tabung que

CafeMom Tickers

Sunday, November 23, 2014

Arjuna beta

Dah besar....nak masuk darjah 2 dah. Alhamdulillah...exam hujung tahun prestasi meningkat. Tukar kelas yg lebih baik. Teruskan usaha wahai Arjuna....bukan sahaja berjaya dlm exam, ibu nak Arjuna berjaya dlm hidup dunia dan akhirat. Ilmu di dada, akhlak mulia...menjadi insan berguna utk agama dan negara.

Arjuna ibu....kau lah pewaris ibu. Saham akhirat ibu. Ibu selalu doakan yg terbaik untukmu.

Tidurlah sayang....mimpikan yg indah2 saja.

Santai petang Sabtu

Assalamualaikum

Sekolah dah mula cuti. Que sibuk tanya cuti berapa lama....mengajak balik Rumah Tok mama jb, rumah Tok mak kelantan, rumah Kakak irdina tg malim, rumah afiq di chemor....macam2 tempat nak pergi...berpeluh ibu nak ikutkan semua permintaan si dia.

Sabtu pertama cuti sekolah...dari pagi tengok TV, tengok movie kat laptop....bila dah petang bosan tak tau nak buat. Belajar....rilek dulu....baru cuti sekolah. Biarlah Que berehat dulu.....bagi dia enjoy....babah ngajak keluar jejalan GM Klang....janji siap2 dengan dia....jalan2 jer tau....jangan mintak beli mainan jer. Ok set....sibuk dengan wallet dia....minta duit nak isi. Babah beri rm3. Ibu tambah rm2....seronok bukan main.

Lama tak pergi GM dah berubah....best....macam2 ada....byk sudah cop tunggu gaji baru boleh beli....blaus, skirt, handbag, cadar....babah pulak jaket, helmet..
Si Que yg pasti toys ler apa lg....cop2 dulu....hihi....itu namanya window shopping.....

Jejalan penat kaki, balik beli ayam goreng uncle Bob dan singgah makan char kuewteow mamak BK4.

Thursday, July 10, 2014

Bersederhanalah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat berpuasa. Pagi-pagi macam ni semua masih segar dan ceria. Maklumlah sahur tadi macam2 makanan yang dah kita makan. 

Ada yang panaskan hidangan berbuka dan ada juga yang masak menu lain untuk bersahur. Mewahnya kita di bulan Ramadhan. Waktu berbuka hidangan penuh meja atau jika makan bersila di bawah penuh juga hidangan. Sampaikan tak cukup panjang tangan nak mengambil hidangan yang agak jauh. Kuih 2-3 jenis, air 2-3 jenis. Tak kira lauk pauk lagi. Ada ayam, daging, ikan dan sebaginya. Jika dibeli di param macam2 yang terliur dan dibeli. Bila dah makan berbuka sudah pasti makanan tak habis. Mula2 sayang nak buang, simpan dulu kat peti ais. Esoknya dah tak lalu nak makan. Tong sampah jua tempatnya. Tengok...kita selalu membazir tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan ramai lagi di negara kita yang miskin tak ada makanan untuk berbuka. Tak usah bercerita tentang negara luar. 

Seeloknya sama-samalah kita berjimat dan bersederhana. Masak atau beli cukup-cukup untuk berbuka atau bersahur. Jika masak atau beli lebih bersedekah sesama jiran. Besar pahalanya memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Kita akan mendapat pahala seperti mereka yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala mereka.

Antara hikmah Allah menyuruh kita berpuasa adalah agar kita insaf dan merasai keperitan mereka yang miskin dan susah tanpa makanan dan minuman. Kita masih lagi boleh makan semasa sahur dan berbuka. Ada mereka yang tiada makanan untuk bersahur dan berbuka. Mereka berpuasa berhari-hari. Syukur Alhamdulillah...nikmat rezeki makanan yang Allah izinkan buat kita. Majoriti rakyat di Malaysia dilimpahkan makanan yang enak-enak di bulan Ramadhan.

Dalam Islam telah diterangkan agar kita bersederhanalah dalam segala perkara. Tidak perlu menunjuk2 kemewahan diri. Memaparkan kesenangan hidup kita. Apa tujuan kita sebenarnya...agar orang2 sekeliling tahu kita memiliki itu dan ini. Jika ada yang memandang itu tidak punya apa, betapa tersentuhnya hati mereka. Betapa kerdilnya mereka rasa kerana jauhnya jurang hidup mereka dengan kita. Mungkin juga mereka akan rasa segan dan menjauhkan diri dengan kita kerana merasakan tidak layak untuk bergaul dengan orang yang ada-ada seperti kita. Itu hanya pendapat peribadi saya. 

Apa-apa pun seeloknya kita bersederhanalah dalam segala perkara. Jika ada lebih, sedekah pada mereka yang memerlukan. Moga saham akhirat yang kita laburkan akan membahagiakan kita di sana kelak!


Wednesday, July 9, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik sedar tak sedar dah masuk 11 ramadhan. Semoga kita diberi kekuatan dan keimanan dalam melakukan ibadah di bulan yang penuh barakah ini. 

Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Fahami secara keseluruhan apa yang dikehendaki oleh Islam. Paling utama jagalah solat...puasa tanpa solat ibarat bekerja tanpa gaji. Solat umpama tiang yang dibina untuk mendirikan sebuah rumah. Solat umpama bekas untuk mengisi segala amalan-amalan lain. Solat adalah amalan pertama yang dihitung di depan Allah. Kata ustaz, jika kita berat dalam melakukan ibadah itu tandanya kita banyak sangat dosa. Oleh itu beristighfar lah kita. Bukan sekadar menyebut sahaja, tetapi benar2 bertaubat agar dihapuskan dosa kita. Aku bukanlah ustazah namun sekadar sedikit peringatan untuk diri sendiri dan sahabat taulan yang jauh lebih berilmu.

Moga ibadah puasa kita bernilai di sisi Allah.

Berbuka sekadar sahaja, janganlah bermewah-mewah berpesta juadah tetapi lebihkan ibadah.






Tuesday, January 21, 2014

Jom sihat dan amalan perubatan sunnah nabi

Assalam,

Azam tahun 2014, nak sihatkan badan. Amalkan gaya hidup sihat. Makan makanan yang sihat2 dan amalan perubatan sunnah nabi. Jom kita!

Dah 2 minggu saya amalkan meminum jus delima.



Rasanya masam. Saya ambil 1 sudu dan dicampur dengan separuh gelas air masak. Minum pagi ketika perut kosong dan sebelum tidur. Tiada lagi masalah sembelit yang mengganggu rutin hidup. Tersangat bahagia.

Antara kebaikan dan Khasiat Jus Delima :

* Awet muda dan mencantikkan kulit
* Mencegah rasa mual
* Membersihkan salur darah
* Menguatkan Imunisasi Badan
* Menstabilkan degupan jantung
* Melawan dan membunuh sel kanser
* Menyingkirkan lemak yang berlebihan
* Membantu memulihkan penyakit Diabetis
* Memberi tenaga dan mencegah keletihan
* Meningkatkan tenaga seksual suami isteri
* Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
* Mempercepatkan pembinaan sel darah merah
* Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
* Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
* Membaikpulih fungsi hati dan limpa
* Mencuci buah pinggang dan salur kencing
* Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
* Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti berikut:

* Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
* Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit 
jantung
* Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi 
jika mengambil jus delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
* Menghalang pembentukan sel barah payu dara
* Melawan penyakit gout
* Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
* Merawat 'sinus'
* Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
* Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gusi

Batuk & Rawatan

Assalam,

Dah seminggu saya batuk. Baik sekejap semalam dia datang lagi. Saya google beberapa petua dan juga panduan daripada buku Rasulullah is my doctor. 

Antara rawatan untuk redakan batuk;

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum


Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…


Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.

Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).

Salam 2014

Assalamualaikum

Salam sejahtera semoga kita semua dirahmati Allah.

Entry pertama untuk tahun 2014. 

Sekejap sahaja masa berlalu, sekarang satu-satunya puteraku telah memasuki alam persekolahan. Wan Muhammad Nafiz Naqiuddin sudah berada di tahun 1. Gembira dan excited dia bersekolah. Katanya dia bukan lagi budak-budak kecik aka budak tadika. Berangan nak jadi pengawas katanya seronok tengok abang dan kaka pengawas pakai baju biru dan kasut hitam.

Sekarang masih di dalam minggu orientasi. Maybe dalam minggu ni habis sebab cikgu cakap minggu ni akan dapat jadual belajar yang sebenar.

Naqiuddin berada di Kelas 1 Adil. Semalam semasa babahnya ambil duit RM100 persekolah ada ibubapa yang dapat surat pertukaran kelas anak. Apabila ditanya cikgu, rupanya pelajar yang belum boleh menguasai akan dimasukan ke kelas linus. Ada 4 kelas linus. Alhamdulillah Naqiuddin kekal dalam kelas yang sama. Maksudnya kelas biasa dan dia tidak tergolong dalam pelajar linus. Moga terus berjaya anak ibu!

Sesi pagi bersekolah kebangsaan dan petang bersekolah agama. Agak memenatkan bagi anak-anak yang baru nak belajar. Namun apakan daya, semuanya demi ilmu dan masa depan untuk anak tersayang. 

Awal-awal sekolah bawa bekal, sekarang sudah berkawan dah pandai membeli di kantin sekolah. Duit bekal tak banyak ibu hanya beri RM3. Jika beli kuew teow atau mee hanya RM1. Jika donut hanya RM0.50. Sesekali dia beli roti hotdog harga RM1. Cukuplah duit belanja. Air dia hanya minum air masak yang dibekalkan sebab Naqiuddin tidak gemar air manis.

Selalu berpesan, jimat jimat jimat. Jangan beli benda merapu, beli makanan yang kenyangkan perut. Alhamdulillah dia makin faham. Setiap hari ada duit lebih yang dia bawa balik walaupun RM0.50 sen yang akan dimasuk tabung. 

Sekolah petang pula bekal lagi RM2. Selalu ada duit baki. 

Tidak dinafikan makanan di kantin agak mahal. Nugget biasa yang dicucuk dengan lidi hanya 3 keping berharga RM1. 

Walaupun 2014 banyak harga barangan naik hidup perlu diteruskan. Usaha, doa dan tawakal moga satu hari akan berlaku keajaiban. Rezeki bertambah-tambah.

Moga anakku akan tabah menjadi pelajar dan berjaya dunia dan akhirat.





coretan pertama 2014,
11.30am