tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, March 31, 2010

Hati Seorang Wanita

Dah lama tak menjengah blog. hari ini aku nak berkongsi satu cerita seorang kawan aku. sedih mendengah kisahnya. suami yang mendera emosi dan rohani nya. sampai dia sudah penat & lelah untuk menghadapinya. bukan suami tak menyayanginya tetapi terlalu menyayanginya. hari-hari telinganya disumbat dengan kata-kata nista dan maki hamun. pantang ada kesilapan. yang paling menyanyat hati, dituduh si isteri bernasib malang dan tidak membawa keberuntungan pada rumahtangga dan kekayaan.alangkah walang hati isteri yang mendengar kata-kata suami. hari ini disebabkan kereta si isteri rosak, si suami terpaksa menghantar dan mengambil isteri bekerja, kata-kata tersebut disumbat lagi ke telinga si isteri.

Adakah si suami ini tak sedar dan tak tahu bahawa setiap manusia akan sentiasa diuji oleh Allah dan apa yang berlaku adalah takdir. tak tau kah dia dengan takdir?sebagai orang Islam kita harus tau dan terima takdir drp Allah..kita tak boleh nak pertikaikan apa yang berlaku dengan kita. kita mesti tabah dan redha. usaha kita hanya memperbaiki diri. tetapi kalau kereta rosak...adakah perlu diungkap sebagai pembawa malang...??sungguh tidak adil suami ini yang melontarkan kata-kata sesedap mulut kepada isteri seoalah-olah si isteri batang kayu yang tidak bernyawa dan berperasaan...aku pulak yang terEMOSI..

Si isteri tidak ada hak untuk bersuara dan meluahkan apa isi hati..jika bersuara ada sahaja kata -kata yang kurang didengar dihamun kepada isteri.tapi yang best, aku tabik springg pada kawan aku ini yang tabah menghadapi suami yang ntah apa-apa...(pada akulah)..yang tidak menghargai isteri dan pengorbanan yang telah isteri lakukan..orang seperti ini akan terasa apabila dia akan kehilangan ISTERI satu hari nanti..itupun kalau hati jantannya akan tersedar...adusss..emosinya aku...

aku berdoa pada Allah moga kawan aku ini akan terus tabah dan bersabar. doakan suami akan berubah..jika dah tak boleh bersabar...buatlah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak...

pada suami-suami di luar sana, hargailah isteri anda. isteri bukan untuk dicaci dan dihamun. tetapi isteri adalah untuk dihargai kerana isteri adalah tulang rusuk seorang lelaki.

"kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya..."

Wednesday, March 24, 2010

Hasrat Terpendam...

Minat aku pada novel terlalu mendalam. novel yang aku paling gemar adalah hasil tulisan Norhayati Berahim (NB), Aina Emir dan Aisya Sofea. karya mereka amat terkesan di hatiku. bahasa yang mereka gunakan indah, santai, bersahaja dan seerti dengannya. hari ini aku baru habiskan 'Terbanglah Sayang' karya Aina Emir. syahdunya ending dia...bahasa yg digarap menyentuh perasaan. seolah-olah watak tersebut adalah aku..hehe..perasan! ada lagi 2 novel NB yang aku blm baca. tak sabar rasanya untuk bermula. kalau dah bermula sukar untuk berhenti. jika naqiuddin ajak main cars pun dah tak layan. kalau hubby dengan komputernya, aku melayan novel lah. fair & square! bila aku dan hubby tak layan mulalah dia menjerit minta perhatian. ada sahaja helahnya untuk menarik perhatian kami. aku lebih suka membaca setelah dia tidur. aman. tak ada gangguan.

aku sebenarnya mempunyai satu hasrat. impian yang telah lama tersimpan kukuh di sanubariku. menulis. itulah impian dan hasratku. aku ingin menjadi seperti penulis kesayanganku. menghasilkan karya. bolehkah aku? hasrat ini aku luahkan pada suami. dia menyokong dan memberi dorongan. bila aku nak bermula? aku pun tak pasti kerana aku tidah tahu apa yang aku tulis. cerita apa? kisah apa? aku rasa aku harus menghadiri kursus penulisan. banyak yang aku perlu belajar. genre. itu pun aku kurang jelas. macamana nak menjadi penulis?hehhe..tetapi apakan daya...itu jua hasrat aku. cita-cita aku. selain cita-cita ingin menjadi guru yang tak jua kesampaian. moga satu hari impian aku akan menjadi kenyataan..amin.

yang pasti, semangat aku berkobar2 sekarang ini. apa-apa pun, buat masa ini aku layan dulu karya-karya penulis tersohor yang telah aku beli di bookfair tempohari.

Cayokkk!!!

Tuesday, March 23, 2010

LRT

Selasa (23/03/2010)

jam 1.00 pm. hujan lebat sangat. aku dengan zai berpayung menuju ke Wadi al Farook. nak tunggu hujan reda, tak pasti pukul berapa. perut dah menyanyi minta diisi. aku hanya mengambil teh tarik dan waffer. hujan masih lebat. menunggu hujan reda jam menunjukkan pukul 2.00 pm. alamak!aku kena pergi petronas. nak hantar dokumen tambah bidang lesen. aku juga kena pergi maybank. nak buat banker's cek untuk bayar PKK dan tender bond prasarana. kami sedang memasuki tender CCTV. selesai kerja di maybank, aku menapak pula ke cimb. ada lagi sekeping cek yang aku perlu bank in kan. nak harap despatch datang,tak tahu pukul berapa sebab hujan lebat.dia hanya menunggang motor kapcainya. settle kerja kat cimb, aku menapak pula ke LRT. beli tiket. naik ke platform. aku ingin ke KLCC. tambang RM1.60. tiba2 ada pengumuman mengatakan train delay sehingga 2 jam. macamana ni? aku mesti sampai petronas sebelum jam 4.00 petang sebab kaunter akan tutup jam 4.00 petang. aku mundar-mandir. turun bawah tanya security. dia hanya beritahu train akan datang bila2 masa sahaja dalam 2 jam. aku ambil keputusan naik teksi. minta refund duit tiket. staff rapidKL hanya beritu tiket akan refund jika tak ada train. train ada cuma lambat. maknaya?aku tak dapat lah refund tiket walhal aku tak naik pun train. pasrah. bukan mahal pun. hanya RM1.60.

aku naik teksi.pergi petronas. tiba jam 3.20 pm. sempat lagi. aku terus ke kaunter. ambil no giliran. tiba time aku, ada masalah lagi dengan pendaftaran aku. permohonan online kami tak ada dalam sistem. maknanya aku kena balik dan buat permohonan online terlebih dahulu. aku balik dengan hampa.

Tiba di terminal KLCC, LRT problem lagi. aku terpaksa menunggu hampir 1 jam di KLCC. kemudian train berhenti di Damai. kami turun. di situ kami mesti mengambil lagi train ke Setiawangsa. akhirnya aku sampai jua ke Setiawangsa lewat jam 5.00 pm. sungguh menyedihkan. kesal. sia-sia perjalanan aku hari ini. balik office. settle mana yang patut. aku balik jam 9.00 pm.esok kena ke Petronas lagi!

Monday, March 22, 2010

Bookfair 2010 lagi!

sambungan drp naqiu@Bookfair 2010...









naqiu tak lepaskan peluang memilih buku2 kegemarannya yang pastinya berwarna-warni..


kalau jumpa novel, aku semacam 'hilang arah', 'mabuk'..semua ada. semua aku rasa menarik.tambahan pula kalau novel tu penulisnya yang aku minat giler...apa lagi..kat Bookfair tu macam2 ada...korang jangan terlepas peluang. itu pun kalau 'kaki buku' lah...budaya membaca kena amalkan. terapkan pada anak2 kita..hehhe..poyo..


Bersama penulis kesayanganku..Norhayati Berahim

Antara novel2 yg aku sempat beli...ikut hati byk lg..tapi poket kena tgk jugak. ini pun suami yang beri duit belanja ke Bookfair..teriama kasih suamiku!.

naqiu @ bookfair 2010

Sabtu (20/03/2010)

Jalan2 ke pesta buku PWTC bersama naqiuddin. hubby hanya hantar sebab dia ada meeting. gambar2 di bawah diambil sekitar pesta buku tersebut.seronok melayan naqiu. macam2 kerenah dia. semua buku yang ada gambar cantik2 dia nak..











Friday, March 19, 2010

obses!!!




Inilah yang naqiuddin OBSES sesangat..dia boleh tengok sampai 3X ulang NONSTOP...semua part dia ingat..dia pulak akan cerita dengan kita...lepas ni apa jadi..then, lepas ni apa pulak...itulah anak ku..minat sesangat dengan CARS...

Thursday, March 18, 2010

Kalaulah...

seperti biasa aku sampai di rumah opah, naqiuddin leka bermain dengan kawan2nya. "Assalamualaikum..".aku memberi salam. kelihatan opah duduk di sofa sambil menepuk2 baby raqib. bayi dia jaga. umurnya hampir 4 bulan. sesiapa yang melihatnya pasti geram dan teringin untuk mencubit pipinya yang temban. dia sedang nyenyak di sofa.

"naqiuddin..ibu datang ni. jom balik sayang. babah tunggu kat babah". "tak nak balik..nak main lagi. ibu..jom lah". itulah naqiuddin. setiap pagi bukan main liat nak ke rumah opah. apabila petang lain pulak peelnya. "naqiuddin tengok baby ni. comel kan?sayang tak baby?". tanyaku. "sayang...ibu...BELI LAH. BELI LAH BABY.."aku terkejut mendengar permintaan naqiuddin. opah ketawa kecil. "que nak beli kat mana?". "kat Jusco lah...".dengan petah naqiuddin menjawab..."Ya lah..nanti ibu belikan. jom kita balik dulu. babah nak ajak jalan tu..". pujukku.

Makcik-makcik yang yang sedang borak depan rumah opah mendengar permintaan naqiuddin tadi. "Tie..naqiuddin minta apa tu tu?.tanya untie. "dia minta beli baby untie...kalaulah saya boleh beli. dah lama saya beli untie".

begitulah naqiuddin. sekarang ni asyik minta baby jer. maklumlah baby raqib adalah teman baru dia kat rumah opah.