tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, July 19, 2011

Pertahankan HAK kita...

Pertahankan HARTA kita. Pertahankan HAK kita. itu prinsip aku. selagi aku masih mampu, aku akan pertahankan segala benda yang memang hak aku. harta aku. Allah dah beri pada aku. Kenapa aku perlu melihat sahaja jika ada tangan-tangan yang cuba merampas hak aku itu. itu hak aku dan anak aku. aku menjaga harta itu untuk aku dan anak aku dan aku berharap harta itu akan menjaga aku dan anak aku kelak.

Aku perlu berjuang. Andai satu hari aku tewas, itu bermakna aku perlu redha bahawa harta itu bukan lagi milik aku. Allah sudah menariknya daripada aku. mungkin aku tidak pandai menjaga dan mengurus harta itu. kalau di geran nya dah ada NAMA insan lain, maka aku perlu berundur...walaupun berat hati ini!

DIET yang terpaksa...moga berjaya!

Selepas check-up hari jumaat lepas. ceritanya kat SINI. aku terus rasa down. takut pun ada. macamana kalau tiba2 aku jatuh...kena strok. kena jantung. anak aku kecik lagi. sape yang nak jaga aku? sape yang nak jaga anak aku...melankoliklah pulak rasa ini. bila bercerita pasal DIET, aku memang fail. aku pernah berkali DIET tetapi tidak berjaya. bukan salah sesiapa. salah aku juga kerana tak berdipslin dan juga tak dapat kawal nafsu makan. untuk cubaan kali ini, harap2 akan berjaya. suami mencabar aku bila aku beritahunya aku ingin diet. 'tengoklah nanti darling...'. kawan-kawan juga beri motivasi. katakan TIDAK kepada nasi kata salah seorang daripada mereka. macam2 nasihat dan dorongan. InsyaAllah...kali ini aku mesti kuat. aku ingin sihat. jika aku berat badan aku turun dan aku jadi kurus, itu salah satu bonus buat aku. apa yang penting, KESIHATAN diri. aku tak mo ada penyakit...tak mo tak mo...

hari ini pergi klinik. buat blood test. resultnya 117/79...'normal ni kak' . budak misi beritahu aku. kemudian aku masuk bilik doktor dan dia tengok result aku. dia hanya beri ubat kolestrol untuk sebulan. telan sebiji setiap malam selama sebulan dan pergi ambil ubat lagi pada 16/8/11. Doktor advise aku pergi klinik selang satu hari selama 5x. mereka akan check blood test & colestrol lagi. terpaksalah demi kesihatan aku...walau kena tunggu 1 jam, rawatan hanya 3 minit.


penyakit jahat!

Hari Jumaat lepas tiba-tiba pintu hati terbuka untuk pergi check colestrol level. setelah kuar result, mak oii...lemah gemalai lutut. HIGH...berkelip2 perkataan kat machine. budak farmasi cakap ngan aku. 'kak, ni tahap bahaya ni kak. tak ada kuar nombor dah ni. terus high ni. boleh kena strok ni kak.' aku terkebil-kebil kat situ. memang terkejut sangat. patutlah gejala-gejala kolestrol tinggi ni aku dah rasa. lepas tu aku buat pulak ujian glukos. Alhamdulillah. result 4.9. budak farmasi cakap normal. oklah. risau juga sebab masa mengandung mmg ada penyakit tu. Kemudian buat pulak blood test. lagi sekali aku terkezuttt...144/92. 'tinggi ni kak. umur akak ni sepatutnya bawah 135'. budak farmasi tawarkan aku macam2 ubat, vitamin & herba. mahal pulak tu...tengah bulan katakan. nasihat budak farmasi 'akak dietlah dulu kalau tak nak makan ubat atau akak terus pergi klinik'.

Terus call suami beritahu. aikkk..kena pot pet lah pulak..."itulah awak, tak jaga makan...makan tak ingat...bla..bla...'. redha sajalah.

Lutut aku longlai sepanjang balik office.




terluka lagi!

kenapa yer orang2 yang kita sayang selalu melukakan hati kita? luka lama telah hampir sembuh. tiba-tiba...ianya tercalar lagi dengan tingkahmu. sakitnya! aku hanya manusia biasa. sejauh mana ingatan itu aku lontar, ianya tetap singgah di ingatanku. aku tak ingin mengenang...aku cuba berlagak biasa dan seolah tidak mengetahui apa2...namun, ianya tetap datang menjengah ruang fikirku. sedih?memang aku sedih...tersayat hatiku hanya Allah sahaja yang tahu. Jika aku burung, aku ingin terbang jauh...jauh & jauh...aku ingin tenangkan hati. mencari damai di hati!

biarlah...biarlah luka itu sembuh sendiri. aku sudah tidak tahu apa lagi ubat yang perlu aku sapu. yang perlu aku telan...aku bersyukur jua kerana aku ada lagi si dia yang mampu buat aku senyum & ketawa walaupun di hatiku hanya Allah yang tahu.


Monday, July 11, 2011

Boleh adik jadi isteri suami akak?

tadi kawan satu office aku si A beria-ria bercerita...sebuah kisah di N9. masa ni dia sama-sama menunggu rawatan urut untuk anak keduanya di rumah Wak. Dia duduk bersebelahan dengan seorang kakak yang berjubah. suami kakak itu seorang ustaz dan sedang berbual mesra dengan suami si A.

Kawan aku ni memang peramah dan tanpa segan silu telah interview kakak tersebut tapi yang bestnyer siap minta maaf sebelum interview. kakak tersebut dengan selamba dan mesra bercerita. soalan pertama dia tanya anak kakak berapa orang. bila kakak tersebut beritahu 18 orang, mulutnya ternganga, terlopong dan mata pejam celik...biar betul kan? kakak tersebut hanya ketawa. dia beritahu anak madunya iaitu isteri pertama ada 11 orang. anak dia sendiri ada 7 orang. dia pergi rawatan untuk anak bongsu madunya yang ada masalah tulang.

Kawan aku ni dah excited, kepoh pun ya gak...hahha...dia boleh tanya macamana kakak tersebut boleh jadi isteri no 2. Kakak tersebut cerita dengan ramah tanpa segan silu. kakak tersebut adalah cikgu di salah sebuah sekolah agama swasta. katanya masa tu dia sedang menunggu saudaranya yang sakit di sebuah klinik. dia perasan ada seorang wanita berjubah yang sedang memerhatikan dia. pandang dan terus pandang. tiba2 wanita berjubah tersebut menghampiri dan bertanya dah kahwin atau belum. kakak cikgu ini beritahu belum lagi. Wanita berjubah terus melamar, 'bolehkah adik mejadi isteri suami kakak?'

Kakak cikgu beritahu dia amat terperanjat. katanya masa itu dia dah ada boyfriend. dia balik dan beritahu keluarganya. keluarganya menentang dan ada yang menyokong. akhirnya perjumpaan antara keluarga ustaz & wanita tersebut diadakan. setelah muafakat dan berkenal2, akhirnya kakak cikgu ni pun bersetuju untuk berkahwin dengan suami wanita berjubah. Apabila kahwin mereka tinggal satu rumah. Masa 3 bulan pertama, isteri pertama asyik menangis. Cikgu mula pelik dan bertanya. adakah tidak suka kan dia jadi madunya? isteri pertama beritahu, memang perit dan sakit apabila terpaksa bermadu dan meminang untuk suami. katanya dia sanggup kerana inginkan payung emas dan inginkan suami merasa bahagia. Dia berpesan kepada madunya, layanlah suami kita dan berikan kebahagiaan malam pengantin.

Dalam masa 8 bulan pertama, bilik isteri pertama dan kedua adalah berasingan. Pada satu malam, ustaz balik daripada outstation dan termenung di ruang tamu. Keluarlah isteri-isterinya dan bertanya kenapa tidak masuk ke dalam salah satu bilik isterinya. Ustaz menjawab, dia tidak tahu bilik mana yang ingin dituju terlebih dahulu kerana bimbang isteri2 nya berkecil hati. Disebabkan itu, mereka telah berbincang dan bermuafakat untuk tinggal dalam satu bilik. Suami mempunyai bilik sendiri. Isteri2 tinggal dalam satu bilik. Suami bebas di dalam biliknya. tugas isteri adalah pergi kebilik suami mengikut giliran dan melayan suami seperti raja. Bertuahkan ustaz atau suami itu kan?

Kawan aku terkedu mendengar cerita kakak cikgu tersebut. kakak tersebut beritahu, kita sebagai isteri mestilah redha dan terima suami untuk berkahwin dan carikan si suami isteri agar suami sentiasa merasa bahagia. Mesti bersifat mujahaddah...akan dapat payung emas. Kawan aku pun tanya, apakah maksud mendapat payung emas tersebut? katanya, payung emas itu akan diberi Allah untuk berpayung dia akhirat kelak...untuk masa sekarang, payung emas itu bermaksud suami ibarat payung emas dan mestilah berkongsi dengan wanita lain agar merasa kebahagiaan dengan suami kita dan suami kita dapat memayung wanita2 atau menjaga wanita2 isterinya di bawah payung emasnya....itulah cerita kakak cikgu tersebut.

Kawan aku terdiam. semasa balik dari rumah wak, bercerita dengan suaminya tentang wanita tersebut...sekarang kakak cikgu tersebut dan madunya sedang mencari isteri ke3 untuk suaminya.

Moga tabahlah wanita-wanita yang bermadu dan beruntunglah para isteri apabila suami mereka berlaku adil...aku?ohhhh tidakkkkk.....aku sentiasa berdoa pada Allah agar suami aku hanya milikku. amin! Jnamun, aku redha dengan qada' dan qadar Allah...

:)) suami kakak tersebut cacat, ada sebelah kaki sahaja.

Saturday, July 9, 2011

kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak

salah satu sifat manusia adalah sentiasa tak puas dengan apa yang mereka ada. mereka tak pernah nak menghargai apa yang mereka miliki dan masih ingin mengejar sesuatu yang tidak pasti.

bak kata pepatah..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti dan mengabaikan apa yang sudah dimiliki. itulah sifat manusia...adakah kita juga ada sifat seperti itu? renung-renung dan fikir-fikirlah...hargailah apa yang milik kita. jangan lukakan hati mereka. jangan buat ikut kepala sendiri. hargailah apa yang mereka telah berkorban untuk kita....adakah ada orang lain yang sebaik dan sesabar insan tersebut yang boleh sabar dan tabah menghadapi kerenah kita?

jangan pula satu hari kita akan terlepas apa yang menjadi milik kita kerana mengharap sesuatu yang lebih indah datang dalam hidup kita. adakah ianya betul2 indah atau hanya indah khabar dari rupa?

ermm...sekadar berkata-kata....

betul ker rumahnya?

Alhamdulillah....kenyang. baru balik makan kenduri kat Taman Melawati. Janji nak pergi sama-sama dengan mak mertua & adik-beradik suami. malangnya jalan jam. mereka dari Kajang tak sampai2 lagi. Disebabkan kami dah sampai dulu, masuk jer lah... mula2nya teragak-agak. suami confirm jalan dan nama pengantin kat banner tu betul...masuklah...

suami intai2 sedara mara dia kot2 kenal...tak ada sorang pun yg kena. alamak...aku dah cuak. betul ker aku tanya suami. dia kata betul. nama pengantin sama macam yg mak dia cakap. kami belasah makan jer lah. lauk sedap-sedap. Alhamdulillah...tercapai hajat aku nak makan kenduri.

Lepas makan, cari tuan rumah...tak tau yang mana satu. ramai sangat yang pakai bunga kat baju,.,.lastly aku tanya sorang kakak tu. "yang mana satu tuan rumah, kami nak balik dah ni". dia pun tanya aku, ohh..ni kenalan dr hisham ker?"...alamak...aku pun a'aa jer lah...hahha...lawak betul bila pergi kenduri rumah yang kita tak kenal.

Sebenarnya rumah sedara mak mertua aku. suami aku pun tak kenal....aku bebel gak lah dengan suami. lainkali mesti pergi sama-sama dengan keluarga dia jika tak kenal orang...nasib baiklah kami pandai kontrol...buat muka tak bersalah dan selamba.

Balik dengan perut kenyang...Alhamdulillah...harap2 halal lah makanan yang aku makan tu sebab kami pun tak pasti betul ke tidak rumah tu sedara mak mertua aku....hahha...