tabung que

CafeMom Tickers

Friday, September 14, 2012

Buka Buku Merah

Hari ini pemeriksaan pertama aku. Buka buku merah di KK AU2. Pukul 7.50pagi aku dah terpacak kat situ. Ambil no dan menunggu. Kebetulan suami dan anak pun demam. Mereka masuk pesakit luar dan aku menunggu di Klinik Ibu dan Anak.

Orang agak ramai, maklumlan klinik kerajaan. Aku tak rasa bosan walaupun lama menunggu kerana aku begitu teruja ingin tahu tahap kesihatan aku dan juga aku amat merindui detik2 ini sejak 5 tahun yag lalu. Aku hayatinya sungguh2...

Setelah 4 jam di klinik, jumpa nurse dan doktor. Hasilnya aku didapati ANEMIA. Kurang darah merah. HB paras 9.1.

Nurse Fatin misi orang Kelantan yang baru bertugas 3 hari mencatat semua temujanji. Lagi 2 minggu aku kena pergi lagi untuk buat blood test. SISTER cakap, 'kena keraplah datang sebab awak bermasalah....'

Harap2 masalah yang disebut itu akan dapat diatasi dan aku menghadapi 7 bulan mendatang dengan bersemangat dan kuat!


Alhamdulillah

Alhamdulillah...akhirnya Allah makbulkan jua doa kami untuk mendapat cahayamata kedua. Raya baru2 ini aku agak mabuk, loya, mual2 dan pening2. Masa itu aku dah lewat period 2 minggu. Aku tak mau excited kerana aku selalu lambat. Tup-tup angkat juga bendera merah. Apabila kesihatan makin teruk, aku ajak suami pergi farmasi cari pregnancy test. Malam raya ke 3, keadaan sangat panas dan aku susah nak lelap. Maybe aku tak sabar nak buat checkup. Pukul 5 pagi aku dah bangun. Terus masuk bilik air...tadah air kencing, celup test...aku pandang tempat lain...tak sanggup nak tengok kalau -ve....lps 10 minit habis segala doa dlm hati baru aku pusing tgk. Ada 2 line....aku sengih sorang2 dalam bilik air. Rasa nak melompat kat situ juga.

Aku keluar, masuk bilik dan terus kejutkan suami. Tunjukkan hasil pada dia. Terpisat-pisat dia bangun. Tengok dan terus menangis....betapa kami terlalu gembira dan terus sujud syukur padaNya.

Alhamdulillah...berkat doa semua. Keluarga dan kawan-kawan.

Hari isnin, 10 Sept 2012, aku pergi Pusat Rawatan Naluri buat scan. Nampak denyutan jantung bayi. Ukuran dia 1.4cm. EDD yang keluar kat situ 24 April 2013. Doktor bekalkan acid folic dan dufaston untuk kuatkan rahim.

Aku tanya soalan pada doktor Naluri, kenapa aku rasa perut aku mengeras? Aku juga kadang-kadang rasa perut aku bergerak...tak logik kan? Baru 2 bulan...itulah jawapan doktor Naluri.

Aku cakap dengan suami, adakah aku berhalusinasi?

Suami gelak dan katanya maybe itu adalah angin dalam perut aku. Harap2 tiada yang pelik2 berlaku pada aku.

Thursday, June 14, 2012

Banyak yang tertinggal

Sudah lama tak update blog...banyak yang tertinggal, cerita-cerita suka duka kehidupan. Sebuah perjalanan hidup...kalau rajin lepas ni blog ini akan kembali hidup...InsyaAllah.

Friday, April 20, 2012

Kerana Terpaksa

semalam, hari yang agak sedih sikit di office. keputusan dah dibuat. muktamad. dah tak boleh nak nego lagi. terpaksalah kami umumkan jua keputusan yang telah big boss buat.

1- 'lepaskan staff kontrak'
2- 'technician yg gaji tetap tukar sistem gaji kepada gaji harian. rm50 sehari'
3- 'staff akaun yg agak bermasalah dibuang. datang kerja sesuka hati dia wlp surat warning telah diberi'

selepas mendapat surat, masing2 muka terkejut. bingung. marah. sedih. semua bercampur aduk.
hanya kemaafan yang aku dapat ungkapkan. begitu juga akmal. project manager. dia pun tak mampu nak buat apa2 lagi. bos sudah angkat tangan. menyerah kalah. bos sudah tak mampu menanggung manpower lagi.

katanya, jika ada projek lepaskan pada sub-con. buat sementara waktu. sampai bila aku pun tak pasti. air dah paras hidung. kena imbangkan badan jer lagi. kalau tersilap boleh lemas terus. itulah perumpamaan yang aku boleh katakan. nak salahkan siapa dalam soal ni. masing-masing tanggung risiko.

aku? masih bertahan lagi...bos pernah berkata, aku adalah orang terakhir yang bos akan lepaskan kalau betul2 company dah tak blh nak survive. Dia juga pernah cakap akan bawa aku untuk business lain yang dia plan. aku hanya diam dan tak kata apa-apa. diam dan senyum. blurr!

aku sayang dengan company ni. maklumlah dah lama aku kerja kat sini. 10 april lepas, dah 10 tahun. sudah sebati dengan diri aku. sayang sangat...

Moga satu hari, company ini akan berjaya!





Tuesday, April 17, 2012

Rawatan di LPPKN 1

Rawatan di LPPKN ada banyak jenis. Ttp aku hanya nak bercerita berkenaan salah satu rawatan di LPPKN iaitu bahagian Re-produksi Manusia, tingkat 6, bangunan LPPKN, Jalan Raja Chulan.

Re-produksi manusia...sekali dengar macam cerita robot pulak kata en suami. macam kilang pulak kan ? Maksudnya rawatan untuk mendapatkan anak. 

Jika teringin dapatkan rawatan,proses pertama adalah anda perlu telefon ke no ini:

Tel: 03-2693 7250

Minta operator sambungkan ke tingkat 6 bahagian re-produksi manusia. kemudian beritahu anda berminat untuk dapatkan rawatan. nurse akan terangkan serba sedikit info dan berikan tarikh appointment pertama.

Pada pertemuan pertama, kita dinasihatkan pergi bersama pasangan. Sampai di sana, beritahu yang kita dah ada appointment. mereka akan semak nama, minta ic dan bukakan satu fail untuk anda. Kemudian, ambil no giliran dan tunggulah macam biasa.

Nama suami akan dipanggil. Mereka perlu masuk ke 'bilik khas' ini mengeluarkan 'harta' mereka. Jangan risau, dalam bilik tersebut dibekalkan dengan majalah2 dan video sebagai bantuan. Setelah dapat 'hasil', masuk dalam tabung dan serahkan pada nurse.

Kemudian suami kita akan pergi kat kita dengan wajah ketat dan bengang. konpem!hahha...dan marah2 kat kita kerana paksa dia 'memerah' tenaga. hahha....pengalaman aku, gelak guling2 sebab tak tahan tengok muka en suami. Ada kes juga, suami call minta bantuan isteri sebab hasil tak keluar2. 

Lepas dah settle yang ni, nurse akan panggil interview serba sedikit tentang kita untuk info mereka. Bila kahwin, anak berapa (jika ada anak), ada masalah/penyakit atau tak, pernah keguguran atau tak, berapa kali bersama suami dalam 1 minggu dan macam2 soalan lagi lah. Jika masa appointment ini kita berada dalam tempoh haid antara hari 2-5, memang elok sesangat sebab dia akan ambil darah kita. Jika bukan, isteri hanya ditemuduga sahaja. Suami pula perlu beri air mani & darah.

Semua settle, bayaran RM123.00.

Nurse akan nasihatkan:

1. Next period, hari ke 2-5 perlu ke LPPKN ambil darah. Masa ni bayar RM82.00
2. Pada hari pertama period, call Hospital Tawakal/mana hospital yg dicadangkan untuk buat HSG. aku buat HSG di Hospital Tawakal. Bayaran RM180.00. 
3. Pergi ke LPPKN padahari ke 21 period untuk ambil darah
4. Next period lagi, hari pertama call nurse untuk dapatkan appointment jumpa dengan doktor.

Kesimpulannya, semua preparation di atas WAJIB sebelum jumpa doktor. Masa jumpa doktor bawa result HSG & Film X-Ray tersebut. Jumpa doktor nanti, barulah kita boleh tahu apa masalah yang kita hadapi dan cadangan doktor untuk rawatan.

Aku sekarang, sedang menunggu next period! Dalam debaran untuk berjumpa doktor.

Kos rawatan setakat ini:
1. Pendaftaran, ujian darah suami, ujian air mani   RM123.00
2. Ambil darah isteri kali pertama & ke 2               RM  82.00
3. HSG (X-ray)                                                     RM180.00







Tiba-tiba terliur benda ni pulak...!

tiba-tiba jer mulut aku kecur nak makan benda alah nih....lama betul tak makan. makan pulak dengan nasi panas2. ohhhh tidakkkk....sedapnya...mana nak cari benda nih ni...pasar malam ada kot jual. kalau ada jual aku nak beli dan balik buat. nasib baik sekarang dah dekat pukul 1 pagi...kalau malam masih muda ke kedai acheh juga aku mencari...




sedapnya....


Sambal Pauh bersama ikan kering

Anak aku suka menyanyi

Kesian budak kecik hensem ni, kalau kat rumah memang tak ada kawan. Ada pun ibu & babah...bukan boleh diajak bermain ikut kehendak dia. main kereta. main pistol. main pedang. punggah mainan yang berkotak-kotak...sesekali layanlah...kalau selalu benganglah apabila dipaksa main oleh anak!grrrr...keluarlah urat hijau...


paling senang...dia mainlah sorang2. sambil main...sambil menyanyi...yang tak tahan tu nyanyi lagu orang dewasa tu.


Awan Nano...antara lirik lagu Awan Nano rekaan Que adalah:


kena tampar dengan ayah dia
dia menangis...kena tampar...


hahha...dok ulang ayat kena tampar tu banyak kalilah jugak...agaknya dia tak tau lirik, tapi nak nyanyi jugak. teringat video klip awan nano yang babak hafiz kena tampar dengan bapak dia tu kan...tak boleh blah betul Que ni. 


Satu lagi lagu kegemaran dia adalah Lelaki ini...version Que akan jadi macam nih...


akulah lelaki, yang paling hebat, banyak...baikkkk...
jangan kau marah, kalau aku tak cinta
baik..masin...


hahhaha...masin tu datang dari mana pun aku tak tau...


budak ini penyeri rumah tangga kami.








Ibu bercinta dengan siapa?

sedang asyik menonton movie siam, apa tajuk pun aku tak pasti sebab aku tengok pun dah di penghujung cerita, anakku bertanya;

Q: ibu bercinta dengan siapa?
ibu: dengan babahlah
Q: ooo...
babah: Q dengan siapa?

(Q sengih)

Q: adalah...rahsia
ibu: ooo...adalah ni yer...
Q: ada
ibu: siapa
Q: rahsia

hahha...anak aku baru 4 tahun 8 bulan dah tahu bercinta. aku dulu tengah syok main pondok-pondok lagi.

Inilah dia pengaruh media massa sekarang terutamanya tv..ASTRO...macam-macam ADA.

sebenarnya kami sedang menonton cerita siam yang mengisahkan budak lelaki (Tock) berumur 10 tahun jatuh cinta dengan doktor (dr Ais). Setiap hari Tock akan ke klinik Dr Ais. Satu hari sedang doktor merawat tangannya, dengan spontan Tock mencium bibir Dr Ais. Dr Ais terkejut dan tersenyum.

Esoknya, seperti biasa Tock pergi ke klinik Dr Ais. Nurse beritahu Dr Ais muntah2 dan ke hospital. Tock berlari ke hospital dan melihat Dr Ais sedang termenung di bangku. Tock bertanya apa sakit Dr Ais. Dr Ais beritahu bahawa dia sedang mengandung. Tock sangatlah terkejut. Balik rumah dia terus mengkaji bagaimana seorang perempuan boleh mengandung. Tock sering termenung dan mengelamun di sekolah kerana fikirkan masalah dr ais sehingga bermimpi Dr Ais telah keguguran di kliniknya.

Setelah habis sekolah, Tock berlari ke klinik Dr Ais. Nurse beritahu Dr Tock telah ke Bangkok. dia meminta alamat Dr ais malangnya nurse tidak tahu. Tock balik rumah dan pecahkan tabung adiknya. Dia menelefon semua nama Ais di buku panduan telefon sekitar Bangkok dan pergi ke alamat tersebut. Usaha Tock sia-sia kerana dia tidak menemui Dr Ais. Dia kembali ke Klinik dr Ais. ayahnya sedang menunggu dengan rotan di tangan.

Tock balik rumah dengan hati yang sebal kerana dimarahi ayahnya di depan kekasih hatinya Dr Ais. malam tersebut Tock terminum arak milik pekerja ayahnya. Dia mabuk dan meluahkan perasaannya di hadapan semua orang. Ayahnya cuba membantu secara psikologi. Dr ais menjelaskan bahawa Tock tidak boleh menjadi ayah kepada kandungannya kerana Tock masih kecil. Tock sangat kecewa. 

Tock bersama ayahnya membantu Dr Ais menjelaskan perkara tersebut kepada kekasih Dr ais yang sedang belajar di US. Akhirnya Dr Ais berkahwin dengan kekasihnya dan melahirkan baby yang comel. Dr Ais meminta Tock menjadi ayah angkat babynya.

Tock tersangat gembira. 

Gila punya cerita siam...jadikan kanak-kanak seperti orang dewasa.  Itulah yang menjadi ikutan anak-anak kita yang masih di bawah umur dan akal fikir yang waras!

Nota kaki: Movie ini tak ada unsur 18sx.


Gaya menonton. Kusyuk & tawaduk...

Sunday, April 15, 2012

Sepohon kayu daunnya rimbun...

azan Zohor dah kedengaran

teringat lagu nasyid ini...

Sepohon kayu daunnya rimbun…
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Sepohon kayu daunnya rimbun…
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul di palu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul di palu
Dipukul di palu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Sepohon kayu daunnya rimbun…
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Sepohon kayu daunnya rimbun…
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup 1000 tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya


Jom, kita solat dulu. Cakap jer tak guna...

Ahad yang cerah

Bangun pagi...dok fikir2 nak masak apa untuk sarapan. Ting tong...idea kuar!


Masak nasik. Petik suis. Tinggal. mandi2 bersiap dan keluar pergi kedai Acheh. Que pun sibuk nak mengikut. dah lah belum mandi. belum gosok gigi. belum cuci muka. semuanya belum. alahai anak jantan ibu! comot betol. 


Pagi2 lagi dia dah balun eskerim. larang tak mau dengar. biaq pi lah. dok merayu dalam kedai acheh. kalau aku tak belikan mesti orang cakap kedekutnya ibu dia. anak nak eskerim singgit pun tak kasi. dia tak tahu anak kita batuk. aikkk...ada ke orang kata? aku jer perasan sendiri.


Ambik ikan kembung 8 ekor, ikan masin halus2, cili padi, santan. Bayar dan terus balik. sampai rumah en laki tanya, 'takder ke kuih2?'. 'takder. save bajet.' selamban jer aku jawab walhal malas aku nak menapak mencari kuih. kawasan aku ni kalau hari ahad banyak kedai kuih dan nasik berlauk pagi yang buka. agaknya mereka pun penat asyik dok masak untuk orang malas macam aku ni. 'sesekali korang masaklah sendiri'. aganya macam tu lah mereka kata kan?.


Aku pun masuk dapur..tong tang tong tang...!


'Lamanya ibu...masak apa tu'. dengar suara en laki menanya. dah lapar agaknya. makan jer lah laptop tu..hihi..dalam hatilah...


Tadaaaa...jom maman...bekpes+lunch....


Nasik putih
ikan masin halus2 digoreng dgn bawang dan cili padi
masak lemak ikan kembung dicampur timun
sambal belacan+timun
telor dadar untuk Que


jom jom makan....


'sedapnya ibu masak'....si anak memuji...hahha
'aa..aa sedap kan Q'....Alhamdulillah...en laki menyambung ayat...


Aku tak pasti betul sedap atau mereka lapar. Makan jer lah...pastu dok diam2. Kita makan malam pulak...hahhaha...bini dan ibu yang kejam!


Tak sempat nak ambik gambar semua dah masuk perut.



Thursday, April 12, 2012

Que nak dua beradik

Petang semalam semasa kami makan di D'Teratak Melawati.

'ibu, que nak 2 beradik macam budak tu.'

Aku toleh ke arah yang ditunjuk que. Aku nampak ada budak lelaki lebih kurang 6 tahun bersama adik lelakinya berumur lbh kurang 3 tahun sedang makan dengan ayahnya.

'Que nak macam tu. Que boringlah tak ada adik-beradik'.

Syahdu aku mendengarnya. Bukan sekali dua dia bercakap begitu. Sudah berkali-kali. Kesian aku mendengarnya. Agaknya dia nampak seronok kalau ada adik-beradik. Ada kawan untuk bermain dan bergaduh. Jika sepupu dia datang ke rumah, bukan main seronok berkawan, berkongsi mainan, berebut mainan dan bergaduh. Apabila mereka balik mulalah dia buat ayat-ayat cinta yang meruntun hati aku. Apa lagi daya ibu nak...rezeki belum ada untuk Que ada adik. Sabarlah!

'Ibu, bila baby kita nak keluar?'
'Ibu, baby kita tengah buat apa kat dalam perut ibu?'

Adoi..ini yang paling aku tak tahan. Tak sampai hati aku nak cakap kat dalam perut ibu tak ada baby. Hanya ada lemak jer nak. Perut ibu besar tu sebab lemak. Baby belum ada.

Ada sekali, suami beritahu dia.

'Baby belum ada sayang. Baby kat syurga lagi.'

Muka dia berkerut mendengar kata-kata babahnya. Berfikir agaknya!



Betul-betul kaki novel

Gila punya baca novel...tengok2 jam rupanya sudah pukul 3.15 pagi. Aku baru tamatkan novel Dia Segalanya karya Sha Ibrahim. Memang tak boleh stop baca novel ni...nak habiskan juga sebab nak tau ending dia. Ada orang dia baca depan sikit, tengah sikit, belakang sikit...kemudia baru baca macam biasa. Aku memang tak boleh macam tu...mesti mulakan dari depan dan seterusnya. Barulah suspen...ada..memang ada orang macam tu...bukan orang lain pun, kawan baik aku sendiri namanya zaharah...hehe..jangan marah geng!

Bila dah habis, barulah lega...terus tidur...tak hingat...jaga2 dah azan subuh. Kelam kabut bangun..semua nak buat dalam satu masa...mulalah dengar en somi membebel..bla..bla..bla...


Bila Que jadi model sambilan



Aku & HSG 2

Hari ni adalah ke 8 selepas aku buat HSG. Kesan gatal yang aku cerita minggu lepas dah berkurangan...Alhamdulillah. Muka yang sembab dan ruam pun dah hilang. 

Bukan semua alah pada HSG ni. Hanya sebilangan yang kecil sahaja termasuk aku. Terima seadanya dugaan kecil ini kerana aku sedang berusaha untuk dapatkan ganjaran yang lagi besar. Moga pengorbanan aku ini tidak sia-sia. 

Result HSG yang keluar menggembirakan aku. Tak ada tiub yang tersumbat. Semua kelihatan normal. Alhamdulillah. Tunggu 16hb April nak jumpa doktor di LPPKN. Tunggu treatment yang seterusnya.


Friday, April 6, 2012

Aku & HSG 1


Sambil2 aku menaip entri ini, tangan aku tak henti2 menggaru...kesan HSG yang menimpa aku dan ianya amat jarang berlaku. Kes seperti aku adalah kes terpencil dalam ujian HSG. 

"HSG (hysterosalpingogram) is an X-ray test that examines the inside of uterus and fallopian tubes and the surrounding area".

Doktor LPPKN pesan, 1st period call hospital Tawakal untuk dapatkan appoitment buat HSG. Standby duit RM200. Datang jer period aku terus call dan set temujanji pada 4 April 2012 jam 2.30pm. 

Pagi2 lagi aku dah tak senang duduk, aku takut, cemas dan macam2 perasaan datang. ada kawan bagitau buat HSG sakit. Seminggu sakit. Aku tengok youtube dan baca blog orang tentang HSG. Ada yang sakit dan ada yang biasa2 sahaja. Tiba-tiba sahaja perut aku tang ari2 jadi sakit. Aku bagitau hubby. Dia hanya bagitau hanya psikologi sbb aku tgk youtube dan baca momok bahawa benda tu sakit. 

Tiba di bahagian Dignostic Imaging (X-ray) Hospital Tawakal, aku terus ambil nombor dan menunggu dengan debar. Hubby dapat kerusi cantik, terus sandar dan pejam mata. Layan aircond yang sejuk. Nama aku dipanggil. Masuk bilik X-ray. Tukar baju. Pergi bilik air buang apa yang patut dan hilangkan stress. Sebelum panjat katil sempat lagi aku tanya nurse sama ada sakit atau tidak. Nurse hanya senyum dan bagitau hanya sakit seperti 'period pain' sahaja. Aku diam dan senyum dan bayangkan 'period pain' yang aku selalu kena saban bulan. 

Thursday, April 5, 2012

Apakhabar?

5 April 2012

Lama sungguh aku tak menjengah blog ini. Rupanya inilah entri pertama aku di tahun 2012. Banyak perjalanan hidup aku yang tidak dicatatkan di sini. Tak apalah...kalau rajin aku kayuh perlahan2 di sini...