tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, August 31, 2010

merdeka

apa yang paling kita suka kalau hari merdeka?
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
CUTI

yer betulll...kita paling suka sebab public holiday.

tak payah kerja. hahhaha....sesangatlah merdeka. semangat merdeka pulak?
kibarlah satu bendera kat kereta.
apa lagi?
tengok tv, sambutan hari merdeka...nak join pergi dataran?tak ada makna rasanya sebab rimas sesangat dengan orang ramai. tak suka!

Tahun ini merdeka jatuh pada bulan Ramadhan, jadi kerajaan menyambut secara kecil-kecilan di Stadium tertutup Bukit Jalil yang hanya boleh memuatkan 15 ribu penonton.

Oklah kan?sebenarnya kerajaan nak berjimat. elok jugak tu berjimat, banyak lagi komitmen lain yang kerajaan perlu pandang seperti masalah kmiskinan tegar di kawasan pedalaman serta kemudahan2 asas seperti repair jalan dan sebagainya. katanya 1 Malaysia, rakyat didahulukan...apalagi...bantulah rakyat yang memerlukan.

que pun mengikut laungan merdeka di tv...bila babah tanya, merdeka tu apa que?
nak tau apa jawapannya?peluh peluh...orang peluh2...hahha..apa kaitan pun aku tak tau...

sebenarnya, aku bangga menjadi rakyat malaysia. warganegara tau bukan penduduk tetap...hahhah. dilahirkan dan dibesarkan di bumi malaysia. sebuah negara yang berbilang kaum. hidup aman damai, sebab tak ada perang dan tak ada letupan gunung berapi. amat bahagia kan? banyak kemudahan dan banyak pilihan. ada buah rambutan, ada manggis dan paling best ada durian....ada suasana hari raya di kampung halaman...ohhh sungguh bahagia sekali.

terima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan. semoga roh kalian dicucuri rahmat ilahi.

dan.....

semoga negara kita malaysia selalu aman damai. jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan tidak merosakkan atau menjatuhkan maruah negara.

kepada pemimpin dan golongan atasan, pandang2 lah ke bawah...




Monday, August 30, 2010

ragam que di wad

orang tak pernah masuk wad. apa lagi, macam-macam ragam yang que buat, buat ibu pening kepala!

semasa proses register di bahagian pesakit luar HKL, punyalah lama. hanya 2 kaunter yang dibuka dan pesakit yang menunggu pula berduyun-duyun. taulah hari jumaat, tetapi hanya orang lelaki yang pergi solat jumaat, yang perempuan pula buat apa?bertugaslah...tak fikirkan anak-anak kecik yang meragam kerana lama menunggu. que berapa kali ajak balik, agaknya dia rimas dengan orang ramai dan keadaan yang bising. biasalah kalau sakitkan, mesti nak kan suasana yang tenang dan damai.






muka boring menunggu no giliran


selepas register, kami mesti menunggu saringan untuk check-up yang dibuat oleh pembantu perubatan. kemudian ambil darah dan hantar darah ke makmal. ambil no dan tunggu lagi. dapat sahaja result darah, kami menunggu pula untuk berjumpa doktor. semasa berjumpa doktor, que menangis bagaikan nak rak sebab dia takut tangan kena cucuk lagi. puas dipujuk. aku bercerita dengan doktor segala masalah kesihatan que.

doktor pesakit luar beri satu surat rujukan ke jabatan Pediatrik. bergegas kami ke sana selepas ambil ubat. que melalak tak berhenti sampai suara dia naik serak!

Di Jabatan Pediadtrik, jumpa doktor lagi. doktor yang terpaksa merawat que agak bengang kerana terpaksa bertugas selepas waktu duty. masa itu jam 5 petang. aku agak terkilan apabila doktor merawat sambil merungut. itukah etika seorang doktor yang tugasnya merawat pesakit, dan pesakit pula adalah anak kecil. sungguh terkilan. apabila kuceritakan pada suami terus dia naik angin. nasib aku ceritakan selepas keluar hospital, kalau tak mesti kecoh dengan mulutnya yang 'laser'.

selepas proses pendaftaran, akhirnya que masuk wad KK6. di saat itu, dia menangis mengajak balik dan meronta-ronta apabila doktor mulakan treatment ke atasnya. sekali doktor perempuan ditendangnya...hahhaha






menjerit2 apabila tag nama dipakaikan

macam2 ayat yang keluar daripada mulutnya. paling tak tahan apabila dia cakap "rindu rumah kita", "nak pergi Jusco"..."rindu mainan kita". jiran2 katil sebelah seronok mendengar kepetahan que bercakap yang lebih kepada merungut2 nak keluar wad.

malam pertama que di wad, doktor beritahu antibiotik akan dimasukkan melalui tangan dan hidungnya akan dikorek untuk keluarkan kahak. aku serahkan tugas tersebut kepada suami. dia pasti kuat mendengar anak meraung.

jarum kat tangan dia 4x tercabut. darah memancut keluar membasahi katil dan lantai wad. setiap kali tercabut, setial kali dia akan dicucuk balik, dan setiap kali dia akan meraung. sayu sungguh mendengar tetapi hati kena kuat dan aku telah belajar kuat apabila masuk hari ke2.

pada hari kedua, que mula ceria dan dapat menerima suasana wad. dia mula bermain dan berkawan tetapi semasa treatment dia akan menangis wlp misi hanya mengambil tekanan darah dan suhu badan...manja anak ibu!





dapat kawan nama afiq

ahad 29hb, que discharge. demam dah tak ada, hanya tinggal sedikit selsema dan batuk. hasil ujian darah, tak ada denggi. hasil xray, paru2 dalam keadaan sihat. alhamdulillah. syukur!

kata que...nak balik ibu. dah sihat. tangan dah sihat (sebab jarum dah tak ada). tak nak duduk rumah doktor lagi. nanti doktor cucuk lagi...hahhha...macam2 anak ibu ni.

semoga sayang cepat sihat dan dapat beraya dengan riang gembira memakai baju CARS dan Ben10 pilihannya.

que masuk wad








kesian anak ibu ni.....


selepas balik dari kampung awal puasa hari tu, dia demam dan batuk yang agak teruk. 2 kali kami bawanya ke Klinik Idzham, tetapi keadaan dia tetap sama.

minggu lepas ibu 3x EL dan hari ini pun ibu EL lagi. Ibu rasa mesti Encik Bos bengang dengan ibu, tapi nak buat camana kan?anak ibu adalah harta yang tak ternilai. harta yang ibu perlu jaga. ibu tak boleh lalai, jangan disebabkan kerja ibu akan menyesal dikemudian hari. kalau que demam biasa2,ibu tak risau sangat tetapi que batuk yang teruk dan bunyinya kering. tak ada kahak yang keluar.

pada malam 27hb, badan que panas. batuk yang panjang dan teruk sehingga mukanya merah. tegang segala urat dan yang paling tak tahan bila dia mengadu sakit dada dan perut. jam 12.30am kami bawanya ke Klinik Idzham. Doktor beritahu paru2 dia ok. cuma tukar ubat sahaja. kami tak berpuashati.

Jumaat, 27hb kami nekad membawanya ke HKL atas nasihat rakan2 yang prihatin. selepas check-up, akhirnya que admitted di Pediatrik HKL.

Que menerima rawatan sebagai pesakit PNEUMONIA ILI.

Friday, August 27, 2010

kenapa jadik macam ni?

awat dengan blog aku ni?


Layout dia jadik cam tu, padahal aku tak ada usik apa2 pun. puas dok adjust balik tetap jadik macam tu...ishhhh....apa aku nak buat ni?

kalau sesiapa yang tahu cara atasi masalah ni, sila beri pendapat. tolong menolong bulan ramadhan ni kan banyak pahala...hehehhe...

Kisah Seorang Bapa Yang Terpinggir

hari ni jalan jam giler.hubby dari Cheras kerana ada meeting tersangkut di Ampang Point dan hari ini aku terpaksa naik teksi.

Agak lama juga aku menunggu, tiba2 datang sebuah teksi dan berhenti di tempatku. aku fikir dia ingin mengambil penumpang, rupa-rupanya ingin menghantar kuih yang orang pesan. aku tunggu lagi. pakcik tadi datang balik.

"Nak ke mana?"
"AU3 pakcik"
"ok. bolehlah"

aku pun naik teksi tersebut sambil dalam hati mengucap syukur kerana aku sudah terlewat mengambil anak di taska. dalam teksi pakcik mengajakku berborak. aku layan jer lah. lagi pun nampak pakcik ni orang baik-baik dan berkarisma.

"Pakcik tinggal mana?'. chewahh..ramahnya aku.
"Cheras"
"Balik buka puasa kat rumah ker?". kepochinya aku..hahha...
'tak lah..pakcik buka puasa dalam teksi jer. tengok ni, kuih dah beli. nanti pakcik nak beli air panas. air sejuk pakcik tak suka. pakcik ni kalau balik rumah pun, bukannya ada sape. buka sorang2 juga. "
"ooo..ya ke?anak pakcik?isteri pakcik?..banyak lah aku menyoal. harap2 pakcik ni takder lah kecik hati.
"isteri pakcik dah meninggal. anak pakcok...entahlah, sejak ibu dia meninggal, dia tak pernah balik tengok pakcik. bila orang tanya anak pakcik tinggal mana, pakcik tak boleh nak jawab sebab pakcik tak tau anak pakcik tinggal mana".
"macam tu ker pakcik?tak elok betul kan. ramai anak2 sekarang yang lupakan mak bapak kan pakcik?"....betul ker aku cakap ni. aku sebenarnya dah sedih bila pakcik ni bercerita dengan sayu.
"pakcik tahu, dia dah hidup senang. kerja bagus. sebab tu dia lupa pakcik. tapi tak apa, pakcik selalu doa yang baik2 jer".
"betul tu pakcik, doa yang baik2 moga satu hari nanti dia akan balik".
"Pakcik ni bukan nak duit dia, pakcik pun ada duit. pakcik ada pencen. pakcik dapat RM2,200 tiap2 bulan. makan minum pakcik tak susah. pakcik bawa teksi sebab pakcik sunyi dok rumah sorang2. bawak teksi ni, dapat ramai kawan. dapat sembang2."
"Betul tu pakcik. raya ni pakcik raya kat mana?" aku menanya soalan yang bakal dihempuk kepala. nasib baik pakcik ni cool jer. selamat aku...hahhaha
"tak tau lah...pakcik selalu raya dalam teksi jer".

alahai pakcik. raya dalam teksi?aku mula sayu dan teringat kat mak aku kat kampung. teringat arwah ayah aku.

itulah sedikit kisah yang aku ingin kongsi. kesayuan hati dan luahan perasaan seorang bapa yang tidak dipedulikan anak-anak. ingatlah...hargailah ayah dan ibu kita.

Tuesday, August 24, 2010

petua untuk batuk

ini petua daripada mak aku. mungkin ramai juga yang mengetahuinya.

kebetulan masa balik kampung, anakku batuk. mak aku cakap ambik limau nipis+kapur sireh. sapu kat leher, dada dan belakang anak.

aku mencuba. Alhamdulillah menjadi.





pasar ramadhan sri rampai

hari ini kami ubah selera sikit.

dah boring pasar ramadhan (param) setiawangsa dan au2, kami beralih arah ke param sri rampai. luas jugak param ni. penuh sesak dengan orang ramai yang kebanyakannya baru balik kerja macam kami. semestinya juadah di param juga yang menjadi pilihan golongan bekerja.

jika bernasib baik, kita akan mendapat masakan yang sedap dan kena dengan selera kita.

Alhamdulillah! juadah yang kami beli hari ini iaitu ikan pari bakar, ikan percik dan paru sambal serta sira pisang, semuanya sedap. tahniah kepada makcik tersebut. aku beri 9/10. kalau pergi sana lagi akan kucari gerai tersebut. masih ingat ke?

di param setiawangsa, aku pernah jumpa satu gerai ikan bakar. sedap sangat sos yang dicurah ke atas ikan tersebut. tetapi yang aku heran bin ajaib, sampai hari ini aku merayau mencari gerai tersebut tetapi tidak dijumpai...hahha...mesteri nusantara sungguh!

walau apa orang cakap, aku tetap setia menjadi pengunjung param kerana balik kerja aku sudah penat untuk memasak kecuali aku masak air dan nasi sahaja.