tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, January 29, 2013

Sayang mak

pakaikan kerongsang
Assalamualaikum

1 Jan 2013. Mak terpijak paku karat semasa nak jemur kain. Mak hanya menahan sakit. Abang pujuk mak pergi klinik. Mak tak mahu kerana takut kaki kena belah buang karat. Satu malam mak menahan sakit. Kaki mak mula membengkak. Bisa berdenyut-denyut. Semalaman mak tak boleh tidur. Esoknya kakak yang tinggal berdekatan baru mendapat khabar. Kakak bergegas ke rumah mak. Memujuk mak pergi klinik. Akhirnya mak mengalah. Setelah check up, doktor dapati mak ada diabetis dengan bacaan gula paras 20. Kakak sungguh terkejut. Doktor membebel kerana tidak pernah check. Kami semua alpa. Jika mak sakit, kami hanya bawa klinik Rahimah di Guchil, Kuala Krai. Inject, ambil ubat dan balik. Demam mak baik. Katanya mak serasi dengan ubat klinik tersebut.

Kaki mak bernanah dan berdarah. 2 hari sekali mak kena pergi dapatkan rawatan cuci kaki kat klinik. Setiap kali balik klinik muka mak pucat menahan sakit kerana kakinya telah dipicit buang nanah oleh HA. Mak tak tahan walaupun dibius. Badan mak makin susut dan lemah.


Cuti Thaipusam, aku sempat menjenguk mak di kampung. Sedih hati aku melihat keadaan mak. Sayu hati nak tinggalkan mak. Walaupun kaki mak dah kering daripada luka, tapi mak masih terasa ngilu dan berdenyut-denyut masa dia berjalan. Ketara pada wajah tua mak kepenatannya.

Sungguh, wajah mak terlalu tua dan tak bermaya. Kesian mak. Banyak sungguh pengorbanan dan jasa mak pada kami. Tak terbalas kami. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mak membesarkan kami 12 beradik. Moga Allah berikan mak kesihatan dan kebahagiaan di penghujung usianya.

Sayang mak!

Doa untuk ayah

Assalamualaikum

9 Jan 2013, genap 3 tahun arwah ayahku meninggalkan alam ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kami berkumpul anak beranak berbuka puasa di penghujung Ramadhan tahun 2009. Arwah begitu gembira apabila semua anak cucunya dapat berkumpul berbuka puasa. Meriah sekali. Dia mengeluarkan semua belanja untuk berbuka puasa. Kata beliau, mungkin ini kali terakhir beliau dapat berbuka puasa dengan anak cucunya. Dia suruh masakkan singgang daging.

Saat berbuka puasa, dia hanya duduk di sudut rumah berbuka puasa sekadar teh tarik dan sebuku roti. Beliau hanya memandang anak cucu yang meriah berbuka puasa. Katanya dia gembira melihat kami berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Pada hari tersebut arwah amat gembira. Hajatnya kesampaian.

Pada raya haji 2009 pula, dia keluarkan duit beli seekor lembu buat korban. Beri pada anak-anak yang berniat untuk buat korban dan akikah. Dia akikahkan anak2 nya yang belum buat akikah masa kecil. Katanya, masa anak2 masih kecil, dia tak mampu dari segi kewangan. Dia nak buat juga walaupun anak2 sudah dewasa. Arwah tersangat gembira menyambut raya haji pada tahun tersebut.

Tanpa disangka pada 9 Jan 2010, kami mendapat panggilan telefon agar pulang. Arwah titipkan pesan agar semua anak-anak pulang. Allahurabbi!

Arwah tak sakit cuma diserang sedikit lelah pada pagi hari tersebut. Masanya dah sampai. Allah panggil dia pulang. Kami redha.

Moga roh arwah dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Amin.

Tuesday, January 22, 2013

sesekali aku muncul

Assalamualaikum,

Lama tak menulis kat sini. Aku diam sebab banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Pahit dan manis. Perkara yang paling menyedihkan aku dan meninggalkan kenangan pada 2012, aku keguguran tanggal 12 Oktober. Sebelum itu, aku terlalu gembira dan menyampaikan khabar gembira aku mengandung kepada semua keluarga dan rakan terdekat. 5 tahun aku menunggu, siapa yang tak gembira kan? Suami dan anak teruja...semua tak sabar...Namun Allah menduga aku. Anugerah itu masih bukan milikku. Aku pasrah dan redha. Paling menyayat hati apabila anakku naqiuddin bertanya di mana kubur adiknya. Airmataku mengalir tanpa henti pada malam aku keluar hospital. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Semoga 2013, Allah memberi lagi anugerah terindah itu untuk kami. Kami redha dan terima takdirnya. Siapalah kita sebagai hambaNya yang lemah untuk mempertikaikan apa yang di kehendaki. Saban hari kami menitipkan doa padaNya agar dipermudahkan perjalanan kami dunia dan akhirat.

Aku makin hari makin tabah menghadapi liku-liku kehidupan bersama insan-insan tersayang yang selalu setia bersamaku. Insha Allah...jika Allah mengizikan, aku jua akan setia hingga nyawa bersama mereka. Insan2 yang memahamiku dan menyayangiku.