tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan datang lagi

ramadhan datang lagi...
yeaa..yeaa..esok puasa
excited sesungguh hati ni

semoga tahun ni aku dapat berpuasa penuh.orang perempuan boleh ke berpuasa penuh?
tak kisahlah tu, kalau tak penuh ganti lah selepas puasa nanti yer!

malam ni terawih pertama. dah janji dengan suami nak terawih kat surau kat bawah apartment kami. que seronok sangat...

SAHUR...ermmm..nak masak apa yer?teringin nak makan daging goreng kunyit letak bawang besar banyak-banyak. semesti lazat berkrim...my pren kat office ni, katanya sahur suka makan telur asin...dah lama aku tak makan macam tu. kalau kat kampung dulu2 memang itu kesukaan mak aku...rindunya nak bersahur dengan mak...sabar...
Esok malam naik bas 'ADIK-BERADIK'(nama syk bas) balik kampung bersama suami dan anak. Suka sangat nak balik kampung. Begitu teruja. Hati dah kat kampung ni...

Dah macam-macam plan ni. hari Khamis, buka puasa rumah mak. malam sahur rumah mak. Hari Jumaat kumpul ramai2 buka puasa rumah Kakchik kat Kg Belukar Luas, Ketereh...mesti seronok.

Tiba-tiba rindu arwah che...hari terakhir puasa last year permintaan beliau nak berkumpul dan buka puasa dengan anak-anak. Dia beli daging dan tulang untuk buat sup. katanya tahun depan tak tau che ada lagi atau tak ada. sayu kata2nya. rupa-rupanya betul katanya. awal Jan 2010, beliau meninggalkan kami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi.

Kita yang hidup mesti terus beramal ibadat sebagai bekalan esok.
Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi MAKNA dan aku dapat menjalani ibadah dengan sempurna.

Selamat berpuasa untuk keluarga dan teman-teman. semoga Ramdhan kita tahun ini lebih sempurna daripada tahun2 yang lalu...ambillah kesempatan 30 hari untuk berbuat amal ibadat.

Kepada semua keluarga dan rakan taulan, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah laku..aku memohon ampun dan maaf. semoga kemaafan yang diraih akan menyucikan diri untuk menjalani ibadah puasa ini dengan tenang dan dirahmati Allah.

Amin.



Monday, August 9, 2010

superman ibu

weekend semesti hari melayan que. melayan semua karenah dia. macam2 ada. kadang-kadang buat kita marah pun ada...bila mood tak elok, kena marah jugak jawabnya.

tapi hari ni, ibu tak marah sebab que 3 years hari ni. que sepah-sepah mainan sesuka hati pun ibu tak marah. que tak nak kemas pun ibu tak marah....biarkan jer. ibu yang kemas.tak apa. hari ni ibu maafkan...lagipun ibu kesian anak ibu demam.

hari jumaat balik keje, macam biasa babah ambik. que demam. malam temperature que tinggi. 2x masuk ubat punggung. alhamdulilah, pagi sabtu ok. ibu pun lega...besday boy demam...jadi apa2 karenah ibu layan jer...


superman tertido selepas penat bermain...

inilah xtvt que hujung minggu...main sorang2 yer sayang...tak ada friends yer...

superman macam ni bu

ada-ada sahaja karenah dia yang buat kita ketawa. setiap hari ada sahaja idea baru yang dia tunjuk pada kita...bercakap pulak bukan main petah. ibu suka. tiap-tiap hari ibu tunggu apa perkataan baru dan cerita baru yang que nak citer dengan ibu setiap kali balik taska...biasanya semua cerita friends dia...

i luv you syayang...besar nanti jadi anak yang soleh dan berilmu...

besday que & nasi tomato

Sempena besday que pada 7 august 2010, terlaksana jua ibu nak makan nasi tomato...

happy besday que sayang. dah besar anak ibu yer. dah 3 years old. anak ibu dah jadi anak teruna dah....errr dah boleh syunat nihhh...



ayam merah...yg ini ibu masak

umi masyak nasi, ibu masyak ayam masak merah....haaa..inilah rupanya...cun tak?rasanya pulak?hahha...boleh tahan...suami membebel sebab sos dia sikit sangat. dia jenis yang suka makan kuah banyak...lainkali yer ibu masyak sos lebih2...

nasi tomato istimewa yang dimasak umi sempena besday que

dah lama teringin nak makan nasi tomato. di kesempatan besday que dan juga besday aku pada 2 august yang lepas, maka terjadilah jua nasi tomato yang dimasak oleh umi zaharah. syedaplah...

sambut besday ngan kakak tiffaal



happy besday que syayang..3 years old

sebenarnya besday que semalam, tetapi hari ini baru sambut secara kecil-kecilan bersama kakak tiffaal dan baby aqeel. hari-hari sejak balik tempah cake di bakery keramat permai, que mengamuk nak cake Ben1o. kami sengaja tak ambil lagi cake tersebut sebab peti ais rumah kami kecik. sudah semestinya tak muat nak masuk kotak cake. sbb kedua mesti que nak potong dan nak nyanyi kalau tengok cake.

akhirnya que dapat jua potong cake besday wlp babah tak ada. babah kena kerja hari ni...tahun depan lah babah yer tengok anak potong cake atau apa kata kita beli pula sebiji lagi...syedap shangatlah cake dia...ke tekak aku jer yang rasa macam tu. biasanya aku tak ada lah suka sangat makan cake ni...errrr...ke ada apa2...APA?hahha...












Saturday, August 7, 2010

3 tahun sudah berlalu



hari ini 7 august 2010, 3 tahun sudah berlalu.

genaplah anakku wan muhammad nafiz naqiuddin 3 tahun. genaplah juga 3 tahun pengalaman aku bersalin di GH...

masih ku ingat peristiwa di wad bersalin...

doktor: push..push...berak kan dia..berak kan dia...(hahha..apa punya ayat lah doctor)
suami: push bu...push bu...mengucap..ingat Alllah (sambil menggenggam tangan aku)
Misi: push..push...

masih tak kuar...aku rasa dah hampir putus nyawa. penat sangat.sakit sangat. aku merayu2 dengan doctor beri ubat tahan sakit.setelah bertarung dan berusaha bersungguh2..akhirnya...

doktor: dah lah...tak payah push lagi...anak awak dah nak lemas tu...kita oeperate saje lah. anak awak songsang. posisi baby macam huruf C....
aku: tolong doctor..sakit sangat..operate pun tak apa doctor...tolong doctor...sakit sangat ni...
suami: sabar bu...sabar...
doctor: bilik operate penuh...sabar yer. saya doakan puan dan baby selamat...

maka aku pun menunggulah dengan sabar dan kesakitan. akhirnya aku ditolak kuar drp bilik bersalin dan naik ambulan. suami ikut dengan kereta. masa tu aku mamai2 dah. sedar tak sedar aku dah ada dalam bilik pembedahan...

tukar baju. doctor cucuk ubat kat belakang. beberapa saat...hilang segala kesakitan dan badanku dari pinggang ke bawah tak rasa apa2. doktor bius separuh badan. maka, operasi pun bermula...jeng..jeng...

kat atas aku ada lampu bulat. besar. kerja2 doktor terpantul ke cermin lampu. jadi, aku dapat tengok apa yang doktor buat kat aku...masa itu tak ada perasaan ngeri langsung. aku excited nak tengok...aku nampak doktor belah perutku dan menarik keluar baby dari perutku dan menjahit balik perutku lapisan demi lapisan...masa itu aku mamai akibat kesan ubat tetapi aku kuatkan juga diriku...

akhirnya 6.20 pm babyku selamat dilahirkan.doctor datang padaku...nah tengok baby awak..."baby apa doktor?". "awak tengok sendiri", sambil beliau menyelak kain yang selimut baby..."alhamdulillah...boy". kataku sambil mata terpejam. aku dah tak sedar apa yang berlaku. apa yang aku sedar, doctor dah siap dan misi nak menghantar ku balik ke wad.

akhirnya zuriat pertamaku lahir ke dunia.

walaupun 3 tahun sudah berlalu...detik-detik yang aku lalui masih segar dalam memori ini. terasa seperti semalam aku mengandung...



anakku dah 3 tahun. dah boleh cakap dan bercerita. dah boleh ajak berbual. dah boleh jadi kawan...sekejap sahaja masa berlalu. besarlah anakku. jadilah anak yang soleh dan berilmu.

ibu menunggu detik-detik indah kehadiran adikmu pula sebagai peneman.

amin.

Thursday, August 5, 2010

kenapa aku malas sangat ni

rumahku dah macam kapal titanic pecah.

MALAS...MALAS...MALAS

Ya Allah..mana pergi sedikit rajinku yang ada dalam diri ini. aku agak rumahku tak terurus hampir 3 minggu. kenapa boleh jadi macam ni...kain menimbun tak cuci, tak bersusun, tak bergosok...lantai tak menyapu...tak bermop...kipas bersawang...dan macam2 lagi kerja rumah yang tak terbuat.

aku asyik pening, mual dan sakit kepala.badan lemah dan tak larat. kalaulah aku ada pembantu rumah...alangkah!

adakah ini simpton orang mengandung atau akukah isteri yang MALAS itu...ampunkan aku suamiku..


hahhahha...awaklah tolong buat yer!

mengidam macam-macam

biasanya kalau sebut mengidam adalah sinonim dengan orang mengandung. mengandungkah aku?

hahaha..aku pun tak pasti lagi. perasaan, rasa dan tanda-tanda seperti orang mengandung itu semua ada.

Tanda-tandanya:

1. aku demam hampir 3 minggu. tak pernah aku demam lama macam tu. semasa mengandung Que dulu pun aku tak demam lama macam ni...ermmm
2. nak makan yang bukan-bukan. buah naga. yang paling best nak makan di kala jam menunjukkan jam 3.00 pagi dan hujan pulak tu. suamiku keluar mencari tetapi tak jumpa. bawa balik apple pie mcD...hahha
3. tak lalu makan nasi kecuali nasi berlauk (masakan kelantan) depan cimb yang dijual waktu pagi sahaja.
4. suka makan cucur udang
5. malas mengemas rumah tahap GABAN...(ini adalah kelakuan aku semasa mengandung yang sulung). yang ini amat di perasan oleh suamiku..."anak lelaki lagi"..katanya...
6. terbaru hari ini...teringin nak DRIVE SATRIA NEO...hahha...hampehh..suamiku marah. katanya 'awak ni, agak-agak lah kalo mengidam pun'...hahhha

harap-harap betullah aku mengandung. Ya allah..makbulkan doa kami untuk mendapat zuriat ke-2...

Monday, August 2, 2010

epi besday to me

hari ini genap umurku 33 tahun.alhamdulillah...aku bersyukur pada Allah kerana dengan nikmat yang diberinya, aku masih diberi kesempatan untuk merasai umur di kala 33.

aku bersyukur atas anugerah yang diberinya. suami yang penyayang dan anak yang bijak.teman2 yang selalu membahagiakan...keluarga yang terlalu memahami...

semoga semua ucapan daripada suami, sanak sedara dan teman2 menjadi satu DOA buatku...dan semoga apa yang didoakan mereka akan dimakbulkan Allah...amin.

buat semua temanku, tq kerana mengingati tarikh hari lahirku...aku patut juga berterima kasih kepada FB...kerana banyak juga jasamu...

selamat hari lahir untuk diriku...moga aku terus bahagia dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat..amin.