tabung que

CafeMom Tickers

Sunday, December 11, 2011

family day @ permaisuri apatment Port Dickson

Minggu lepas kami berkumpul family sebelah suami di permaisuri apartment di PD. Seronok apabila sesekali dapat berkumpul. penginapan kami ditaja oleh sha iaitu biras aku yang tinggal di kajang. rezeki yang ingin dikongsi bersama keluarga. terima kasih daun keladi. ada rezeki kami pula belanja ya!


Memang meriah dengan perjumpaan 22 ahli keluarga. Itu pun ada keluarga yang tak dapat datang kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Kami check-in pukul 4 petang lebih. Anak2 dah tak sabar nak swimming. 


 babah ajar que swimming

 anak-anak dara

 que minta nak beli ni tapi ibu tak belikan pun

 tempat habiskan duit

 melayan anak lumba lari

 bergambar kenangan sebelum balik

 que & sepupunya adiba

inilah dia Sha...birasku yang sponsor percutian. tqvm.

Rasa macam tak puas kat PD, next time boleh pergi lagi...menurut Sha, harga promotion apartment adalah RM288 sempena Matta Fair. Normal adalah RM500+....berbaloi2. Biliknya memang luas dan boleh memuatkan 3 keluarga. Nak masuk ramai2 pun boleh janji bawa tilam & bantal sendiri. Permaisuri Apatment ni terletak di Tanjung Biru...

Saturday, December 10, 2011

berendam di ulu yam

sedang jemur baju, tiba2 idea datang nak piknik...terus panggil anak. bisik kat anak. "que..cakap babah nak pergi piknik". Anak pun terus sampaikan mesej...babah terus bertanya..."piknik apa lagi? kat mana?"

"sungai congkak...". laju aku jawab.

"cepat siap". laju aku siapkan jemuran. kalau dah lampu hijau kerja mesti pantas, kalau tiba2 dia jadi merah balik plan tak menjadilah...haha...memang taik lalt kat kaki lah katakan...kata mak aku...orang yang ada taik lalt kat kaki memang suka berjalan...

Sesampai di Ulu Yam, kami mencari port yang cantik. Dah kena bayar parking pulak sekarang. RM4 per entry. oklah kan. kereta pun selamat. nak horey2 tak boleh berkira...kami angkut barang terus cari tempat lepak...dah bersih kawasan perkelahan ni. terjaga. Berbaloi kami bayar rm4 tadi. 

Kami bentang tikar dan susun makanan. Que tak sabar2 nak main air...masuk jer dalam air, "mak aii..sejuknya...". Que selamba jer...main air, berendam, berenang, main pasir...disebabkan dia tak ada kawan, maka ibulah yang jadi kawan permainannya. 

Sedang syok main air, hujan tiba2 turun...kelam kabut babah angkut barang2 masuk kereta. Dia ambilkan payung dan kamera tripod. jadilah khemah kami...kelakar! maklumlah kami tak ada khemah...jiran2 sebelah cantik jer lepak dalam khemah time hujan...Nampak gaya next time kena beli khemah...ada hati nak pergi lagilah tu!

kesian..tak ada kawan bermain

melayan que main air...ibu tumpang berendam sekali...

Monday, November 21, 2011

menyepikan diri

Tiba-tiba hari ini teringatkan blog...aku ada blog rupanya! hehe..dah berbulan masa aku tinggalkan blog ini sehingga aku terlupa yang aku ada sebuah blog..tempat bermain2 di kala kesepian...namun semenjak hobi membaca novel aku datang kembali ni, blog dibiarkan sepi sendiri. inilah dia antara segelintir blogger main-main! bukan blogger tegar...yg saban masa mengadap blog..update entry....tak dapat aku nak melayan blog kalau aku dah melekat dengan novel2 kesayangan aku ni hingga suami sendiri menuduh aku tersampuk jin novel..ada ke jin novel? agaknya adalah kot...semua masa yg terluang aku isikan dengan membaca novel...

Kalau aku dah mengadap novel jangan sesekali nak ajak bersembang...kalau aku tak layan jangan kecik hati pulak yer. suami dan anak dah faham sangat perangai ibu yang melampau ni. lebih baik aku baca novel daripada dok bergosip kan? heheh...

Aku sebenarnya ni boring sesangat tahap kelawar dah ni..ohh sebuh pasal kelawar malam tadi kelawar dah masuk rumah aku. berdecit-decit bunyi...si cici sibuk mengejar. aku ingatkan kumbang atau spesisnya. tiba-tiba benda alah ni dah terlanggar kepala aku maklumlah malam kan, agaknya dia tak nampak kan sebab aku tutup lampu...tapi bukan ke kelawar bermata cerah di waktu malam? ahh lupakan jer...aku bukan main melompat bangun kejutkan suami...suami menangkap kelawar gunakan kain buruk..rupanya dia pun geli jugak nak pegang. ingatkan kaum lelaki semua berani...hehehe...inilah akibat kalau tidur malam tak tutup sliding door...
Bila anak bos nak balik ni? kalau anak bos balik aku bolehlah balik sambung baca novel...boringnya aku...sejuk2 macam ni balik tidur best ni....

adoiii...apa yang aku merapu ni??? 

Sunday, October 2, 2011

Layan Bini-biniku Gangster

hari ni terpaksa kerja. aku perlu siapkan company profile untuk project manager bawa jumpa prospect client. katanya lunch appointment. harap-harap dapatlah projek dan berbaloi aku pergi office buat company profile. Hari ni Que temankan aku. Beria-ria dia nak ikut. Transport aku macam biasalah merah putih...siap ada pemandu...bila agaknya aku nak register lesen kereta ni....

balik rumah que kepenatan. makan nasi goreng dan minum susu terus tertidur. Aku pun tumpang sekaki. bangun tidur perut dah menyanyi...masak bihun goreng seafood dan karipap pusing frozen food sahabatku suhaila. Suami dan anak makan bertambah-tambah. agaknya lapar bangun tidur kot...sambil2 cuci baju otakku ligat berfikir aktiviti nak hilangkan boring.

Tiba2 teringat agenda minggu lepas yang tak tertunai...'Bini-biniku Gangster'...sebenarnya minggu lepas aku dah pergi dengan Que kononnya nak tengok cerita ni tapi kehabisan tiket...frust. Akhirnya layan Que main game...ohhh lupa nak cakap minggu tu babah tak ada. Outstation ke Ipoh. Hari ini aku teruskan niat itu. Aku booking online tanpa pengetahuan suami. Bila dah settle booking baru bgtau...dalam hati cuak juga kot dia tak mau ikut...akhirnya dia layan...Que pun enjoy...cuma aku tersilap ambil seat 3 baris di depan. maklumlah lama dah tak tengok wayang..maklumlah ini first time menonton di TGV Wangsa Walk. Last aku tengok wayang citer Nur Kasih di KLCC...layan sorang2 time kerja...hahha...ambil kesempatan semasa berurusan di Petronas.

Cerita dia best juga...sebenarnya aku suka lakonan Shahizy Sam...nampak gayanya Filem 8 jam nanti pun bolehlah tengok wayang lagi...boleh ker babah?



Saturday, September 24, 2011

makin hari makin malas

kenapalah penyakit M ni membaluti diri aku ni...malas betul nak update blog. macam2 aktiviti yang berlaku terbiar begitu jer...kalau dah penyakit M ni aku tak ubati dulu, rasanya makin suram blog aku ni...aku tabiklah pada blogger2 yg rajin update blog, ada yg sampai 10 entri satu hari...kdg2 terfikir jugak, depa semua ni tak ada kerja ke apa?
sekarang ni, kat office aku amat bizi dan tak sempat langsung nak jengok blog...kat rumah pulak mcm2 hal layan karenah anak dan suami tercinta...pastu layan diri sendiri..."tido"...hehe...

Saturday, August 20, 2011

Menu Iftar hari ni...

Hari ni masak senang2 jer memenuhi permintaan suami tercinta iaitu tomyam ayam bersantan.
Ayam goreng serta pengat ubi keledek campur sagu.
Air macam biasa kami akan minum air panas.
Nesscafe o untuk suami dan milo kosong untuk aku.
Nikmatnya.

Si kecik Que pula, hanya minum air mineral. Dia memang tak minat minuman manis kecuali susu dia sahaja.
Bagus juga sebab dari kecil belajar kurangkan manis. Si kecik juga sukakan telor dadar. Setiap kali makan
mesti minta telor dadar. Tengahari tadi dia cakap siapa tak puasa tak boleh raya. Dia berjanji nak puasa esok dan
nak bangun sahur malam ni...hehhe..iyalah tu...kami tak kisah sebab dia hanya 4 tahun. Tahun depan bolehlah kami latih dia berpuasa.

Selamat berbuka puasa untuk anda semua. Nikmati hidangan anda dengan rasa kesyukuran!

Tiba2 teringin makan roti john...

20 hari sudah berlalu

Alhamdulillah, sudah 20 hari berlalu...kita berjaya berpuasa dengan tabah dan menahan segala nafsu. Kita juga berjaya menunaikan solat terawih berjemaah...hanya tinggal 10 ramadhan terakhir. Jangan kita lepaskan peluang yang hebat ini. Banyak ganjaran2 yang Allah tawarkan...yang paling utama, Allah memakbulkan segala doa kita. Allah ampunkan dosa-dosa kita jika kita bertaubat nasuha...pintu2 syurga dibuka...

Ya Allah...kau ampun kan dosa2 aku, suami aku, ibu bapa aku, keluarga aku dan seluruh umat Islam. Berkatilah amalan puasa kami, terawih kami, ibadat kami...sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untukMU dan Islam agama kami...

Moga kau panjangkan umur kami sehingga kami berkesempatan untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun hadapan...amin.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan ke 4

Sekejap sahaja masa berlalu. diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah masih dapat berpuasa dengan bersemangat. Syukur juga dapat menunaikan terawih berjemaah di surau berhampiran rumah. Meriah. Kalau bukan bulan ramadhan hanya warga emas sahaja yang sudi ke surau...Alhamdulillah. Berkat bulan ramadhan ni ramai yang ingin mengimarahkan surau. Berterawih dan berselawat...Kanak2 juga ramai memeriahkan surau. solat sekejap lepas tu main mercun...bang bang boom. Walaupun agak mengganggu orang berterawih, suasananya cukup indah. Ingat pula zaman kita kecik-kecik dulu.

Hari ini hujan lebat sangat. walaupun hujan lebat, kami tetap juga meredah pasar ramadhan. aku warning suami, janganlah beli nasi beriani lagi!

Hari ni beli lauk sahaja, roti john dan murtabak singapore. suami pula yang over. nak macam2 tapi aku tak layan. Bila dah makan nasi, kuih-muih dah tolak ketepi. Sebelum makan memanglah nak macam2 sebab nafsu yang menggoda.

Kesian tengok peniaga yang jual air. hujan2 mana ada orang nak beli ais. tak ada rezeki mereka untuk hari ini.


Ramadhan datang lagi


Selamat berpuasa untuk semua. Semoga puasa kita lebih bermakna tahun ini. Rajin-rajin solat terawih. Berterawih tak semestinya di surau/masjid, di rumah pun boleh. Cuma jika berterawih di surau/masjid ia akan lebih meriah. Solat berjemaah bersama qariah kejiranan kita. Berkenal-kenal & beramah mesra sebab kita hidup berjiran.


(gambar drp mr google)


Sepanjang 3 hari berpuasa ini, menu kami tiap-tiap hari adalah nasi beriani. Aku pun pelik kenapa tak jemu-jemu makan nasi beriani. Kami beli berlainan tempat. Ingin mencuba. Nasi beriani hari pertama kurang sedap. Mahal jer. Lauk cipuk. Kedekut betul. Hari kedua rasa boleh tahan dan harga pun boleh tahan. Hari ke 3 pulak memang sedap dan harga 2 bungkus RM25.00. Aku cakap suami, hari ke 4 janganlah nasi beriani lagi. Suami aku memang hantu nasi beriani kambing. Hari-hari makan nasi beriani kambing pun tak ada masalah bagi dia.

Aku pun dah terjangkit perangai dia. Kalau ikutkan Kelantan mana ada femes nasi beriani ni. Sejak duduk KL ni jer aku makan nasi beriani atau lebih tepat sejak aku kawan, bercinta , bertunang dan kawin dengan suami aku. Nasi beriani memang sedap. Sesiapa yang tak suka makan nasi beriani memang anda berada dalam kerugianlah...

Hari ini aku terfikir nak makan goreng cempedak. Aku tengok berlambak-lambak orang jual tepi2 jalan. Hishh...abislah program DIET aku.

Setiap tahun kerja kami adalah ronda pasar ramadhan yang berdekatan dan mencuba makanan2 yang nampak sedap. Jika rasa hampeh itulah kali pertama dan terakhir kami beli. Orang kata kenapa tak masak? Ermm..aku nak jawab apa yer. Kalau aku rajin aku masak tapi masak nasi jer lah. Lauk pauk semua beli. Kalau hari tak kerja memang aku masaklah. Hari sabtu, ahad atau hari2 cuti lain berasaplah dapur aku. hari lain cuma berasap sebab aku panaskan lauk-pauk. Suami aku pula rajin menyokong aku menyoping kat pasar ramadhan. apa nak buat kan? Janji perut kenyang, hati bahagia. Pernah juga tanya suami, "awak ok ker sebab asyik beli jer ni. tak masak". Dia jawab lagi senang. Cepat boleh makan...kos nak memasak pun sama dengan beli siap atau makan kat kedai.

Suami aku request nak makan ikan percik yang aku masak. tunggu yer en suami. isterimu akan masak juga nanti. Tunggu hari tak kerja. weekend ni pulak nak balik JB. alamak minggu depan pulak lah plan nak masak.

walau apa orang nak kata, aku tetap pengunjung setia dan penyokong penjual pasar ramadhan. tanpa mereka susahlah hidup aku...hahha...tahun ini aku lebih berjimat sebab aku beli tak ikut nafsu. aku hanya beli apa yang nak makan dan semuanya HABIS...sebab tahun ni aku DIET...iyo lah tuh!


Sunday, July 31, 2011

nafsu aku tewas kerana paksu!

aku tewas. tewas pada nafsu sendiri yang tak dapat aku kawal...aku cuba kuatkan iman. dah lama aku tak mengunjungi paksu. aku telah berjanji dengan suamiku...suami pegang pada janji aku...tapi pagi tadi..aku tewas jua...semasa suami masih tidur selepas subuh, aku mengunjungi paksu. aku teringatkan dia. esok dah puasa. aku tak boleh buat projek ini. lagi pun mesti paksu pun tak nak...paksu masih tau halal haram! aku keluar bersendirian. tinggalkan anak pada suami...aku melangkah dengan wajah yang segar dan bersemangat. aku sudah lupa pada ikrar aku! aku ketepikan iman kerana nafsu yang membuak ini...

akhirnya
aku terjebak
ikrar pada suami melayang entah ke mana
iman entah ke mana'
aku telah tewas
TEWAS
kerana NAFSU
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
keranamu NASIK KERABU PAKSU
aku tewas pada nafsu ku

DIET ku berkecai...hancusssss

SOGO punya pasal


sungguh meriah. dah macam tsunami manusia di sogo semalam. hanya yang ada kad sogo sahaja boleh masuk. ramai yang pergi dengan tujuan shopping terpaksa beratur buat kad. manusia bersesak-sesak. macam-macam karenah!







en suami layan anak kat bahagian toys. macam biasa aku tukang shopping. nasib baik que tak buat hal. kami hanya shopping baju que. en suami dah mula rimas. semasa beratur nak ambil voucher, suami beritahu kunci kereta tak ada. haru. dia kelam kabut bawa anak pergi kat parking.

Kes naya. Kunci tertinggal dalam kereta. apa lagi terpaksa umpil pintu. macam2 cara suami buat. usaha bermula jam 6.15 petang. nasib baik ada insan yang baik hati menolong. akhirnya jam 9.45 pintu dapat dibuka. itu pun usaha terakhir dengan membuka cermin tingkap.

Gara2 SOGO kami terperangkap di parking tingkat 5 Semua House. Aku pula cuai sebab terlupa bawa kunci pendua. kalau perkara dah nak jadi...lainkali kena lebih hati-hati.

Walaupun penat, aku puas hati sebab dapat jeans que yang sangatlah cantik. Polo, Ben 10 & Hush Puppies. sungguh bergaya anak ibu nanti. ibu dulu kecik2 mana dapat baju raya yang cantik2. Que sungguh bertuah tau...ingat bila que dah besar jangan lupakan ibu tau!


Saturday, July 30, 2011

mari kita meriahkan SOGO

dengar cerita semalam SOGO meriah dengan member sales yang giler-giler...siap dapat voucher lagi. nak bayar q bukan main panjang..tapi berbaloi sebab memang harga runtuh. inilah saat yang ditunggu-tunggu rakyat malaysia untuk shopping raya. raya sakan tu! hari ni ada lagi member sales. jika belum jadi member, boleh berbuat demikian. SOGO memang bijak. dia siap bukak kaunter kat bawah untuk orang register jadi member. makin ramai jadi member makin banyak mereka dapat sales. bijak bijak...pengguna pun bijak sebab tunggu masa sales baru shopping. at least dapat baju-bajan anak-anak dengan harga sehingga 70% diskaun. memang berbaloi...

Semalam aku hanya shopping di Jusco setiawangsa. Orang tak lah ramai sangat. ada member card sales jugak. dapatlah baju que 3 helai. jeans belum sempat beli sebab en suami tak berapa sihat nak melayan aku memilih. masuk bahagian pasaraya beli barang dapur, makanan cici dan macam2. ishhh...nilai duit ni rasa murah pulak...aku rasa tak lah banyak sangat aku beli tapi habis jugak rm400...dapat tukar voucher rm20. Belian rm200 akan dapat rm10 voucher...kira rezeki lah rm20. lenkali boleh shopping lagi.

program shopping baju raya belom abis, hari ni nak menapak ke SOGO pulak. nak tengok dan merasai kemeriahan shopping. 2 hari terakhir sebelum puasa. mesti ramai yang keluar sebab bulan puasa dah boleh rilek kan. tak ada lah penat.

Jom..mari kira serbu SOGO...

Friday, July 29, 2011

bila tak boleh jadi BOSS terus resign!

Politik dalam syarikat. Macam-macam kerenah staff. pening sungguh kepala aku nak melayan. aku bukan boss tapi aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga syarikat ini dalam beberapa bahagian. setiap hari ada sahaja cerita yang perlu aku dengar. pening makcik!

Hari ni punya cerita, seorang staff nak resign sebab dah tak boleh jadi boss. sebelum ini dia diamanahkan untuk menjaga satu cawangan syarikat setelah bos di cawangan tersebut berhenti. Selepas dia jaga aku perhatikan cawangan tersebut huru-hara dibuatnya. Dia sendiri yang perasan jadi bos ni sewenang-wenang nak datang office atau tidak. kalau datang hanya 2-3 jam sahaja. Kemudian keluar tak tau pergi ke mana. Jumpa client kah?window shopping kah?balik rumah kah? hanya Allah yang tahu.

Memandangkan prestasi dan kedatangan yang amat teruk, cakap banyak janjikan projek tetapi hanya indah khabar dari rupa telah menyebabkan Big boss bosan. Minta serahkan balik kereta syarikat dan clear semua project cash yang dah ambil. Bila big boss baik mereka pijak kepala, bila big boss bertegas cakap macam-macam. Sendiri salah tak mau fikir. Manusia ini macam2 dan tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Mereka juga dengan angkuh berkata ' rezeki ada kat mana-mana'. Memang betul tetapi kalau perangai sama pergi mana-mana pun orang akan menyampah.

Aku kesian tengok bos aku yang agak huru-hara berdepan dengan pelbagai perangai staff. Jangan beliau sakit jantung sudahlah! Paling haru kalau meninggal sakit jantung. Isteri beliau yang merangkap pengarah sudah pasti jualkan syarikat ini. Siapa yang susah? aku juga kan...Ya Allah panjangkan umur boss aku...apa yang aku melalut ni aku pun tak tau...Aku berharap ada seorang 'pakcik pencen' yang dilantik oleh boss aku untuk menjaga cawangan tersebut boleh diharap dan tak mengambil kesempatan dengan kebaikan bos aku ni.Janganlah hidup kita ni menyusahkan orang.

Jika tak boleh bekerja dan beri komitmen dengan boss sila berhenti dan buka syarikat sendiri. Ada faham?

Wednesday, July 27, 2011

Adakah aku termasuk dalam kategori ITU?

bacaan tekanan darah aku:


15 July 2011 - blood pressure aku 144/92. terkezuttt....(umur bawah 34 tak boleh melebihi bacaan 135)

Jumpa doktor klinik 1Malaysia dan dinasihat ambil tekanan darah selang sehari sebanyak 5x. Inilah hasilnya.

19 July 2011 - 117/91 (misi: ok ni)

21 July 2011 - 134/66 (misi: hari ni tinggi sikit)

25 July 2011 - 133/96 (misi: bacaan darah yg bawah agak tinggi, stress ker? kalau yg atas dari segi pemakanan)

27 July 2011 - 128/88 ( misi : hari ni turun sikit. datang lagi 2x selang sehari)


secara keseluruhan aku rasa kena berjaga2 dari segi pemakanan, amalkan diet sihat & tangani stress secara positif. ini aku baca kat klinik, yang tampal2 kat dinding tu. selepas 2x check tekanan darah lagi baru aku jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor. aku tak berharap banyak sangat nasihat yg akan aku dapat al-maklumlah klinik rm1...faham2 jer kan.

Maka DIET pun bermula...


Wordless Wednesday



panasss....




Tuesday, July 19, 2011

Pertahankan HAK kita...

Pertahankan HARTA kita. Pertahankan HAK kita. itu prinsip aku. selagi aku masih mampu, aku akan pertahankan segala benda yang memang hak aku. harta aku. Allah dah beri pada aku. Kenapa aku perlu melihat sahaja jika ada tangan-tangan yang cuba merampas hak aku itu. itu hak aku dan anak aku. aku menjaga harta itu untuk aku dan anak aku dan aku berharap harta itu akan menjaga aku dan anak aku kelak.

Aku perlu berjuang. Andai satu hari aku tewas, itu bermakna aku perlu redha bahawa harta itu bukan lagi milik aku. Allah sudah menariknya daripada aku. mungkin aku tidak pandai menjaga dan mengurus harta itu. kalau di geran nya dah ada NAMA insan lain, maka aku perlu berundur...walaupun berat hati ini!

DIET yang terpaksa...moga berjaya!

Selepas check-up hari jumaat lepas. ceritanya kat SINI. aku terus rasa down. takut pun ada. macamana kalau tiba2 aku jatuh...kena strok. kena jantung. anak aku kecik lagi. sape yang nak jaga aku? sape yang nak jaga anak aku...melankoliklah pulak rasa ini. bila bercerita pasal DIET, aku memang fail. aku pernah berkali DIET tetapi tidak berjaya. bukan salah sesiapa. salah aku juga kerana tak berdipslin dan juga tak dapat kawal nafsu makan. untuk cubaan kali ini, harap2 akan berjaya. suami mencabar aku bila aku beritahunya aku ingin diet. 'tengoklah nanti darling...'. kawan-kawan juga beri motivasi. katakan TIDAK kepada nasi kata salah seorang daripada mereka. macam2 nasihat dan dorongan. InsyaAllah...kali ini aku mesti kuat. aku ingin sihat. jika aku berat badan aku turun dan aku jadi kurus, itu salah satu bonus buat aku. apa yang penting, KESIHATAN diri. aku tak mo ada penyakit...tak mo tak mo...

hari ini pergi klinik. buat blood test. resultnya 117/79...'normal ni kak' . budak misi beritahu aku. kemudian aku masuk bilik doktor dan dia tengok result aku. dia hanya beri ubat kolestrol untuk sebulan. telan sebiji setiap malam selama sebulan dan pergi ambil ubat lagi pada 16/8/11. Doktor advise aku pergi klinik selang satu hari selama 5x. mereka akan check blood test & colestrol lagi. terpaksalah demi kesihatan aku...walau kena tunggu 1 jam, rawatan hanya 3 minit.


penyakit jahat!

Hari Jumaat lepas tiba-tiba pintu hati terbuka untuk pergi check colestrol level. setelah kuar result, mak oii...lemah gemalai lutut. HIGH...berkelip2 perkataan kat machine. budak farmasi cakap ngan aku. 'kak, ni tahap bahaya ni kak. tak ada kuar nombor dah ni. terus high ni. boleh kena strok ni kak.' aku terkebil-kebil kat situ. memang terkejut sangat. patutlah gejala-gejala kolestrol tinggi ni aku dah rasa. lepas tu aku buat pulak ujian glukos. Alhamdulillah. result 4.9. budak farmasi cakap normal. oklah. risau juga sebab masa mengandung mmg ada penyakit tu. Kemudian buat pulak blood test. lagi sekali aku terkezuttt...144/92. 'tinggi ni kak. umur akak ni sepatutnya bawah 135'. budak farmasi tawarkan aku macam2 ubat, vitamin & herba. mahal pulak tu...tengah bulan katakan. nasihat budak farmasi 'akak dietlah dulu kalau tak nak makan ubat atau akak terus pergi klinik'.

Terus call suami beritahu. aikkk..kena pot pet lah pulak..."itulah awak, tak jaga makan...makan tak ingat...bla..bla...'. redha sajalah.

Lutut aku longlai sepanjang balik office.




terluka lagi!

kenapa yer orang2 yang kita sayang selalu melukakan hati kita? luka lama telah hampir sembuh. tiba-tiba...ianya tercalar lagi dengan tingkahmu. sakitnya! aku hanya manusia biasa. sejauh mana ingatan itu aku lontar, ianya tetap singgah di ingatanku. aku tak ingin mengenang...aku cuba berlagak biasa dan seolah tidak mengetahui apa2...namun, ianya tetap datang menjengah ruang fikirku. sedih?memang aku sedih...tersayat hatiku hanya Allah sahaja yang tahu. Jika aku burung, aku ingin terbang jauh...jauh & jauh...aku ingin tenangkan hati. mencari damai di hati!

biarlah...biarlah luka itu sembuh sendiri. aku sudah tidak tahu apa lagi ubat yang perlu aku sapu. yang perlu aku telan...aku bersyukur jua kerana aku ada lagi si dia yang mampu buat aku senyum & ketawa walaupun di hatiku hanya Allah yang tahu.


Monday, July 11, 2011

Boleh adik jadi isteri suami akak?

tadi kawan satu office aku si A beria-ria bercerita...sebuah kisah di N9. masa ni dia sama-sama menunggu rawatan urut untuk anak keduanya di rumah Wak. Dia duduk bersebelahan dengan seorang kakak yang berjubah. suami kakak itu seorang ustaz dan sedang berbual mesra dengan suami si A.

Kawan aku ni memang peramah dan tanpa segan silu telah interview kakak tersebut tapi yang bestnyer siap minta maaf sebelum interview. kakak tersebut dengan selamba dan mesra bercerita. soalan pertama dia tanya anak kakak berapa orang. bila kakak tersebut beritahu 18 orang, mulutnya ternganga, terlopong dan mata pejam celik...biar betul kan? kakak tersebut hanya ketawa. dia beritahu anak madunya iaitu isteri pertama ada 11 orang. anak dia sendiri ada 7 orang. dia pergi rawatan untuk anak bongsu madunya yang ada masalah tulang.

Kawan aku ni dah excited, kepoh pun ya gak...hahha...dia boleh tanya macamana kakak tersebut boleh jadi isteri no 2. Kakak tersebut cerita dengan ramah tanpa segan silu. kakak tersebut adalah cikgu di salah sebuah sekolah agama swasta. katanya masa tu dia sedang menunggu saudaranya yang sakit di sebuah klinik. dia perasan ada seorang wanita berjubah yang sedang memerhatikan dia. pandang dan terus pandang. tiba2 wanita berjubah tersebut menghampiri dan bertanya dah kahwin atau belum. kakak cikgu ini beritahu belum lagi. Wanita berjubah terus melamar, 'bolehkah adik mejadi isteri suami kakak?'

Kakak cikgu beritahu dia amat terperanjat. katanya masa itu dia dah ada boyfriend. dia balik dan beritahu keluarganya. keluarganya menentang dan ada yang menyokong. akhirnya perjumpaan antara keluarga ustaz & wanita tersebut diadakan. setelah muafakat dan berkenal2, akhirnya kakak cikgu ni pun bersetuju untuk berkahwin dengan suami wanita berjubah. Apabila kahwin mereka tinggal satu rumah. Masa 3 bulan pertama, isteri pertama asyik menangis. Cikgu mula pelik dan bertanya. adakah tidak suka kan dia jadi madunya? isteri pertama beritahu, memang perit dan sakit apabila terpaksa bermadu dan meminang untuk suami. katanya dia sanggup kerana inginkan payung emas dan inginkan suami merasa bahagia. Dia berpesan kepada madunya, layanlah suami kita dan berikan kebahagiaan malam pengantin.

Dalam masa 8 bulan pertama, bilik isteri pertama dan kedua adalah berasingan. Pada satu malam, ustaz balik daripada outstation dan termenung di ruang tamu. Keluarlah isteri-isterinya dan bertanya kenapa tidak masuk ke dalam salah satu bilik isterinya. Ustaz menjawab, dia tidak tahu bilik mana yang ingin dituju terlebih dahulu kerana bimbang isteri2 nya berkecil hati. Disebabkan itu, mereka telah berbincang dan bermuafakat untuk tinggal dalam satu bilik. Suami mempunyai bilik sendiri. Isteri2 tinggal dalam satu bilik. Suami bebas di dalam biliknya. tugas isteri adalah pergi kebilik suami mengikut giliran dan melayan suami seperti raja. Bertuahkan ustaz atau suami itu kan?

Kawan aku terkedu mendengar cerita kakak cikgu tersebut. kakak tersebut beritahu, kita sebagai isteri mestilah redha dan terima suami untuk berkahwin dan carikan si suami isteri agar suami sentiasa merasa bahagia. Mesti bersifat mujahaddah...akan dapat payung emas. Kawan aku pun tanya, apakah maksud mendapat payung emas tersebut? katanya, payung emas itu akan diberi Allah untuk berpayung dia akhirat kelak...untuk masa sekarang, payung emas itu bermaksud suami ibarat payung emas dan mestilah berkongsi dengan wanita lain agar merasa kebahagiaan dengan suami kita dan suami kita dapat memayung wanita2 atau menjaga wanita2 isterinya di bawah payung emasnya....itulah cerita kakak cikgu tersebut.

Kawan aku terdiam. semasa balik dari rumah wak, bercerita dengan suaminya tentang wanita tersebut...sekarang kakak cikgu tersebut dan madunya sedang mencari isteri ke3 untuk suaminya.

Moga tabahlah wanita-wanita yang bermadu dan beruntunglah para isteri apabila suami mereka berlaku adil...aku?ohhhh tidakkkkk.....aku sentiasa berdoa pada Allah agar suami aku hanya milikku. amin! Jnamun, aku redha dengan qada' dan qadar Allah...

:)) suami kakak tersebut cacat, ada sebelah kaki sahaja.

Saturday, July 9, 2011

kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak

salah satu sifat manusia adalah sentiasa tak puas dengan apa yang mereka ada. mereka tak pernah nak menghargai apa yang mereka miliki dan masih ingin mengejar sesuatu yang tidak pasti.

bak kata pepatah..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti dan mengabaikan apa yang sudah dimiliki. itulah sifat manusia...adakah kita juga ada sifat seperti itu? renung-renung dan fikir-fikirlah...hargailah apa yang milik kita. jangan lukakan hati mereka. jangan buat ikut kepala sendiri. hargailah apa yang mereka telah berkorban untuk kita....adakah ada orang lain yang sebaik dan sesabar insan tersebut yang boleh sabar dan tabah menghadapi kerenah kita?

jangan pula satu hari kita akan terlepas apa yang menjadi milik kita kerana mengharap sesuatu yang lebih indah datang dalam hidup kita. adakah ianya betul2 indah atau hanya indah khabar dari rupa?

ermm...sekadar berkata-kata....

betul ker rumahnya?

Alhamdulillah....kenyang. baru balik makan kenduri kat Taman Melawati. Janji nak pergi sama-sama dengan mak mertua & adik-beradik suami. malangnya jalan jam. mereka dari Kajang tak sampai2 lagi. Disebabkan kami dah sampai dulu, masuk jer lah... mula2nya teragak-agak. suami confirm jalan dan nama pengantin kat banner tu betul...masuklah...

suami intai2 sedara mara dia kot2 kenal...tak ada sorang pun yg kena. alamak...aku dah cuak. betul ker aku tanya suami. dia kata betul. nama pengantin sama macam yg mak dia cakap. kami belasah makan jer lah. lauk sedap-sedap. Alhamdulillah...tercapai hajat aku nak makan kenduri.

Lepas makan, cari tuan rumah...tak tau yang mana satu. ramai sangat yang pakai bunga kat baju,.,.lastly aku tanya sorang kakak tu. "yang mana satu tuan rumah, kami nak balik dah ni". dia pun tanya aku, ohh..ni kenalan dr hisham ker?"...alamak...aku pun a'aa jer lah...hahha...lawak betul bila pergi kenduri rumah yang kita tak kenal.

Sebenarnya rumah sedara mak mertua aku. suami aku pun tak kenal....aku bebel gak lah dengan suami. lainkali mesti pergi sama-sama dengan keluarga dia jika tak kenal orang...nasib baiklah kami pandai kontrol...buat muka tak bersalah dan selamba.

Balik dengan perut kenyang...Alhamdulillah...harap2 halal lah makanan yang aku makan tu sebab kami pun tak pasti betul ke tidak rumah tu sedara mak mertua aku....hahha...

Thursday, June 23, 2011

Tuhan Jagakan dia


Hanya dirimu yang ku cinta

tak kan membuat aku jatuh cinta lagi

aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

walau ku tahu kau tak sempurna

takkan membuat aku jauh dari mu

apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

TUHAN..

jagakan dia

dia kekasihku yang tetap milikku

aku sungguh mencintai sungguh menyayangi

setulus hatiku

BAIK BAIK SAYANG

Puaskah

Wednesday, June 22, 2011

pindah ker bos?

bos aku telah keluarkan fakta. nak pindah office ke puchong. office kat sini nak jual. suruh aku iklankan. cari agent hartanah. bos kata nak jimat kos operasi...betul lah tu. aku setuju bab tu...tapi bab yang jauh aku nak ulang alik tu sape yang nak jawab.

bos aku jawab, pindahlah puchong...ermm...saya akan beri rumah. apa maksud bos yer?nak naikkan gaji?nak beri elaun rumah?nak bayarkan sewa rumah untuk aku?nak belikan rum,ah untuk aku?yang pasti yang last tu bukanlah...hehhe...ingat bos tu bapak kau yer...jangan berangan ler nalhuda...

masih lagi berfikir...apa yang harus aku buat! buat masa ni agak buntu...kalau pindah puchong, aku dekat dengan tempat kerja. suami aku lak?kesian pulak ulang alik...kalau tak pindah, aku pulak yang ulang alik naik bas, naik lrt...keluar 6 pagi..anak masih tidur...balik 8 malam..anak dah tidur...mana life aku?ohhh tidakkk....berenti kerja...ekonomi masih goyah...berniaga? nak berniaga apa? sudah bersediakah aku nak berniaga...modal? nak berniaga apa pun aku tak tau...

masih berfikir...moga Allah beri aku jalan!


Tuesday, June 21, 2011

happy father's day to babah


babah,

we love you so much
thank you to be a loving husband to ibu
thank you to be a super babah to que
you are a great babah
you are a amazing babah
you are our hero
a big HUG to you
love you forever


jalan2 telok batik

Ahad lepas jalan2 telok batik bersama adik-beradik tercinta. biar pun kami kurang harta, tapi kami kaya dengan kasih sayang. walaupun masa kecil2 & remaja selalu bergaduh. itu cerita lama...bila masing2 dah dewasa, hubungan kami amat rapat. i luv my family!

tiba di telok batik lebih kurang 11.15 pagi. dah agak panas. cari tempat yang sesuai untuk bersantai. jumpa satu tempat yang sesuai. dekat pulak dengan tandas. senang sebab anak2 suka buang air...penat membayar sekali masuk rm0.40..salin basah rm1.00. kaya orang jaga tandas!

Siap bentang tikar, terus kami buka bekal nasi lemak & bihun goreng. semua orang kelaparan!
Angin sepoi2, syok giler...sewa 2 biji kerusi malas rm2 sebiji. amat selesa untuk bermalas2...



bekal nasi lemak yang dimasak ciksue. lepas makan sakit kepala.



pakcik awie & beg hijau tak dapat dipisahkan. pakcik sempat buat lawak, katanya tanpa beg hijau ni dia tak boleh berjalan wlp minyak motor penuh...hahha..pakcik lawak sungguh!



yie & isteri baju pink (org sungkai)


siap makan, abang aku awie yang mesra dengan panggilan pakcik terus shopping seluar mandi dengan ditemani anak sedara Yo yang shopping tuala. masing2 teruja nak mandi laut. kami kaum ibu pulak mencari pelampung untuk anak2. akhirnya mengambil keputusan untuk beli lifejaket yang berharag rm10. tak ada kualiti pun, padan dengan harga. mesti ada pengawasan orang dewasa.

anak2 tak suka main air sebab takut ombak. mereka hanya mampu bermain pasir...pakcik awie, yo, dua yie sempat jugak berenang2..aku pula hanya bermain di gigi air melayan que. takut...


afiq ralit dengar cerita que sambil tongkat dagu



main pasir jer lah

Ciksue pulak dah mabuk2. agaknya mabuk ombak...muntah2. sakit kepala. habis semua makanan dimuntah keluar. sementara tunggu ciksue pulih, kami melayan blues. santai2. malas2. sembang2 cerita di zaman kanak2 kat kampung. macam2 cerita keluar. masing2 buat lawak antarabangsa sampai bersimpul urat perut ketawa. sangat seronok kumpul keluarga. sayang sekali suamiku tak ada. aku teringin kongsikan kegembiraanku dengannya.

pukul 4 petang, kami bertolak balik ke Chemor. anak2 kepenatan. semua tertidur termasuklah aku...jaga2 dah sampai di kedai kat simpang nak masuk ke rumah yie. hampir 7 petang kami sampai di taman chemor impian 1.

tak dapat balik Behrang sebab ciksue tak larat nak bangun. semua orang sakit kepala. habis berpapan actifast kami telan...telok batik punya pasal!

malam pula kena bebel ngan en suami sebab tak balik...maafkan daku!

Thursday, June 16, 2011

puisi kasih untukmu




que anak ibu
ketahuilah, ibu teramat sayang padamu
setiap hari kau akan tanyakan soalan ini pada ibu
jawapan ibu tetap sama...sayang sangat
marah ibu pada que sebab ibu sayang
cubit ibu di peha que sebab ibu sayang
jentik ibu di tangan que sebab ibu sayang
rotan ibu di punggung que sebab ibu sayang

ibu tak nak que jadi nakal
ibu marah kerana mengajar
ibu marah inginkan que pandai
ibu marah kerana sayang
ibu tak nak que tersasar

que anak ibu
doa ibu semua yang baik-baik
que jadi anak yang soleh
que jadi anak baik budi pekerti
que jadi anak yang taat pada agama, pada ibubapa

ibu amat bersyukur dengan anugerah ini
que adalah anugerah teristimewa untuk ibu & babah
kami amat sayangkan que
moga Allah panjangkan umur ibu & babah agar dapat mendidik que

sayang que
buah hati ibu & babah



tersalah makan ubat

ishhhh....tak patut betul budak2 ni permainkan saya...

saya selalu sakit kepala kat office. budak2 technician sayalah yang jadi mangsa pergi kedai belikan panadol actifast...entah macam mana hari ni, saya sakit kepala sesangat...seorang technician ni dah beri saya satu pil.

"makanlah kak...ubat ni bagus. kalau sakit kepala memang sekejap jer baik. kami selalu dok makan ubat ni lah." muka dorang serius jer.

saya apalagi, tanpa fikir panjang ambil dan terus telan. sekejap kepala saya yang sedia sakit tu berpusing2...saya menjerit memanggil suami. saya terjelepok dan tak sedar apa2.

Budak2 technician semua dah panik. terus call suami saya dan terus bawa saya ke hospital. 2 hari saya pengsan...

Setelah tersedar, suami dan doktor beritahu saya telah telan pil khayal dos yg agak kuat...terbeliak mata saya mendengarnya...




















Rupa2 nya itu adalah MIMPI saya tadi...terus terjaga dari tidur dan update entri nih...hehehe...



Wednesday, June 15, 2011

muka saya muka ATM ker?

Sepanjang saya bekerja di bahagian kewangan, perkara yang paling tak tahan pernah berlaku apabila boss saya sound macam ni:

"ingat muka saya muka ATM ker? tak ada duit minta saya, tak ada duit minta saya. masuk2 jer bilik saya terus mintak duit!"

Terkedu dan terkebil2 kami dua orang. kami dah tak tau nak bercakap apa. Hanya hulurkan kertas untuk boss tengok.

Agaknya apabila tengok muka kami dah macam ayam berak kapur, boss senyum dan cakap.

"tak per, biar saya fikir"

Kalau dari awal macam tu kan senang. Ingat kami ni nak mintak duit untuk lunch ker boss. Duit yang kami minta tu untuk projek. Bayar supplier...(hanya dalam hatilah).

Itulah...fening2 lalat kerja bahagian kewangan ni. ...boss ni pulak semacam, dia hangin masalah lain semua orang di amuknya. semua company yang related dengan dia kena tempiasnya. Jalan jam pun marah kat driver...macam2 kerenah boss ni...


bila bercakap tentang ego

Sebenarnya, ego tu ada dalam diri setiap manusia. In fact, I believe that setiap orang MESTI ada ego sebab ego tu boleh memberbi kesan positif dan negatif dalam diri seseorang. Tapi... bila dah capai tahap SUPER-EGO tu.. banyak masalah yang boleh timbul.

Ego tu adalah penting sebab it shows how strong -willed person you are. Selagi kita berada di pihak yang betul, buat apa kita korban kan ego kita? But of course, seseorang tu perlu rasional dan menerima pendapat orang lain, dalam menentukan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah. Tapi, sekiranya dah tahu kita berada di pihak yang salah, ha.. tu tak boleh la ego. Dan ego ni, tak perlu ditunjukkan. Sekadar kita tahu dan tetap dengan keputusan kita (tak perlu memaksa orang lain, biar dia dengan keputusan dia..) sudah mencukupi... So, ada ego yang pelu kita kikis, dan ada ego yang perlu ada dalam diri kita. Terpulan pada diri masing2 untuk tentukan yang mana satu... Pada saya, ego adalah lebih kurang dengan riya' dan sombong.

Selain itu, SUPER-EGO juga terjadi bila seseorang terlampau mementingkan diri sendiri dan tidak mahu (degil) untuk menerima pendapat orang lain. Jadi cara untuk mengikis sikap ego yang tak elok, ialah dengan mendengar dan bersabar (dan rasional) terhadap sesuatu perkara. Kena bersikap terbuka, sebab dengan cara itu sahaja kita boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain... All right, that's all.

Tuesday, May 24, 2011

Hantu Buku

Penangan Pesta Buku yang lepas...

Akibatnya dah lama aku tak menjengah dan update blog. ohhh...memang busy dengan jovel-novel pujaanku.

Sambil siapkan kerja-kerja rumah, aku berjaya tamatkan novel-novel ini. Sungguh tragis. Penuh emosi. Ketawa. Menangis sendiri. Suami hanya memandang dan menggeleng. jika aku merajuk dan bercakap bukan2, dia akan cakap 'itulah, banyak sangat baca novel...".

Buku pertama - Sutera Bidadari, karya Ramli Awang Mursyid
Buku ke 2 - RM2.50, karya Norhayati Berahim
Buku ke 3 - Akhir Sebuah Cinta, karya Siti Nur Dhuha
Buku ke 4 - Hingga ke akhirnya (sambungan akhir sebuah cinta), karya Siti Nur Dhuha
Buku ke 5 - 7 Hari Mencintaiku, karya Siti Rosmizah (sedang baca)

Kalau aku rajin, aku akan update semua sinopsis novel yang aku baca ni. Semuanya best...teruskan berkarya untuk semua novelis pujaan hatiku. aku ada untuk menyokong karya kalian. jangan risau yer...hehe..pembaca tegar!


semangat yang kental

hari ini aku berjaya menamatkan hari pertama seminar pemasaran & jualan anjuran PUNB. masih ada 2 hari untuk aku habiskan kursus tersebut. teringat pula zaman belajar. Hari ini aku melihat sesuatu yang membuatku terfikir. Seorang insan OKU yang bersemangat waja.

aku tersangatlah kagum dan respect pada semangat seorang peserta OKU yang datang daripada Kota Bharu Kelantan. Menaiki bas dari Kelantan ditemani anak saudara yang sedang bercuti semata-mata untuk menghadiri seminar atau lebih tepat untuk menimba ilmu demi memajukan perniagaan yang diusahakannya.

Semangatnya begitu tinggi untuk memajukan diri tanpa menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang. Semangatnya patut dicontohi. Walaupun cacat anggota badan, dia tidak meminta-minta untuk menampung hidup. Malah aku rasa perniagaan yang diusahakannya mampu untuk menampung dirinya dan masa depannya. Syabas untuk sahabat baruku. Kita yang sempurna sifat belum tentu akan bersemangat seperti beliau dan tabah menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri.

Semoga beliau berjaya.

Friday, May 20, 2011

cinta yang hambar

ada orang bertanya aku, macamana nak buat jika cinta dalam rumahtangga terasa hambar?apa nak buat yer? aku beri cadangan agar pergi honeymoon. luangkan lebih banyak masa bersama suami atau isteri. imbas kembali saat-saat indah semasa bercinta. katanya, semenjak anak dah masuk 3, kehidupan rumahtangga dah hambar. masing2 dengan hal tersendiri.

Kenapa boleh jadi macam ni?adakah rasa cinta dalam hati sudah hilang?adakah yang masih tersisa hanya sekadar tanggungjawab terhadap anak-anak sahaja?adakah dalam hati sudah 'terisi' dengan cinta baru? pelbagai soalan berlegar-legar. Kenapa rumahtangga yang dibina belum mencevah 10 tahun sudah begini jadinya?

Adakah isteri atau suami bosan dengan kehidupan bersama pasangannya?adakah?adakah? aku tertanya-tanya sendiri....

Walau apa pun yang berlaku di sekelilingku...hati aku, cinta aku tidak akan sesekali berubah...cinta dan kasih ini masih sama seperti dulu...masih segar...adakah fakta isteri lebih setia berbanding suami adalah betul? bagi aku, memang betul.....

Kadang2 terfikir juga di sudut hati yang paling dalam, adakah pasanganku masih mencintaiku seperti dulu atau hatinya sudah dibahagi2...maklumlah lelaki ni kan pemurah dengan cinta dan kasih mereka...hati mereka kan cepat terbuai dengan kata2 cinta dan juga lelaki ni kan perasan seseorang itu cintakan mereka....

Moga Allah selalu dekatkan hatiku dengan pasanganku...


Sunday, May 8, 2011

Akhir Sebuah Cinta

jam sudah menunjukkan angka 2 pagi. aku baru sahaja menamatkan novel karya Siti Nur Dhuha. Air mata air hidung semua keluar. sungguh touching. menyentuh kalbu. seolah2 aku adalah watak dalam novel tersebut. Penulis berjaya membawa aku mengembara ke dalam ilusinya. Tak rugi aku membeli novel penulis yang aku belum pernah membaca hasil tulisannya. Ternyata, Siti Nur Dhuha telah buat aku menangis!

Seorang lagi penulis telah masuk dalam senarai novelis pujaan. Tak sabar untuk aku membaca sambungan Akhir Sebuah Cinta. Perlukah aku baca sekarang? Tak boleh..tak boleh...esok pukul 8 pagi aku perlu ada di CIDB Chan Sow Li. Ada green card course. Tapi, boleh percaya ker aku tak akan membacanya malam ni.

Kalau sesebuah buku tersebut sangat menarik aku sanggup tak tidur malam. Esok pagi mata dah macam burung hantu. Memanglah aku hantu novel. Aku boleh ketawa terbahak-bahak macam orang tak betul, aku boleh menangis, aku boleh tersenyum....sampaikan suami dah faham dan hanya geleng kepala!

Memang best...itu sahaja yang aku boleh cakap. Kena rasai sendiri pengalaman membaca novel ini. Nak pinjam buku aku?hehehe....