tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, December 14, 2010

sedikit nasihat

kakak cleaner datang buat kerja macam biasa. seperti biasa sambil kerja dia akan bercakap2, bercerita..dia sorang yang ramah, baik hati & lurus. disebabkan kelurusannya kadang2 kita akan terasa tersindir walhal dia berniat baik.

hari ni, dia bagi tips simpan duit.

"kau simpan tiap bulan RM100. kalau tak dapat RM100, RM50 pun jadilah. janji kau simpan. jangan usik duit yang simpan tu walaupun tak cukup duit belanja. kau ikhtiar cara lain kalau kau tak cukup duit. macam akak, kalau tak cukup duit akak akan pinjam. akak akan cakap dengan kwn akak yang beri panjam tu, akak ada duit simpan tapi tak nak ambik. kawan akak beri. akak bayar bulan2".

dalam hati aku berkata, kalau cakap mcm tu masa nak pinjam duit ada ke orang nak beri sbb orang akan anggap kita ada duit tapi kita tak nak guna duit sendiri tapi pinjam dengan orang pula. tapi lain orang lain pemikirannya.

akak ni bagus, walau hanya kerja cleaner part time dan kerja hantar makanan ke wad2 di Gleneagle Hospital, dia dapat saving banyak. dulu dia kerja kilang. hari ni dia beritahu aku dia nak beli kereta baru dan nak bayar down payment RM10 ribu...wowww...bravo akak. tabik spring lah...duit tabung haji dah penuh, tunggu nama naik jer lagi...ada saving utk anak dia 3 orang. sama banyak...opppss..ada rumah. pastu duit EPF berpuluh ribu...pencen nanti senang lah dia...

elok cara akak tu. tapi live dia very simple. tak ada baju mahal, kasut mahal, handbag mahal...semua simple...tak ada gaya langsung. kalau anda mahu seperti dia, korbankan barang2 branded yang selalu beli...hidup sederhana. gaya sederhana. makan sederhana. semua sederhana. haruslah banyak duit di bank anda.

hidup anda..anda tentukan...aku?akan cuba kak...

jika tak boleh terima arahan

buka kedai sendiri atau buka syarikat sendiri. arahkan diri sendiri buat kerja dan ambil pekerja ramai2 dan kau arahlah mereka buat kerja. selagi nama kau bekerja dengan orang dan ada bos di atas kau, kau mesti dan kena terima arahan dan buat kerja apa yang disuruh dan diminta oleh bos. jangan pula nak melawan-lawan dan buat muka...jika terlalu banyak kerja yang dibebani oleh bos, bawa berbincang dengan bos.

jika tak boleh sangat..pusing kanan tak suka bos. pusing kiri pun tak suka bos...senang jer.kau BERENTI jer lah...cari bos lain yang kau suka...

kenapa manusia suka bermuka-muka?

kenapa yer?

depan kita cakap macam ni, depan orang lain cakap macam tu. pastu apa yang kita cakap, pergi cakap pula dengan orang seolah-olah nak melaga-lagakan. ada juga manusia yang seperti ini sedangkan solat 5 waktu tak pernah tinggal. adakah mereka tidak kenal dosa melaga2 orang? ataupun mereka jenis orang yang seronok tengok orang bergaduh sesama sendiri atau berselisih faham. sungguh tidak faham. jika orang tidak kenal, perwatakan yang baik dan lembut adalah termasuk orang-orang yang baik dan sopan santun. jangan tertipu! mereka juga berperangai yang kurang baik tetapi tersembunyi disebalik sifat2 itu. sungguh kecewa jika kita ada kawan yang perangai sebegini kan?






Monday, December 13, 2010

hukum menghadiri walimatulurus

cuti sekolah adalah sinonim dengan kenduri kahwin...bila kita berjalan, hari2 kita akan nampak canopy yang pelbagai warna tema...sungguh cantik!ingat pulak masa kahwin dulu...

tengahari tadi semasa kami keluar mencari nasi ayam di dato keramat, kami ternampak ada majlis kahwin yang diadakan di padang futsal. suami sahaja buat lawak.

"jom kita pergi makan kat situ jer lah...dorang bukan kenal & cam pun"
"ishhh...mana boleh...tak baiklah. orang tak jemput. yang ibu tau haram kalau pergi makan kalau kita tak dapat jemputan"

"kalau orang jemput, kita tak pergi macamana pulak?"
"kalau orang jemput, kita wajib pergi. kecuali kita sakit atau ada alasan yg munasabah".

rupanya nak menghadiri kenduri kahwin ni, kita kena tau apa yang boleh dan apa yang tak boleh...boleh dapat info kat SINI.

BEN ASHAARI BLOGLIST 2011

diharap kali ini ada rezeki aku masuk bloglist En Ben...biarpun hanya seketika, namun kesannya aku rasa amat berbaloi2...dapat kawan2 baru yg pastinya...bila dapat kawan baru, InsyaAllah akan bertambah follower aku. Blog En Ben ni ramai tetamu, mana tau kan dalam ramai2 tetamu En Ben tu, ada yang sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ini.

Aku hanya update blog masa lapang. tak kiralah masa lapang tu datang bila, kalau watu kerja ada masa terluang, aku akan update blog...kalau hujung minggu tu semestilah...cakap banyak tak guna, lebih kurang 1-2 entri jer En Ben!huhu..








hari belajar bersama cikgu GARANG


hari ni hari Ahad yang sungguh bosan. tak tau apa yang nak dibuat, aku merengek2 manja dengan suami untuk belajar mengedit photo. aku tau dia akan bosan melayan aku..dia ajar hari ni, esok lusa aku akan lupa...dia seorang cikgu yang garang. patutlah dia tak jadi cikgu sekolah. kalaulah dia jadi cikgu, alamak hari2 student bernanah telinga...tapi belajar dengan dia kita akan cepat pandai..yg part cepat lupa tu atas daya ingatan masing2 lah...hehhe..banyak kan makan kismis!

antara hasil yang aku dapat buat hari ni...itu hanya basic...lain2 cikgu kata lenkali pulak. nanti awak lupa kalau banyak2...huhu...BAIKLAH CIKGU SAYANG!


semoga kasih kami hingga ke hujung nyawa

ini senyum sebab babah cakap nak ajak kami peri sunway lagoon...bila?tak dapat diberitahu lagi kata babah...ohhh sungguh kuciwa...

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

berlalunya 1431H dengan segala kemanisan & kepahitan. jadikan kepahitan satu iktibar & kemanisan suatu kenangan terindah. amalan yang bocor2 perlulah ditampal dan diperbaiki, jadikan ianya lebih cantik untuk tahun baru 1432H ini. marilah kita sama2 berhijrah.

"biarpun hidup seribu tahun
kalau tak sembahyang apa gunanya"

kita terlalai & terleka dengan keasyikkan dunia sehinggakan kita terlupa dengan akhirat yang pasti.

Sunday, December 5, 2010

sama tapi tidak serupa

Ini cerita minggu lepas, tetapi minggu lepas aku malas nak update blog. opppsss...minggu lepas aku busy siapkan tender. tak sangka, aku buat tender sorang2 yang valuenya RM9.9 juta. kalaulah tender ni dapat...sajer jer lah bos aku tak naik kan gaji staff paling setia ni. aku bukan nak cerita pasal ni lah...

kami jalan2 klcc minggu lepas...tiba2 ternampak satu kedai yang menjadi kegilaan para wanita sekarang. itu untuk yang berduit sahaja...yg tak berduit hanya gilakan nama sahaja. ada sale lagi. aku pun masukkan sebab ramai orang. kalau tak ada orang, haram aku nak masuk kedai mahal macam tu....pernah hubby ku cakap, apa salahnya masuk...bukan salah pun. tapi aku ni jenis segan sikit...hehhe...tengok2, belek2...lembutnya kulit dia...geramnya dalam hati. berbunga2 rasa...kalau aku beli ni, alamak tak makan bulan ni....hubby ku cakap, kalau ada rezeki terpijak, saya belikan untuk awak...rezeki terpijak?oklah tu..maknanya dia ada juga niat nak belikan untuk bini kesayangannya.

tak dapat beli, dapat bergambar pun jadilah....


tak dapat yg ORI...dapat yg seakan2 pun jadiklah...
cantik tak?kalau ada yang berminat nak beli COACH ala-ala gini, bgtau yer...cehhh..cehhh..blh business ni...

suamiku jadi pelakon?

ya ke?macam tak percaya jer...pelakon bidang terjun....apa2 lah janji masyukk duit poket...balik kerja petang semalam, dia bawa balik kemeja dan kasut baru. itu baju architect...haaa?apa tu?baju nak pakai esok...kena jadi pelakon sebagai architect...alkisahnya, org production sewa office dia untuk lokasi berlakon...tiba2 pulak dia jadik pelakon...beberapa jam dapatlah RM150 yg dihadiahkan kepadaku...dapat belanja dinner malam tadi makan nasi beriani gam di Mak Tim Cafe AU2. sedapppp....

aku: esok ada lagi tak?
suami: mana ada...awak ingat saya ni keje pelakon..
aku: hehhe..mana tau kan...dapat duit lagi

mata duitankah aku?takderlah..kan rezeki namanya. bukan mencuri atau meragut.

sebut pasal meragut, dia pernah juga jadi pelakon sebagai perompak dan peragut, sampaikan terkoyak jeans baru dia...

apa salahnya kita buat part time yang halal dan tidak salah dari segi agama dan undang2 Malaysia. jangan part time mengorat anak dara atau bini orang sudahlah..mau mengamuk aku!