tabung que

CafeMom Tickers

Monday, May 17, 2010

hebatnya laksamana sunan...

aku sekarang sedang jatuh cinta dengan watak laksamana sunan dalam novel hasil karya Ramlee Awang Mursyid...seorang laksamana atau pendekar yg hebat dan warak dan diberi anugerah sufi kerana ketakwaannya pada Allah..subhanallah...adakah ia semata dongeng, khayalan penulis atau sebetulnya wujud?

jika ingin jatuh cinta dengan sunan, bacalah novel-novel ini.




aku sedang baca episod 3, tak sabar nak menghabiskan cerita ini...kesian apabila sunan jadik blur apabila tercampak ke abad 21...

nak jadi cikgu...

akhirnya hari ini, que tak nangis pergi taska cuma dia menunjukkan memek muka ala-ala nak nangis tapi tak nangis pun. agaknya dia dah biasa dan juga dia segan sebab ramai budak yang menengok. al-maklum aku hantar dia pukul 8 pagi. dah ramai budak-budak kat taska masa tu.

sebenarnya aku nak cerita pasal cita-cita naqiuddin. semenjak pergi taska ni, cita-cita que dah berubah...kalau dulu, bila tanya nanti besar nak jadi apa, dia akan jawab nak jadi doktor. ibu demam nak cucuk ibu. semenjak pergi taska ni, cita-cita dia telah berubah. nak jadi cikgu pulak..agaknya dia seronok tengok cikgu kat taska tu mengajar agaknya...hehehe...walau apa cita-cita que, ibu doakan que akan jadi anak yang berjaya nanti besar kelak!

untuk semua guru...aku ucapkan "selamat hari guru". jadilah guru yang ikhlas mengajar anak-anak bangsa.

Selamat Hari Ibu

citer ni dah lama berlalu tetapi aku baru berkesempatan nak update.
citer pasal hari ibu...tanpa aku sangka, anakku yang baru berumur 2 tahun 9 bulan sudah pandai mengucapkan hari ibu untuk aku...walaupun aku tahu yg dia tak faham apa maksud hari ibu, tetapi dengan syahdunya dia telah ucapkan padaku tanpa diajar oleh sesape...dalam kereta.."ibu..ibu..."dia panggil ku. "apa dia?diam dia.."ibu..selamat hari ibu"..ucap naqiu sambil tersengih2 malu...aku terkejut..."pandainyer anak ibu"...dia tersengih2 malu..."mana hadiah untuk ibu...?"jawab dia...nanti babah beli"...pandai jer...sungguh touching sebenarnya...

Friday, May 7, 2010

que pergi taska

termasuk hari ini dah 3 hari que pergi taska. 3 hari juga dia menangis..
sedih jugak aku tgk dia. menangis sambil lambai2.dalam perkara ini, aku kena kering hati.kalau ikutkan hati yang sayu, alamak tak kerja lah aku.hati ibu...cikgu kat taska tu cakap hari pertama dia menagis sampai muntah. aku tak heran sebab kalau dia menangis yg melampau memang dia akan muntah. pernah sekali aku tinggalkan dia dengan anak saudaraku yang datang rumah, dia menangis dari pagi 8.00 am hingga 11.30 am sehingga muntah-muntah.

semenjak pergi taska ni, que dah pandai cakap. "kena sekolah dulu, nanti pandai. besar nanti nak cucuk ibu. cucuk babah"...hehehe..dia bayangkan yang dia jadik doktor. sebab masa kat hospital last week, dia tengok doktor cucuk jarum kat tangan nenek ku untuk ambik darah dan masukkan air.

tapi malam tadi, masa dia nak tidur dan mata terpejam aku cakap dengan dia. "tidur yer, esok bangun pagi nak pergi sekolah. nanti pandai2, besar nanti jadik doktor". dia jawab. "tak nak..nak jadik cikgu"...hehhe.. pulak dah...

apa-apa pun, aku doakan anak aku akan jadi orang bijak pandai.

ubat bius menjadi isu

semasa di hospital. doktor pakar bertanya kakak. apa keputusan kami. sama ada nak operate masukkan besi atau tidak. doktor jelaskan bahawa ubat bius yang paling sesuai untuk nenekku yang telah berumur 90 tahun hanya ada satu jenis sahaja. lain-lain ubat bius ada risiko untuk jantungnya. ubat bius tersebut dibuat daripada 'darah khinzir'. kakak terkejut bukan kepalang. kami dimaklumkan tentang perkara tersebut. semua kecoh dan pelbagai sumber dirujuk. pelbagai jawapan yang diperoleh. akhirnya abang sendiri bertanya dengan doktor, dan diberitahu bahawa ubat tersebut telah diluluskan oleh majlis fatwa...ermmmm.tetapi...ramai ahli keluargaku yang membangkang perkara ini terutamanya orang-orang tua. khinzir itu haram. maka haramlah ubat tersebut. wallahualam. aku pun belum mengetahui tentang status perkara ini. sama ada ia halal seperti kata doktor atau sebaliknya.

akhirnya, setelah macam-macam pendapat dan perbincangan. keputusan di ambil. kami hormati kehendak nenek yang tak mahu dibedah dan dimasukkan besi. anak-anak nenek yang 2 orang iaitu mak aku dan mak saudaraku juga tidak bersetuju. kami meminta kebenaran doktor untuk bawa nenek balik dan beribat kampung. kami semua redha. harap-harap nenek cepat sembuh.

sekarang nenek ada di rumah. dia masih tak mahu makan. hanya minum sedikit. semasa aku menulis ini, nenek ada appointment dengan 'bomoh patah' di tanah merah.

apa yang melucukan, itulah pertama kali nenek masuk hospital sepanjang umurnya 90 tahun. dia bercerita dengan tetamu yang datang bahawa dia kat hospital 'berbayar'. maknanya hospital swasta lah. katanya lagi kalau hospital kerajaan dia tak nak masuk sebab layanan misi buruk. itulah yang selalu di momokkan oleh orang-orang kampung dan masyarakat kita. dia bercerita layanan kat hospital 'swasta' tersebut amat baik sekali...hahhaa..padahal itu hospital kerajaan...tinggi wad dia..kat tingkatan 3...hahahha..lawak betul nenek aku...

cerita nenek

Dalam bas, naqiu muntah membasahi seluarku. hanya air & susu yang keluar sebab dia tak nak makan apa2. pertama kali dia naik bas balik kampung yang melalui jalan berliku2. pukul 4 ptg kami tiba di pasir mas, anak saudara telah menunggu. tiba rumah nenek, ramai saudara-mara yang datang menziarah. semenjak jatuh pada pagi rabu, sedikit makanan tak masuk ke perutnya. katanya tak lalu makan. maklumlah orang tengah menahan sakit. menurut kakak-kakak, puas dipujuk beliau tak nak ke hospital. doktor datang ke rumah, katanya kemungkinan ada patah. doktor suntik ubat tahan sakit.

sukarnya keadaan nenek. dia mengaduh menyebut Allah dan memanggil mak nya. air mata yang bertakung di matanya menunjukkan kesakitannya. hanya dia dan allah yang tahu. kami hanya memandang penuh simpati. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. apabila pujuk-pujuk ke hospital, dia berkata biarlah mati di rumah.

pagi jumaat, akhirnya pujukan kami berjaya. dapat juga kami bawanya ke hospital KB. setelah x-ray, memang betul tulang sendinya patah. doktor masukkan ke wad. masukkan air. doktor nak masukkan besi. ramai yang setuju dan ramai juga yang membantah...

cerita balik kampung

pagi rabu 28 april 2010, dapat call. nenek aku yang dipanggil 'wo', sakit. jatuh semasa nak masuk ke bilik air. kesian dia. kami mengambil keputusan pulang ke kampung untuk menjenguknya. adikku yang tinggal di bukit beruntung ingin tumpang, maka kami ambil keputusan balik kampung melalui jalan cameron highland. kami konvoi dengan adik ku yie yang tinggal di tanjung malim.

tiba di toll simpang pulai jam menunjukkan 6.00 petang. adikku cakap sempat sembahyang asar di cameron. kami pun teruskan perjalanan. semasa mendaki bukit cameron, aku dapat rasakan kereta semacam. aku berpandangan dengan suami. suami pun perasan perkara yang sama. dia berhentikan kereta di pinggir jalan. betul2 di selekoh yang agak merbahaya. kereta terus mati enjin. berasap. kelam kabut kami keluar dari kereta. ambil apa yang penting. adikku blur. dia tak perasan apa yang terjadi kerana asyik melayan anak sulungnya irdina yang muntah dan merengek-rengek. setelah aku memberitahunya, terus dia keluar dengan tergesa-gesa. masa tu tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku. semasa kejadian jam 6.20 pm. aku terus call adik aku yang masih di belakang. dia masih jauh di belakang. kami menunggunya hingga jam 8.00 pm. rupanya mereka berhenti makan dan terpaksa habiskan makan dahulu. salah kami juga kerana meninggalkan mereka terlalu jauh. alasan suamiku untuk mengelakkan malam di bukit cameron. tetapi akhirnya...kami kegelapan jua kat situ...dengan hutan. gelap. anak-anak dah mula merengek-rengek...

adik dan abangku check kereta. enjin dah jam. tangki air bocor. minyak hitam dah keluar membuak-buak keluar. akhirnya kereta kami kena tunda ke Ipoh. sementara suami, abang dan anak saudara menunggu towing truck, kami turun ke simpang pulai. lepak di petronas simpang pulai. makan. hilangkan penat. setelah settle semua perkara, kami ambil keputusan balik ke Tg malim. Suami adikku terpaksa datang ambil kami di simpang pulai. tiba di tg malim jam 2.30 pagi. bincang2, akhirnya pagi khamis kami naik bas balik kg.

sunggub mencabar rasanya. kalau tahu perkara sebegini akan berlaku, dari KL lagi aku dah naik bas. kita hanya merancang, Allah yg menentukan...