tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, January 29, 2013

Sayang mak

pakaikan kerongsang
Assalamualaikum

1 Jan 2013. Mak terpijak paku karat semasa nak jemur kain. Mak hanya menahan sakit. Abang pujuk mak pergi klinik. Mak tak mahu kerana takut kaki kena belah buang karat. Satu malam mak menahan sakit. Kaki mak mula membengkak. Bisa berdenyut-denyut. Semalaman mak tak boleh tidur. Esoknya kakak yang tinggal berdekatan baru mendapat khabar. Kakak bergegas ke rumah mak. Memujuk mak pergi klinik. Akhirnya mak mengalah. Setelah check up, doktor dapati mak ada diabetis dengan bacaan gula paras 20. Kakak sungguh terkejut. Doktor membebel kerana tidak pernah check. Kami semua alpa. Jika mak sakit, kami hanya bawa klinik Rahimah di Guchil, Kuala Krai. Inject, ambil ubat dan balik. Demam mak baik. Katanya mak serasi dengan ubat klinik tersebut.

Kaki mak bernanah dan berdarah. 2 hari sekali mak kena pergi dapatkan rawatan cuci kaki kat klinik. Setiap kali balik klinik muka mak pucat menahan sakit kerana kakinya telah dipicit buang nanah oleh HA. Mak tak tahan walaupun dibius. Badan mak makin susut dan lemah.


Cuti Thaipusam, aku sempat menjenguk mak di kampung. Sedih hati aku melihat keadaan mak. Sayu hati nak tinggalkan mak. Walaupun kaki mak dah kering daripada luka, tapi mak masih terasa ngilu dan berdenyut-denyut masa dia berjalan. Ketara pada wajah tua mak kepenatannya.

Sungguh, wajah mak terlalu tua dan tak bermaya. Kesian mak. Banyak sungguh pengorbanan dan jasa mak pada kami. Tak terbalas kami. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mak membesarkan kami 12 beradik. Moga Allah berikan mak kesihatan dan kebahagiaan di penghujung usianya.

Sayang mak!

2 comments:

Komen ler apa sahaja:-