tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, October 30, 2010

Bumi Cinta


akhirnya, malam tadi aku berjaya menamatkan Bumi Cinta.
Cerita amat berkesan untukku. Sebuah novel pembangun jiwa. Watak Muhammad Ayyas digarab dengan cukup baik sehingga pembaca boleh menyentuh perasaannya, jiwanya dan boleh jatuh cinta kepada pemuda itu. Ilmu agamanya cukup tinggi dan seorang yang berjiwa kental.

Muhammad Ayyas juga dilihat seolah Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaikha, namun keimanannya kepada Allah mengatasi nafsunya. Akhirnya 'Zulaikha' dapat ditewaskan dan Ayyas menangis kerana dia hampir2 terjerumus ke lembah maksiat. Jika iman tidak kukuh di dada, pastinya insan bergelar lelaki akan tewas dengan pujuk rayu perempuan sejelita Linor.

Allah memberi nur & hidayah kepada Yelena & Linor untuk mengenali Islam dan berjuang kerana Allah. Linor atau nama Islamnya Sofia mencari Ayyas yang diibaratkan lelaki semulia nabi Yusuf untuk dijadikan suami dan meluahkan keinginannya untuk menjadi isteri Ayyas.

Ayyas akhirnya jatuh cinta kepada keikhlasan dan ketakwaan Linor namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Sofia ditembak oleh ejen Zionis yang mengetahui Linor telah memeluk Islam dan berpaling tadah kepada Zionis.

Sebenarnya, aku tidak pasti sama ada Sofia meninggal atau selamat setelah Ayyas membawanya ke hospital. Penulis meninggalkan pembaca dengan persoalan dan membuat andaian sendiri.

Tidak sia-sia Bumi Cinta hadiah suamiku...sayang babah!




bila tiba waktu pagi...

setiap pagi...beginilah naqiuddin...menangis. tak nak bangun. mengantuk. macam2 alasan.
kadang2 dia akan cakap..."cutilah ibu"...kecik2 dah nak ponteng yer...

"ibu dgn babah kena kerjalah sayang. nanti dapat duit nak beli susu, nak bayar sekolah, nak beli mainan. nak tak?". begitulah setiap pagi...mesti kena pujuk. kalau pujuk tak makan dia tetap akan melalak jugak...apabila dah mandi dan bersiap...dia akan ok jer...sebenarnya naqiuddin ni malas nak bangun pagi jer.

macam2 gelagat anak ni. walau apa pun gelagat si kecil ini, dialah permata hati kami dan pengikat kasih kasih sayang kami.

nak camera macam ni boleh ibu?


alamak...kecik2 baru 3 years dah mintak dengan ibu camera Nikon. pantang nampak depan mata mesti ambik dan action2. semua button dia nak tekan. nampaknya minat si kecik pada camera sudah terserlah. tak apa nak...boleh buat duit kalau teror main camera ni. kasi shoot cantik2...boleh jadi photograher popular nanti...hehhehe....kalau kuah tak tumpah ke nasi?

'ibu..belilah..kita nak macam ni jugak'...permintaan yang buat aku terfikir sejenak...

Friday, October 29, 2010

akhirnya tutup satu cawangan

adat dunia business...apa nak buat kan? dalam keadaan ekonomi gawat yang melanda syarikat, pihak pengurusan terpaksalah mengambil keputusan untuk menutup satu cawangan di Kemaman. kesian pulak aku tengok teman seperjuangan yang terpaksa kehilangan kerja. mereka lelaki. beban tergalas di bahu mereka untuk menangung keluarga. namun, aku yakin kemahiran yang mereka miliki akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan. muda-mudahan...

itulah keputusan yang paling tepat. jika tak mampu, tak perlu ada lagi cawangan yang hanya menambahkan pening kepala big boss bila time gaji. nak bayar sewa dan segala bil. duit keluar laju seperti air tetapi hasil untuk syarikat?tiada...sudah lama big boss beri peluang kepada mereka tetapi nampaknya mereka berlenggang sahaja dan hujung bulan dapat gaji. alangkah senang! bagus boss. aku amat memuji keputusan itu. kadang2 kita terpaksa berkorban...jika harapkan kasihan tetapi hujung bulan nak pening2 buat apa. aku tumpang pening sebab aku berada di bahagian akaun & gaji.

sekarang hanya tinggal HQ & Puchong...mudah-mudahan big boss aku akan berjaya. Dia ada duit dan melabur pada syarikat yang dijaga sepenuhnya oleh rakan taulan tetapi nasib tidak menyebelahi beliau sehingga ke hari ini ianya masih jatuh bangun seperti anak kecil yang baru belajar berjalan walhal syarikat ini sudah agak lama.

siapa yang salah? aku hanya pemerhati...aku tidak ada hak untuk bercakap siapa yang salah dan siapa yang betul.

Doa aku semoga syarikat boss aku akan maju jaya!




JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI


Ben Ashaari adalah satu nama yang tidak asing lagi dan cukup popular di kalangan blogger. Beliau adalah seorang blogger tegar dan setiap entrinya pasti mencuit hati ramai peminatnya walaupun entrinya sebaris ayat. Memang cukup berbisa dan aku rasa beliau ada auranya tersendiri.

Untuk kali ke 2, Ben membuka peluang kepada blogger baru untuk menyertai blognya sebagai blog list. walau hanya seketika diberi ruang parking di blognya, namun ia cukup bererti bagi blogger baru seperti aku. aku harap kegagalan kali pertama akan membuahkan hasil kali ini. Ben..kasilah peluang!

Wokey!


Wednesday, October 27, 2010

dah tau aku tak suka kan?

kadang2 orang ni kan...dia tau yang kita memang tak suka. beri alasan apa sekali pun, kalau kita tak suka akan tetap tak suka. kita ada alasan tersendiri mengapa kita tak suka.

tak suka. full stop!

susah sangatkah nak faham?susah sangatkah nak menjaga hati ini?atau sekeping hati ini tak perlu dijaga?

dia tetap akan buat, buat dan buat...lagi lagi dan lagi!

atau dia memang sengaja untuk sakitkan hati aku?aku tak nak fikir macam tu...tetapi kalau depan mata ternampak apa yang aku tak suka itu berlaku...apa nak buat lagi. hanya hati yang akan tercalar.

Bak kata pepatah seorang teman, kereta tercalar nampak di mata tetapi hati tercalar siapa yang tahu!


Monday, October 25, 2010

Aku tengah syok layan 'Bumi Cinta'

Bumi Cinta adalah novel terbaru Habiburrahman El Shirazy. Dah lama aku mengidam buku ini. akhirnya minggu lepas suamiku hadiahkan aku novel ini.

Kisah mahasiswa bernama Muhammad Ayyas yang membuat tesis di Moscow Russia...layann..

Hari Sabtu lepas, suami sorok novel ini...seharian aku mencari. dia membalas dendam kerana aku menyorok rokoknya...hahha...puas aku mencari satu rumah (rumah aku bukan besar pun)...tapi tak jumpa. mana dia sorok aku pun tak tau...akhirnya pagi Ahad, dia meletak kembali di rak bawah tv...

sambung kembali pembacaan..kalau ikutkan hati, sanggup aku tak tidur malam kerana nak habiskan novel itu...tetapi kehendak itu tak boleh dilayan. jika dilayan alamak tak bangun pagi aku nak kerja hari ini...sendiri mau ingat!

tujuan aku blogging?

semua orang masuk dunia blog ini dengan tujuan masing2.

aku?aku hanya sekadar ingin menulis, meluah dan mencoretkan apa yang terbuku dalam hati aku. tak kiralah cerita pasal aku atau orang2 sekelilingku...aku tak kisah sama ada blog aku ada orang baca atau tak baca. kalau ada yang berminat membaca, Alhamdulillah...terima kasih banyak2 lah...kalau sekali singgah, lain kali jemputlah datang lagi...aku amat menghargai anda. kalau blogku sunyi tanpa pengunjung pun tidak mengapa...aku tidak pernah sesekali menyesali dan akan berhenti menulis di sini.

aku gembira di blogku yang tidak seberapa ini...

aku juga suka menyinggah blog rakan2 wlp aku tidak meninggalkan sebarang jejak...blh dikatakan sebagai silent reader...mungkin sudah banyak blog yang aku singgah tanpa pengetahuan tuan rumah....jangan marah yer!

politik @ office

aku menyampah betul...sumpah!
aku cukup tak suka...bingit...memang bingit...
apa nak buat....aku ibarat kancil. tersepit kat tengah2.gajah-gajah dok bergaduh...ke mana kancil nak lari...

aku bukan siapa2..aku bukan board director...tetapi aku hairan kenapa semua datang kepada aku nak mengadu macam2 pasal office dan macam2 pasal perangai director yang pelik2. aku bukan pakar motivasi...bukan...bukan...bingit kepala otak aku...aku juga yang kena jadi orang tengah. tolong sampaikan pada si A ni yer...datang pulak B...tolong sampaikan pada A dan C yer...

jika tersalah cakap...kancil juga yang kena...nanti gajah A akan cakap...Kancil cakap. aikk...bila masa lak aku yang cakap..bukan kau yang cakap...

aku dah penat...bilalah agaknya gajah2 ini akan berdamai...korang pergilah rehat kat mana2. refresh balik minda dan kemudian datang balik bekerja dengan hati yang tenang dan minda Gred A...

aku penatlah...kalau beri gaji aku RM5k oklah jugak...hahha...

naqiuddin pandai menyanyi

sedar tak sedar anakku naqiuddin dah berumur 3 tahun 2 bulan. macam2 yang dia dah pandai. hari2 ada sahaja cerita daripada taska dikongsi bersama kami. ada sahaja cerita kawan2 taskanya.

paling best hari-hari ada sahaja lagu baru yang dia belajar dengan kawan2nya di taska. taskanya sebagai tempat transit bagi pelajar2 sekolah kebangsaan. maka tak hairanlah kalau banyak ilmu yang merapu dia dapat di taskanya.

Jumaat minggu lepas, ada lagu baru yang agak kelakar dia menyanyi-nyanyi...

din din aladin
naik motor tak ada lesen
nak kawin tak ada cincin
balik ke rumah botak licin


bila aku tanya siapa yang botak licin?dengan laju dia jawab...'babahlah'.....hahha..dah kena lah tu!


hati

apa ada dalam hati?
hati kita hanya kita yang tahu...Allah sudah pasti...

yang pasti, hari ini dalam hatiku ada cinta, ada sayang...

Cinta pada Allah yang satu
Cinta pada suami, anak dan keluarga
Sayang pada teman2 seperjuangan

kadang2 hati kita gembira dan adakala hati kita sayu dan sedih
pada Allah dan orang2 yang dicintai kita meluahkan rasa itu
berkongsi rasa itu

bersyukur pada Allah...kerana anugerah 'hati' pada kita untuk merasai semua
rasa2 yang ada di dunia ini

Friday, October 15, 2010

Tompi - Tak Pernah Setengah Hati (Indonesian Song)

Lagu ini...hadiah suamiku.
lagu ini buat aku terharu dan juga buat aku menangis di dada malam...
matiku hidupku kan selalu

mem

1000 Tahun Imran Ajmain

sebuah lagu yang menusuk kalbu...


tinta untuk suami

suamiku...
dengarlah dan fahamilah
walaupun aku selalu melafazkan kata2 ini kepadamu
namun aku tidak pernah puas untuk mengatakannya lagi
ketahui lah sayang
aku amat menyayangimu dunia dan akhirat
di dunia ini aku menjadi isterimu
di akhirat jua aku selalu pohon pada Allah agar kita dijodohkan jua di syurga
sayang...kita membina rumahtangga ini atas dasar cinta dan saling memerlukan
tiada paksaan didalamnya..sungguh tulus dan suci
akhirnya kita di anugerah seorang cahayamata yang amat comel
hari-hari kita sungguh indah dan bahagia
membesarkan anak comel dan pintar itu
hari-hari doaku agar Allah memberi lagi anugerah zuriat buat kita
aku berharap agar satu hari Allah akan makbulkan doa ini
mengandung dan melahirkan zuriat buatmu
amat indah dan bahagia
walaupun sakit namun kegembiraan itu mengatasi segalanya

kita layari rumahtangga kita tahun berganti tahun
kini ianya sudah 5 tahun...terasa sekejap masa berlalu
namun ketahuilah sayang
cintaku kasihku padamu tak pernah berkurangan
malah ianya sentiasa segar dan bertambah
tidak pernah terdetik satu penyesalan engkau sebagai suamiku
malah aku bangga dan bersyukur
kau adalah jodohku yang telah ALLAH tulis di Loh Mahfuz
gelora dan badai rumahtangga kita tempuhi bersama
kita selalu menang
aku berdoa...kita akan terus menang menempuh gelora dan badai

suamiku
biarlah kita bersama...selamanya melayari hidup ini
hanya NYAWA yang akan memisahkan kita
jangan biarkan ada tangan2 yang cuba memisah kita
jangan biarkan ada hati2 yang cuba memisah kita
jangan biarkan tangan dan hati kita sendiri yang memisahkan kita

selagiku bergelar isterimu...aku tidak putus2 mendoakanmu
menjadi suami yang terbaik
menjadi babah yang terbaik

aku akan menjadi isterimu selama mana kau membutuhkan aku menjadi isterimu
genggam segala cinta kita
sematkan dihatimu

andai satu hari...kau 'terjumpa' intan yang berkilau
kau peluklah aku sekali...
aku rela melepaskanmu seperti mahumu...

luahan,
isterimu


baik buruk FB...

boleh dikatakan semua orang tahu apa itu FB..tak boleh guna komputer/laptop..hentam sajer guna FB Mobile...sesuatu yg OBSES di kalangan manusia akhir zaman ini...

FB ni ada baik dan buruknya...yg paling baik adalah dapat mencari dan berjumpa kawan2 lama. dunia tanpa sempanan. walau di mana jua dan berapa lama tak jumpa, kita akan menjadi akrab dan mesra. persahabatan yg telah lama terputus selepas persekolahan dan masing2 membawa haluan sendiri, akhirnya terjalin kembali dengan adanya FB. boleh tengok anak berapa ramai, boleh tengok rupa suami.isteri kawan kita dan macam2 lagi aktiviti kawan2 kita yang kita boleh tahu.

tetapi..AWAS...FB juga memainkan peranan yang amat penting jika tersalah guna atau kekadang tanpa direncana kita terguna tanpa sedar...seperti...mengumpat sesama kawan dan menyebarkan gosip...macam2..seperti yang anda pernah lakukan...siapa yg buat dia akan terasa...hanya Allah yang tahu apa yang anda buat walaupun anda sembunyikan daripada pengetahuan orang...

dan yang paling tak tahan adalah apabila isteri/suami/pasangan bercinta yang curang melalui FB ini..mereka bebas bermesra di dalam FB tanpa pengetahuan pasangan masing2...aduh..amat bahaya dan merosakkan sesebuah perhubungan...akan timbul masalah cemburu, bergaduh dan paling sedih ada yang sampai bercerai dan CERAI/TAKLIK dilafazkan di dalam FB ini...issshhh..ishhh...ishhh...begitu dahsyatnya...

ada juga yang bermegah2 dengan kelebihan diri dan harta yang dimiliki. kes sebegini juga banyak berlaku...mereka akan menayang segala kelebihan diri...baju baru, kasut baru, rumah baru, kereta besar, gelang emas baru...bagi mereka ini adalah tidak salah, tetapi tanpa mereka sedar akan menimbulkan fitnah dan umpatan. ada rakan FB yang tidak suka akan bercakap.."itu pun nak tunjuk kat FB. tau lah ko baru beli kereta besar. nak menunjuk,,". mungkin itu antara umpatan yang akan dilempar. apa hukumnya aku tidak pasti kerana aku bukan orang yang arif tentang hukum hakam agama.

ada ustaz yang berceramah tentang baik-buruk FB...boleh dicari di Youtube atau ada rakan2 FB yang share kan video tersebut di FB mereka. boleh dijadikan panduan...

aku sengaja bercakap dan meluahkan...sebab aku pun ada FB.
apa yang baik kita ikut, apa yang tak kita jauhi...

renung-renung kan...




apa pendapat korang?

sedang aku menjelajah blog di waktu lunch...aku terjumpa sesuatu yg boleh dikongsi bersama...

apa komen?

ini adalah surat rasmi drp suami kepada isterinya:-

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keya kin an untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kin i sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Thursday, October 7, 2010

lama betul aku tak menulis di sini...

di office bz sangat.
balik rumah banyak pula kerja rumah yang menunggu.
terasa rindu pulak dengan blog yang mulai bersawang.
tunggulah wahai blog...bila aku ada kelapangan, aku akan mengunjungi kau macam biasa.
aku akan meluahkan segala rasaku di sini