tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, May 27, 2010

pagi tadi beri minum apa?

sedang busy buat kerja, tiba-tiba dapat call daripada hubby...

"Ibu..pagi tadi beri babah minum apa?"

"Kopi Goji...nape?"

"Dah 3 kali terberak2 ni...dah tau orang ada shooting, beri minum kopi tu buat apa. dah penat ni. sakit perut." hahhaa..aku tergelak...

"mana ler tau kopi tu boleh sebabkan berak2..".hahha.."lawaklah awak ni..macam citer P.Ramlee lak....




Bahan-Bahan
Serbuk kopi bermutu tinggi, ekstrak eucommia, esktrak Goji

Faedah dan Keistimewaan

menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga
memberi kesegaran luar biasa
kandungan ekstrak eucommia mempunyai reputasi kegunaan seperti gingseng.
tanpa mengandungi pewarna atau pengawet
minuman berkhasiat untuk seisi keluarga
Nota: Sesuai untuk minuman harian
Cara minum: Tuang 1 pek ke dalam secawan air panas (120 ml).
Kacau dan sedia untuk diminum.

tak ada pulak cakap blh buat berak2...hahaha..kesian hubby aku. ini semua penangan kopi yang kakak aku bawak bekal dari kampung...

Saturday, May 22, 2010

Lesen oh Lesen

semalam pergi IMKEDA..pusat belajar kereta di AU3 yg berhampiran dengan rumah. untuk dapatkan L RM335.00. jika gagal ujian berkomputer dan repeat exam RM30.00. Pastu, belajar memandu RM400.00 untuk 10 jam. jika masih tak pandai2 lagi boleh tambah RM30.00/sejam...nak test JPJ, bayar RM70.00..gedebak gedebuk rasanya kena ada RM1k...ermmm...

tak per...satu hari aku akan dapat jugak kau wahai lesen..tungguuu...dan masa itu aku boleh ler 'bergerak' tanpa mengajak hubby...semalam hubby cakap.."nanti ada lesen, sedap ler ibu berjalan. jumpa boyfriend"...ya ke..semudah tu ker..semoga aku tak akan jadi seorang isteri yang jatuh cinta dengan lelaki lain. minta dijauhkan oleh ALLAH. amin...dialah suamiku. pujaan hati dambaan jiwa..yg lain2 hanya kawan2 sesama Islam...

ini cerita lesen ler...melalut pulak!

Meriahnya Wangsa Walk

Semalam balik kerja, lepak minum dan makan roti canai di NZ berdekatan Careffour. Hubby ajak jalan-jalan kat Wangsa Walk. ramai betul orang. meriah. "ada sale ke?". hubby tanya. "entah ler..agaknya lah tu".

parking penuh. berpusing2 ler jugak. akhirnya dapat juga parking. apabila masuk jer Wangsa Walk perkara pertama yang que nampak adalah kereta mainan yang masuk duit 0.50X2 keping...layan dia sekejap!. banyak booth yang telah dibuka terutamanya yang jual HP. jalan-jalan aku ternampak sebuah kedai hiasan rumah English Style..wa caya lu...murah giler..cantik-cantik..ada sale lagi!kalau mak mertua aku tengok ni mesti dia suka. dia memang sukakan English Style. Si Que asyik nak lari dalam kedai yang banyak barang kaca..seram aku. 'Once broken consider sold'..sape yang nak jawab..babah dia ler..hahhaa..

Ini yang paling aku..POPULAR..kedai buku...layan...muka hubby dah semacam sebab dia kena layan anak. aku menjengah tempat novel.alamak..banyaknyer...geramnyerrr...tengok.belek.pegang.letak..tercongak2..nak beli ke tak ni..gaji belum lagi ni..ermmmm...bestlah pulak...akhirnya 'terambil' juga sebijik. 9 Nyawa-RAM...hahha..aku terjumpa buku AKTA KERJA 1955 terbaru sehingga Mac 2010. elok sesangat ler ni...sesuai dengan kerja aku sbg HR yg byk masalah dengan staff sekarang ni..

Kat sini ada TGV..ermm nanti boleh layan tengok wayang. aku teringin nak tengok SHREK FOREVER AFTER..boleh ker bawak Que. agaknya citer belum habis dah ajak keluar ataupun dia akan jerit takut bila bunyi kuat sangat...nampaknya kena tunggu DVD kuarlah...Layan pulak kat bowling.ramainya manusia. mentang2 esok tak kerja..alamak!Que dah mengamuk ajak main bowling..dia ingat ringan bola tu...cuba angkat...tengokkk.."beratlah ibu...".."tau tak per..."hahhaa...

tiba2 kawan call...baru balik dari site Kerteh. baiknya hati dibelinya aku keropok lekor, keropok keping dan juga budu...hahha.tq Robot!

Anak dah mengantuk.ajak balik...zussss...

Thursday, May 20, 2010

sudah lama aku mengidam...


dah lama aku mengidam ni..bagpack...tak kisah lah apa pun janji cantik.branded..hehhe..adidas ke, nike ke, deuters lagi bagus...hehhe..
balik kerja semalam hubby nak cari stapler besar utk office dia...stapler tak ada..aku sajer dok 'usya' deuters..yang aku berkenan ada sebijik..ermmm RM159.90...alamak..
"nak ker?hubby tanya..
"mahal lah wak....kalau adidas ada yang murah sikit daripada ni.."aku berbasa-basi.hehe
kuar Jusco..si naqiuddin melalak sebab tak dapat beli apa2.
kami pun kuar Jusco...babah berdezupp..aku ingat dia nak bawak kami pergi makan tapi dia ikut jalan menuju ke Wangsamaju..dalam hati aku, nak pergi Carefour cari stapler besar ker?bukan ke semalam dah cari tak ada. aku malas nak tanya.nasib baiklah si naqiuddin bertanya.
"babah nak gi mana ni?kita nak gi mana ni?" dia mmg suka ulang2 soalan.
"kita nak gi Al-Ikhsan"..hehhe..aku senyum dalam hati..macamana tu?hehhe
Tiba kat Al-Ikhsan..dia terus tengok2 bag..awak tengok yang mana elok & berkenan...
aku apa lagi..orang mengantuk disorong bantal..
akhirnya..aku jumpa juga satu jenis yg aku berkenan...
Adidas..kaler merah hitam..RM99.90...
Alhamdulillah...sudah lama aku mengidam..dapat jua akhirnya...
mmmuahhh...mmmuahhh...tq babah...
i luv u..beli barang baru nak i luv u ker?
tak der lah..hari2 i luv u..ahakkkks...

Cinta Sufi hadiah suami


suami memang faham sangat si isterinya yang suka membaca. sempena hari ibu, dia telah menghadiahkan sebuah novel Cinta Sufi karya Ramlee Awang Mursyid yg memang menjadi pujaan hatiku. terima kasih suamiku!

Rupa-rupanya laksamana sunan belum meninggal...aku tersilap mentafsir setelah menghabiskan episod 3 dalam Hijab Sang Pencinta. Tetapi yang sedihnya...dalam Cinta Sufi dia sakit. sakit sangat. aku semacam merasai kesakitan dan penderitaannya.

apa kesudahannya..?aku pun belum tau lagi..nanti aku abiskan dulu dan bgtau endingnya..tak sabarnya...

Tuesday, May 18, 2010

Sunan meninggal..sedihnyerr...

akhirnya malam tadi aku dapat abiskan kisah laksamana sunan...sedihnya sunan meninggal.kena tembak di abad 21. kenapa tak biarkan dia nikah dulu dengan Haryani. dah majlis dah tu...ishhhh...tak puas hati pulak...kesian Haryani. kerana sunan, tidurku terganggu malam tadi...hahha..sunan oh sunan..

Lepas ni, nak cari pulak Cinta Sufi...

Monday, May 17, 2010

hebatnya laksamana sunan...

aku sekarang sedang jatuh cinta dengan watak laksamana sunan dalam novel hasil karya Ramlee Awang Mursyid...seorang laksamana atau pendekar yg hebat dan warak dan diberi anugerah sufi kerana ketakwaannya pada Allah..subhanallah...adakah ia semata dongeng, khayalan penulis atau sebetulnya wujud?

jika ingin jatuh cinta dengan sunan, bacalah novel-novel ini.




aku sedang baca episod 3, tak sabar nak menghabiskan cerita ini...kesian apabila sunan jadik blur apabila tercampak ke abad 21...