tabung que

CafeMom Tickers

Monday, November 29, 2010

madu 3

madu 3...citer arwah seniman P. Ramlee
kelakar dan menghiburkan..yang tak tahan tu..

"pah..butang baju melayu abang mana Pah"
nak pergi kenduri kawin en jamil...(padahal sendiri nak pergi nikah)

balik pagi2 dengan muka ceria. bertembung bapak mertua.

"bapak...saya kahwin sorang lagi"
"bagus..."
"panjangkan umur bapak mertuaku...".ishhh sporting betul bapak mertua...

nak masuk bilik, siap baca doa dan hembus2 depan pintu. takut bini marah dan mengamuk sebab balik lambat.

lepas dapat 2, nak lagi yang ke 3...
(tamak...tapi kalau orang lelaki, akan cakap ikut sunnah nabi)

sepandai2 tupai melompat, akhirnya terkantoi jua...tak pasal2 kena kejar dengan tiga2 bini...apalagi..larilah...

lelaki oh lelaki...asalkan adil dan saksama, mampu dalam segala aspek...

cerita yg ada pengajarannya walaupun nampak seperti cerita kelakar!

cinta ibarat coli

terkekeh2 aku ketawa. kreatif tul budak ini merapu...
boleh menghiburkan hati dikala boring.
ada ker patut dia kata cinta ibarat coli. tak ker merapu namanya...
kalau rasa senang hati pergilah melawat kat blog hamzah ian ni.


Sunday, November 28, 2010

diancam suami sendiri

suami adalah tempat isteri bergantung dan menaruh harapan, namun jika suami sendiri yang sanggup mengancam isteri dengan pisau di leher...suami apakah itu?

takutnya aku apabila membaca harian metro hari ni. bacalah kisah lanjutnya DI SINI.


disorok hantu?

ini kisah mesteri nusantara...ianya benar2 terjadi kepada anak buahku kat kampung.

petang Jumaat 26hb~faiz 12 tahun, pergi menengok orang lawan sepak takraw. game dah habis, tinggal dia sorang lagi kat padang tu. dok repair motor yang tiba2 tak blh nak start. bila abangku ajak balik, dia kata sekejap lagi dia balik. bila jam 7 lebih tak balik2 lagi, abang2 dia mencari di padang sepak takraw, rumah kawan2nya, rumah mak aku dan kedai2. masih tak jumpa. jam 9 malam dah riuh satu kampung. tiba2 datang seorang penduduk kampung, tawarkan diri nak contact sepupunya yang pandai 'menilik' orang hilang. hanya berhubung melalui telefon, makcik fauziah arahkan penduduk kampung mencari motor faiz, katanya faiz ada di sekitar motor tersebut dan sedang 'disembunyikan sesuatu'. jika lambat bertindak, 'makhlus halus' yang sembunyikan faiz, akan bawanya lebih jauh....berdiri bulu roma aku mendengar cerita ni.

Orang2 kampung berjaya menjumpai motor faiz di sebuah kedai tidak berpenghuni di hujung kampung. mereka menabur beras kunyit di sekitar motor sambil azan dan membaca ayat2 suci al-quran. dalam masa sejam berlegar2 di kawasan tersebut, akhirnya jam 10 malam lebih, mereka menemui faiz di bawah pondok kayu api di belakang rumah kedai tersebut. bila abangnya menarik dia keluar, dia seperti terpinga2 seolah2 baru bangun tidur dan terus mennagis. masa itu matanya telah bengkak. agaknya dia dah lama menangis dan nampak orang kampung mencarinya tetapi orang kampung yang tak nampak di tersorok di situ.

Ada seorang pakcik menghembus ayat2 quran di kepala dan telinganmya, barulah dia nampak pulih dan sedar namun keadaannya masih mamai. kakakku membawa dia berubah berubat dengan seorang ustaz dan dimandikan untuk pulihkan semangat.

Kejadian ini benar2 berlaku. sesungguhnya makhlus halus itu memang wujud iaitu mereka di kalangan jin, syaitan dan iblis.

Suamiku berpesan, balik kampung nanti jangan biarkan anak merayau2 main kalau dah petang...

Monday, November 22, 2010

lagenda budak setan


malam tadi kami layan cerita ni. baguslah movie ni..gambar cantik. bila kita tengok seolah2 kita tengok filem Indonesia ataupun Korean.




lakonan farid kamil & lisa surihani memang menjadi. loving couple. tapi aku tak suka bila watak ayu telah buat plastic surgery dan tukar wajah lain. walaupun pelakon tersebut (lupa nama) agak menjadi lakonan dia, aku tetap nak Lisa Surihani. Cuma yang tak berapa jelas, Kasyah (Farid Kamil) sebagai 'budak setan', tidak jelas kesetanan yang ditonjolkan...masukkan cicak dalam coke Ayu & dia hampir tercekik. Bermulalah detik perkenalan. Kasyah telah berubah menjadi baik demi ayu. Mereka berpisah setahun apabila Kasyah membuat research di pedalaman dan ayu telah berkahwin atas paksaan ibunya.

Kasyah frust sangat apabila dia balik dan diberitahu ayu telah berkahwin. Ayu pula tidak bahagia dengan perkahwinannya sehingga dia kemalangan, buat surgery & bercerai. akhirnya ayu kembali ke pangkuan kasyah apabila Kasyah mengetahui cerita sebenar dan cintanya masaih teguh kpd ayu.

Cerita ni memang touching. aku rasa nak cari DVD original. rasa macam berbaloi kalau beli.

aku nangis bila ending cerita, ayu meninggal ketika bersalin...tunggu sambungan part 2.


hujan dan tayar pancit

pagi ini hujan lebat membasahi bumi AU3.
turun bawah...hubby tengok kereta, alamak..tayar pancit.
semalam satu hari kami tak ke mana2. Bila masa tayar tersebut pancit pun tidak dapat dipastikan. Terpaksa pergi kerja naik bas dan hubby naik teksi.
Petang nanti punya ceritalah kereta...sabarlah yer!

masak2 mode

Balik kerja hari Jumaat lepas, mood raya haji ada lagi. aku godek2 resepi kat internet dan terjumpa resepi ini. balik rumah try buat..Alhamdulillah..menjadi wlp pukul 9.30 baru makan malam sebab nak empukkan daging....


Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
¾ tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga

Cara:

Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha

10 Zulhijjah, kami menyambut hari raya aidil adha di kuala lumpur sahaja. cuti hanya satu hari dan bebanan kerja yang tidak mengizinkan untuk kami melanjutkan cuti. lagipun cuti aku hanya ada 3 hari sahaja lagi. simpan untuk kecemasan sahaja.

malam tadi kami masak sehingga jam 3.30 pagi. menu kami adalah nasi minyak, ayam kerutub, daging beriani dan acar. kami balik dari beli bahan2 basah jam 9.30 malam. so, pukul 10 malam baru start masak. ramai sungguh orang di Carefour Wangsamaju. Berkali 2 aku tawaf mencari serai dan bawang goreng, namun hampa. semuanya habis. kami berkejar pula ke Pasaraya Hero. Kat sini pun ramai juga orang. banyak barang basah sudah habis dan aku hanya mendapat 3 kilo daging dan daun pandan di sini. kami berkejar pulak ke giant, Permata. Alamak...sini pun ramai orang. kami membuat kesimpulan bahawa ramai yang tidak balik kampung memandangkan cuti hanya sehari dan yang paling penting ianya tengah bulan. paham2 jer lah...

kami hanya membeli bawang goreng dan kerisik di gian. kami bergegas balik apabila kawan aku siti zaharah dah sampai. mereka sekeluarga akan beraya dan sama2 memasak bersamaku. settle masak, mandi dan tidur.

pagi tadi aku agak kelam kabut sebab baju melayu suami, anak dan baju kurung aku belum digosok. akhirnya aku terlewat ke surau dan terlepas satu rakaat yang pertama. semasa khutbah dibaca, naqiuddin pulak mengamuk mengajak balik...errrmmm...geram. tapi malas nak marah2 dan cubit sebab hari ini adalah orang berkorban. aku pun berkorbanlah demi anak.

balik sembahyang raya, kami menjamu selera beramai2 dan kawan2 datang beraya. InsyaAllah petang nanti, adikku datang dari Behrang 2020 untuk sama2 memeriahkan suasana Aidil Adha kami. Pagi tadi telefon mak. suara mak seperti sedih. semua anak2 yang tinggal luar Kelantan tak balik. dia tak buat ketupat dan apa2 masakan. harapkan kakak dan jiran2 yang hantar. dia kata tak ada semangat sebab kami tak balik. sebenarnya suasana dan sambutan raya haji kat Kelantan agak meriah seperti raya puasa.

Ada rezeki dan masa, kami akan balik mak....ampunkan kami.
Selamat Hari Raya Aidil adha.



Sunday, November 14, 2010

tertido..penat bergaduh dengan ibu

que bergaduh dengan ibu. ibu marah sebab que potong crayon dengan pisau cake. que tonyoh2 crayon kat carpet. bila ibu tengok, dia cepat2 cover carpet yang dia conteng tu. sebenarnya bawah punggungnya tu abis kena tonyoh dengan crayon. tgk tu sedang sorok pisau cake. ibu cakap nak ambik gambar, nak tunjuk dengan babah que nakal2. dia marah, dia baling pisau tu terkena laptop ibu. nasib baik screen tak ada apa2 yer nak..kalau tak lagi ibu marah.


sorok pisau cake & bawah punggung tempat tonyoh crayon


tertido selepas minum susu. penat bergaduh dengan ibu.

"ibu cakap kita tak baik. ibu suka marah kita. tadi ibu friend, pastu ibu marah. suka marah kita. kita sedih sangat"...tengok! pandai dia bebel2 marahkan ibu. jerit2 pulak tu...anak oh anak...macamana nak ajar anak bagi dia cakap lembut2, elok2...bila mood dia baik, ibu cakap dengan dia, tak baik cakap macam tu dengan ibu. nanti Allah marah.

Masa dia angin elok...dia akan cakap dengan kita "ibu, kita cakap elok2 ni...".sambil buat muka seposen!

Anak, buat kita tersenyum walaupun marah!

anak suka memberontak

anakku dah 3 tahun lebih. mulut makin petah bercakap. kadang2 perkataan dan ayat2 yang kuar daripada mulutnya buat kami terkejut. jika dia marah atau merajuk, makin banyak mulutnya membebel. paling tak tahan dia suka menjerit2.

"dah lah ibu suka marahkan kita"
"cakap kita tak baik"
"tak nak friend dengan kita"
"nak buang botol susu ni"

dan macam2 lagi bebelan yang kuar daripada bibir mongelnya. dia akan berhenti membebel & merajuk apabila kita pujuk2 dan minta maaf dengannya walaupun dia yang buat salah. itu juga yang menyebabkan ku marah atau mencubitnya. aku pening. apabila aku memujuknya dan meminta maaf, sekejap jer dia baik lepas itu dia akan ungkit2 lagi kita marah dia.

apabila mood dia dah ok, aku akan cakap apa yang dia buat tu salah. tak elok buat macam tu. dia akan angguk dan janji tak buat lagi. sekejap jer lagi, dia akan buat lagi apa2 yang membuatkan kita bengang.

baru sekejap tadi, dia conteng2 karpet dengan crayon....iskkk...iskkkk

asyik pergi SANA jer!

hubby dapat call, kawan FDAM dia ajak keluar. jumpa kat Starbuck Wangsamaju. aku cakap dengan anak, "que, babah nak jalan. pergi lah ikut".

Babah dia kuar bilik air, terus dia cakap dengan babahnya. "babah, nak ikut boleh?". "Tak boleh, babah ada meeting". dia pun kuar dan cakap dengan aku.

Masa babah dia nak kuar, sedang buka pintu, sempat lagi si que ni cakap kat babah dia dengan ayat power yang membuat aku dan suami terbutang mata...

"babah ni, dahlah ada gf, asyik nak ke sana jerrr...."

hahha...mataku dan mata hubby bertemu. terbutang mata kami dengan ayat bisa yang dikuarkan que...ishhh, budak ni. baru 3 tahun....

makcik jual kerepek

setiap kali makan kat kedai mamak NZ atau mana2 gerai, mesti ada makcik jual kerepek datang. terus bawak keluar 3 bungkus kerepek letak atas meja.

"dik, RM10 jer dik...3 bungkus boleh pilih2. ambik satu RM4."
"tak per lah makcik..."
"ambiklah dik...RM10 jer dik"

kalau dah merayu2, tengok kesian pulak kan. sebab dia dah tua. ingat pulak mak kat kampung. beli satu bungkus RM4.00. ikhlaskah?entahlah..sebab pada asalnya dah tolak tapi bila kita cakap tak nak dia tak bergerak pun dari situ...

ermmm....

Friday, November 12, 2010

mata kiri kedip-kedip, tanda apa?

ada orang kata bila mata kiri kita kedip-kedip itu tandanya nak menangis atau ada perkara kurang baik yang akan berlaku. aku selalu perhatikan perkara ni...nak percaya kan, nanti tak elok pulak kan? tak nak percaya kadang2 ianya BETUL...mungkin itu semua hanya KEBETULAN...

aissshhh...awat ler mata kiri aku berkedip2 ni???

degilnya jururawat ni...

jururawat mana?dia keje kat hospital mana?
tak ada kaitan dgn mana2 jururawat pun...minta maaf sekalian jururawat di Malaysia.

sebenarnya aku geram dengan sebijik jerawat yg tumbuh kat pipi belah kanan ni...sudah lama. tangan pulak tak reti dok diam, nak mengutis jer kerja. jadi...jerawat dah jadi berparut. dah tak cun wajahku ini.

aku nak mencuba petua yang aku baru jumpa kat SINI.

moga pipiku akan menjadi tegang & gebu...hehhee...

steamboat mode

ahad lepas aku pergi pasar malam tukar dvd MATRA yang sangkut2. ternampak Yong Tau Fu. ingat kat hubby. mmg fav dia lah. ambik itu ini kena RM8.50. balik rumah, aku hidang You Tau Fu untuk hubby dan anak, aku belasah nasik+sup tengahari punya. sayang tau..kalau bukan aku yang tak perabih tak ada sape lagi (semangat nak diet dah lari...hehhe).

aku jamah sedikit sahaja YTF tu. isi dah abis tinggal kuah lagi semangkuk. sedap pulak kuahnya. sayang aku nak buang...betul. aku ni memang orang yang penyayang..hehhe

balik kerja hari ni, tiba2 teringat kat kuah YTF tu...masa tu dalam carefour wangsa maju sedang beli barang dapur. maklumlah esok lusa kan cuti, seharusnya dapur kena berasap. kami beli bahan2 untuk steamboat. balik rumah, hubby bergegas ke dapur menjadi chef steamboat.

sambil2 dia memasak sup, "kalau kita ada steamboat cooker kan best"...ermm. jawabku.

takhirnya, malam ini dinner kami adalah steamboat. makan dengan mode ala2 di Johnny's Steamboat Restaurant. ahakkkss...tak sempat nak snap gambar sebab perut amatlah LAPAR...

Tuesday, November 9, 2010

apakah permainan kita masa kecik2 dulu?

aku budak kampung. semua permainan aku adalah permainan yang berasaskan bahan2 terpakai yang boleh didapati di sekitar rumah atau kampung. sungguh seronok kenangan semasa kecik2. semua game yang dicipta sendiri.

inilah dia antara game yang selalu aku, adik-beradikku dan juga kawan2 ku main di waktu lapang selepas balik sekolah dan di hari cuti sekolah.

1. main baling tin susu
2. bola kaki tiga (yg kaki 3 tu adalah selipar jepun)
3. main tarik2 upih pinang
4. main tarzan di tepi bukit (kami bergayut di akar2 pokok yang panjang)
5. menangguk ikan pega
6. panjat pokok ambik buah jambu
7. main bola sepak
8. main tembak2 dengan pistol kayu (peluru buah terung kecik2)
9. main buih sabuh guna batang betik
10. main sembunyi2
11. main pondok2
12, mandi-mandi di parit
13. main layang2
14. main congkak (gali lubang bawah rumah dan guna biji getah)
15. main lompat getah

hahha...sungguh seronok. aku rasa banyak lagi game yang aku main tetapi aku lupalah...kalau anak2 baca bila dia besar nanti mesti dia gelak2 dan bertanya macamana nak main game tersebut. budak2 sekarang mana main game ni lagi. anak2 buah yang kat kampung pun dah tak main.

hujan dan ubi kayu

tiba-tiba aku menjadi rindu kepada hujan. teringat semasa kecik-kecik aku di kampung. aku agak nakal walaupun aku perempuan, agaknya aku agak rapat dengan 2 orang abang di atasku dan adik lelaki. kami berempat selalu main bersama. semua game orang lelaki. melastik burung, menangguk ikan laga, main bola sepak, main getah, main bola tin susu dan macam2 lagi. kadang-kadang kalau abang2 ku tak beri aku ikut mereka, aku akan join kawan2 perempuan main pondok2 atau mandi sungai. sebenarnya bukan sungai, aku rasa layaknya disebut parit...hahha...kami suka berendam dalam parit. main kejar2. kalau musim hujan, air akan banyak dan kami seronok berenang. kami akan bermain sehingga sejuk ketar, jari2 tangan kecut. pernah sekali di musim bah seperti sekarang, aku main air kat parit tepi rumah ana kawan baikku. tiba2 mak aku datang dengan ranting keluduk. mak aku pukul dan perambat aku balik. sememang aku bahaya sebab bila hujan air parit akan menjadi deras. pernah sekali semasa aku main air bah dengan abang2, adik dan kawan abangku, aku dihanyutkan arus deras. nasib baiklah kawan abangku cepat berenang dan selamatkan aku. kami balik dengan muka pucat dan menyimpan rahsia. agak lama juga rahsia tersebut baru terbongkar.

kalau tidak bermain air parit, kami adik beradik akan main gelongsor tepi bukit. memang seronok seperti budak2 sekarang main di playground. aku rasa lagi seronok main gelongsor tepi bukit. masa main kami tidak fikirkan apa2 bahaya kecuali seronok. nasib baik tak ada apa2 kejadian buruk yang berlaku. agaknya kami bernasib baik dan juga sudah arif dengan selok-belok bukit di kawasan rumah kami.

paling seronok juga semasa hujan mak akan merebus ubi kayu dan dimakan bersama kelapa muda parut yang diletak sedikit garam dan gula. sungguh sedap dilawan dengan kopi panas yang baunya sungguh menusuk hidung.

betapa rindunya aku kepada hujan di kampung dan ubi kayu. sekarang betapa susahnya aku nak melalui detik2 itu lagi.

tiba2 teringat~kawan abangku yang pernah selamatkan aku telah meninggal kerana denggi berdarah. Al-Fatihah untuk beliau.

Ciannyer Que demam

jam 3 pagi Que merengek. bila ibu pegang kepala que dan badan, panas Ya Allah. Ibu terus ambil cool fever. Ibu selimutkan que yg nampak kesejukkan. dengan mata pejam que suruh ibu tutup kipas. ibu alihkan kipas jauh2. que suruh ibu tidur sebelah que. ibu tepuk2 que. que meracau2. pukul 4.00 pg, ibu masukkan ubat ikut vontot. lbh kurang jam 5 pg, Que buang selimut perlahan2. ibu pegang badan dan kepala, panas dan berkurangan. semalaman ibu tidur tak nyenyak. ibu kelam kabut hinggakan terlupa nak ambil suhu badan que. ibu kejutkan babah tetapi babah hanya jawab..ermmm...ermmm...entah jaga entah tidak. tak apalah, babah penat. keadaan masih terkawal.

akhirnya, pagi ni ibu ambil keputusan EL. que lebih penting drp kerja ibu. que sihat dulu, then ibu kerja dengan hati yang senang.

masa ibu menulis ni, que sedang tidur. kepenatan dan mengantuk sebab malam tadi que tak nyenyak. ibu pun nak tumpang sekaki!

dah 2 malam que demam malam. siang agak kurang dan malam badannya begitu panas. aku risau sebab sekarang banyak sangat kes denggi. moga Allah lindungi anakku ini drp penyakit2 bahaya.

Saturday, November 6, 2010

Udang Masak Black Pepper


Petang semalam Robot beri udang galah. dia memancing kat Semenyih. Tapi bukan boleh percaya robot tu, kalau pancing tak mengena dia akan sauk udang tu...hehhe...marah tokey kolam!




Udang Masak Black Pepper

Bahan2:
Udang galah 1 kg
kunyit+garam
Bawang besar
Bawang putih
Sos tiram
Black pepper
Tomato
Cili Merah+cili padi

Cara2:
Perap udang dengan garam+kunyit. Goreng udang lebih kurang 2 minit. Toskan.
Tumis bawang putih, bawang besar, masukkan sos tiram, black peper, sedikit air, cili merah, cili padi dan akhir sekali tomato. Masukkan sedikit serbuk perasa.

Sedia dimakan dengan nasi panas. sedap hingga menjilat pinggan.

Masakan ni hubby aku yang buat...sangatlah sedap air tangan en suami...hehheh

kami makan udang, naqiuddin makan ayam goreng+kicap...dia tak suka udang & sotong. dia tengok udang yang aku bersiang dan sedang ditoskan pun dia muntah2...macam-macam!



Friday, November 5, 2010

layan kan jer...

nafiz naqiuddin...
ishhh...anak bertuah...malam ni dia layan Toy Story lagi...mula2 Toy Story 2. abis sahaja nak tengok pulak Toy Story 1...hhehhe...terbalik kan?

Mintak susu 2x...habis 330mlx2

rehat sekejap makan mee sup



Pause dulu movie!




Akhirnya....


jarum jam 11.45pm

terlena jua...gaya like father like son


Sup Bebola Daging

Aku teringin nak berkongsi sup yang aku semalam. hubby ku cakap sodappp...betul ker?atau saja nak sodapkan hati bininya...tak kisahlah tu...

Sup Bebola daging+daging

bahan2:
1 paket bebola daging
500 g daging segar
2 biji kentang
1 biji carrot
2 bungkus sup bunjut
bawang merah (dihiris)
2 ketul kiub ayam

Cara-cara:
rebuskan daging dengan sup bunjut, halia & kiub ayam. renehkan sehingga daging empuk. apabila daging empuk, masukkan bebola daging, kentang & carrot. tumiskan bawang, kayu manis, bunga lawang. masukkan ke dalam periuk sup. tambah garam & perisa. Sedia dihidang bersama bawang goreng, daun & daun bawang. Boleh makan dengan nasi atau bihun atau makanlah sesuka hati anda!


dia pun sama...hehehe

aku saje gatal2 + ngada2 nak tukar panggilan mesra alam kat hubby ku...biasanya dok panggil babah...dari bercinta, bertunang dan sekarang dah 4 tahun kawin. itulah nama dia yang aku panggil...

"ibu nak panggil babah bi lah pulak"
"ermmm..."jawapan pendek drp hubby ku. entah dia suka atau tidak ataupun dia malas nak layan aku...hhhehehe...

pagi tadi, aku suruh dia angkat bakul baju yg belum berlipat.

"bi..tolong angkat bakul ni". dia pun angkat ler...

petang tadi, tiba2 anakku panggil babahnya...

"bi ooo bi"....aku tanya ler dia panggil siapa. dia cakap, panggil babah lah...

hahha...rupanya dia pasang telinga masa kami bercakap. haishh...kena hati2 kalau bercakap perkara bukan2 ni...






cuti yang indah

sesungguhnya CUTI itu satu nikmat yang tak terkata.
bermalas-malasan kat rumah..malas ke?kalau dah nama ibu & isteri, malas macamana sekali pun tetap memasak dan kemas rumah. masak yg simple2 janji kenyang dan sodap.

hari ni masak sup & ayam goreng sahaja. petang pulak goreng keropok lekor. malam kami hanya makan tart dan nescaffe. suami dan anak sudah kekenyangan.

petang tadi, layan naqiuddin main kat playground sambil tunggu kawan hantar tart. Hari ni rezekiku murah. kawanku robot pergi memancing udang dan dengan baik hati dia beriku dalam 1 kg.Alhamdulillah...esok blh masak.

hari ni jugak sempat melayan novel 'rahsia Perindu' semasa suami dan anak tidur petang tadi...citer Ramli Awang Mursyid buat kita terfikir dan otak bekerja. bila kepala rasa pening dengan citer watak2nya...aku tertidur. buku pulak yang baca aku!

kalau hari2 CUTI kan best...tak boleh..tak boleh...hidup dah biasa bekerja, tak mudah untuk berhenti dan jadi fulltime housewife. maunyer beku kepala hotakku...

Tuesday, November 2, 2010

Gilo apo bini aku?

hahha..itu ayat spontan hubby aku bila tgk bininya terkekeh2 ketawa sorang-sorang. mana pulak aku ketawa sorang2...aku sedang berada dalam dunia novel yang bertajuk 'Bini Aku Tomboy Ke?'. novel ni kisah tomboy yang selamba badak dan dia bukan pengkid...hanya tomboy. inilah akibatnya apabila ibubapa nak anak lelaki tiba2 kuar baby girl...diasuh jadi lelaki...kalau dah nama perempuan ttp tak akan jadi lelaki..maka jadilah tomboy!

bahasanya memang kelakar dan menarik. tak boring.

bila tiba part yang kelakar boleh buat kita ketawa sorang2...atau aku memang bengong kalau jumpa novel?hahhah...

nasib baiklah hubby aku dah tau perangai bini dia ni...

Monday, November 1, 2010

Jalan2 ukur IKEA & One Utama

haishhh...semalam Ahad yang amat penat. apa tak penatnya kalau dari tengahari sampai ke malam mengukur IKEA dan One Utama.

Berpusing2 kami mencari parking di IKEA. Punyalah ramai manusia. Patutlah ramai orang, kan semalam 30hb. Maknanya orang dah dapat gaji dan sedang menghabiskan gaji mereka di IKEA. hahha...aku agaklah...ada jugak yang hanya window shopping. tawaf satu IKEA, lastly kuar hanya berlenggang tanpa membeli apa2. kami pun pernah macam tu...paling tidak kami hanya membeli senduk plastik 3 pcs yang berharga RM3.hahha..kalau kita membeli barangan di IKEA walau berapa pun amount nyer, kita tak perlu membayar parking. so..baik beli barang drp bayar parking kan?bijak...bijak...

Kalau orang tanya apa yang best kau pergi IKEA? apa yer...memang susah nak bagitau tapi hanya orang yang minat IKEA saje yang memahaminya. paling aku suka tengok decoration dia...boleh buat contoh dan menyusun atur perabot rumah kita wlp bukan drp IKEA...dia bukan tau pun kalau kita tiru kan?barang2 dia mmg cantik dan berkualiti...harga?amat berpatutan..ada duit belilah...tak ada duit, tengok jer...dia tak marah pun. masuk percuma kuar free...hahha...apa di kisah...kata nak berjalan kan? ambik itu ambik ini (harga ikut kemapuan) masa membayar ada juga RM139.00 termasuk shopping bag RM1.90. Dulu tak silap aku harga RM3.90...terlupa nak bawak.

Setiap kali pergi IKEA, aku akan henyak2 sofa dan matress dia...empuknya..rasa nak gigit2...bilalah aku dapat bawak balik dia ke rumahku...huhu..en suami, tolong jawab yer!

Lepas tawaf IKEA dan perut kekeyangan dengan Meat Ball dan Fries, kami tawaf pulak ke One Utama. Tujuan utama aku hanyalah mencari MPH...kenapa MPH?sebab dalam MPH ada 'Hujan Pun Menari~karya terbaru Norhayati Berahim'. akhirnya hajatku tercapai...

Terima kasih tak terhingga untuk en suami dan anak yang setia melayani ibu berjalan2 yer...

nota kaki~balik malam urut kaki dengan minyak panas....hahahha




PM kena penyakit cacar?

Allah yang Maha Besar
hanya DIA yang paling hebat
dia yang memberi kesihatan dan kesakitan kepada hambanya

walau sebesar mana pangkat
sebanyak mana harta
jika Allah nak uji kesakitan
tetap akan merasai sakit itu seperti manusia2 lain yang tidak punya pangkat dan harta

doa kami rakyat Malaysia, moga PM akan cepat sembuh dan dapat mentadbir negara dengan adilnya

Cepatnya masa berlalu

hari ni dah 01 Nov 2010.
cepat sungguh masa berlalu. maknanya ada lagi 2 bulan untuk kita berada di 2010...selepas itu, akan datang lagi tahun baru. pastu mulalah nak pk apa azam tahun baru ni. padahal azam tahun yang sudah2 berlalu begitu sahaja..kalau tercapai pun...tak banyak. aku tak cakap orang lain tau, aku hanya tuju untuk diri aku sahaja!

bangun pagi, hantar anak taska then pergi kerja. tup tap tup tap dah pukul 1.00pm. kuar lunch. sambung kerja. tittttitttrettt...bunyi punch card machine.alamak! dah pukul 5.30pm. kemas apa yang patut. tunggu hubby datang. beli makan malam jika tak masak, ambik anak...malam bersama suami dan anak. kemas rumah apa yang patut. tidur. habis satu hari. esok pun begitu... satu hari berlalu...satu bulan berlalu...dan kini satu tahun pun hampir berlalu. masa terus berlari tanpa mempedulikan kita. tanpa menunggu walau sesaat. tak ada bertangguh seperti kita.

Firman Allah Taala dalam surah Al-’Asr ayat 1 - 3:

Maksudnya : “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”


Semoga kita tidak lalai dan mensyukuri dengan masa yang Allah beri kepada kita dengan perkara-perkara kebaikan.