tabung que

CafeMom Tickers

Friday, January 28, 2011

Dalam Hati Ada Taman...

Alhamdulillah...hari ini genaplah 5 tahun usia perkahwinanku...
itu yang tajuk entri tak boleh tahan tu...bersyukur pada Allah
kerana kurniakan padaku suami yang penyayang dan amat memahami diriku.
Dianugerahkan seorang putera sebagai pengikat kasih sayang kami...
Alhamdulillah.

Semoga Allah berkati rumahtangga kami hingga akhir kami.
Limpahkan rezeki dan anak-anak yang soleh & solehah. Amin!

Wednesday, January 26, 2011

kita rasa susah, ada lagi yg lebih susah...

JANGAN BERSEDIH...jika kita rasa susah, ada lagi yang lebih susah dan menderita daripada kita. kita patut bersyukur kerana susah yang kita rasa, kita masih lagi mampu makan, pakai, shopping...tetapi kita juga patut BERUSAHA untuk jadi SENANG seperti orang-orang sekeliling kita yang lebih SENANG & SELESA kehidupan mereka...jadikan mereka idola untuk kita terus berjaya dan merasa kesenangan seperti mereka....

kata2 ini hanya untuk memotivasikan diri aku...jika ada sesiapa yang rasa termotivasi...tahniah...

bila rezeki lebih...

bila rezeki lebih....macam2 plan dah ada dalam fikiran.

1. nak CUTI-CUTI mesia kat Langkawi, Pulau Perhentian
2. nak pergi Umrah, Singapore, Indonesia, Korea
3. nak cat kereta kaler DARK BLUE
4. nak tukar sport rim, tayar baru 4 biji
5. nak settle semua hutang piutang
6. nak...

macam2 NAK...bilalah agaknya akan dapat rezeki yang melimpah ruah ni...pk..pk...DAN paling penting kena USAHA ke arah itu...

InsyaAllah...

mana kubur Que?

tiba2 sahaja petang Ahad 23 Jan 2011, Que demam lagi. silap aku juga sebab bawanya keluar pergi jahit baju di Dato Keramat. Kereta pula tiba2 buat hal tak mau nak hidup. Terpaksalah kami bertiga naik bas & lrt. Nak jer aku pergi sendiri tapi kesiankan Que yang dah lama mengidam nak naik bas & LRT. akibatnya..petang, badan dia panas dan demam.

Pukul 12 malam, masukkan ubat punggung. Isnin terpaksalah aku cuti. Walaupun aku tahu bos aku pasti bengang tetapi apakan daya, anak lebih penting dari segala2nya. anak adalah nyawaku. harta yang aku ada. tiada galang ganti..kalau hilang pekerjaan...akan ada lagi gantinya...lain orang lain prinsip. itu adalah prinsip aku!

Hari Selasa terpaksa juga kerja wlp Que masih demam dan lemah. Seperti biasa kami akan hantar dia ke nursery transit sebelum ke tadika jam 12.00 tengahari. Kami akan melalui jalan kubur Keramat.

Tiba2 Que bertanya. "Kubur tu tempat orang mati yer ibu?". Betul jawabku. "Kubur Que kat mana?"...aduhh..hancur luluh hati aku. sayu semua ada. aku menahan airmata. pagi2 dia dah buat kami suami isteri dah sedih. Babah tolong jawab bila tengok aku dah terkedu..."Que jangan cakap macam tu, jangan buat babah dan ibu sedih. jangan cakap macam tu lagi". Que diam.

Semasa sarapan, aku masih teringat kata2 Que. Aku kerja dah tak senang hati sebab asyik terfikirkan Que. Aku terus telefon nursery. Teacher dia beritahu dia sihat dan aktif bermain.

Alhamdulillah...lega hati aku.


Friday, January 7, 2011

belajar ABC...

que...dari hari pertama sekolah hingga hari ke 5 hari ni, apabila tanya teacher ajar apa hari ni?dia akan cakap teacher ajar ABC...hari2 ajar ABC....entah yer entah tidak...apabila aku tengok kat tangan dia ada kesan colour, aku tanya hari ni colour apa?barulah dia cakap hari ni teacher beri kertas dan suruh calour2...bila aku minta nak tengok, dia jawab teacher ambil. simpan kat school....ermmm nampak gayanya kena tanya teacher apa perkembangan dia kat school. risau juga hati aku ni, dia ikut atau tidak pembelajaran dan arahan daripada teacher dia...

Wednesday, January 5, 2011

que pergi sekolah


QUE telah masuk sekolah...dah seminggu. macam tak percaya dan macam mimpi. anak aku dah besar rupanya. inilah dia ibu yang terlebih excited nak tengok anak bersekolah wlp umur anak blm lagi mencecah 4 tahun...

macam ibubapa lain, kami bercuti pada 3 jan 2011 untuk hantar anak sekolah. sesi sekolah que sebelah petang iaitu jam 12.15-4.15pm. Bermulalah hari pertama que di Tadika Amal Taman Keramat Permai.

hari pertama, kami hantar dan tinggalkan dia bersama teacher & kawan2. ikutkan hati nak juga tunggu tetapi ada kerja penting yang mendesak aku ke office wlp bercuti. sedih & sayu hati tinggalkan anak. suamiku memerli. aku hanya diam. seolah2 tinggalkan anak kat asrama...kelakar pun ada.

Hari pertama, kelas hanya sehingga 2.15pm. suami ambil que dan diberitahu salah seorang parents & teacher, bahawa que menangis. dia cari2 ibu tak ada. nasib baik sekejap sahaja. bila aku tanya dia, dengan selamba dia cakap ibu budak lain tunggu, tapi ibu kita tak tunggu...itu kisahnya!


beriadah...

ramai budak nangis. teacher pujuk2 beri topeng ni...

Hari kedua pulak, que meraung sekuat2 hati apabila aku beritahunya aku nak balik. pujuk2 tak makan, akhirnya kami terpaksa tinggalkan dengan dipujuk oleh teachernya. petang aku call sekolah, teacher beritahu dia ok jer. drama sahaja. selepas kami balik dia terus diam...ohh que...terlebih manja!

hari ke 3, que masuk nursery baru. pagi kami hantar melalak dia tak mau duduk situ. kami biarkan sahaja...pukul 11 pagi, teacher akan siapkan dia serta budak2 lain yang transit. teacher tadika amal akan ambil bawa ke sekolah dan hantar balik nursery selepas 4.15pm.

Hari ini, complete satu minggu que bersekolah di tadika amal...nampaknya minggu depan kami kena jumpa teacher tanya perkembangan que. dia ikut semua arahan cikgu atau dia buat hal dia sahaja...rasa seperti mahu jadi spy dan intip que di sekolahnya..boleh tak?


selamat tahun baru 2011

aku baru berkesempatan nak wish selamat tahun baru 2011. bz sangat dengan kerja dan keluarga. moga tahun baru 2011 ini akan memberi kita rezeki yang melimpah ruah, panjang umur untuk melakukan perkara2 baik di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak, dapat besarkan anak dengan didikan yang sempurna dan serta dapat bina keluarga bahagia! semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup....