tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, March 31, 2011

Senyum terpaksa ker?

akhir-akhir ni saya perhatikan cikgi-cikgi kat transit anak saya tu macam senyum terpaksa. mulut pun berat. tak ada sikap ramah tamah. sungguh berbeza dengan seorang cikgu que yang lama. tetapi sayangnya beliau dah berhenti kerana menmgikut suami bertugas di luar KL. cikgu tersebut memang ramah. ada sahaja dia berceritakan perihal anak kita walaupun kita tidak bertanya.

Cikgi-cikgi yang ada sekarang semacam bekerja hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Jika kita tanya sepatah, hanya sepatah yang dijawab. nak senyum pun malas. nak bercakap apatah lagi. semacam ada emas dalam mulut.

lagi satu, hari-hari saya mesti tanya pasal hanger. mana hanger yang semalam? dah 3 hari hanger tak pulang balik? saya tengok tak ada lah ramai sangat kat transit tersebut. lagi pun ramai cikgu yang bertugas.

Jika lebihkan senyuman dan mesra dengan ibubapa kan elok. Ikhlas dalam bekerja, bukan kerana DUIT semata-mata. Jika terlebih masa, nak berkira. Jika tak hantar tak ada pula nak bertanya!

Macam-macam ada!




apa maksud panggilan itu?

panggilan apa?panggilan pulau ker?ohhh tidak...ini panggilan manja-manja isteri orang kepada laki orang...laki orang kepada bini orang. itulah kisah entri saya kali ini.

"mama, mummy, ibu.." panggil si lelaki itu
"papa, ayah, abah.." panggil si perempuan itu

antara contohnyalah...

apa ke hal? dah tak boleh nak panggil manja-manja dengan suami sendiri atau isteri sendiri macam tu?atau suara suami atau isteri anda tak merdu? atau masih nak mengingati kisah-kisah romantik kalian semasa zaman p.ramlee dulu-dulu. tak usah lah ya! hidup kita berjalan ke hadapan, bukan asyik nak mengimbas kenangan lalu. Yang berlalu biarkan ia berlalu.

apa?terkena kat batang hidung anda yang membaca ker? saya cerita orang kat negara lain. orang negara kita baik-baik.

macam-macam....kalau rasa elok teruskan...

pikir-pikirkan...


mulut jahat



macam-macam orang ada kat dunia ni. paling tak tahan apabila berdepan dengan orang mulut jahat. ada orang sebut mulut laser. ada juga orang panggil MULUT PUAKA...hahaha..HAMBIK KAU!

orang yang jenis macam ini, apabila dia berkata-kata dia tak pandang kiri kanan. tak fikirkan perasaan orang yang mendengar. senang cakaplah, orang jenis ini hati kering semasa berkata-kata. apabila fikiran dah waras, barulah sedar apa yang dikatakan itu sebenarnya telah 'melukakan' hati orang. kerana mulut badan binasa. terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata...sendiri mau ingatlah...

jangan fikir kita BAGUS sangat dan mengata orang GILA BABI tak ingat dunia.

Fikir dulu sebelum berkata-kata. Adalah lebih baik zipkan mulut daripada melukakan hati orang yang mendengar. ada mata tengok, ada mulut diam...bagus sangat ke apa yang kita cakapkan tu?tanya balik diri sendiri?kalau banyak feedback diterima, maknanya orang SUKA...diulang...SUKA...kalau tak ada orang komen atau orang semua buat dekkk sahaja tu...maknanya orang TAK SUKA...diulang...TAK SUKA.

kesimpulannya, apabila nak berkata-kata, fikir dulu..patut atau tak patut dikatakan...jika kata-kata itu orang tujukan pada diri kita, adakah kita SUKA SANGAT?

fikir-fikirkan...

Thursday, March 24, 2011

auta ibu yer!

balik kerja petang rabu lepas, kami singgah pekena roti canai di NZ Wangsamaju. naqiuddin makan roti canai telor dan teh ais. selepas habis makan, dia tengok ada budak meja berdekatan dengan kami minum ribena. tiba2 jer, ibu nak ribena. layankan jer. kalau dia minta makanan, tak sampai hati nak menolak walaupun kita tahu dia bukan nak makan sangat pun.

Selepas ambil air kat dalam fridge nz, dia terus lari pergi kat babah dia. elok sampai jer kat meja, dia jatuh tersembam! kami tau dia sakit. dua2 lutut dah merah. dia menahan tangis sambil cakap sakit. malu! masauk dalam kereta terus menangis. balik rumah aku terus sapukan minyak gamat. dia tertidur dengan kesakitan. sebenarnya kalau budak yang lasak, tak adalah sakit mana pun!


sakit pun sempat lagi nak main

Pg tadi, seperti yang kami jangka, dia cakap sakit. tak boleh berjalan. ke bilik air pun berdukung. masuk bilik pun berdukung. "ibu sakit kaki. tak boleh pergi school". aku dah agak. dia terus menangis. risau juga aku. tiba2 kami ambil EL.

Elok jam 10 pagi, aku saja mengusik que.

"que, jom kita pergi langkawi. pergi ambil bag, kemas baju"

Dia pun terus jalan dengan selambanya masuk bilik, ambil bag. buka seluar.

"Buat apa tu?". aku tanya.
"tadi ibu cakap nak pergi langkawi?".


sebut nak pergi langkawi, terus sihat

hahha..auta betul anak ibu. sakit berlakon jer. aku dah agak sakit cuma sikit tetapi manja terlebih sudah. pukul 11.30 kami hantar dia pergi sekolah. tak boleh ajar anak ponteng. kalau dia betul2 sakit tak boleh berjalan tak apalah kan. nanti dia naik lemak pulak!

hari ini pertama kali aku ambil anak dari sekolah semenjak hampir 3 bulan dia bersekolah. seronoknya tengok telatah dia yang comel. dia sangatlah happy tengok kami yang menunggu kat pangkin.

macam-macam anak ibu!.


Tuesday, March 22, 2011

ada tak ubat untuk orang mengigau?


pelik ke bunyi soalan kat atas tu?

Betul lah...saya memang mencari ubat atau penawar untuk orang mengigau. Kesian saya tengok si dia yang mengigau ni, dah masuk kategori kronik. Jika ingin bertandang ke rumah orang dan perlu bermalam di rumah orang, 'si dia' akan gelisah dan risau. seboleh2 si dia akan menolak dengan pelbagai alasan.

"nanti orang dengar. malulah. apa orang cakap nanti." si dia sanggup 'berjaga' dan menanti semua orang tidur dahulu. begitulah tahap kroniknya.

macam2 bunyi akan keluar. bercakap, menangis, marah, membebel, menyanyi dan sebagainya. kebiasaannya akan mengulang apa yang berlaku di siang hari. tapi bagus jugak kan, kalau ada rahsia mesti tak boleh simpan kan?


Monday, March 21, 2011

senyum...tak perlu kata apa-apa...



Senyum...senyum...
tak perlu kata apa-apa
bila saya senyum, awak mesti senyum sekali
bila semua senyum, dunia tiada penyakit


senyum dapat main pasir

senyum dapat pergi Takbai

senyum bila lama tak jumpa

senyum dapat main kat taman

senyum dapat main lompat2


senyum dapat pergi langkawi

senyum dapat makan pizza


belon panas tak ada, dapat naik kuda pun jadilah...

kami tiba di putrajaya jam 12 lebih. que begitu excited nak melihat belon...namun hampa. sampai ke petang satu belon pun tak ada. mungkin cuaca kurang elok.

tak dapat tengok belon, dapat naik kuda pun kira oklah. RM12 per ride.

1st time naik kuda, agak jakun


berdebar2 takut jatuh, malu woooo


gedik santai


menunggu belon percuma




RM4 per entry..layankan jer..

tahun 2000, aku abis belajar...


hubby @ 1968

bila dah penat...