tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, January 21, 2014

Salam 2014

Assalamualaikum

Salam sejahtera semoga kita semua dirahmati Allah.

Entry pertama untuk tahun 2014. 

Sekejap sahaja masa berlalu, sekarang satu-satunya puteraku telah memasuki alam persekolahan. Wan Muhammad Nafiz Naqiuddin sudah berada di tahun 1. Gembira dan excited dia bersekolah. Katanya dia bukan lagi budak-budak kecik aka budak tadika. Berangan nak jadi pengawas katanya seronok tengok abang dan kaka pengawas pakai baju biru dan kasut hitam.

Sekarang masih di dalam minggu orientasi. Maybe dalam minggu ni habis sebab cikgu cakap minggu ni akan dapat jadual belajar yang sebenar.

Naqiuddin berada di Kelas 1 Adil. Semalam semasa babahnya ambil duit RM100 persekolah ada ibubapa yang dapat surat pertukaran kelas anak. Apabila ditanya cikgu, rupanya pelajar yang belum boleh menguasai akan dimasukan ke kelas linus. Ada 4 kelas linus. Alhamdulillah Naqiuddin kekal dalam kelas yang sama. Maksudnya kelas biasa dan dia tidak tergolong dalam pelajar linus. Moga terus berjaya anak ibu!

Sesi pagi bersekolah kebangsaan dan petang bersekolah agama. Agak memenatkan bagi anak-anak yang baru nak belajar. Namun apakan daya, semuanya demi ilmu dan masa depan untuk anak tersayang. 

Awal-awal sekolah bawa bekal, sekarang sudah berkawan dah pandai membeli di kantin sekolah. Duit bekal tak banyak ibu hanya beri RM3. Jika beli kuew teow atau mee hanya RM1. Jika donut hanya RM0.50. Sesekali dia beli roti hotdog harga RM1. Cukuplah duit belanja. Air dia hanya minum air masak yang dibekalkan sebab Naqiuddin tidak gemar air manis.

Selalu berpesan, jimat jimat jimat. Jangan beli benda merapu, beli makanan yang kenyangkan perut. Alhamdulillah dia makin faham. Setiap hari ada duit lebih yang dia bawa balik walaupun RM0.50 sen yang akan dimasuk tabung. 

Sekolah petang pula bekal lagi RM2. Selalu ada duit baki. 

Tidak dinafikan makanan di kantin agak mahal. Nugget biasa yang dicucuk dengan lidi hanya 3 keping berharga RM1. 

Walaupun 2014 banyak harga barangan naik hidup perlu diteruskan. Usaha, doa dan tawakal moga satu hari akan berlaku keajaiban. Rezeki bertambah-tambah.

Moga anakku akan tabah menjadi pelajar dan berjaya dunia dan akhirat.





coretan pertama 2014,
11.30am




No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-