tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, April 27, 2010

Ciri-Ciri Wanita Solehah

untuk semua wanita yang bergelar isteri...

antara ciri-ciri wanita yang solehah adalah:

1. redha dengan suami yang telah di jodohkan dengannya oleh Allah.

2. menjadi isteri yang setia kepada suami sama ada semasa senang atau susah.

3. selalu memohon maaf pada suami jika melakukan sesuatu kesalahan atau perkara yang tidak di redhai oleh suami.

4. sentiasa taat pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.

5. sentiasa mendahulukan suami dalam apa jua hal dan keadaan.

6. sentiasa menghiburkan hati suami terutama apabila ia berada dalam kesusuahan atau krisauan.

7. melembutkan pandangan serta tunduk di hadapan suami.

8. tidak khianat terhadap harta suami, pakaiannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tiada di rumah.

9. sentiasa menghormati suami, ibu bapa serta keluarga suami.

10. sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan menyukakan hati suami apabila dipandang.

11. tidak meminta sesuatu yang berlebihan hingga di luar kemampuan suami menyediakannya.

12. menyambut kepulangan suami dengan senyuman, disambut dan dicium tangannya.

13. tidak keluar rumah dengan tanpa izin suami melainkan yang melibatkan untuk mendapatkan ilmu agama.

14. berwangi-wangian ketika suami berada di rumah (berhias).

15. tidak berpuasa sunat ketika suami berada di rumah tanpa izinnya.

Sabda Rasullullah SAW:

"AKU MELIHAT KE DALAM NERAKA, MAKA AKU DAPATI KEBANYAKKAN PENGHUNINYA DARI WANITA-WANITA YANG MENGKUFURI KEBAIKKAN SUAMINYA. JIKA ENGKAU BERBUAT BAIK KEPADA SEORANG DARI MEREKA SEPANJANG MASA, KEMUDIAN IA NAMPAK SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIMU TERHADAPNYA, LALU IA BERKATA: AKU TAK PERNAH SAMA SEKALI MELIHAT KEBAIKAN DARIMU"
(HR: al bukhari)

dan rasullullah juga bersabda:

"jika sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang tentulah aku menyuruh wanita sujud kepada suaminya"
(HR: AT TARMIZI, AHMAD DAN AL HAAKIM)

INGATLAH WAHAI KAUM ISTERI BAHAWA KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI SANGAT BESAR.

Berkelah @ Ulu Yam

25hb april 2010 (Ahad)

akhirnya, apa yang dirancang terlaksana jua. perjumpaan bekas pelajar sm3k di ulu yam. meriah..berbaloi-baloi kata che zaki. dia dan isteri peneraju utama projek ini. terima kasih banyak2 di atas sponsor nasi kerabu dan ikan bakar. nizam pulak bawak ikan kembung bakar, ulam-ulaman, budu makanan wajib dan jugak puding pelangi yang sodap sangat...kenangan yang best sangat. meriah sangat. al-maklumlah sudah berbelas tahun tak jumpa...akhirnya ulu yam menjadi saksi..chewah...hanya gambar yang boleh menceritakan suasana ini..jom lihat...






my family


bersama cikna, suzi & cik t (kawan suzie)

bergambar kenangan sebelum masing2 balik

banyak lagi gambar2 yang diambik oleh jurufoto amatur.boleh tgk kat kat FB saya yg di tagged oleh kengkawanku...cameraku tak blh bergambar siang hari..lens ada problem...dapatlah pic dgn ehsan kengkawan...tq so much!

Friday, April 23, 2010

reunion SMK Kuala Krai

kepada readers ku...

tak sabar menunggu hari Ahad 25 April 2010. setelah sekian lama terpisah, akhirnya FB menemukan kami kembali. masing2 dengan kerjaya dan family. alhamdulillah, ramai kawan2 seperjuangan telah berjaya. sepakat kata, janji diikat..cewahhh...perjumpaan ala2 family day yang low budget...mmg low sesangat sebab tak perlu nak membayar hotel & swimming pool kalau nak berenang. kami akan berjumpa di Uli yam..jeng..jeng...

tak sabarnya hati. hubby siap perli2..sukalah tu berendam...hehheh..memang suka sangat. ajak hubby tak layan sebab dia tak minat macam tu. kalau beri komputer kat dia...hah..itu yg dia minat. dah tak ingat anak bini dah...ampun hubby...i luv u..syurga ku bawah tapak kakimu...

jumpa zaki, kak zura (wife zaki dah sekarang ni, anak 3 dah). jumpa suzi, jumpa suhaimi, jumpa cikna & suami (jgn korang tak dtg lak kan)...norani (tak sure nak pergi ke idak), kot2 aku yg tak dpt dtg..minta2 jgn ada aral melintang lak...

ok..jumpa lg dgn upload picture kat ulu yam...InsyaAllah.

(^_^) jumpa agi!

buat insan yang mengerti

assalamualaikum...

khas buat insan yang mengerti.

terima kasih kerana menyayangiku. meletakkan aku dalam hatimu. aku terlalu menyanjungimu...saban hari aku mendoakanmu. agar kebahagiaan akan menjadi milikmu. yang abadi...setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. apa yang kita miliki itulah anugerah drp Allah yang tak ternilai...aku amat bersyukur!walau ada yang kuhajati tak tergapai...aku redha dan menerima bahawa tak semua yang kita ingini akan kita miliki.siapalah kita untuk merencanakan semua dalam hidup ini.

aku hanya berdoa agar perjalananku ini ditemani oleh orang-orang yang amat aku sayangi dan sanjungi. bila aku jatuh ada tangan yang tolong membimbingku..kadang2 kita alpa dengan kehidupan ini.

namun yang pasti aku amat bahagia. aku ingin terus bahagia selamanya...dan aku tau ada hati-hati yang turut bahagia apabila aku bahagia...terima kasih untuk semua yang membahagiakanku...aku amat menghargainya. Terima kasih Allah...kerana memberi aku nikmat sementara aku berpijak di bumimu...

tiba-tiba aku syahdu sendiri...apa2 lah nalhuda oooiiii....

Thursday, April 22, 2010

Bagaikan Puteri

aku sedang baca novel karya Ramlee Awang Murshid..bagaikan puteri..malam tadi tido kul 3.40am..hubby rimas lampu tak padam...tak blh nak berenti kalau dah mula...syoknya...tak sabar nak tau keadaan haryani yg telah tersedar drp koma..dia tersedar semasa berada di dalam liang lahad..orang dah nak kebumikannya setelah disahkan meninggal oleh doktor...part yg sungguh suspen!sedih pulak apabila dia terpaksa berpisah dgn laksamana sunan yg ensem, warak & pandai lak bersilat...huhu..pandai sungguh penulis menggarap perwatakan sehingga aku teruja dan jatuh cinta..ahakss...

tak sabar nak sambung lagi malam ni...

(^_^)hubby..jangan mare yer...

setelah sekian lama....

setelah sekian lama...hari ni aku jumpa kenalan lama..yang bertahun tak jumpa dan masing2 menyepikan diri..alhamdulillah.semoga persahabatan kita berkekalan atas dasar ukhwah...amin!

(^_^)ayat anak ku..."sukanye..sukanye"..kedua tangan dia pegang pipi...

Teksi..Kembalikan..

dah 2 hari que bawak beg buruk spongebob ke rumah opah. alkisahnya...

balik kerja hari Selasa 20 April 10, babah tak ambik ibu. babah ada meeting. ibu terpaksa naik bas ambik naqiu. turun bas menapak pulak lbh kurang 200 mtr..sampai rumah opah ibu kepenatan. disebabkan kepenatan, ibu pujuk2 naqiu naik teksi. que apalagi merengek2 manjanya nak naik bas..ibu buat dekk jer lah...lama jugak tunggu teksi petang tu...akhirnya dapat jugak sebuah teksi pakcik kelantan yg ditemani isterinya..borak2 nasi kerabu..nasi dagang...sampai.bayar tambang RM4.20..tak ada duit kecil, ibu beri RM5.00. pakcik teksi baik hati...0.20 sen halalkan..ibu bukak pintu...turunkan que...ibu pun keluar...masa ni ibu tak perasan pun beg que ibu tak ambik.

ibu berlenggang ngan que pergi beli mee goreng. bila kakak kedai hulurkan mee, kami pun bangkit ler nak balik..alamakkkk...pusing kiri..pusing kanan...beg que tak ada...alamak!sah aku tertinggal dalam teksi ni...rasa bersalah sesangat..airmata dah nak tumpah..cakap ngan que. dia pun...sok sek sok sek..terus nangis..."beg que tak ada..nak cakap babah..eeeee...teksi ni...".dia marahkan teksi...padahal ibu dia yang cuai..rasa sedih sesangat dan bersalah pada anak.

call babah..."beg anak tertinggal dalam teksi"...kena bebel.

balik rumah dengan hati walang.

sampai depan pintu, kunci rumah pulak tak ada.tumpang rumah bujang kawan cik nor.

babah balik..apalagi..ibu kena bebel lagi.tadah telinga jer lah.dah mmg diri ini yang bersalah...huhuhu..

Que: nanti ibu ganti yer sayang!

Friday, April 16, 2010

rindunya pada arwah..



tiba-tiba aku rindu sesangat pada arwah ayahku..sambil aku menaip ni, airmata meleleh-leleh. dengar pulak lagu 'Al-Fatihah untuk ayah' oleh Halim Yazid.

aku buka folder gambar-gambar arwah. alhamdulillah, semasa hayatnya aku sempat membawa beliau jalan-jalan ke Putrajaya, Zoo Negara..beri dia naik Air Asia..




masih aku ingat semasa raya aidilfitri 2009, dia mengumumkan semua anak cucunya berkumpul buka puasa bersama-sama pada hari terakhir puasa. dia ingin belanja makan sup tulang dan daging bakar. semua menu hari tersebut adalah atas permintaan arwah. dia berkali menyuruh aku telefon adik-adikku agar sampai sebelum buka puasa. masih ingat kata-katanya. "che teringin berbuka puasa bersama-sama anak cucu. tak tahu lagi tahun depan ada lagi ke tidak puasa untuk che. kalau ada mujurlah, kalau tak ada inilah puasa terakhir che". aku sebak mendengarnya. alhamdulillah..hajatnya tercapai.semua berkumpul berbuka puasa bersama2.tetapi semasa buka puasa dia hanya menjamah teh dan roti sahaja. dia hanya sayu memandang semua anak cucu yang berkumpul.

Kepada kalian yg masih mempunyai ayah & ibu, hargailah mereka. luangkan masa untuk pulang ke kg menjenguk mereka. jika mereka sudah 'pergi', hanya gambar & kenangan yang menjadi peneman...

semoga arwah ayahku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin.

Halim Yazid -Alfatihah untuk ayah



ditujukan kepada arwah ayahku Mamat bin Awang.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

naqiuddin naik bas

Khamis 15 April 2010

semalam hubby tak ambik. dia ada meeting. terpaksalah aku naik bas. ambik naqiuddin rumah opah. masa kat rumah opah, hujan turun dengan lebatnya. terpaksalah lepak rumah opah sekejap. bersembang dengan opah. semasa aku sampai, opah sedang suapkan ubat selsema kepada baby raqib. si naqiuddin seronok bermain dengan nazwan cucu opah. semenjak si nazwan balik kampung (Indonesia) selama sebulan mac lalu, dia bercakap pelat-pelat indon. sikit-sikit..ngakk..ngakk..(mama si nazwan merangkap menantu opah ni ni orang indonesia). nasib baiklah naqiuddin tak ada pulak nak mengajuk-ngajuk cakap nazwan tu..hubby dah risau takut anaknya bercakap indon..hahha..

naqiuddin seronok bila aku beritahunya nak balik naik bas.banyak soalnya.."babah tak ambik kita ke?babah tak siap work lagi ke?kita tak bawak babah naik bas ke?tak sabar2 dia nak naik bas dan tunggu hujan reda...bila hujan dah reda, kami terus ke pondok tunggu bas. menapak juga lebih kurang 200 mtr. naqiuddin excited sesangat sehingga tak merasa penat berjalan kaki. aku offer nak belikan air pun dia tak nak.."nak naik bas jer...tak nak beli apa-apa pun". dia cakap macam tu sebab aku selalu beri dia option, kalau jalan tak ada beli apa-apa.mungkin dia teringat pesananku. bagus!anak yang baik. dalam bas dia terus berceloteh. tanya macam. orang tengok semacam jer. agaknya dorang fikir budak ni banyak cakap agaknya.

Naqiuddin tak nak turun bas. seronok sesangat. aku pujuknya pergi pasar malam beli ayam goreng dan mee.

kalau ada lesen kan senang...tak perlu lah aku nak menunggu bas dan teksi lagi!ermmm..bila agaknya aku nak gi register ambik lesen ni...

Wednesday, April 14, 2010

Suamiku..Kau lah Nyawaku..

Isnin 12 April 2010

Pagi tersebut hubby mengadu sakit belakang. sakit yang serius dan dia tak berdaya nak bekerja. hubby bukan jenis yang suka mc & ponteng kerja. dia seorang yg komitmen pada kerja. bukan memuji tetapi kenyataan. bukan seperti aku yang agak lembik. hubby sanggup jaga naqiuddin walaupun dia tak sihat. aku biarlah. mungkin dia nak bersama dengan anak sebab dia selalu kerja Sabtu & Ahad. Masa dia hantar ku ke tempat kerja, aku sempat berpesan. kalau ada apa2 call ibu ataupun msg jer..dia hanya menjawab 'kalau sempat'. itulah suamiku. kalau dia sakit, dia pasti akan ingat 'mati'..yang membuat aku seram sejuk.

Waktu di tempat kerja aku tak senang duduk. sepanjang hari aku tak dapat fokus pada kerja. aku call dia tak berjawab..dkt pukul baru dia call aku balik beritahu dia ok. lega hati aku. begitulah hati seorang isteri...

Selasa 13 April 2010

Hubby dah kerja. kalau ikutkan keadaan dia masih lemah tetapi fikirkan kerja yang banyak menunggu di office, dia gagahkan jua..petang aku mendapat email dlm FB drp hubby...satu email yang menyentap hatiku...airmata sayu & terharu pun terkeluar..sudah aku teremosi...ekoran drp emosi dia yang tak stabil disebabkan tak sihat, dia mula merapu-rapu...

Tajuk emailnya: salam Terakhir (tak ke sedih tu...)

dia beritahu yg dia sayangkan aku & anak. pesanan dia padaku besarkan anak dgn didikan agama..jika dia tak ada nanti khabarkan pada kawan2 rapat dia. jgn jauhkan diri drp family dia dan bla bla...huhu...teremosi aku sejenak di depan pc...

Buat suamiku,

Ketahuilah, kami amat menyayangimu sepenuh hati kami
kami akan hilang arah & tujuan tanpa babah
Berdoalah pada Allah
semoga kita dipanjangkan umur untuk membesar dan mendidik Naqiuddin

We love you so much

kebakaran

Malam tadi sedang kami asyik menonton TV9 rancangan Chef Wan jalan2 kat UK, aku mendapat call drp kawanku Rosmalina.dia beritahu berita yang mengejutkan aku dan hubby. rumah tingkat 3 terbakar. ramai orang dah turun. Ros dan Nor kebetulan sedang makan di gerai yg berhampiran blok kami 'Menara Merak kayangan'.

Aku terus bgtau hubby,apalagi kami kelam kabut kemaskan apa yg patut. hubby buka pintu. bau hangit masuk ke hidung. jiran2 kelam kabut untuk keluar. aku angkat anak yg sedang tidur dan terus turun tangga. termengah2 kami dari tingkat 11. setibanya di bawah ramai yang sedang berkumpul. tak lama kemudian pihak bomba tiba. Naqiuddin excited tengok firetruck...hilang mengantuknya..

Ada yang beritahu api dah terpadam.tapi melihatkan asap yg masih ada kami tak berani selagi pihak bomba belum mengesahkan. kami tunggu disitu hingga jam 11.30 malam. sebenarnya rumah di tkt 3 tersebut kena sabotaj oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab atau irihati. ianya masih dalam siasatan polis. dengar2 gosip sudah 4 kali termasuk kes malam tadi. maklumlah rumah tersebut adalah rumah artis & pelakon yang terkenal..mereka dah tak tinggal di situ...ada juga yang mengatakan semasa kejadian anak pelakon tersebut ada di dalam rumah.

kebenaran akan terjawab selepas siasatan polis...selepas kejadian malam tadi, aku terfikir betapa bahayanya sekiranya api marak dan tak terkawal..apakah nasib kami yang tinggal di atas sana..lif pastinya tak blh digunakan. tangga pula mesti dipenuhi asap...ermm..sekiranya kejadian begitu berlaku, hanya Allah tempat kami bergantung!

Monday, April 12, 2010

akibat kalau tak ambik tahu...

Lamanya tak update blog...arrrrr....
Blog aku ni agaknya dah bersawang..merajuk pun tak tau dah!
rasa macam busy sangat..apa yang busy pun aku tak pasti...yang pastinya ada sahaja perkara yang menghalang aku menulis kat sini. sama ada hal kerja atau hal personal.

Hari sabtu lepas aku ada exam JPA utk Gred 41..nak masuk gov ni kena exam dulu...aku kena kat SMK Petaling. Berpusing juga mencari sekolah tersebut sebab ia dalam kawasan perumahan. Alhamdulillah sampai juga sebelum exam start jam 9.00 a.m.

Ada 7 kertas yang nak kena menjawab. Kertas pertama mengenai Pengetahuan Am. Masa 40 minit. ada satu soalan tu bertanya di manakan Piala Dunia 2010 diadakan..apakah bengap aku ni..punyalah tak ambik pusing pasal hal ehwal semasa... boleh ker aku pergi jawab JEPUN...adusss...masa on the balik cerita dengan hubby..apa lagi...kena bebe lah.."itulah akibat kalau tak nak ambik tahu..."...huhu..hambikk ko...kan dah kena..

Kertas 2 ini yang aku tak berapa gemar...Matematik (Penyelesaian masalah). 45 minit masa yang mereka beri aku rasa sekejap sahaja..bila penjaga periksa tu cakap berhenti menulis, aku masih ada lbh kurang 10 soalan lg yang tak berjawab..apa lagi...adegan tembak menembaklah...masa tu dah tak tengok soalan...ada rezeki luluslah kertas tu..apa nak buat kan...masa tak cukup! Kertas ke 3 pulak menguji kefahaman BI & BM kita. aku rasa macam mudah jer..hehhe..

Kertas 4..aku jawab esei BM. alamak..dah lama tak menulis kat kertas 'kajang'..aku tak tau camana blh orang panggil kertas 'kajang' ni...asal Kajang lah kot..hehhe..tulisan sekejap ke kiri, sekejap ke kanan..dah lama menulis dgn keyboard kan..ginilah jadiknya..aku rasa cukuplah yang dia nak 300-500 p/p. aku buat tajuk Kurangnya Semangat Patriotik di kalangan Anak Muda. apa lagi..gorenglah...

After lunch kul 2.00pm, selepas makan nasi makcik kantin yang mahal gedegakk tu...kena pulak menjawab untuk essay english...huh...itu dia...apa lagi..goreng celup tepung untuk tajuk " How to become a valuable member in the organizations have you intend to serve"...gitulah ala-alay bunyi tajuk dia...hahha...jangan ada pemeriksa ketawa sampai pecah perut dah...yang pasti cukup aku tulis 300-500 p/p tu.

Ada lagi ni..Kertas sahsiah...dia nak kenal diri kita lah tu.ada 200 soalan..huh..jawab jgn tak jawab..masa tu kepala dah berdengung...settle. kul 4.00 pm, jawab pulak kertas yang last..yg ini best..dia tanya pasal minat...ada 227 soalan tak silap aku..tanya apa minat kita..ini jawablah apa yg kita minat dan kita pandai buat...aku jawab sejujur-jujurnya...tak blh menipu. mana tau dapat kerja gov nantikan disuruhnya aku repair tv, tiba2 tak tau...hahh..nayo tu...

itulah serba sedikit citer aku jawab exam..nanti kalau sesape yg nak ambik exam nanti blh contact aku...hehhe..

Tuesday, April 6, 2010

semua plan tak jadikk

03/04/10 Sabtu

Plan nak gi pergi Kenduri kat Bangi kawan hubby kahwin. majlis sambut menantu. alamak! kereta pulak buat hal. blk keje hubby pergi kat workshop kawan dia...kira cancel majlis kawin. dok rumah cuci baju...hambikkk...1 minggu tak mencuci.

04/04/10 Ahad

Plan ngan kengkawan nak berjimba-jimba...tak menjadi. satu hari aku pening kepala. subuh2 jaga kepala pusing. rumah berpusing2...aku rilek. cuba tenangkan diri. cuba bangun..alamak! dia pusing lagi...alamak satu hari aku melepek jer lah...cuma masak nasi goreng jer sampai ke petang...Alhamdullilah, petang. ok sikit. aku paksa diri pergi pasar malam beli apa yg patut untuk alas perut aku & anak.

hubby kerja. hubby aku mencebur bidang baru...huhu..jangan korang tak tau..dia buat kerja 'berlakon'..hahaha...apa2 pun aku respect lah. janji halal. dia asal berkaitan dengan kamera semua balun padahal dia tak pegang kamera pun...jadi pelakon extra...tak per..janji dapat duit extra...itu yg aku suka!mata duitan ker..tak de lah...tambah duit poket...