tabung que

CafeMom Tickers

Sunday, July 31, 2011

nafsu aku tewas kerana paksu!

aku tewas. tewas pada nafsu sendiri yang tak dapat aku kawal...aku cuba kuatkan iman. dah lama aku tak mengunjungi paksu. aku telah berjanji dengan suamiku...suami pegang pada janji aku...tapi pagi tadi..aku tewas jua...semasa suami masih tidur selepas subuh, aku mengunjungi paksu. aku teringatkan dia. esok dah puasa. aku tak boleh buat projek ini. lagi pun mesti paksu pun tak nak...paksu masih tau halal haram! aku keluar bersendirian. tinggalkan anak pada suami...aku melangkah dengan wajah yang segar dan bersemangat. aku sudah lupa pada ikrar aku! aku ketepikan iman kerana nafsu yang membuak ini...

akhirnya
aku terjebak
ikrar pada suami melayang entah ke mana
iman entah ke mana'
aku telah tewas
TEWAS
kerana NAFSU
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
keranamu NASIK KERABU PAKSU
aku tewas pada nafsu ku

DIET ku berkecai...hancusssss

SOGO punya pasal


sungguh meriah. dah macam tsunami manusia di sogo semalam. hanya yang ada kad sogo sahaja boleh masuk. ramai yang pergi dengan tujuan shopping terpaksa beratur buat kad. manusia bersesak-sesak. macam-macam karenah!







en suami layan anak kat bahagian toys. macam biasa aku tukang shopping. nasib baik que tak buat hal. kami hanya shopping baju que. en suami dah mula rimas. semasa beratur nak ambil voucher, suami beritahu kunci kereta tak ada. haru. dia kelam kabut bawa anak pergi kat parking.

Kes naya. Kunci tertinggal dalam kereta. apa lagi terpaksa umpil pintu. macam2 cara suami buat. usaha bermula jam 6.15 petang. nasib baik ada insan yang baik hati menolong. akhirnya jam 9.45 pintu dapat dibuka. itu pun usaha terakhir dengan membuka cermin tingkap.

Gara2 SOGO kami terperangkap di parking tingkat 5 Semua House. Aku pula cuai sebab terlupa bawa kunci pendua. kalau perkara dah nak jadi...lainkali kena lebih hati-hati.

Walaupun penat, aku puas hati sebab dapat jeans que yang sangatlah cantik. Polo, Ben 10 & Hush Puppies. sungguh bergaya anak ibu nanti. ibu dulu kecik2 mana dapat baju raya yang cantik2. Que sungguh bertuah tau...ingat bila que dah besar jangan lupakan ibu tau!


Saturday, July 30, 2011

mari kita meriahkan SOGO

dengar cerita semalam SOGO meriah dengan member sales yang giler-giler...siap dapat voucher lagi. nak bayar q bukan main panjang..tapi berbaloi sebab memang harga runtuh. inilah saat yang ditunggu-tunggu rakyat malaysia untuk shopping raya. raya sakan tu! hari ni ada lagi member sales. jika belum jadi member, boleh berbuat demikian. SOGO memang bijak. dia siap bukak kaunter kat bawah untuk orang register jadi member. makin ramai jadi member makin banyak mereka dapat sales. bijak bijak...pengguna pun bijak sebab tunggu masa sales baru shopping. at least dapat baju-bajan anak-anak dengan harga sehingga 70% diskaun. memang berbaloi...

Semalam aku hanya shopping di Jusco setiawangsa. Orang tak lah ramai sangat. ada member card sales jugak. dapatlah baju que 3 helai. jeans belum sempat beli sebab en suami tak berapa sihat nak melayan aku memilih. masuk bahagian pasaraya beli barang dapur, makanan cici dan macam2. ishhh...nilai duit ni rasa murah pulak...aku rasa tak lah banyak sangat aku beli tapi habis jugak rm400...dapat tukar voucher rm20. Belian rm200 akan dapat rm10 voucher...kira rezeki lah rm20. lenkali boleh shopping lagi.

program shopping baju raya belom abis, hari ni nak menapak ke SOGO pulak. nak tengok dan merasai kemeriahan shopping. 2 hari terakhir sebelum puasa. mesti ramai yang keluar sebab bulan puasa dah boleh rilek kan. tak ada lah penat.

Jom..mari kira serbu SOGO...

Friday, July 29, 2011

bila tak boleh jadi BOSS terus resign!

Politik dalam syarikat. Macam-macam kerenah staff. pening sungguh kepala aku nak melayan. aku bukan boss tapi aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga syarikat ini dalam beberapa bahagian. setiap hari ada sahaja cerita yang perlu aku dengar. pening makcik!

Hari ni punya cerita, seorang staff nak resign sebab dah tak boleh jadi boss. sebelum ini dia diamanahkan untuk menjaga satu cawangan syarikat setelah bos di cawangan tersebut berhenti. Selepas dia jaga aku perhatikan cawangan tersebut huru-hara dibuatnya. Dia sendiri yang perasan jadi bos ni sewenang-wenang nak datang office atau tidak. kalau datang hanya 2-3 jam sahaja. Kemudian keluar tak tau pergi ke mana. Jumpa client kah?window shopping kah?balik rumah kah? hanya Allah yang tahu.

Memandangkan prestasi dan kedatangan yang amat teruk, cakap banyak janjikan projek tetapi hanya indah khabar dari rupa telah menyebabkan Big boss bosan. Minta serahkan balik kereta syarikat dan clear semua project cash yang dah ambil. Bila big boss baik mereka pijak kepala, bila big boss bertegas cakap macam-macam. Sendiri salah tak mau fikir. Manusia ini macam2 dan tidak tahu bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Mereka juga dengan angkuh berkata ' rezeki ada kat mana-mana'. Memang betul tetapi kalau perangai sama pergi mana-mana pun orang akan menyampah.

Aku kesian tengok bos aku yang agak huru-hara berdepan dengan pelbagai perangai staff. Jangan beliau sakit jantung sudahlah! Paling haru kalau meninggal sakit jantung. Isteri beliau yang merangkap pengarah sudah pasti jualkan syarikat ini. Siapa yang susah? aku juga kan...Ya Allah panjangkan umur boss aku...apa yang aku melalut ni aku pun tak tau...Aku berharap ada seorang 'pakcik pencen' yang dilantik oleh boss aku untuk menjaga cawangan tersebut boleh diharap dan tak mengambil kesempatan dengan kebaikan bos aku ni.Janganlah hidup kita ni menyusahkan orang.

Jika tak boleh bekerja dan beri komitmen dengan boss sila berhenti dan buka syarikat sendiri. Ada faham?

Wednesday, July 27, 2011

Adakah aku termasuk dalam kategori ITU?

bacaan tekanan darah aku:


15 July 2011 - blood pressure aku 144/92. terkezuttt....(umur bawah 34 tak boleh melebihi bacaan 135)

Jumpa doktor klinik 1Malaysia dan dinasihat ambil tekanan darah selang sehari sebanyak 5x. Inilah hasilnya.

19 July 2011 - 117/91 (misi: ok ni)

21 July 2011 - 134/66 (misi: hari ni tinggi sikit)

25 July 2011 - 133/96 (misi: bacaan darah yg bawah agak tinggi, stress ker? kalau yg atas dari segi pemakanan)

27 July 2011 - 128/88 ( misi : hari ni turun sikit. datang lagi 2x selang sehari)


secara keseluruhan aku rasa kena berjaga2 dari segi pemakanan, amalkan diet sihat & tangani stress secara positif. ini aku baca kat klinik, yang tampal2 kat dinding tu. selepas 2x check tekanan darah lagi baru aku jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor. aku tak berharap banyak sangat nasihat yg akan aku dapat al-maklumlah klinik rm1...faham2 jer kan.

Maka DIET pun bermula...


Wordless Wednesday



panasss....




Tuesday, July 19, 2011

Pertahankan HAK kita...

Pertahankan HARTA kita. Pertahankan HAK kita. itu prinsip aku. selagi aku masih mampu, aku akan pertahankan segala benda yang memang hak aku. harta aku. Allah dah beri pada aku. Kenapa aku perlu melihat sahaja jika ada tangan-tangan yang cuba merampas hak aku itu. itu hak aku dan anak aku. aku menjaga harta itu untuk aku dan anak aku dan aku berharap harta itu akan menjaga aku dan anak aku kelak.

Aku perlu berjuang. Andai satu hari aku tewas, itu bermakna aku perlu redha bahawa harta itu bukan lagi milik aku. Allah sudah menariknya daripada aku. mungkin aku tidak pandai menjaga dan mengurus harta itu. kalau di geran nya dah ada NAMA insan lain, maka aku perlu berundur...walaupun berat hati ini!

DIET yang terpaksa...moga berjaya!

Selepas check-up hari jumaat lepas. ceritanya kat SINI. aku terus rasa down. takut pun ada. macamana kalau tiba2 aku jatuh...kena strok. kena jantung. anak aku kecik lagi. sape yang nak jaga aku? sape yang nak jaga anak aku...melankoliklah pulak rasa ini. bila bercerita pasal DIET, aku memang fail. aku pernah berkali DIET tetapi tidak berjaya. bukan salah sesiapa. salah aku juga kerana tak berdipslin dan juga tak dapat kawal nafsu makan. untuk cubaan kali ini, harap2 akan berjaya. suami mencabar aku bila aku beritahunya aku ingin diet. 'tengoklah nanti darling...'. kawan-kawan juga beri motivasi. katakan TIDAK kepada nasi kata salah seorang daripada mereka. macam2 nasihat dan dorongan. InsyaAllah...kali ini aku mesti kuat. aku ingin sihat. jika aku berat badan aku turun dan aku jadi kurus, itu salah satu bonus buat aku. apa yang penting, KESIHATAN diri. aku tak mo ada penyakit...tak mo tak mo...

hari ini pergi klinik. buat blood test. resultnya 117/79...'normal ni kak' . budak misi beritahu aku. kemudian aku masuk bilik doktor dan dia tengok result aku. dia hanya beri ubat kolestrol untuk sebulan. telan sebiji setiap malam selama sebulan dan pergi ambil ubat lagi pada 16/8/11. Doktor advise aku pergi klinik selang satu hari selama 5x. mereka akan check blood test & colestrol lagi. terpaksalah demi kesihatan aku...walau kena tunggu 1 jam, rawatan hanya 3 minit.


penyakit jahat!

Hari Jumaat lepas tiba-tiba pintu hati terbuka untuk pergi check colestrol level. setelah kuar result, mak oii...lemah gemalai lutut. HIGH...berkelip2 perkataan kat machine. budak farmasi cakap ngan aku. 'kak, ni tahap bahaya ni kak. tak ada kuar nombor dah ni. terus high ni. boleh kena strok ni kak.' aku terkebil-kebil kat situ. memang terkejut sangat. patutlah gejala-gejala kolestrol tinggi ni aku dah rasa. lepas tu aku buat pulak ujian glukos. Alhamdulillah. result 4.9. budak farmasi cakap normal. oklah. risau juga sebab masa mengandung mmg ada penyakit tu. Kemudian buat pulak blood test. lagi sekali aku terkezuttt...144/92. 'tinggi ni kak. umur akak ni sepatutnya bawah 135'. budak farmasi tawarkan aku macam2 ubat, vitamin & herba. mahal pulak tu...tengah bulan katakan. nasihat budak farmasi 'akak dietlah dulu kalau tak nak makan ubat atau akak terus pergi klinik'.

Terus call suami beritahu. aikkk..kena pot pet lah pulak..."itulah awak, tak jaga makan...makan tak ingat...bla..bla...'. redha sajalah.

Lutut aku longlai sepanjang balik office.




terluka lagi!

kenapa yer orang2 yang kita sayang selalu melukakan hati kita? luka lama telah hampir sembuh. tiba-tiba...ianya tercalar lagi dengan tingkahmu. sakitnya! aku hanya manusia biasa. sejauh mana ingatan itu aku lontar, ianya tetap singgah di ingatanku. aku tak ingin mengenang...aku cuba berlagak biasa dan seolah tidak mengetahui apa2...namun, ianya tetap datang menjengah ruang fikirku. sedih?memang aku sedih...tersayat hatiku hanya Allah sahaja yang tahu. Jika aku burung, aku ingin terbang jauh...jauh & jauh...aku ingin tenangkan hati. mencari damai di hati!

biarlah...biarlah luka itu sembuh sendiri. aku sudah tidak tahu apa lagi ubat yang perlu aku sapu. yang perlu aku telan...aku bersyukur jua kerana aku ada lagi si dia yang mampu buat aku senyum & ketawa walaupun di hatiku hanya Allah yang tahu.


Monday, July 11, 2011

Boleh adik jadi isteri suami akak?

tadi kawan satu office aku si A beria-ria bercerita...sebuah kisah di N9. masa ni dia sama-sama menunggu rawatan urut untuk anak keduanya di rumah Wak. Dia duduk bersebelahan dengan seorang kakak yang berjubah. suami kakak itu seorang ustaz dan sedang berbual mesra dengan suami si A.

Kawan aku ni memang peramah dan tanpa segan silu telah interview kakak tersebut tapi yang bestnyer siap minta maaf sebelum interview. kakak tersebut dengan selamba dan mesra bercerita. soalan pertama dia tanya anak kakak berapa orang. bila kakak tersebut beritahu 18 orang, mulutnya ternganga, terlopong dan mata pejam celik...biar betul kan? kakak tersebut hanya ketawa. dia beritahu anak madunya iaitu isteri pertama ada 11 orang. anak dia sendiri ada 7 orang. dia pergi rawatan untuk anak bongsu madunya yang ada masalah tulang.

Kawan aku ni dah excited, kepoh pun ya gak...hahha...dia boleh tanya macamana kakak tersebut boleh jadi isteri no 2. Kakak tersebut cerita dengan ramah tanpa segan silu. kakak tersebut adalah cikgu di salah sebuah sekolah agama swasta. katanya masa tu dia sedang menunggu saudaranya yang sakit di sebuah klinik. dia perasan ada seorang wanita berjubah yang sedang memerhatikan dia. pandang dan terus pandang. tiba2 wanita berjubah tersebut menghampiri dan bertanya dah kahwin atau belum. kakak cikgu ini beritahu belum lagi. Wanita berjubah terus melamar, 'bolehkah adik mejadi isteri suami kakak?'

Kakak cikgu beritahu dia amat terperanjat. katanya masa itu dia dah ada boyfriend. dia balik dan beritahu keluarganya. keluarganya menentang dan ada yang menyokong. akhirnya perjumpaan antara keluarga ustaz & wanita tersebut diadakan. setelah muafakat dan berkenal2, akhirnya kakak cikgu ni pun bersetuju untuk berkahwin dengan suami wanita berjubah. Apabila kahwin mereka tinggal satu rumah. Masa 3 bulan pertama, isteri pertama asyik menangis. Cikgu mula pelik dan bertanya. adakah tidak suka kan dia jadi madunya? isteri pertama beritahu, memang perit dan sakit apabila terpaksa bermadu dan meminang untuk suami. katanya dia sanggup kerana inginkan payung emas dan inginkan suami merasa bahagia. Dia berpesan kepada madunya, layanlah suami kita dan berikan kebahagiaan malam pengantin.

Dalam masa 8 bulan pertama, bilik isteri pertama dan kedua adalah berasingan. Pada satu malam, ustaz balik daripada outstation dan termenung di ruang tamu. Keluarlah isteri-isterinya dan bertanya kenapa tidak masuk ke dalam salah satu bilik isterinya. Ustaz menjawab, dia tidak tahu bilik mana yang ingin dituju terlebih dahulu kerana bimbang isteri2 nya berkecil hati. Disebabkan itu, mereka telah berbincang dan bermuafakat untuk tinggal dalam satu bilik. Suami mempunyai bilik sendiri. Isteri2 tinggal dalam satu bilik. Suami bebas di dalam biliknya. tugas isteri adalah pergi kebilik suami mengikut giliran dan melayan suami seperti raja. Bertuahkan ustaz atau suami itu kan?

Kawan aku terkedu mendengar cerita kakak cikgu tersebut. kakak tersebut beritahu, kita sebagai isteri mestilah redha dan terima suami untuk berkahwin dan carikan si suami isteri agar suami sentiasa merasa bahagia. Mesti bersifat mujahaddah...akan dapat payung emas. Kawan aku pun tanya, apakah maksud mendapat payung emas tersebut? katanya, payung emas itu akan diberi Allah untuk berpayung dia akhirat kelak...untuk masa sekarang, payung emas itu bermaksud suami ibarat payung emas dan mestilah berkongsi dengan wanita lain agar merasa kebahagiaan dengan suami kita dan suami kita dapat memayung wanita2 atau menjaga wanita2 isterinya di bawah payung emasnya....itulah cerita kakak cikgu tersebut.

Kawan aku terdiam. semasa balik dari rumah wak, bercerita dengan suaminya tentang wanita tersebut...sekarang kakak cikgu tersebut dan madunya sedang mencari isteri ke3 untuk suaminya.

Moga tabahlah wanita-wanita yang bermadu dan beruntunglah para isteri apabila suami mereka berlaku adil...aku?ohhhh tidakkkkk.....aku sentiasa berdoa pada Allah agar suami aku hanya milikku. amin! Jnamun, aku redha dengan qada' dan qadar Allah...

:)) suami kakak tersebut cacat, ada sebelah kaki sahaja.

Saturday, July 9, 2011

kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak

salah satu sifat manusia adalah sentiasa tak puas dengan apa yang mereka ada. mereka tak pernah nak menghargai apa yang mereka miliki dan masih ingin mengejar sesuatu yang tidak pasti.

bak kata pepatah..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti dan mengabaikan apa yang sudah dimiliki. itulah sifat manusia...adakah kita juga ada sifat seperti itu? renung-renung dan fikir-fikirlah...hargailah apa yang milik kita. jangan lukakan hati mereka. jangan buat ikut kepala sendiri. hargailah apa yang mereka telah berkorban untuk kita....adakah ada orang lain yang sebaik dan sesabar insan tersebut yang boleh sabar dan tabah menghadapi kerenah kita?

jangan pula satu hari kita akan terlepas apa yang menjadi milik kita kerana mengharap sesuatu yang lebih indah datang dalam hidup kita. adakah ianya betul2 indah atau hanya indah khabar dari rupa?

ermm...sekadar berkata-kata....

betul ker rumahnya?

Alhamdulillah....kenyang. baru balik makan kenduri kat Taman Melawati. Janji nak pergi sama-sama dengan mak mertua & adik-beradik suami. malangnya jalan jam. mereka dari Kajang tak sampai2 lagi. Disebabkan kami dah sampai dulu, masuk jer lah... mula2nya teragak-agak. suami confirm jalan dan nama pengantin kat banner tu betul...masuklah...

suami intai2 sedara mara dia kot2 kenal...tak ada sorang pun yg kena. alamak...aku dah cuak. betul ker aku tanya suami. dia kata betul. nama pengantin sama macam yg mak dia cakap. kami belasah makan jer lah. lauk sedap-sedap. Alhamdulillah...tercapai hajat aku nak makan kenduri.

Lepas makan, cari tuan rumah...tak tau yang mana satu. ramai sangat yang pakai bunga kat baju,.,.lastly aku tanya sorang kakak tu. "yang mana satu tuan rumah, kami nak balik dah ni". dia pun tanya aku, ohh..ni kenalan dr hisham ker?"...alamak...aku pun a'aa jer lah...hahha...lawak betul bila pergi kenduri rumah yang kita tak kenal.

Sebenarnya rumah sedara mak mertua aku. suami aku pun tak kenal....aku bebel gak lah dengan suami. lainkali mesti pergi sama-sama dengan keluarga dia jika tak kenal orang...nasib baiklah kami pandai kontrol...buat muka tak bersalah dan selamba.

Balik dengan perut kenyang...Alhamdulillah...harap2 halal lah makanan yang aku makan tu sebab kami pun tak pasti betul ke tidak rumah tu sedara mak mertua aku....hahha...