tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, January 29, 2013

Sayang mak

pakaikan kerongsang
Assalamualaikum

1 Jan 2013. Mak terpijak paku karat semasa nak jemur kain. Mak hanya menahan sakit. Abang pujuk mak pergi klinik. Mak tak mahu kerana takut kaki kena belah buang karat. Satu malam mak menahan sakit. Kaki mak mula membengkak. Bisa berdenyut-denyut. Semalaman mak tak boleh tidur. Esoknya kakak yang tinggal berdekatan baru mendapat khabar. Kakak bergegas ke rumah mak. Memujuk mak pergi klinik. Akhirnya mak mengalah. Setelah check up, doktor dapati mak ada diabetis dengan bacaan gula paras 20. Kakak sungguh terkejut. Doktor membebel kerana tidak pernah check. Kami semua alpa. Jika mak sakit, kami hanya bawa klinik Rahimah di Guchil, Kuala Krai. Inject, ambil ubat dan balik. Demam mak baik. Katanya mak serasi dengan ubat klinik tersebut.

Kaki mak bernanah dan berdarah. 2 hari sekali mak kena pergi dapatkan rawatan cuci kaki kat klinik. Setiap kali balik klinik muka mak pucat menahan sakit kerana kakinya telah dipicit buang nanah oleh HA. Mak tak tahan walaupun dibius. Badan mak makin susut dan lemah.


Cuti Thaipusam, aku sempat menjenguk mak di kampung. Sedih hati aku melihat keadaan mak. Sayu hati nak tinggalkan mak. Walaupun kaki mak dah kering daripada luka, tapi mak masih terasa ngilu dan berdenyut-denyut masa dia berjalan. Ketara pada wajah tua mak kepenatannya.

Sungguh, wajah mak terlalu tua dan tak bermaya. Kesian mak. Banyak sungguh pengorbanan dan jasa mak pada kami. Tak terbalas kami. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mak membesarkan kami 12 beradik. Moga Allah berikan mak kesihatan dan kebahagiaan di penghujung usianya.

Sayang mak!

Doa untuk ayah

Assalamualaikum

9 Jan 2013, genap 3 tahun arwah ayahku meninggalkan alam ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kami berkumpul anak beranak berbuka puasa di penghujung Ramadhan tahun 2009. Arwah begitu gembira apabila semua anak cucunya dapat berkumpul berbuka puasa. Meriah sekali. Dia mengeluarkan semua belanja untuk berbuka puasa. Kata beliau, mungkin ini kali terakhir beliau dapat berbuka puasa dengan anak cucunya. Dia suruh masakkan singgang daging.

Saat berbuka puasa, dia hanya duduk di sudut rumah berbuka puasa sekadar teh tarik dan sebuku roti. Beliau hanya memandang anak cucu yang meriah berbuka puasa. Katanya dia gembira melihat kami berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Pada hari tersebut arwah amat gembira. Hajatnya kesampaian.

Pada raya haji 2009 pula, dia keluarkan duit beli seekor lembu buat korban. Beri pada anak-anak yang berniat untuk buat korban dan akikah. Dia akikahkan anak2 nya yang belum buat akikah masa kecil. Katanya, masa anak2 masih kecil, dia tak mampu dari segi kewangan. Dia nak buat juga walaupun anak2 sudah dewasa. Arwah tersangat gembira menyambut raya haji pada tahun tersebut.

Tanpa disangka pada 9 Jan 2010, kami mendapat panggilan telefon agar pulang. Arwah titipkan pesan agar semua anak-anak pulang. Allahurabbi!

Arwah tak sakit cuma diserang sedikit lelah pada pagi hari tersebut. Masanya dah sampai. Allah panggil dia pulang. Kami redha.

Moga roh arwah dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Amin.

Tuesday, January 22, 2013

sesekali aku muncul

Assalamualaikum,

Lama tak menulis kat sini. Aku diam sebab banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Pahit dan manis. Perkara yang paling menyedihkan aku dan meninggalkan kenangan pada 2012, aku keguguran tanggal 12 Oktober. Sebelum itu, aku terlalu gembira dan menyampaikan khabar gembira aku mengandung kepada semua keluarga dan rakan terdekat. 5 tahun aku menunggu, siapa yang tak gembira kan? Suami dan anak teruja...semua tak sabar...Namun Allah menduga aku. Anugerah itu masih bukan milikku. Aku pasrah dan redha. Paling menyayat hati apabila anakku naqiuddin bertanya di mana kubur adiknya. Airmataku mengalir tanpa henti pada malam aku keluar hospital. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Semoga 2013, Allah memberi lagi anugerah terindah itu untuk kami. Kami redha dan terima takdirnya. Siapalah kita sebagai hambaNya yang lemah untuk mempertikaikan apa yang di kehendaki. Saban hari kami menitipkan doa padaNya agar dipermudahkan perjalanan kami dunia dan akhirat.

Aku makin hari makin tabah menghadapi liku-liku kehidupan bersama insan-insan tersayang yang selalu setia bersamaku. Insha Allah...jika Allah mengizikan, aku jua akan setia hingga nyawa bersama mereka. Insan2 yang memahamiku dan menyayangiku.  




Friday, September 14, 2012

Buka Buku Merah

Hari ini pemeriksaan pertama aku. Buka buku merah di KK AU2. Pukul 7.50pagi aku dah terpacak kat situ. Ambil no dan menunggu. Kebetulan suami dan anak pun demam. Mereka masuk pesakit luar dan aku menunggu di Klinik Ibu dan Anak.

Orang agak ramai, maklumlan klinik kerajaan. Aku tak rasa bosan walaupun lama menunggu kerana aku begitu teruja ingin tahu tahap kesihatan aku dan juga aku amat merindui detik2 ini sejak 5 tahun yag lalu. Aku hayatinya sungguh2...

Setelah 4 jam di klinik, jumpa nurse dan doktor. Hasilnya aku didapati ANEMIA. Kurang darah merah. HB paras 9.1.

Nurse Fatin misi orang Kelantan yang baru bertugas 3 hari mencatat semua temujanji. Lagi 2 minggu aku kena pergi lagi untuk buat blood test. SISTER cakap, 'kena keraplah datang sebab awak bermasalah....'

Harap2 masalah yang disebut itu akan dapat diatasi dan aku menghadapi 7 bulan mendatang dengan bersemangat dan kuat!


Alhamdulillah

Alhamdulillah...akhirnya Allah makbulkan jua doa kami untuk mendapat cahayamata kedua. Raya baru2 ini aku agak mabuk, loya, mual2 dan pening2. Masa itu aku dah lewat period 2 minggu. Aku tak mau excited kerana aku selalu lambat. Tup-tup angkat juga bendera merah. Apabila kesihatan makin teruk, aku ajak suami pergi farmasi cari pregnancy test. Malam raya ke 3, keadaan sangat panas dan aku susah nak lelap. Maybe aku tak sabar nak buat checkup. Pukul 5 pagi aku dah bangun. Terus masuk bilik air...tadah air kencing, celup test...aku pandang tempat lain...tak sanggup nak tengok kalau -ve....lps 10 minit habis segala doa dlm hati baru aku pusing tgk. Ada 2 line....aku sengih sorang2 dalam bilik air. Rasa nak melompat kat situ juga.

Aku keluar, masuk bilik dan terus kejutkan suami. Tunjukkan hasil pada dia. Terpisat-pisat dia bangun. Tengok dan terus menangis....betapa kami terlalu gembira dan terus sujud syukur padaNya.

Alhamdulillah...berkat doa semua. Keluarga dan kawan-kawan.

Hari isnin, 10 Sept 2012, aku pergi Pusat Rawatan Naluri buat scan. Nampak denyutan jantung bayi. Ukuran dia 1.4cm. EDD yang keluar kat situ 24 April 2013. Doktor bekalkan acid folic dan dufaston untuk kuatkan rahim.

Aku tanya soalan pada doktor Naluri, kenapa aku rasa perut aku mengeras? Aku juga kadang-kadang rasa perut aku bergerak...tak logik kan? Baru 2 bulan...itulah jawapan doktor Naluri.

Aku cakap dengan suami, adakah aku berhalusinasi?

Suami gelak dan katanya maybe itu adalah angin dalam perut aku. Harap2 tiada yang pelik2 berlaku pada aku.

Thursday, June 14, 2012

Banyak yang tertinggal

Sudah lama tak update blog...banyak yang tertinggal, cerita-cerita suka duka kehidupan. Sebuah perjalanan hidup...kalau rajin lepas ni blog ini akan kembali hidup...InsyaAllah.

Friday, April 20, 2012

Kerana Terpaksa

semalam, hari yang agak sedih sikit di office. keputusan dah dibuat. muktamad. dah tak boleh nak nego lagi. terpaksalah kami umumkan jua keputusan yang telah big boss buat.

1- 'lepaskan staff kontrak'
2- 'technician yg gaji tetap tukar sistem gaji kepada gaji harian. rm50 sehari'
3- 'staff akaun yg agak bermasalah dibuang. datang kerja sesuka hati dia wlp surat warning telah diberi'

selepas mendapat surat, masing2 muka terkejut. bingung. marah. sedih. semua bercampur aduk.
hanya kemaafan yang aku dapat ungkapkan. begitu juga akmal. project manager. dia pun tak mampu nak buat apa2 lagi. bos sudah angkat tangan. menyerah kalah. bos sudah tak mampu menanggung manpower lagi.

katanya, jika ada projek lepaskan pada sub-con. buat sementara waktu. sampai bila aku pun tak pasti. air dah paras hidung. kena imbangkan badan jer lagi. kalau tersilap boleh lemas terus. itulah perumpamaan yang aku boleh katakan. nak salahkan siapa dalam soal ni. masing-masing tanggung risiko.

aku? masih bertahan lagi...bos pernah berkata, aku adalah orang terakhir yang bos akan lepaskan kalau betul2 company dah tak blh nak survive. Dia juga pernah cakap akan bawa aku untuk business lain yang dia plan. aku hanya diam dan tak kata apa-apa. diam dan senyum. blurr!

aku sayang dengan company ni. maklumlah dah lama aku kerja kat sini. 10 april lepas, dah 10 tahun. sudah sebati dengan diri aku. sayang sangat...

Moga satu hari, company ini akan berjaya!