tabung que

CafeMom Tickers

Monday, October 21, 2013

Satu Kehilangan

KIKO telah pergi meninggalkan kami. Walaupun dia hanya seekor kucing tetapi pemergiannya amat terasa. Selalu mengekor jer kita ke mana saje. Kadang2 kita naik rimas dengannya. Suka sangat menggesel. Tido kat celah kaki. Suka nak gigit2 manja kaki. Bila subuh jer mengiau2 kejut kita....dulu dulu dulu rasa rimas dengan semua tu, tapi bila dah kehilangannya, cukup membuat kami terasa.

Airmata gugur juga.

KIKO dalam kenangan

Terdengar2 loceng bila dia tergedik2. Kemanjaan dan keletahan dia. Tiba2 dia demam, kurang aktif, tak lalu makan dan akhirnya pergi jua dia..

Sedih bila Que menangis2 balik dari kebumikan dia sampai tertidi dan mengigau cari KIKO.

Apabila kehilangan baru kita akan lebih menghargai kehadirannya...


Taugeh sebagai Petua Senang Hamil

Bilalah aku ni nak peknen lagi...berfikir secara positif dan bertawakal. Allah belum nak beri rezeki lagi. Walau apa pun kita boleh berusaha. Aku godek-godek en google... terjumpalah ini;

Cara-cara:

1. Ambil segenggam kacang hijau
2. Rendam dalam bekas tertutup (periuk pun boleh). Air bagi rata dgn kacang.
3. Bila kacang dan tumbuh ekor, boleh rebus dan tapis ambil air.
4. Minum pagi & malam sepanjang period.

#boleh juga amalkan masak sayur taugeh (buat sendiri) dan makan bersama suami tersayang. Amalkan untuk kesuburan.

Jom kita sama-sama mencuba dan semoga berjaya.

Kedai Perabot Cekik darah

Sambil santai2 kat Titiwangsa Sabtu lepas, aku terbaca iklan satu kedai perabot X yg tersohor. Katanya ada promosi hanya 2 hari. Tengok harga memang murahlah. Selepas melayan anak main scooter dan buat pusingan joghaton satu round kami pun terus ke kedai X tu kat Sri Damansara.

Terus ke department TV. Brader promoter terus terang A-Z tentang promosi. Beli sekian2 dapat cash back selepas sebulan bayaran pertama. Nampak menariklah. Ada juga yang 6 bulan pertama tak perlu bayar apa2. Jom kak kita buat calculation berapa kelayakan yang akak boleh dapat.

Aku hulurkan IC, dia pun ketak ketuk key in dalam komputer. Ok kak, TV Samsung 42" latest model RM1999, akak ambik yang dapat cash back money. Bagus ni kak. Tapi installment maximum 60 bulan. Bulan2 akak bayar RM125+. Aku tengok kat komputer dia sub total RM3,500+ dan Grand total pula RM7,500+. Terkejut beruk lah akak kan.... apa pasal sub total sampai rm3500+ tu...oh itu sbb bayar insurance, bayar warranty dan bla bla dia explain. Dalam komputer dia hanya tulis kod sahaja. Banyak hidden cost. 

Tak berbaloi akak beli TV yag harga asal cuma RM1,999 tapi dibayar sampai RM7,500+ ni...akak balik fikir dululah. Brader salesman mula memujuk...tak per akak sign agreement dulu, lepas ni akak bayar lebih cepat habis. Lagi pun akak blh buat early settlement.... figure akan jadi lg murah kak. 

Aku berfikir, kalau aku bayar lebih dan juga buat early settlement baik ler aku beli cash. Interest punyalah tinggi. Apa pasal lah kedai perabot X ni mahal sangat. Cekik darah...interest tinggi. Patutlah lengang kedai dia walaupun buat promosi gila-gila....


Monday, July 15, 2013

Say No to Param

Assalamualaikum

Tajuk tak boleh blah, tapi itulah janji kami suami isteri untuk ramadhan tahun ini. Tak mo pasar ramadhan. masak sendiri walaupun simple, walau satu atau dua menu sahaja. Puas hati, sedap, kebersihan terjamin dan paling penting murah. :)

Masaklah dengan kasih sayang untuk suami dan anak. kalau suami yang masak, masaklah dengan kasih sayang untuk isteri dan anak. Sedap. Berkat keikhlasan semasa memasak. 

Nak ayam percik atau ikan percik, panggang sahaja sendiri...guna pemanggang ajaib ikan...cepat jer masak. hihi dah macam iklan pulak. Betul, rebus kacang hijau untuk buat bubur pun sekejap jer kat dalam tu.

Semenjak bulan puasa ni, meriah betul dapur kami. Tomyam, ayam percik, rendang ayam. Seronok masak ni apabila semua habis dimakan oleh suami dan anak. Semua sedap walaupun masak ikan sardin. Makan berbuka dan bersahur tetap berselera. Alhamdulillah, ini juga adalah nikmat Allah. Dia beri kita nikmat selera semasa menjamah makanan. Jika ditarik satu nikmat itu, hidanglah apa sahaja semuanya dipandang sepi.

Moga Allah terus berikan kami kesejateraan di bawah limpahan kasih sayangnya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun2 lepas dan mendapat keberkatan. 


Salam 6 Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah 6 Ramadhan... kita masih bernafas untuk merasai nikmatnya ramadhan. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk menjadi khalifah dan berbuat kebaikkan di bumiNYA. 

Ramadhan kali ini kami melatih putera kami untk berpuasa. Setakat hari ini Que hanya mampu berpuasa penuh 1 hari sahaja pada sabtu lepas. Alhamdulillah...itupun kami sungguh terharu dengan semangatnya. Paling sedih 10 minit sebelum berbuka dia menangis tak tahan lapar. Airmataku juga hampir tumpah. Aku pujuk2 dan peluk2 dia sambil bercerita kesusahan orang2 yang tak ada makanan dan minuman, walaupun azan berkumandang mereka masih tak dapat makan. Dia menangis teresak2. 

Semangat kami sebagai ibubapa kena kuat dalam mendidik anak2 mengenal puasa. Moga Que menjadi anak yang hebat dan soleh. Amin. 

Raya Haji tahun lepas

Tuesday, January 29, 2013

Sayang mak

pakaikan kerongsang
Assalamualaikum

1 Jan 2013. Mak terpijak paku karat semasa nak jemur kain. Mak hanya menahan sakit. Abang pujuk mak pergi klinik. Mak tak mahu kerana takut kaki kena belah buang karat. Satu malam mak menahan sakit. Kaki mak mula membengkak. Bisa berdenyut-denyut. Semalaman mak tak boleh tidur. Esoknya kakak yang tinggal berdekatan baru mendapat khabar. Kakak bergegas ke rumah mak. Memujuk mak pergi klinik. Akhirnya mak mengalah. Setelah check up, doktor dapati mak ada diabetis dengan bacaan gula paras 20. Kakak sungguh terkejut. Doktor membebel kerana tidak pernah check. Kami semua alpa. Jika mak sakit, kami hanya bawa klinik Rahimah di Guchil, Kuala Krai. Inject, ambil ubat dan balik. Demam mak baik. Katanya mak serasi dengan ubat klinik tersebut.

Kaki mak bernanah dan berdarah. 2 hari sekali mak kena pergi dapatkan rawatan cuci kaki kat klinik. Setiap kali balik klinik muka mak pucat menahan sakit kerana kakinya telah dipicit buang nanah oleh HA. Mak tak tahan walaupun dibius. Badan mak makin susut dan lemah.


Cuti Thaipusam, aku sempat menjenguk mak di kampung. Sedih hati aku melihat keadaan mak. Sayu hati nak tinggalkan mak. Walaupun kaki mak dah kering daripada luka, tapi mak masih terasa ngilu dan berdenyut-denyut masa dia berjalan. Ketara pada wajah tua mak kepenatannya.

Sungguh, wajah mak terlalu tua dan tak bermaya. Kesian mak. Banyak sungguh pengorbanan dan jasa mak pada kami. Tak terbalas kami. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mak membesarkan kami 12 beradik. Moga Allah berikan mak kesihatan dan kebahagiaan di penghujung usianya.

Sayang mak!

Doa untuk ayah

Assalamualaikum

9 Jan 2013, genap 3 tahun arwah ayahku meninggalkan alam ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kami berkumpul anak beranak berbuka puasa di penghujung Ramadhan tahun 2009. Arwah begitu gembira apabila semua anak cucunya dapat berkumpul berbuka puasa. Meriah sekali. Dia mengeluarkan semua belanja untuk berbuka puasa. Kata beliau, mungkin ini kali terakhir beliau dapat berbuka puasa dengan anak cucunya. Dia suruh masakkan singgang daging.

Saat berbuka puasa, dia hanya duduk di sudut rumah berbuka puasa sekadar teh tarik dan sebuku roti. Beliau hanya memandang anak cucu yang meriah berbuka puasa. Katanya dia gembira melihat kami berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Pada hari tersebut arwah amat gembira. Hajatnya kesampaian.

Pada raya haji 2009 pula, dia keluarkan duit beli seekor lembu buat korban. Beri pada anak-anak yang berniat untuk buat korban dan akikah. Dia akikahkan anak2 nya yang belum buat akikah masa kecil. Katanya, masa anak2 masih kecil, dia tak mampu dari segi kewangan. Dia nak buat juga walaupun anak2 sudah dewasa. Arwah tersangat gembira menyambut raya haji pada tahun tersebut.

Tanpa disangka pada 9 Jan 2010, kami mendapat panggilan telefon agar pulang. Arwah titipkan pesan agar semua anak-anak pulang. Allahurabbi!

Arwah tak sakit cuma diserang sedikit lelah pada pagi hari tersebut. Masanya dah sampai. Allah panggil dia pulang. Kami redha.

Moga roh arwah dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Amin.

Tuesday, January 22, 2013

sesekali aku muncul

Assalamualaikum,

Lama tak menulis kat sini. Aku diam sebab banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Pahit dan manis. Perkara yang paling menyedihkan aku dan meninggalkan kenangan pada 2012, aku keguguran tanggal 12 Oktober. Sebelum itu, aku terlalu gembira dan menyampaikan khabar gembira aku mengandung kepada semua keluarga dan rakan terdekat. 5 tahun aku menunggu, siapa yang tak gembira kan? Suami dan anak teruja...semua tak sabar...Namun Allah menduga aku. Anugerah itu masih bukan milikku. Aku pasrah dan redha. Paling menyayat hati apabila anakku naqiuddin bertanya di mana kubur adiknya. Airmataku mengalir tanpa henti pada malam aku keluar hospital. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Semoga 2013, Allah memberi lagi anugerah terindah itu untuk kami. Kami redha dan terima takdirnya. Siapalah kita sebagai hambaNya yang lemah untuk mempertikaikan apa yang di kehendaki. Saban hari kami menitipkan doa padaNya agar dipermudahkan perjalanan kami dunia dan akhirat.

Aku makin hari makin tabah menghadapi liku-liku kehidupan bersama insan-insan tersayang yang selalu setia bersamaku. Insha Allah...jika Allah mengizikan, aku jua akan setia hingga nyawa bersama mereka. Insan2 yang memahamiku dan menyayangiku.