tabung que

CafeMom Tickers

Sunday, April 24, 2011

Suka 800x sebab jumpa NB @ pesta buku

Akhirnya dapat jugak aku pergi pesta buku tadi. tak ramai sangat orang. mungkin sebab belum gaji lagi kot atau aku pergi lewat petang?

Sempat merakam momen dengan kak yati. Kak yati memang best!


sedang belek2 pen berlampu kak yati



2 buah novel kak yati aku rembat bertajuk 'Sejam RM2.50 (novel terbaru) dan kasih Murni'.

Novel RAM juga berjaya menjadi milikku. tapi sayangnya beliau tak ada di booth karangkraf tadi. agak kecewa!

Novel terbaru Siti Rosmizah '7 hari mencintaiku' juga tak kulepaskan. Beliau juga novelis baru yang aku minati. gaya bahasanya selamba dan kelakar. membawa perasaan kita ke dalam ceritanya. aku pernah ketawa macam orang sawan dan menangis semasa membaca bukunya. ohhh...sungguh obses kata suamiku!

Tak lupa buku citer untuk que...



Memang aku & novel tak dapat dipisahkan....

Psst: aku amat marah kalau orang pinjam novel aku dan tak hantar. paling marah jika hilangkan...tamo tamo tamo...

Saturday, April 23, 2011

Pesta Buku menyeru-nyeru namaku

Plan dah cantik pagi ini. mesti siapkan segala kerja rumah...elok siap kerja, suami kata kita pergi petang. saat aku menulis ni, dia siap berdengkur bersama que anak kami. ermmm...nampaknya hati kena sabar dulu. aku memang tak boleh tahan kalau dengar pesta buku. memang kaki buku. aku boleh berada satu hari di pesta buku tersebut. sungguh teruja. sesiapa yang meneman pasti boring kecuali minatnya sama dengan aku.

Aku pasti akan mencari booth NB Kara...last year dapat jumpa dan bergambar dgn NB kesayanganku. Moga hari ni aku dapat jumpa Kak yati. Novelis yang paling aku minat. boleh dikatakan aku ada kesemua novel beliau. Kak Yati memang cool. suka suka suka...errr tak silap aku ada hadiah untuk pembeli di booth kak yati...last year tak dapat sebab dah habis. ramai betul yang serbu.

Aku juga akan cari novel baru RAM...episod last Sunan...oh sunan...heroku...Sunan adalah watak hero dalam novel RAM yang bersambung2...dia memang suka buat peminat tertunggu2...RAM pun aku suka suka suka....novel dia memang best sangat...

Aku juga suka beli novel Aisya Sofea...Anis Ayuni...Rosmizah (3 novel dia memang best)...

wahai buku2, tunggu kedatanganku...


Friday, April 22, 2011

Jom kita Layan Maharaja Lawak 2011

Jommm...dah nak start ni...kita afundi SEPAH...yeahaa...harap SEPAH akan menang...dan Jommm kita afundi kuar AMIR...lawak bodoh...jangan bodoh lagi malam ni...

Monday, April 18, 2011

Bingka Ubi

Tiba-tiba aku teringin makan bingka ubi. ini gara-gara balik kerja petang tadi tengok cerita Halimah Jongang...kan ending dia ada kuih bingka ubi yang disangka Johan Halimah yang buat. Itulah pasal...masa orang depan mata tak mau, bila dah jauh rindu-rindu...tengok bingka ubi pun disangka Halimah! apa pasal aku cerita Halimah Jongang pulak...

Keinginan aku mengebu-gebu untuk memakan binga ubi. tiba-tiba, aku teringat Mat Gebu...apa kata kita tengok resepi dia dan kita sama-sama buat bingka ubi versi Mat Gebu...nampak sedap jer. kalau dekat mau aku tempah saja dengan Mat Gebu..boleh tak mat?macamlah Mat Gebu yang glamer tu baca entri aku kan?

Tunggu kau bingka ubi..weekend ni aku buat. kalau aku tak buat aku cari kat pasar Dato Keramat...hehehe

9 tahun aku di sini...

hari ini 18 April 2011, genap 9 tahun aku bekerja di sini.

dari zaman bujang, bercinta, berkahwin dan kini dah ada anak seorang. pelbagai pahit maung dah aku lalui. bersama jatuh bangun syarikat ini. begitu setianya aku pada syarikat ini dan juga pada bos aku. aku tak dapat nafikan yang bos aku memang baik. ambil berat pasal pekerja dan tak ada nak marah2 melulu tanpa usul periksa. itu big boss aku. disebabkan big boss aku yang baik hati itulah aku masih di sini. kalau nak fikirkan faktor2 lain aku rasa dah lama aku blah...bosan wooo kalau dah lama ngadap komputer ini, dinding ini, wajah2 ini sahaja hari-hari...agaknya rezeki aku kat sini.

pagi tadi, aku jumpa sleeping partner bos untuk tandatangan cek dan beritahu hari ini adalah hari ulangtahun ke 9 aku di sini. kalau aku tak bagitau tak ada seorang pun yang tahu. aku tak salahkan big boss sebab dia memang busy giler dan tak ada masa nak ambil tau hal remeh temeh. rupa2nya sleeping partner bos aku dah bocorkan rahsia...

patutlah masa jumpa aku sign cek tadi dia cakap semacam...bunyi macam gud news. tapi aku blur jer!

9 tahun...rasa BOSAN dah bercambah dalam hati aku. apa aku nak buat kalau aku tinggalkan syarikat ini? berniaga? berniaga apa? surirumah sepenuh masa? NO NO NO...



Maharaja Lawak 2011

Sape tengok?

aku rasa yang akan fight dan bertahan adalah Sepah, Nabil, Jozan dan Jambu.

Sepah memang kreatif dan buat aku ketawa walaupun dah tengok berulang-ulang. kalau hati dah suka kan? Jozan...mereka pengacara dan ada talk show sendiri. Lawak mereka selamba. Jika tak ada persiapan idea mereka hampeh juga...macam minggu pertama. Entah apa-apa...Nabil pulak seorang pelawak solo yang kreatif. Last week lawak muzikal dia memang menjadi. ramai yang puji. Jambu pun kreatif tetapi tak boleh lawan dengan Sepah...apa-apa pun Sepah paling bestlah...

Lupa cakap, Amir paling hampeh...lawak bodoh entah apa2...apa pasal dia tak keluar2. ramai yang marah. buang masa tengok lawak bodoh dia. Aku pun tak paham siapa yang undi dia. entri maharaja lawak sebelum tido.

Selamat malam!

Pantasnya Masa Berlalu...

Semalam pergi jahit baju kat Kak Maz di Dato Keramat.

Aku : Kak Maz bila last ambil tempahan untuk raya?
Kak Maz: bulan Julai dah tak ambil. Fokus nak siapkan tempahan.

Aku agak terkejut.

Aku: Biar betul Kak Maz. Cepatnya. saya belum tempah lagi ni.
Kak Maz: ya lah...kan kita raya 31 Ogos. Puasa 1 Ogos
Aku: Ya ker....tak perasan pulak saya. cepat jer. saya baru plan nak sambut besday anak bulan Ogos nanti kat Tasik Titiwangsa.

Kak Maz tergelak.

Aku pandang muka suami. Aku yakin dia pun tak perasan bahawa bulan Ogos kita dah start puasa.

Pstt: Kena start ganti puasa tahun lepas ni...


Sunday, April 17, 2011

Blogger Femes

pagi2 aku buka blog, wahhh...ben ashaari dah ada header baru...mesti ramai yang jeles tengok badan dia yang ketak ketuk tu kan?kes jeles tu yang menyebabkan ada orang copy gambar dia letak kat facebook...hehhe..tak malu kan? ada juga insan2 yang berperangai macam tu...

aku selalu terpk...ben ni asyik depan lappy, wife dia tak jeles ker?hehhe...larikkk


Saturday, April 16, 2011

Bila Hujan...

Hujan dari pagi belum berhenti. Bila hujan lebat macam ni, terus teringat kat kampung. Duduk kumpul reramai makan ubi kayu cicah kelapa muda. Lawan pula dengan air kopi cap badak. fuhhh...kepulan asap air kopi membangkitkan selera. Ubi kayu sepinggan sekejap sahaja kami adik-beradik belasah. Lepas makan, perut pun kenyang, diulit pula dengan irama air hujan yang menimpa atap zink. Mata terus layu. Apalagi masing2 buat taik mata! Itu kenangan masa remaja di kampung. Sungguh indah untuk dikenang.

sekarang hujan di kuala lumpur...apalagi, masak jer jemput-jemput bawang. cicah sos cili. pon sodap...


Thursday, April 14, 2011

kenapa lelaki suka kahwin kat Thailand?

hari ini ada dua cerita tentang lelaki yang kahwin kat Thailand.
cerita drp kawan baru. dia berkongsi cerita tentang kawan dia sendiri yang dimadukan dikala usia baru mencecah 34 tahun.

Kisah pertama

Isteri sedang sarat mengandung anak ke 6. suami kahwin kat Thailand. Sedangkan isterinya berkorban menjaga & mengasuh anak 2 orang anak suaminya, dengan kata lain anak tirinya. Dikala suaminya kahwin, dia sedang menjaga 7 orang anak seorang diri.

Kisah kedua

Suaminya berkahwin di Thailand dengan alasan isteri tak masak dan menjahit butang baju serta tak pandai menguruskan rumahtangga. Suami terjumpa girlfriend lama di facebook. Janda anak dua. cinta lama berputik kembali dan kahwin.

Akhir cerita kawan aku itu, dia bertanya.."awak check HP husband awak tak?"






Tuesday, April 12, 2011

kena kencing

ini betul-betul kes kena kencing.
kena kencing kat sini bukan maksud kena tipu tau.
ini betul2 kes kena kencing.

alkisah...

anak aku que dah kena kencing dengan kawan setadikanya di
transit. menurut cikgu dia, peristiwa berlaku di dapur. kawan dia tak
tahan sangat nak buang air. bukak2 seluar terus pancut kat que....
mandi air kencing anak aku sebelum pergi tadika. dalam bag dia semalam
busuk bacin dgn air kencing...

ishhh...cikgu dia pun satu, cucilah sikitkan. at least hilangkan bau tu. balik rumah
aku cucilah balik kasi bersih...

kesian que...katanya kawan dia tahan2 nak kencing, buka seluar terus kena dia
yang kebetulan duduk berdekatan..nasib badan que..






Saturday, April 9, 2011

Cerita Qatar

Jeles pula rasa dengan keistimewaan rakyat Qatar.
dapat elaun sara hidup, dapat tanah, dapat lagi duit nak buat rumah.
rezeki penduduk negara Islam yang kaya dengan hasil minyak.
boleh layan cerita kawan saya yang tinggal di Qatar di SINI.

Nasi Bukhara Syed @Taman Permata

sungguh menyelerakan...kena sekali pasti nak lagi!
menjamu selera bersama adik yg datang dari Tg Malim.
Suka tengok apabila mereka makan bertambah-tambah. haha..macamlah aku yang masak kan.




packaging yg sangat menarik

kes rogol kanak-kanak

ngerinya...aku sebenarnya sedang menonton cerita hindi tv3. entri segar dari ladang bak kata ben ashaari. ini adalah berdasarkan kisah benar di India. kanak2 ini dirogol dalam gerabak keretapi ketika balik dari sekolah bersendirian.

bukan sekadar menonton, tapi ada iktibar untuk ibubapa atau penjaga. pastikan anak kita tidak pulang sendirian. hati-hatilah. manusia hari ini ramai yang berhati binatang. banyak kes telah berlaku di negara kita yang terpampang di dada akhbar dan tv.

ibubapa mangsa semestinya TRAUMA...semoga dijauhkan musibah ini ke atas keluargaku.

Tuesday, April 5, 2011

best ker blog aku ni?aku tanya sendiri...

rumah sendiri mestilah best kan...walaupun buruk, tak ada sofa ikea, perabot ikea...tapi rumah ku tetap best di hati aku...hahhha


´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶