tabung que

Monday, February 28, 2011

Langkawi Menggamitku 2

Hotel kat Langkawi dah di tempah...AMZAR MOTEL yang terletak di Pantai Chenang. Motel dah habis sebab aku lambat booking. Terpaksa mengambil Hotel yang berharga RM95 satu malam. Kami booking untuk 2 malam, sesekali ke Langkawi tak kan lah hanya satu malam kan. Buat rugi duit tiket feri jer kan...

Kereta pun dah tempah. En Anuar Amzar Motel yang perkenalkan kawan beliau iaitu En Zakaria. Kancil satu hari RM70.00. Ini adalah harga musim cuti sekolah. Booking fees untuk Hotel & kancil di Langkawi dah settle. Terujanya aku...hahha...jakunnya aku ini!

Terlupa pula aku, tujuan utama kami ke Kedah adalah untuk hadir kenduri di Kg Dulang Kecil Yan Kedah. Hotel di Alor Setar dah booking. Tandop Hotel di Jalan Putra. 5 minit dari Stesen Bas sahab Perdana. Aku terpaksa memilih hotel di Alor Setar sebab kakak dari kg naik bas dan akan tiba jam 4 pagi di stesen bas tersebut. Mereka pun teruja nak ke Langkawi daripada nak hadiri kenduri. Jika tuan rumah tahu ni mesti kecil hati kan...hahaha.

Tugas suami pula search map dengan bantuan encik google. nampaknya beliau telkah study jalan2 yang akan kami lalui di Alor Setar, Yan dan Langkawi.

Mulai hari ini hanya menghitung detik...tup tap..tup tap...lambatnya 12 March...hahha..macam perangai kecik2 dulu pulak rasanya...

Monday, February 14, 2011

Foot Patch

Testimoni daripada kami sekeluarga:

amat bagus...cuba sekali pasti nak pakai lagi!
badan jadi ringan, tumit kaki tak sakit, kurangkan sembelit, badan jadi ringan,
kurangkan migrain/sakit kepala, toksin yang keluar hitam & berlendir

Bila pakai sendiri menjadi, timbul idea nak menjual...nak order contact saya:

sitinaizah77@gmail.com
hp: 013-6210095

HARGA

1 box = RM15.00 (kandungan: 5 pasang atau 10 keping)

Langkawi menggamitku

tak sabarnya menunggu cuti sekolah...angin Langkawi dah menggamit2 ku.
sabarlah wahai hati. niat hati kami, terlanjur hadir kenduri pada 13 March di Yan Kedah, kami akan ke Langkawi melalaui jeti Kuala Kedah. kecoh betul kata suamiku. orang lain dah berpuluh kali ke Langkawi...sebab 1st time nak pergilah yang kecohnya darling...

Rombongan cik kiah lah jawabnya nanti...seronoknya family day. harap2 plan menjadi.

amin...

semangat yang hilang

orang kata ISNIN adalah hari yang paling MALAS untuk bekerja. memang betullah apa yang orang kata, sebab hari ini aku tak ada mood langsung untuk bekerja. Semangat yang hilang...apa yang harus aku buat?

Pegang ini tak kena, pegang itu tak kena...

mulalah berangan, jika company ni LAKI aku yang punya, sure aku dah cuti2 Mesia...tak pun aku tak payah bekerja. dok kat rumah, bulan2 ambik gaji sebab aku tukang sign cek...hahha...itulah yang bos perempuan aku buat...dok rumah, bulan2 ambil gaji sebab company ni laki dia yang punya....kerja dia hanya membebel sahaja...hehehe...

rasa2 bos aku baca tak?jangan harap..kecuali ada orang yang sampaikan...

Saturday, February 12, 2011

balik kampung raya cina part 1

Balik kampung. damai. jiwa tenang. dada lapang...tak ada fikir apa2 pasal kerja. tutup buku. alangkah indahnya hidup ini...itulah gambaran perasaan apabila sesekali dapat balik kampung.

bertolak jam 3 pagi...tiba di Kg Peria, Kuala Krai jam 11 pagi...perjalanan yang selesa. tidak banyak kenderaan. berkali2 kami berhenti. makan, buang air dan paling best berhenti R & R Gua Musang untuk tidur. suami yang tidur dan aku layan anak bermain anak kucing yang baru lahir. Terdapat nescafe percuma tajaan JKR. ambil air dan diberikan sekeping borang soal selidik tentang jalan raya persekutuan. tentulah aku jawab tidak selesa. jalanraya yang berlubang2 dan sempit.

Kami berhenti sarapan nasi kerabu & nasi berlauk di Merapoh. sedap tu...boleh singgah lagi lainkali kata suami.



que bersarapan dgn telor rebus