tabung que

Tuesday, August 31, 2010

merdeka

apa yang paling kita suka kalau hari merdeka?
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
CUTI

yer betulll...kita paling suka sebab public holiday.

tak payah kerja. hahhaha....sesangatlah merdeka. semangat merdeka pulak?
kibarlah satu bendera kat kereta.
apa lagi?
tengok tv, sambutan hari merdeka...nak join pergi dataran?tak ada makna rasanya sebab rimas sesangat dengan orang ramai. tak suka!

Tahun ini merdeka jatuh pada bulan Ramadhan, jadi kerajaan menyambut secara kecil-kecilan di Stadium tertutup Bukit Jalil yang hanya boleh memuatkan 15 ribu penonton.

Oklah kan?sebenarnya kerajaan nak berjimat. elok jugak tu berjimat, banyak lagi komitmen lain yang kerajaan perlu pandang seperti masalah kmiskinan tegar di kawasan pedalaman serta kemudahan2 asas seperti repair jalan dan sebagainya. katanya 1 Malaysia, rakyat didahulukan...apalagi...bantulah rakyat yang memerlukan.

que pun mengikut laungan merdeka di tv...bila babah tanya, merdeka tu apa que?
nak tau apa jawapannya?peluh peluh...orang peluh2...hahha..apa kaitan pun aku tak tau...

sebenarnya, aku bangga menjadi rakyat malaysia. warganegara tau bukan penduduk tetap...hahhah. dilahirkan dan dibesarkan di bumi malaysia. sebuah negara yang berbilang kaum. hidup aman damai, sebab tak ada perang dan tak ada letupan gunung berapi. amat bahagia kan? banyak kemudahan dan banyak pilihan. ada buah rambutan, ada manggis dan paling best ada durian....ada suasana hari raya di kampung halaman...ohhh sungguh bahagia sekali.

terima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan. semoga roh kalian dicucuri rahmat ilahi.

dan.....

semoga negara kita malaysia selalu aman damai. jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan tidak merosakkan atau menjatuhkan maruah negara.

kepada pemimpin dan golongan atasan, pandang2 lah ke bawah...




Monday, August 30, 2010

ragam que di wad

orang tak pernah masuk wad. apa lagi, macam-macam ragam yang que buat, buat ibu pening kepala!

semasa proses register di bahagian pesakit luar HKL, punyalah lama. hanya 2 kaunter yang dibuka dan pesakit yang menunggu pula berduyun-duyun. taulah hari jumaat, tetapi hanya orang lelaki yang pergi solat jumaat, yang perempuan pula buat apa?bertugaslah...tak fikirkan anak-anak kecik yang meragam kerana lama menunggu. que berapa kali ajak balik, agaknya dia rimas dengan orang ramai dan keadaan yang bising. biasalah kalau sakitkan, mesti nak kan suasana yang tenang dan damai.






muka boring menunggu no giliran


selepas register, kami mesti menunggu saringan untuk check-up yang dibuat oleh pembantu perubatan. kemudian ambil darah dan hantar darah ke makmal. ambil no dan tunggu lagi. dapat sahaja result darah, kami menunggu pula untuk berjumpa doktor. semasa berjumpa doktor, que menangis bagaikan nak rak sebab dia takut tangan kena cucuk lagi. puas dipujuk. aku bercerita dengan doktor segala masalah kesihatan que.

doktor pesakit luar beri satu surat rujukan ke jabatan Pediatrik. bergegas kami ke sana selepas ambil ubat. que melalak tak berhenti sampai suara dia naik serak!

Di Jabatan Pediadtrik, jumpa doktor lagi. doktor yang terpaksa merawat que agak bengang kerana terpaksa bertugas selepas waktu duty. masa itu jam 5 petang. aku agak terkilan apabila doktor merawat sambil merungut. itukah etika seorang doktor yang tugasnya merawat pesakit, dan pesakit pula adalah anak kecil. sungguh terkilan. apabila kuceritakan pada suami terus dia naik angin. nasib aku ceritakan selepas keluar hospital, kalau tak mesti kecoh dengan mulutnya yang 'laser'.

selepas proses pendaftaran, akhirnya que masuk wad KK6. di saat itu, dia menangis mengajak balik dan meronta-ronta apabila doktor mulakan treatment ke atasnya. sekali doktor perempuan ditendangnya...hahhaha






menjerit2 apabila tag nama dipakaikan

macam2 ayat yang keluar daripada mulutnya. paling tak tahan apabila dia cakap "rindu rumah kita", "nak pergi Jusco"..."rindu mainan kita". jiran2 katil sebelah seronok mendengar kepetahan que bercakap yang lebih kepada merungut2 nak keluar wad.

malam pertama que di wad, doktor beritahu antibiotik akan dimasukkan melalui tangan dan hidungnya akan dikorek untuk keluarkan kahak. aku serahkan tugas tersebut kepada suami. dia pasti kuat mendengar anak meraung.

jarum kat tangan dia 4x tercabut. darah memancut keluar membasahi katil dan lantai wad. setiap kali tercabut, setial kali dia akan dicucuk balik, dan setiap kali dia akan meraung. sayu sungguh mendengar tetapi hati kena kuat dan aku telah belajar kuat apabila masuk hari ke2.

pada hari kedua, que mula ceria dan dapat menerima suasana wad. dia mula bermain dan berkawan tetapi semasa treatment dia akan menangis wlp misi hanya mengambil tekanan darah dan suhu badan...manja anak ibu!





dapat kawan nama afiq

ahad 29hb, que discharge. demam dah tak ada, hanya tinggal sedikit selsema dan batuk. hasil ujian darah, tak ada denggi. hasil xray, paru2 dalam keadaan sihat. alhamdulillah. syukur!

kata que...nak balik ibu. dah sihat. tangan dah sihat (sebab jarum dah tak ada). tak nak duduk rumah doktor lagi. nanti doktor cucuk lagi...hahhha...macam2 anak ibu ni.

semoga sayang cepat sihat dan dapat beraya dengan riang gembira memakai baju CARS dan Ben10 pilihannya.

que masuk wad








kesian anak ibu ni.....


selepas balik dari kampung awal puasa hari tu, dia demam dan batuk yang agak teruk. 2 kali kami bawanya ke Klinik Idzham, tetapi keadaan dia tetap sama.

minggu lepas ibu 3x EL dan hari ini pun ibu EL lagi. Ibu rasa mesti Encik Bos bengang dengan ibu, tapi nak buat camana kan?anak ibu adalah harta yang tak ternilai. harta yang ibu perlu jaga. ibu tak boleh lalai, jangan disebabkan kerja ibu akan menyesal dikemudian hari. kalau que demam biasa2,ibu tak risau sangat tetapi que batuk yang teruk dan bunyinya kering. tak ada kahak yang keluar.

pada malam 27hb, badan que panas. batuk yang panjang dan teruk sehingga mukanya merah. tegang segala urat dan yang paling tak tahan bila dia mengadu sakit dada dan perut. jam 12.30am kami bawanya ke Klinik Idzham. Doktor beritahu paru2 dia ok. cuma tukar ubat sahaja. kami tak berpuashati.

Jumaat, 27hb kami nekad membawanya ke HKL atas nasihat rakan2 yang prihatin. selepas check-up, akhirnya que admitted di Pediatrik HKL.

Que menerima rawatan sebagai pesakit PNEUMONIA ILI.

Friday, August 27, 2010

kenapa jadik macam ni?

awat dengan blog aku ni?


Layout dia jadik cam tu, padahal aku tak ada usik apa2 pun. puas dok adjust balik tetap jadik macam tu...ishhhh....apa aku nak buat ni?

kalau sesiapa yang tahu cara atasi masalah ni, sila beri pendapat. tolong menolong bulan ramadhan ni kan banyak pahala...hehehhe...

Kisah Seorang Bapa Yang Terpinggir

hari ni jalan jam giler.hubby dari Cheras kerana ada meeting tersangkut di Ampang Point dan hari ini aku terpaksa naik teksi.

Agak lama juga aku menunggu, tiba2 datang sebuah teksi dan berhenti di tempatku. aku fikir dia ingin mengambil penumpang, rupa-rupanya ingin menghantar kuih yang orang pesan. aku tunggu lagi. pakcik tadi datang balik.

"Nak ke mana?"
"AU3 pakcik"
"ok. bolehlah"

aku pun naik teksi tersebut sambil dalam hati mengucap syukur kerana aku sudah terlewat mengambil anak di taska. dalam teksi pakcik mengajakku berborak. aku layan jer lah. lagi pun nampak pakcik ni orang baik-baik dan berkarisma.

"Pakcik tinggal mana?'. chewahh..ramahnya aku.
"Cheras"
"Balik buka puasa kat rumah ker?". kepochinya aku..hahha...
'tak lah..pakcik buka puasa dalam teksi jer. tengok ni, kuih dah beli. nanti pakcik nak beli air panas. air sejuk pakcik tak suka. pakcik ni kalau balik rumah pun, bukannya ada sape. buka sorang2 juga. "
"ooo..ya ke?anak pakcik?isteri pakcik?..banyak lah aku menyoal. harap2 pakcik ni takder lah kecik hati.
"isteri pakcik dah meninggal. anak pakcok...entahlah, sejak ibu dia meninggal, dia tak pernah balik tengok pakcik. bila orang tanya anak pakcik tinggal mana, pakcik tak boleh nak jawab sebab pakcik tak tau anak pakcik tinggal mana".
"macam tu ker pakcik?tak elok betul kan. ramai anak2 sekarang yang lupakan mak bapak kan pakcik?"....betul ker aku cakap ni. aku sebenarnya dah sedih bila pakcik ni bercerita dengan sayu.
"pakcik tahu, dia dah hidup senang. kerja bagus. sebab tu dia lupa pakcik. tapi tak apa, pakcik selalu doa yang baik2 jer".
"betul tu pakcik, doa yang baik2 moga satu hari nanti dia akan balik".
"Pakcik ni bukan nak duit dia, pakcik pun ada duit. pakcik ada pencen. pakcik dapat RM2,200 tiap2 bulan. makan minum pakcik tak susah. pakcik bawa teksi sebab pakcik sunyi dok rumah sorang2. bawak teksi ni, dapat ramai kawan. dapat sembang2."
"Betul tu pakcik. raya ni pakcik raya kat mana?" aku menanya soalan yang bakal dihempuk kepala. nasib baik pakcik ni cool jer. selamat aku...hahhaha
"tak tau lah...pakcik selalu raya dalam teksi jer".

alahai pakcik. raya dalam teksi?aku mula sayu dan teringat kat mak aku kat kampung. teringat arwah ayah aku.

itulah sedikit kisah yang aku ingin kongsi. kesayuan hati dan luahan perasaan seorang bapa yang tidak dipedulikan anak-anak. ingatlah...hargailah ayah dan ibu kita.

Tuesday, August 24, 2010

petua untuk batuk

ini petua daripada mak aku. mungkin ramai juga yang mengetahuinya.

kebetulan masa balik kampung, anakku batuk. mak aku cakap ambik limau nipis+kapur sireh. sapu kat leher, dada dan belakang anak.

aku mencuba. Alhamdulillah menjadi.





pasar ramadhan sri rampai

hari ini kami ubah selera sikit.

dah boring pasar ramadhan (param) setiawangsa dan au2, kami beralih arah ke param sri rampai. luas jugak param ni. penuh sesak dengan orang ramai yang kebanyakannya baru balik kerja macam kami. semestinya juadah di param juga yang menjadi pilihan golongan bekerja.

jika bernasib baik, kita akan mendapat masakan yang sedap dan kena dengan selera kita.

Alhamdulillah! juadah yang kami beli hari ini iaitu ikan pari bakar, ikan percik dan paru sambal serta sira pisang, semuanya sedap. tahniah kepada makcik tersebut. aku beri 9/10. kalau pergi sana lagi akan kucari gerai tersebut. masih ingat ke?

di param setiawangsa, aku pernah jumpa satu gerai ikan bakar. sedap sangat sos yang dicurah ke atas ikan tersebut. tetapi yang aku heran bin ajaib, sampai hari ini aku merayau mencari gerai tersebut tetapi tidak dijumpai...hahha...mesteri nusantara sungguh!

walau apa orang cakap, aku tetap setia menjadi pengunjung param kerana balik kerja aku sudah penat untuk memasak kecuali aku masak air dan nasi sahaja.




Sunday, August 22, 2010

mengandung dulu nikah kemudian!

kes ni banyak berlaku kat orang melayu islam kita....
di mana2 sahaja.


baru2 ni aku balik kampung. apabila balik kampung sesekali, banyaklah citer2 dan kejadian yang di update kan pada aku. citer yang paling SENSASI adalah kes mengandung dulu 5 - 7 bulan...baru pikir nak nikah. sebab apa yang dok jadi lagu ni?

dorang dok bercinta. pergi dating. membonceng motor boyfriend sesuka hati...bila bf dok brek (yg memang disengajakan dan gf pun suka mengekek)...itulah yang jadik lagu tu. pastu dating pegang2 tangan. raba sikit2..lama2 buat yang bukan2. masa bercinta ni...'suhu' ke arah itu memang tinggi. pantang bersentuhan....inilah dia. bila dah mengandung, tak reti2 pulak nak berterus-terang dengan mak bapak. at least mak bapak bolehlah berikhtiar...bagi nikah awal sikit kalau dah dok merenyam macam tu kan. ini tidak...kalau period tak datang berbulan. mabuk2 loya2...tak kan itu pun bodoh tak tahu yang engkau tu pregnant....aikkk....masa korang dok..dot dot tu..tak tau ke effect dia boleh jadikk baby....ishhhh. tak pahamlah.

bila dah perut tak boleh sorot. masa itu baru nak bagitau mak bapak. tapi yang pelikkan, tak kan lah mak bapak tak nampak perubahan body anak ni kan?terutamanya si mak ni....dok kampung. mulut orang pok pek pok pek memang tak boleh blahh...kesian kat mak bapak. malunya TERAMAT....

yang tak tahannya, mak bapak si perempuan ni boleh pergi maki mak bapak si lelaki. seeloknya ko bincanglah elok2. jangan dok saling tuding jari anak sape yang salah dan anak sape yang tergedik2. sama jer yang pompuan atau yang lelaki...

settle bab kursus kawin. pastu nikah. aikkk...boleh buat kenduri besar2 pulak tu. yalah mungkin sebab mak bapak teringin nak kenduri kawin anak tapi si anak dah buat HAL awal2...janji nikah sudahlah. selang 3 bulan maka lahirlah baby yang comel. nasib baik mak bapak nikahkah mereka. kalau mak bapak halau...maka terjadilah kes buang bayi merata-rata.

begitulah kesahnya...sape yang salah dalam hal ini?
mak bapak...?boleh jugak dipersalahkan sebab beri anak kebebasan yang melampau wlp tahu anak keluar dating tetapi dibiarkan sahaja.
salah anak?memang salah ler... kalau perkara berdosa besar pun engkau buat, nak kata tak salah pulak! apa hal?sekeh kang...

macam2 dunia sekarang.

ingat lagi arwah ayah aku citer...

zaman che dulu, mandi sungai sama2 lelaki perempuan...masa remaja tu. bogel pulak tu. tak ada pulak keinginan ke arah itu...hahhaha...lawak kan?orang dolu2 tak senonoh....



Saturday, August 21, 2010

tak puas hati

manusia memang selalu tak puas hati!



inilah yang sedang berlaku kepada aku.
aku sebenarnya masih tak puas hati dengan template blog aku ni.
tak puas hati dengan blog header...bila ada masa terluang aku akan searching custom made header dan template tetapi semua yang aku jumpa tak ada yang memikat hati aku....ishhhh
inilah akibatnya kalau tak kreatif...aku ada juga beberapa kali belajar photoshop dengan hubby. sekejap jer aku ingat. kalau lama tak praktik, aku pun lupa...

adoiii...template aku selalu bertukar. aku tak tau sampai bila ianya akan tetap. setiap kali aku jumpa template yang cantik pada mata aku, mesti aku nak tukar....hahha...boleh ker macam tu wahai blogger sekalian?

rasa-rasanya adakah aku akan menang contest yang aku masuk tu?
kalau menang alangkah bahagianya hidup...dapatlah hadiah header daripada owner contest...
aiz...akak menang ker?hahhaha


sedang mencari tips untuk memperbaiki kualiti blog agar ia nampak cantik, kemas dan berisi....


ada syurga di wajahmu



our life!

Life's Too Short


s0...up to U...


leo

dalam family kami

semua LEO

aku - 2/8
que - 7/8
babah - 22/8 (alamak...esok lah besday hubby)

orang kata, berbintang leo ni...orangnya panas baran. ya kerr?

Leo

Leo



i think i love you


I loved the video, very touching and heartwarming!
i miss u..i'm falling for you

rindu dengan sengal2 ayam hero and heroin



Full House Korean Drama - Sha la la

suka sesangat tengok citerr ni. walaupun berkali2 tengok tetapi tetap tak puass...
beshhh..beshhh


6ixth Sense - Tanpa

Nubhan~ Ada Untukmu

seadanya aku..

Friday, August 20, 2010

salah nombor ler!

sedang aku bekerja...tiba2 hp ku menyanyi... naiklah ler no. 017-xxxxxxx

hello.......ni nurul ker?
nurul?bukanlah...ni ct..awak salah nombor ni...
ct mana?ct nurhaliza ker?
(dalam hatiku...aikk mamat ni...dah ler salah nombor. nak gurau lak pose-pose ni. malas nak layan.)
opppss..minta maaf yer.
ok.tak per.

mamat tu off kan line.

tak sampai 2 saat msg kat hpku berbunyi. acara msg pun bermula. aku layan jer sebab mood kerja aku tak ada langsung hari ni. nasiblah yer!

Aslmkum sti...sti mna ya? (tengok..eja salam pun salah. tak berkat bulan2 pose ni. aku sekeh kan. nama aku pun salah)

aik..hihi..tadi salah no. kalo ckp pun ct mana awak tak kenal
xknal...tp klu nk knal blh ke?
dah tua 59 thn dah...hahha
ok xpe...kwn xknal usia.xkesah
blh ke x ni ct?
blh

nnti sy kol blh??
Yd ke. sms? (aku pun tak tau apa Yd tu...hahhah..gelakkan dia)
Ct tggl di mn ni? sy di kl sg besi
setiawangsa
ooo..keje ke atau kt umah ni?
dah tua2 dok umah ler...nak keje tak larat dah. ketaq lutut.haha
adoii...
ish..td dgar suara mcm 30an je. ckp la btui2 t. (haha..)
ada FB tak?
ada
penama?
penama apa? (aikk..itu pun tak paham ker)
nama kat FB ler! nak add
me!~&^...(adalah dia beri nama tu..try search kat fb tp tak jumpa pun)
saya search tak ada pun!
A (dia jawab A sajer..aku pun tak tau maksud dia apa?nak type ada kot...)

pastu dia kol...2x..ringing jer..malas aku nak angkat. dia msg lagi.

mana hang ni? x akat pun..

lastly aku jawab...
dalam bilik air. nak solat jap. (selepas itu baru aku pergi bilik air dan solat zohor...hahha..tipu sunat)

itulah sedikit kisah bila berlaku tersalah nombor. selalu terjadi. masa bujang2 dulu suka juga melayan. sekarang ni dah ada anak dan suami...nak mampus!

tadi tu cuma melayan boring dan mengantuk tahap gaban ni.










Thursday, August 19, 2010

satu kisah di klinik kerajaan

aku nak lepaskan geram ni.... =^_^=


pagi tadi aku pergilah ke sebuah klinik kerajaan. area tempat tinggal akulah. tak boleh sebut nama klinik dengan spesifik nanti KENA SAMAN pulak nanti...heheh

aku pergi ke sana sebab aku sakit sesangat di kawasan ari-ari. aku tak pasti sama ada aku ni mengandung atau aku dijangkiti 'kencing kotor'. kalau boleh aku nak check dua2 sekali.

sampai sana 8 pagi. letak ic bersama no. 76. aku menunggu untuk register selama 1 jam 20 minit. oklah, aku dapat no 7 (bilik 2) untuk jumpa doktor. tunggu lagi. naik no 0007. tiba2 pakcik yang duduk kat sebelah aku bangun dan masuk bilik doktor. aikkk...pakcik ni apa hal lak. aku pun tunggu jugak ni. tak kan nak potong line pulak. aku follow pakcik tersebut masuk bilik doktor. pakcik tersebut duduk di kerusi sebelah doktor. doktor tu cakap, "aikk..panggil orang lain, orang lain pulak yang masuk. tapi takperlah."

doktor pun buatlah kerja dia check pakcik tersebut dan aku jadi pemerhati bebas sebab aku dah masuk bilik doktor.

rupanya pakcik tersebut kena strok dan tak boleh bercakap. cakapnya pelat dan doktor tak faham. dia kena strok sebab kencing manis yang agak tinggi. doktor pun terkejut. katanya kebiasaan pesakit yang ada darah tinggi sahaja yang berisiko untuk dapat strok. rupanya pesakit kencing manis yang serius pun besar risiko juga. AWAS! doktor pesan kat pakcik tersebut. antara nasihat doktor yang aku dengar:-

1. makan nasi sedikit sahaja. ambik satu cawan atau satu cawan yang longgar sahaja
2. jika makan roti, hanya 2 keping sahaja
3. kuih manis jangan ambik langsung
4. minum air masak banyak2 dan kurangkan air manis
5. makan sayur banyak2 (ini yang aku lemah sikit sbb aku tak suka sayur)

secara tak langsung aku pun mendapat tips drp doktor.

Pakcik settle.

tiba turn aku pulak.

Sakit apa yer?tanya doktor dengan lemah lembut.
saya ni sakit kat bahagian ari-ari doktor.
Sejak bila?
adalah 2 minggu. pastu loya, pening dan saya dah lewat 8 hari period ni doktor.
ooo..sekarang ni awak nak check sama ada awak pregnant atau tak lah yer?
saya nak tau saya ni sakit ari2 sebab apa?sebab pregnant atau kencing doktor
ooo...kita tak buat test untuk pregnant yer. lagipun alat test dah habis. lagipun kita kenakan charge RM20. rugi tau. kalau awak beli kat farmasi hanya RM10 jer. ginilah...ambil borang ni, pergi makmal buat urine test sama ada awak kencing kotor atau tak.
ok. ambil borang dan berlalu ke makmal.

Kaunter makmal.
ambil nombor. kepilkan bersama borang. pembantu farmasi berikan satu bekas kecil untuk urine. siap aku letakkan di kaunternya. sekejap dia buat test dan aku pergi balik ke bilik doktor dengan borang yang telah diisi oleh pembantu farmasi tersebut.

aku masuk ke bilik doktor. ada pesakit methadon kat situ. dia sedang bertelagah dengan doktor. yang aku faham dia nak ambik methadon take away...ada ke macam tu?ingat KFC or McDonald ker nak take away...bangang punya cina ketagih methadon. lama aku menunggu itu yang bengang. siap cakap nak complain dengan kementerianlah...hahha..padahal kau yang ambil dadah tapi nak salahkan orang!doktor dah bengang dan suruh dia keluar.

aku pun duduk dan berikan doktor borang tadi. doktor tengok dan beritau yang aku tak ada 'kencing kotor'. awak pergi farmasi beli test. if mengandung pergi buat buku klinik mengandung sebelah yer. itu sajer.

aku keluar dengan hati yang bengkak. bayangkan aku duduk di klinik selama 2 jam lebih dan ini hasilnya. ada ke klinik tak ada test untuk pregnant dan juga kena bayar RM20 untuk test tersebut. undang2 baru ker? sape2 yang tahu angkat tangan. masa que dulu aku pergi klinik yang sama. test dan tak bayar apa2 kecuali registeration RM1 sahaja.

akhirnya aku beli test kat farmasi.




baju raya jangan dilupa!

baju raya...korang dah beli baju raya?dah tempah?

bila puasa mesti ada raya. semua orang sibuk dengan baju raya. langsir raya. bekas kuih raya...macam2 raya lah. jangan ada hantu raya sudahlah!

sebelum raya lagi aku dah cari baju raya untuk anak terunaku que. bukan apa, aku tak suka bersesak2 memilih di bulan puasa ini. aku ni memang cerewet bab2 memilih baju. nak dapatkan sepasang baju mesti aku tawaf sampai 10x kat sogo atau jusco. suami dah tahu perangai aku yang giler pada baju budak. aku belek2. aku blah. pergi tempat lain. pastu, tempat lain tak puas hati aku datang balik tempat tadi. suami akan geleng kepala dan malas nak melayan aku. dia akan serahkan tugas memilih baju anak pada aku yang dikatakan pakar. pakar ke?

berapa dah baju raya anak ada?tanya suamiku.
jeans panjang ada satu. jeans 3 quarter ada 2. baju ada 4. ibu nak beli lagi. macam tak best pulak jeans panjang ada satu jer?kan babah?
cukup-cukuplah tu...awak ni dah kenapa. Jeans dia kan dah banyak...pakai jer lah.
aku menarik muncung. alah..sekali setahun jer beli banyak2..apa salahnya?
suka hati awaklah...duit awak.

hhaha...aku rasa dialog begini selalu berlaku di antara suami isteri. ini adalah dialog standard. aku sememangnya tak puas hati lagi ni. aku nak kena cari lagi sehelai jeans panjang untuk que. alah membeli menang memakai bak kata pepatah. que boleh pakai bertahun-tahun sampai koyak kan? apa salahnya.

itulah perempuan. kalau bab2 shopping. tak boleh blahh lah...errr baju melayu anak dan babah tak beli lagi ni. macam tahun lepas, kami akan membeli di Omar Jalan Masjid India. Tunggu kau wahai baju melayu purple...

sibuk2 baju raya suami dan anak, sebenarnya baju kurung aku 2 pasang dah siap. aku tempah kat kelantan. jirannya sahabat baikku. dia jahit memang bestlah...kena dengan taste aku dan aku tak akan complain kalau pakai. setakat hari ini ada 2 tempat sahaja yang sesuai dengan citasara aku. satu kat Kak Maz dato keramat dan satu lagi kat kakna di Tanah Merah. aku sekarang kena cari tudung sahaja. beg dan purse raya dah beli tapi aku siang2 dah pakai buat kerja sebab nak tunggu raya lambat lagi...memang tak sabar tul minah ni kan?apa-apa janji aku bahagia kan...selipar raya?actualy aku dah beli hari tu kat Jusco..tapi masa nak balik kampung last week, aku teringat kakak ku yang selalu merungut tak ada selipar cantik nak jalan-jalan, nak pergi makan kenduri. aku naik kesian pulak. al-maklumlah kakakku ini anak ramai dan selalu tak ada bajet untuk diri sendiri. biasalah tu seorang ibu, semua untuk anak. aku pun berilah seliparku itu padanya sebagai hadiah...oklah aku berzakat padanya...

baju raya settle. aku nak solat subuh.

selamat berpuasa.


sahur

sahur itu sunat...maka ambillah sunat itu!

tapi aku tak larat nak sahur pagi ini. tapi aku gagahkan jua menjamah sedikit mee goreng+secawan nesscafe o.
Alhamdulillah...air masak separuh gelas. tak tau kenapa aku ni susah sesangat nak minum air masak. badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. aku?nak sampai pada 8 gelas jauh sekali...sebab itu aku selalu kena tonsil. doktor kata aku kurang minum air masak.

bulan puasa ni elok banyakkkan minum air masak untuk mengelakkan kering tekak dan dahaga dikala berpuasa. aku tau sesangat tapi susah nak praktik bila kena batang hidung sendiri!tau takper...

kisah sahur tak abis lagi...suami makan nasi+ikan pari masak asam pedas. dia makan habis 2 ketul ikan pari yang dibeli di pasar ramadhan semalam. masuk peti ais dan panaskan pagi ini. nampak dia berselera. ok lah tu!

semoga pusa kita semua diberkati.


selamat berpuasa semua.

Wednesday, August 18, 2010

juadah berbuka

semua lauk pauk dan kuih muih ini kami beli di pasar ramadhan setiawangsa pada 17 Ogos 2010





Mee Rebus RM3.50




Murtabak Singapore RM5 (saiz kecik)



Puding Buah RM3 sepotong



Sate ayam+daging RM5 (10 cucuk)



Kerabu perut RM3 (sebekas)



Kambing Salai RM10 (sebekas)



Alhamdulillah...kenyang dengan rezeki Allah hari ini.




Tuesday, August 17, 2010

balik kampung part 1

ooooo....balik kampung...hati girang...perjalanan jauh tak kurasa..
(camana nak rasa kalau dalam bas asyik tidur kan?hahha..gelakkan diri sendiri)


menunggu bas dengan gigihnya...


dalam bas...sebelum lampu ditutup


kami naik bas Samisha Express...ikut jadual bas bertolak 9.30 malam....penat betul menunggu.akhirnya 10.05 malam, bas pun bergerak meninggalkan KL. melayan que yang tak nak tidur. akhirnya pukul 11 lebih que tertidur.

kami tiba di kampung Peria jam 4.05 pagi. Alhamdulillah sempat kami bersahur di rumah Kak Ha. kampung ialah kampung di mana aku dibesarkan. Abang iparku menjemput kami di Simpang Kg Peria.

bersambung...



CONTEST HOK AIZ BUAT

assalamualaikum adik kakok ambo semo...
ini dia ambo nak royak cerito, budak aiz ni ada buat contest..alohlah..kalu nak tau gakk contest tu tandir lah..tandir..mace tandir kukur nyor..tapi kukur nyor tu kapong kito jah ada..loni ore tak main dah tandir kukur nyor..ore main mugo ni pulok...mugo gapo?mugo BLOG lah adik kakok...

pah tu gak, kalu nak blog kita comel mesti keno ada palo hok comel...kebetule benar lah aiz buat tandir ni, ambo nak masuklah..mano nak tau, ambo boleh mene...kalu tak mene pun tak maroh ko anak sedaro aiz tu..mugo budok2 tu comel2 belako...alohlah panje mukodimah pun...

mano ambo kenal aiz?
nak jadik cerita...pada 15/07/10, ambo sakit perok...pah gak ambik mc lah. supo sekalolah..kalu sakit ambik mc. balik rumoh, buko lappy...godek punya godek..jupolah blog budak aiz ni...sekali tengok mace nabil budak raja lawak tu...
tengok pah tengok..tengok..pah tengok lagi..rase berkene dale hati ko blog comel dia. kemas jah napok...kalu dah kene ore kato gak...kentut pun wangi....haha...apa tunggu lagi...ambo pun jadilah follower dia...sejok hari tu gak, dok baco sokmolah entri dio...ada ambo tulis kat blog ambo cerita pada hari kejadian jupo blog aiz tu...nak royak sukonyor ambo...ni cerita dia dale tajuk 'mood kobar-kobar'..kalu suko gak bacolah..kalu tak suko pun tak maroh...

tange dok atas dahi dah ni aiz! kalu ambo mene gak...palo blog hok ambo nak gak...ada gambar ambo hok comel lote tu, pah ada tajuk blog ambo, pah ada burung terbe, pah ada gambar tapak kaki budak kecik...gitulah lebih kure nyor...

ada lagi ko aiz weii...bo lah deh..lamo daroh mato aiz nak baco panje2 nih..hahha



Wednesday, August 11, 2010

que terawih

que excited sangat nak pergi terawih!



que ready nak pergi terawih


que dan babahh


kami sampai kat surau, orang tak ramai lagi sebab belum azan. dapatlah aku duduk dalam bilik jemaah muslimah. aku ambil tempat paling tepi sebab aku tak nak que mengganggu jemaah lain. aku dah warning dengan que jangan kacau ibu nak solat. que angguk tanda faham.

solat isyak berjemaah. semasa rakaat terakhir, que buat hal.

tiba-tiba....


ibu...ibu...ibu...
nak cheng cheng... (nak buang air)

adussss...tak kusyuk aku solat. aku tak pasti sama ada jemaah lain terganggu atau tidak....kantoi!
dalam hati aku berdoa agar que dapat bertahan.

ibu...ibu...ibu...(dia panggil lagi)
nak cheng cheng

akhirnya selesai solat...beri salam. aku pun heret tangan que keluar takut dia terkencing dalam surau. tak ke naya nama tu.

sambung solat terawih...semasa aku start solat, que main-main dengan budak-budak di surau tersebut. apabila solat bermula, semua jemaah nampak sama dalam telekung. agaknya dia tak tau yang mana satu ibunya...dia dah takut...


ibu...ibu...ibu (suara nak menangis)

aku berdebar-debar. risaukan dia melilau mencari aku sampai ke luar atau dia berjalan balik ke lif. macam-macam dalam hati aku...ishhhh...dah solat tak kusyukkk...

siap 2 rakaat. salam. aku panggil que...tersengih-sengih dia kelegaan.

aku sambung solat lagi. que tarik-tarik telekung...

aku pujuk-pujuk dia. tukar tempat lagi. aku duduk paling belakang. tepi. que dapat tengok aku dengan jelas. dia tak kacau lagi. akhirnya dapat jua aku habiskan 8 rakaat.

aku cari kopiah que yang tertinggal dalam bilik solat. beginilah kalau ada anak kecik. tak senang nak bersolat di surau. aku berharap dapat berterawih lagi dengan que. terpaksa bawa. mana nak hantar. bukan ada saudara mara nak tinggalkan.






sahur pertama

bu bangunnn..dah pukul 4 ni...
ermmm...nak pergi mana?
SAHURLAH....
bangunlah...bu...bangun...awak tak bangun saya makan sorang
ermmm...

punyalah susah mata ini nak buka...mengantuk sesangat. baru jer rasa tidur. patutlah, aku tidur jam 2 pagi tadi. masak sambal sotong dan daging goreng kunyit untuk sahur. siap masak, mandi dan solat. kemas baju nak balik kampung...malam ni kami balik kampung...

balik kampung...oooo...balik kampung
hati girang...terbayang wajah-wajah yang kusayang
(sambunglah yer...)

suami balik drp meeting dan tolong kemas baju. dia teror kalau bab2 masuk baju dalam bag. siap gulung-gulung dan ikat dengan getah lagi...hahhaa...sesiapa pernah buat angkat tangan..hahha..aku pun tak pernah...hasilnya sungguh lumayan. bag yang kecik tetapi boleh memuatkan banyak baju. silalah cuba yer!

Semua siap. alamak dah pukul 2. aku pun...zzzz..lupa cakap, dah masak nasi. suami bawa balik beras. tadi beras habis. cakap dengan suami beli jer nasi kedai mamak 2 bungkus. balik dari kampung kita beli beras, tetapi dia beli beras Faiza emas 5 kg di Petronas.

Cerita sahur...suami siap panaskan lauk dan hidang. cuci muka. doa dan niat puasa.

Siap makan...alamak loya pulak...uwekkk...uwekkk...mengadap lappy sambil minum nescafe o buatan sendiri.memang sedap...nak cuba kesedapan nescaffe hamba ini jemput datang rumah..siapa?sape-sape yang nak datang, silalah datang yer. sila buat appointment dulu sebab kalau tak kau ketuk pintu rumah aku BERDARAH tangan pun aku tak buka...hahha...zalim tak?sebab ramai yang ketuk nak jual kerepek...tiba-tiba...adusssss...perut memulas. Hasil daripada sambal sotong yang aku buat...hahhaha..2x masuk bilik air...gila kau..pagi-pagi kau makan sambal...dushhh...hambik....

Selamat BERSAHUR...awas makanan yang diambil semasa bersahur bagi mengelakkan dahaga, sakit perut dan penyakit2 di kala siang hari berpuasa. semoga puasa kita diberkati.



Tuesday, August 10, 2010

ramadhan datang lagi

ramadhan datang lagi...
yeaa..yeaa..esok puasa
excited sesungguh hati ni

semoga tahun ni aku dapat berpuasa penuh.orang perempuan boleh ke berpuasa penuh?
tak kisahlah tu, kalau tak penuh ganti lah selepas puasa nanti yer!

malam ni terawih pertama. dah janji dengan suami nak terawih kat surau kat bawah apartment kami. que seronok sangat...

SAHUR...ermmm..nak masak apa yer?teringin nak makan daging goreng kunyit letak bawang besar banyak-banyak. semesti lazat berkrim...my pren kat office ni, katanya sahur suka makan telur asin...dah lama aku tak makan macam tu. kalau kat kampung dulu2 memang itu kesukaan mak aku...rindunya nak bersahur dengan mak...sabar...
Esok malam naik bas 'ADIK-BERADIK'(nama syk bas) balik kampung bersama suami dan anak. Suka sangat nak balik kampung. Begitu teruja. Hati dah kat kampung ni...

Dah macam-macam plan ni. hari Khamis, buka puasa rumah mak. malam sahur rumah mak. Hari Jumaat kumpul ramai2 buka puasa rumah Kakchik kat Kg Belukar Luas, Ketereh...mesti seronok.

Tiba-tiba rindu arwah che...hari terakhir puasa last year permintaan beliau nak berkumpul dan buka puasa dengan anak-anak. Dia beli daging dan tulang untuk buat sup. katanya tahun depan tak tau che ada lagi atau tak ada. sayu kata2nya. rupa-rupanya betul katanya. awal Jan 2010, beliau meninggalkan kami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi.

Kita yang hidup mesti terus beramal ibadat sebagai bekalan esok.
Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi MAKNA dan aku dapat menjalani ibadah dengan sempurna.

Selamat berpuasa untuk keluarga dan teman-teman. semoga Ramdhan kita tahun ini lebih sempurna daripada tahun2 yang lalu...ambillah kesempatan 30 hari untuk berbuat amal ibadat.

Kepada semua keluarga dan rakan taulan, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah laku..aku memohon ampun dan maaf. semoga kemaafan yang diraih akan menyucikan diri untuk menjalani ibadah puasa ini dengan tenang dan dirahmati Allah.

Amin.



Monday, August 9, 2010

superman ibu

weekend semesti hari melayan que. melayan semua karenah dia. macam2 ada. kadang-kadang buat kita marah pun ada...bila mood tak elok, kena marah jugak jawabnya.

tapi hari ni, ibu tak marah sebab que 3 years hari ni. que sepah-sepah mainan sesuka hati pun ibu tak marah. que tak nak kemas pun ibu tak marah....biarkan jer. ibu yang kemas.tak apa. hari ni ibu maafkan...lagipun ibu kesian anak ibu demam.

hari jumaat balik keje, macam biasa babah ambik. que demam. malam temperature que tinggi. 2x masuk ubat punggung. alhamdulilah, pagi sabtu ok. ibu pun lega...besday boy demam...jadi apa2 karenah ibu layan jer...


superman tertido selepas penat bermain...

inilah xtvt que hujung minggu...main sorang2 yer sayang...tak ada friends yer...

superman macam ni bu

ada-ada sahaja karenah dia yang buat kita ketawa. setiap hari ada sahaja idea baru yang dia tunjuk pada kita...bercakap pulak bukan main petah. ibu suka. tiap-tiap hari ibu tunggu apa perkataan baru dan cerita baru yang que nak citer dengan ibu setiap kali balik taska...biasanya semua cerita friends dia...

i luv you syayang...besar nanti jadi anak yang soleh dan berilmu...

besday que & nasi tomato

Sempena besday que pada 7 august 2010, terlaksana jua ibu nak makan nasi tomato...

happy besday que sayang. dah besar anak ibu yer. dah 3 years old. anak ibu dah jadi anak teruna dah....errr dah boleh syunat nihhh...



ayam merah...yg ini ibu masak

umi masyak nasi, ibu masyak ayam masak merah....haaa..inilah rupanya...cun tak?rasanya pulak?hahha...boleh tahan...suami membebel sebab sos dia sikit sangat. dia jenis yang suka makan kuah banyak...lainkali yer ibu masyak sos lebih2...

nasi tomato istimewa yang dimasak umi sempena besday que

dah lama teringin nak makan nasi tomato. di kesempatan besday que dan juga besday aku pada 2 august yang lepas, maka terjadilah jua nasi tomato yang dimasak oleh umi zaharah. syedaplah...

sambut besday ngan kakak tiffaal



happy besday que syayang..3 years old

sebenarnya besday que semalam, tetapi hari ini baru sambut secara kecil-kecilan bersama kakak tiffaal dan baby aqeel. hari-hari sejak balik tempah cake di bakery keramat permai, que mengamuk nak cake Ben1o. kami sengaja tak ambil lagi cake tersebut sebab peti ais rumah kami kecik. sudah semestinya tak muat nak masuk kotak cake. sbb kedua mesti que nak potong dan nak nyanyi kalau tengok cake.

akhirnya que dapat jua potong cake besday wlp babah tak ada. babah kena kerja hari ni...tahun depan lah babah yer tengok anak potong cake atau apa kata kita beli pula sebiji lagi...syedap shangatlah cake dia...ke tekak aku jer yang rasa macam tu. biasanya aku tak ada lah suka sangat makan cake ni...errrr...ke ada apa2...APA?hahha...












Saturday, August 7, 2010

3 tahun sudah berlalu



hari ini 7 august 2010, 3 tahun sudah berlalu.

genaplah anakku wan muhammad nafiz naqiuddin 3 tahun. genaplah juga 3 tahun pengalaman aku bersalin di GH...

masih ku ingat peristiwa di wad bersalin...

doktor: push..push...berak kan dia..berak kan dia...(hahha..apa punya ayat lah doctor)
suami: push bu...push bu...mengucap..ingat Alllah (sambil menggenggam tangan aku)
Misi: push..push...

masih tak kuar...aku rasa dah hampir putus nyawa. penat sangat.sakit sangat. aku merayu2 dengan doctor beri ubat tahan sakit.setelah bertarung dan berusaha bersungguh2..akhirnya...

doktor: dah lah...tak payah push lagi...anak awak dah nak lemas tu...kita oeperate saje lah. anak awak songsang. posisi baby macam huruf C....
aku: tolong doctor..sakit sangat..operate pun tak apa doctor...tolong doctor...sakit sangat ni...
suami: sabar bu...sabar...
doctor: bilik operate penuh...sabar yer. saya doakan puan dan baby selamat...

maka aku pun menunggulah dengan sabar dan kesakitan. akhirnya aku ditolak kuar drp bilik bersalin dan naik ambulan. suami ikut dengan kereta. masa tu aku mamai2 dah. sedar tak sedar aku dah ada dalam bilik pembedahan...

tukar baju. doctor cucuk ubat kat belakang. beberapa saat...hilang segala kesakitan dan badanku dari pinggang ke bawah tak rasa apa2. doktor bius separuh badan. maka, operasi pun bermula...jeng..jeng...

kat atas aku ada lampu bulat. besar. kerja2 doktor terpantul ke cermin lampu. jadi, aku dapat tengok apa yang doktor buat kat aku...masa itu tak ada perasaan ngeri langsung. aku excited nak tengok...aku nampak doktor belah perutku dan menarik keluar baby dari perutku dan menjahit balik perutku lapisan demi lapisan...masa itu aku mamai akibat kesan ubat tetapi aku kuatkan juga diriku...

akhirnya 6.20 pm babyku selamat dilahirkan.doctor datang padaku...nah tengok baby awak..."baby apa doktor?". "awak tengok sendiri", sambil beliau menyelak kain yang selimut baby..."alhamdulillah...boy". kataku sambil mata terpejam. aku dah tak sedar apa yang berlaku. apa yang aku sedar, doctor dah siap dan misi nak menghantar ku balik ke wad.

akhirnya zuriat pertamaku lahir ke dunia.

walaupun 3 tahun sudah berlalu...detik-detik yang aku lalui masih segar dalam memori ini. terasa seperti semalam aku mengandung...



anakku dah 3 tahun. dah boleh cakap dan bercerita. dah boleh ajak berbual. dah boleh jadi kawan...sekejap sahaja masa berlalu. besarlah anakku. jadilah anak yang soleh dan berilmu.

ibu menunggu detik-detik indah kehadiran adikmu pula sebagai peneman.

amin.