.5 air!



goreng ayam untuk ayam masak merah



daging beriani




dah boleh makan...nasi minyak, ayam merah, daging beriani & acar

Juadah wajib mak mertuaku!


Thursday, September 16, 2010

Raya Pertama ~ 1 Syawal / 10 Sept 2010



tema baju raya kami tahun ni...purple..
beraya di rumah adik ipar di taman setia indah, JB.


babah, que & ibu



bersama suami tersayang

Juadah di pagi raya...



laksa johor


kesukaanku...jemput makan!


raya pertama kami hanya di rumah. makan tidur makan tidur!
hari pun hujan...tak ada orang datang beraya pun...

petang suami menjemput mama (mertuaku) di rumahnya Taman Perling. dia akan menjadi chef untuk masak nasi minyak, daging beriani dan ayam merah. semua itu adalah menu wajib di hari raya. tahun ini menu ini di raya ke2 sebab semua orang berkumpul.



Wednesday, September 15, 2010

pinjam RM5 ke RM10

sedang aku berdiri tepi jalan menunggu bos aku untuk sign doc dan cek, tiba2 aku didatangi seorang lelaki berumur lingkungan 45-55 tahun. agak2 akulah.

tiba-tiba...kak, pinjam duit RM5 ke RM10 kak.
aku terkejut dan cakap tak ada. memang aku tak bawak duit sbb aku tunggu bos nak sign cek dan doc sahaja.

aku berdebar2 sebab orang masih tak ramai kawasan setiawangsa ni. ramai lagi yang bercuti melihat pada banyak parking yang kosong dan kedai2 yg masih belum bukak.

bila aku cakap tak ada, dia kata tak apalah. siap tanya aku orang mana dan dia beritahu dia orang Kluang, Johor. Apa punya orang daa...tak kenal mata hidung tapi boleh meminta pinjam duit sesuka hati. nasib baik aku tak bawa handbag atau purse.

nak kata orang tersebut sakit mental, nampak macam sihat dan sempurna...macam2 ada lah!

Friday, September 10, 2010

takutkan mercun dan bunga api

jakun betul anak aku!

sepupu2 dia bukan main seronok main bunga api dan mercun. berlari2 sambil memegang bunga api dan menyanyi2 lagu raya. ingat zaman aku kecik2 dulu. cuma suasana amat berbeza. kat sini, beraya di kawasan taman perumahan. seronoknya tak sama dengan suasana kampung.

berbalik cerita bunga api...que bukan main menjerit2 apabila disua bunga api ke arahnya. dia amat takut dan berlari masuk dalam rumah. dia siap marahkan ibu dan babah. katanya nanti tangan terkena api. tak boleh main mercun. bahaya!kelakar...padahal kanak2 lain seronok...mungkin sebab kami tidak dedahkan dia dengan mercun dan bunga api. kalau beraya di kelantan pun, aku tak benarkan dia pegang bunga api. agaknya dia teringat kata2 ku yang mercun dan bunga api bahaya. nanti terkena tangan. que memang cepat serik!

dia mengintai jauh2 dan tak tahannya disuruh dukung...macam2 anak ibu.
sepupu2 dia yang excited simpan bunga api sebab nak main dengan dia agak frust. mungkin tahun depan dia akan lebih berani. tapi kan, kalau fikir2 elok juga dia takut nak main. satu selamat dan yang kedua kami tak perlu bazirkan duit beli bunga api dan mercun. haha..kedekut betul...

apa2 pun, aku agak seronok melihat anak2 saudara sebelah suamiku bermain bunga api dengan girangnya. berdentum-dentum bunyi mercun di kawasan perumahan ini. agak meriah dan terasa suasanan raya. tambah pula kat tv ada siaran langsung nyanyi lagu raya...

alamak...teringat kampunglah pulak...

baju raya...nasib baik ingat!

baju raya....perkara paling penting apabila sambut hari raya.

malam tadi, kami tertinggal baju raya. nasib baik sampai di ampang point hubby tiba2 teringat.

"ibu..baju raya ambik tak?"
"alamak...tertinggal"
"pusing balik...."
"itulah awak...kan babah cakap ambik letak kat kerusi"

itulah...akibat terlalu excited nak balik raya...barang yang paling penting boleh tertinggal. nasib baik baru 10 minit perjalanan kami...kalau tak...raya tahun ni tak bermakna tanpa baju kurung, baju melayu, samping dan songkok. baju2 tersebut aku dah siap gosok dan hanger dan tersangkut dalam bilik. itu yang boleh tertinggal. careless betul aku ni!hihi..padan muka...kalaulah sampai JB baru teringat..alamak...kena cari baju raya emergency lah...

kami tiba di Taman Perling jam 6 pagi. singgah bersahur di R&R Machap.
nak cerita pasal bersahur...kat situ hanya ada 2 kedai yang jual makanan seperti nasi/mee. kami terpaksa beratur. agak lama kami beratur, tiba2 diberitahu nasi dah habis. orang pulak makin ramai. ada seorang pakcik di belakangku dah marah2 dan membebel. budak2 yang bekerja kelam kabut memasak nasi goreng.

lebih kurang 20 minit menunggu, akhirnya dapat bersahur dengan nasi goreng yang berharga rm2 sepinggan. kalau tahu macam inilah gayanya, aku bawa bekal atau beli siap2 dari KL.


Tuesday, September 7, 2010

tersayunya hati ini!

tiba-tiba....

hati ini tersayu. rindukan mak. airmata mengalir. sebenarnya hanya mak aku yang memahami aku dan tak pernah walau sekelumit pun menyakiti hati aku. malah dialah ibu yang mengubati hati aku semasa aku kesedihan. apabila aku menangis dan ditimpa kesusahan, hanya nama mak yang terluar dibibirku. begitulah penangan kasih mak pada aku.

mak...aku sayang mak.
raya ni kita tak dapat berjumpa. orang raya rumah mertua di JB. mak pun faham. begitulah rutin aku sejak bergelar isteri.

mak...
hari ini hati anakmu tiba2 tersentuh. sayu. sedih. ada orang telah melukakan hati anakmu ini. biarlah tak perlu diberitahu siapa orang tersebut. mak...rindu sangat pada mak...mengalir pulak airmata ni...

mak..
rasa nak peluk dan cium mak!

mak..
raya tahun ni, che (ayah) tak ada. ini tahun pertama che tak ada. harap2 semua adik-beradik akan tabah beraya tanpa che. doakan arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. puasa terakhir tahun lepas, arwah begitu beria2 nak berbuka dengan semua anak cucunya. rupa2nya itulah puasa terakhir arwah.

mak..
orang rindu mak dan che. orang selalu doa mak panjang umur. biarlah orang dapat berbakti pada mak. mak jangan tinggalkan kami ya mak. tahun depan orang beraya dengan mak.

mak oh mak

maaflah. hati aku tersayu sungguh hari ini.

pada orang yang selalu buat aku menangis, terima kasih banyak2. aku tetap sayangkan kalian semua.




Saturday, September 4, 2010

batuk...bilakah kau akan pergi?

sungguh...tak tahan sangat kalau batuk. sakit dada. sakit urat perut. yang paling tak tahan sampai terkuar air kecik. situasi ini selalu terjadi kepada wanita. aduhai...

bila batuk, lemah satu badan. petua yang aku jumpa, minum teh o+air limau nipis. stim sunkist+sedikit garam, minum air asam jawa dan satu lagi kapur sireh+air limau nipis dan sapu ke dada dan leher. jika berani, cubalah...kalau ada lagi petua, jangan segan2 nak kongsi yer. terima kasih!

mulanya, que si kecik yang batuk. teruk betul dia batuk. malam2 dia tak boleh tidur. bukan saja dia yang tak tidur malah aku juga turut berjaga menggosok2 dadanya dengan vicks. kesian dia...sampailah aku nekad bawa HKL dan masauk wad. itu semua akibat batuk yang berpanjangan. sekarang dia dah baik, aku dan babah dia pulak yang kena.

batuk oh batuk...

bilakah agaknya kau akan tinggalkan aku. tolonglah....aku nak raya. segan pulak dengan orang kalau kita asyik batuk2 kan?

raya pun tak ceria nanti...

blog list - Ben Ashaari


entri aku pada kali ini bertujuan untuk menjadi blog list Ben Ashaari.

pasti anda kenal Ben Ashaari kan?beliau adalah seorang blogger tegar yang selalu berkongsi idea dan info dengan readers. beliau telah membuka peluang kepada bloggers baru seperti aku untuk menjadi blog list beliau dan sebagai memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Ben, aku menampal header blog beliau sebagai pengenalan kepada entri ini.

sebagai info, blog aku adalah berkisar kepada kehidupan seharian kami sekeluarga terutamanya kisah putera kesayang kami iaitu nafiz naqiuddin, kekadang terselit cerita teman-teman dan orang-orang yang berkait dengan kehidupan kami. blog aku amat sesuai di letakkan di bawah kategori Tulis Diari.

Sempena Syawal yang bakal menjelang,aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepad semua yang sudi membaca dan menjengah blog aku yang tidak seberapa ini. biarkan aku menulis di sini...

salam aidilfitri.






Friday, September 3, 2010

ketupat oh ketupat

ketupat oh ketupat




ketupat yang dimakan bersama rendang

rupa ketupat pulut 3 bucu....


macam terasa-rasa jer kesedapan ketupat pulut yang mak aku buat. biasanya mak aku akan buat dua jenis iaitu ketupat manis yang berinti sambal daging dan satu jenis lagi ketupat tawar yang boleh dimakan dengan rendang atau tradisi kat Kelantan cicah air gula melaka.


Masa mula-mula kawin, suami aku agak kehairanan melihat ketupat pulut yang dicicah dengan air gula melaka. "makan macam tu ke?"........."a'aa...boleh jugak makan dengan rendang. ikut selera masing2. cicah air gula melaka ni memang satu tradisi sejak turun temurun. saper yg nak makan, silakan...kalau yang tak nak makan...tak payah ler".


jika beraya di kelantan, aku akan masak rendang daging atau ayam kerana suami agak 'keberatan' untuk makan ketupat yang dicicah dengan air gula melaka.


tahun ni aku tak dapat nak makan ketupat pulut 3 bucu. tahun ni kami beraya di JB, rumah MIL. tahun ni memang giliran beraya di JB. aku tak kisah beraya di JB atau di Kelantan asalkan dapat beraya bersama suami dan anak tersayang.


biasanya juadah utama kami pada hari raya adalah nasi minyak bersama daging beriani + ayam masak merah. itu adalah kebiasaan MIL setiap tahun. memang sedap sesangat. jiran2 akan bertukar2 juadah. meriah!namun, ketupat yang kudambakan tiada...huhu..nak buat camana...hati, sabarlah. nanti mak kirim pada adik-adik balik KL nanti yer. teringin sangat nak makan ni...mengidam ke?


terbayang2 wajah ibuku membuat ketupat. proses membuat ketupat ni agak lama. namun emakku tetap gigih membuatnya setiap tahun kerana ketupat adalah juadah utama di pagi raya. tanpa ketupat seolah-olah tiada seri di hari raya....walaupun raya haji. begitu besar penangan ketupat ini. pernah emakku tertido sambil membungkus ketupat palas ini. kesian emakku...

rindunya raya di kampung bila teman2 asyik bercakap tentang balik kampung...

rindunya ketupat palas 3 bucu!

Thursday, September 2, 2010

salam aidil fitri, ampun & maaf


lagi seminggu kita akan menyambut hari raya aidil fitri.


di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf terutama buat suami tercinta. ampunkan ibu di atas segala salah dan silap, tutur kata mahupun perbuatan yang menyinggung hati babah. sesungguhnya ibu ingin menjadi seorang isteri yang baik untuk babah dan ibu yang sempurna untuk naqiuddin...namun sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kekhilafan. maafkan daku wahai suami tercayang!i luv u...

untuk keluarga tercinta...aku terlalu menyayangi kalian dan terima kasih di atas sokongan dan memahami diri ini. Mohon maaf di atas segala salah dan silap.

kawan-kawan yang baik hati...tak perlu aku listkan nama sebab semua kawan adalah baik hati (sila senyum kerana mendapat pujian), korang rasa aku ada dosa ngan korang tak?ada atau tak ada, aku tetap nak mohon maaf di atas segala kesalahan yang sengaja aku buat atau tanpa disedari...termakan, termengumpat..terhutang..haha..yg ada hutang tu, aku akan bayar..harap bawa bersabar yer...silalah bukakan hati, lapang jiwa korang...ucaplah.."siti...sesungguhnya dengan ikhlas hati, aku telah maafkan mu"...hahha...kan elok tu...semoga kalian bergembira dan berbahagia di hari raya nanti bersama baju baru, kuih muih, kereta baru, baby baru, suami baru, isteri baru, gf baru, bf baru, dan apa2 saja yang baru...

kepada yang balik kampung, sila berhati-hati semasa memandu...pandu cermat dan berhemah. ingat orang tersayang dan keluarga yang menunggu kepulangan anda!

jangan berebut2 nak balik beraya rumah mak sendiri, ikut giliran...buat macam aku. tahun ni giliran beraya kat Johor...sama sahaja, keluarga suami keluarga kita juga kan?kepada para suami yang selalu beraya rumah mak sendiri jer...bawa2 insaf bahawa isteri pun ada keluarga juga...fahamilah naluri isteri yang nak juga merasa beraya ngan mak ayah serta adik-beradik dia...

akhir kata.....................

Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


Terimalah lagu ini untuk kalian: