tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, October 30, 2010

Bumi Cinta


akhirnya, malam tadi aku berjaya menamatkan Bumi Cinta.
Cerita amat berkesan untukku. Sebuah novel pembangun jiwa. Watak Muhammad Ayyas digarab dengan cukup baik sehingga pembaca boleh menyentuh perasaannya, jiwanya dan boleh jatuh cinta kepada pemuda itu. Ilmu agamanya cukup tinggi dan seorang yang berjiwa kental.

Muhammad Ayyas juga dilihat seolah Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaikha, namun keimanannya kepada Allah mengatasi nafsunya. Akhirnya 'Zulaikha' dapat ditewaskan dan Ayyas menangis kerana dia hampir2 terjerumus ke lembah maksiat. Jika iman tidak kukuh di dada, pastinya insan bergelar lelaki akan tewas dengan pujuk rayu perempuan sejelita Linor.

Allah memberi nur & hidayah kepada Yelena & Linor untuk mengenali Islam dan berjuang kerana Allah. Linor atau nama Islamnya Sofia mencari Ayyas yang diibaratkan lelaki semulia nabi Yusuf untuk dijadikan suami dan meluahkan keinginannya untuk menjadi isteri Ayyas.

Ayyas akhirnya jatuh cinta kepada keikhlasan dan ketakwaan Linor namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Sofia ditembak oleh ejen Zionis yang mengetahui Linor telah memeluk Islam dan berpaling tadah kepada Zionis.

Sebenarnya, aku tidak pasti sama ada Sofia meninggal atau selamat setelah Ayyas membawanya ke hospital. Penulis meninggalkan pembaca dengan persoalan dan membuat andaian sendiri.

Tidak sia-sia Bumi Cinta hadiah suamiku...sayang babah!




bila tiba waktu pagi...

setiap pagi...beginilah naqiuddin...menangis. tak nak bangun. mengantuk. macam2 alasan.
kadang2 dia akan cakap..."cutilah ibu"...kecik2 dah nak ponteng yer...

"ibu dgn babah kena kerjalah sayang. nanti dapat duit nak beli susu, nak bayar sekolah, nak beli mainan. nak tak?". begitulah setiap pagi...mesti kena pujuk. kalau pujuk tak makan dia tetap akan melalak jugak...apabila dah mandi dan bersiap...dia akan ok jer...sebenarnya naqiuddin ni malas nak bangun pagi jer.

macam2 gelagat anak ni. walau apa pun gelagat si kecil ini, dialah permata hati kami dan pengikat kasih kasih sayang kami.

nak camera macam ni boleh ibu?


alamak...kecik2 baru 3 years dah mintak dengan ibu camera Nikon. pantang nampak depan mata mesti ambik dan action2. semua button dia nak tekan. nampaknya minat si kecik pada camera sudah terserlah. tak apa nak...boleh buat duit kalau teror main camera ni. kasi shoot cantik2...boleh jadi photograher popular nanti...hehhehe....kalau kuah tak tumpah ke nasi?

'ibu..belilah..kita nak macam ni jugak'...permintaan yang buat aku terfikir sejenak...

Friday, October 29, 2010

akhirnya tutup satu cawangan

adat dunia business...apa nak buat kan? dalam keadaan ekonomi gawat yang melanda syarikat, pihak pengurusan terpaksalah mengambil keputusan untuk menutup satu cawangan di Kemaman. kesian pulak aku tengok teman seperjuangan yang terpaksa kehilangan kerja. mereka lelaki. beban tergalas di bahu mereka untuk menangung keluarga. namun, aku yakin kemahiran yang mereka miliki akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan. muda-mudahan...

itulah keputusan yang paling tepat. jika tak mampu, tak perlu ada lagi cawangan yang hanya menambahkan pening kepala big boss bila time gaji. nak bayar sewa dan segala bil. duit keluar laju seperti air tetapi hasil untuk syarikat?tiada...sudah lama big boss beri peluang kepada mereka tetapi nampaknya mereka berlenggang sahaja dan hujung bulan dapat gaji. alangkah senang! bagus boss. aku amat memuji keputusan itu. kadang2 kita terpaksa berkorban...jika harapkan kasihan tetapi hujung bulan nak pening2 buat apa. aku tumpang pening sebab aku berada di bahagian akaun & gaji.

sekarang hanya tinggal HQ & Puchong...mudah-mudahan big boss aku akan berjaya. Dia ada duit dan melabur pada syarikat yang dijaga sepenuhnya oleh rakan taulan tetapi nasib tidak menyebelahi beliau sehingga ke hari ini ianya masih jatuh bangun seperti anak kecil yang baru belajar berjalan walhal syarikat ini sudah agak lama.

siapa yang salah? aku hanya pemerhati...aku tidak ada hak untuk bercakap siapa yang salah dan siapa yang betul.

Doa aku semoga syarikat boss aku akan maju jaya!




JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI


Ben Ashaari adalah satu nama yang tidak asing lagi dan cukup popular di kalangan blogger. Beliau adalah seorang blogger tegar dan setiap entrinya pasti mencuit hati ramai peminatnya walaupun entrinya sebaris ayat. Memang cukup berbisa dan aku rasa beliau ada auranya tersendiri.

Untuk kali ke 2, Ben membuka peluang kepada blogger baru untuk menyertai blognya sebagai blog list. walau hanya seketika diberi ruang parking di blognya, namun ia cukup bererti bagi blogger baru seperti aku. aku harap kegagalan kali pertama akan membuahkan hasil kali ini. Ben..kasilah peluang!

Wokey!


Wednesday, October 27, 2010

dah tau aku tak suka kan?

kadang2 orang ni kan...dia tau yang kita memang tak suka. beri alasan apa sekali pun, kalau kita tak suka akan tetap tak suka. kita ada alasan tersendiri mengapa kita tak suka.

tak suka. full stop!

susah sangatkah nak faham?susah sangatkah nak menjaga hati ini?atau sekeping hati ini tak perlu dijaga?

dia tetap akan buat, buat dan buat...lagi lagi dan lagi!

atau dia memang sengaja untuk sakitkan hati aku?aku tak nak fikir macam tu...tetapi kalau depan mata ternampak apa yang aku tak suka itu berlaku...apa nak buat lagi. hanya hati yang akan tercalar.

Bak kata pepatah seorang teman, kereta tercalar nampak di mata tetapi hati tercalar siapa yang tahu!


Monday, October 25, 2010

Aku tengah syok layan 'Bumi Cinta'

Bumi Cinta adalah novel terbaru Habiburrahman El Shirazy. Dah lama aku mengidam buku ini. akhirnya minggu lepas suamiku hadiahkan aku novel ini.

Kisah mahasiswa bernama Muhammad Ayyas yang membuat tesis di Moscow Russia...layann..

Hari Sabtu lepas, suami sorok novel ini...seharian aku mencari. dia membalas dendam kerana aku menyorok rokoknya...hahha...puas aku mencari satu rumah (rumah aku bukan besar pun)...tapi tak jumpa. mana dia sorok aku pun tak tau...akhirnya pagi Ahad, dia meletak kembali di rak bawah tv...

sambung kembali pembacaan..kalau ikutkan hati, sanggup aku tak tidur malam kerana nak habiskan novel itu...tetapi kehendak itu tak boleh dilayan. jika dilayan alamak tak bangun pagi aku nak kerja hari ini...sendiri mau ingat!