tabung que

CafeMom Tickers

Friday, September 14, 2012

Buka Buku Merah

Hari ini pemeriksaan pertama aku. Buka buku merah di KK AU2. Pukul 7.50pagi aku dah terpacak kat situ. Ambil no dan menunggu. Kebetulan suami dan anak pun demam. Mereka masuk pesakit luar dan aku menunggu di Klinik Ibu dan Anak.

Orang agak ramai, maklumlan klinik kerajaan. Aku tak rasa bosan walaupun lama menunggu kerana aku begitu teruja ingin tahu tahap kesihatan aku dan juga aku amat merindui detik2 ini sejak 5 tahun yag lalu. Aku hayatinya sungguh2...

Setelah 4 jam di klinik, jumpa nurse dan doktor. Hasilnya aku didapati ANEMIA. Kurang darah merah. HB paras 9.1.

Nurse Fatin misi orang Kelantan yang baru bertugas 3 hari mencatat semua temujanji. Lagi 2 minggu aku kena pergi lagi untuk buat blood test. SISTER cakap, 'kena keraplah datang sebab awak bermasalah....'

Harap2 masalah yang disebut itu akan dapat diatasi dan aku menghadapi 7 bulan mendatang dengan bersemangat dan kuat!


Alhamdulillah

Alhamdulillah...akhirnya Allah makbulkan jua doa kami untuk mendapat cahayamata kedua. Raya baru2 ini aku agak mabuk, loya, mual2 dan pening2. Masa itu aku dah lewat period 2 minggu. Aku tak mau excited kerana aku selalu lambat. Tup-tup angkat juga bendera merah. Apabila kesihatan makin teruk, aku ajak suami pergi farmasi cari pregnancy test. Malam raya ke 3, keadaan sangat panas dan aku susah nak lelap. Maybe aku tak sabar nak buat checkup. Pukul 5 pagi aku dah bangun. Terus masuk bilik air...tadah air kencing, celup test...aku pandang tempat lain...tak sanggup nak tengok kalau -ve....lps 10 minit habis segala doa dlm hati baru aku pusing tgk. Ada 2 line....aku sengih sorang2 dalam bilik air. Rasa nak melompat kat situ juga.

Aku keluar, masuk bilik dan terus kejutkan suami. Tunjukkan hasil pada dia. Terpisat-pisat dia bangun. Tengok dan terus menangis....betapa kami terlalu gembira dan terus sujud syukur padaNya.

Alhamdulillah...berkat doa semua. Keluarga dan kawan-kawan.

Hari isnin, 10 Sept 2012, aku pergi Pusat Rawatan Naluri buat scan. Nampak denyutan jantung bayi. Ukuran dia 1.4cm. EDD yang keluar kat situ 24 April 2013. Doktor bekalkan acid folic dan dufaston untuk kuatkan rahim.

Aku tanya soalan pada doktor Naluri, kenapa aku rasa perut aku mengeras? Aku juga kadang-kadang rasa perut aku bergerak...tak logik kan? Baru 2 bulan...itulah jawapan doktor Naluri.

Aku cakap dengan suami, adakah aku berhalusinasi?

Suami gelak dan katanya maybe itu adalah angin dalam perut aku. Harap2 tiada yang pelik2 berlaku pada aku.