tabung que

Tuesday, December 2, 2014

Cuti sekolah que

Assalamualaikum

Hari ni saya ikut ibu pergi office. Seronok saya naik lrt.

Tengahari keluar pergi klcc setelah ibu habis kerja. Seronok....dapat tengok movie penguins Madagascar. Cerita dia best sangat. Nanti nak suruh babah beli dvd.

Habis tengok wayang, jalan-jalan kat i- set an. Tengok toys. Ibu tak beli pun. Kemudian pergi petrosains.

Ibu belikan kereta solar. Nanti besar saya nak jadi engineer.

Que

Sunday, November 23, 2014

Pil kuda: Mereka semakin parah

Kesian...kesian...kesian... (Baca gaya PA En Jamil dlm citer madu 3).

Itulah perkataan yang sesuai untuk golongan remaja dan anak muda yang kemaruk pil kuda. Ketagih. Tegar. Tak boleh cakap apa dah....nasihat motivasi semua dah tak jalan. Mereka tetap mahukan pil tersebut. Lelaki perempuan sama sahaja.....mereka sanggup buat apa sahaja janji dapat duit untuk beli pil kuda.

Kasihan...remaja perempuan sanggup jadi bohsia. Serahkan badan asalkan dapat pil tersebut. Khayal. Pengakuan mereka setakat empat lima orang bergilir- gilir adalah biasa. Runtuhnya akhlak mereka akibat pil kuda.

Ramai mereka tak bekerja dan duduk berlingkar bawah ketiak mak ayah. Tidak bersekolah. Masa lapang melepak, curi motor dan jual spare part. Rangka motor campak dalam tali air. Kadang- kadang pecahkan mesin air curi syiling. Curi motor pam air orang kampung malah ayam itik juga dicuri. Semata-mata kerana inginkan duit beli pil kuda.

Polis buat rush kutip semua kutu rayau kampung, masuklah asrama dua tiga bulan. Ada pula mak ayah tok nenek yang menjamin. Keluar dan buat lagi. Tak pernah insaf. Salah siapa? Bagi saya, mak ayah juga punca sebab daripada awal membiarkan anak-anak bercampur bebas dan melepak sana-sini. Apabila orang bagitau akhlak buruk anak, mereka marah dan tak boleh terima. Akibatnya anak jadi hantu kampung dan asyik masuk keluar asrama.

Mereka tidak ada kualiti untuk diri sendiri, keluarga apatah lagi negara. Paling penting diri sendiri yang mahu berubah dan keluarga perlu membantu. Ibubapa jangan hanya memandang dan membiarkan. Orang Kelate kata lok jah wat dok tau. Ikutmu lah nok jadi gapo.

Ibubapa jangan malu hantar mereka ke pusat pemulihan akhlak. Bantulah untuk mereka berubah menjadi orang.

#remaja dan anak muda Kelate terutamanya.

#Luahan kasihan aku pada mereka.

Black Hammer - Safety shoes

Sesiapa yg berminat untuk membeli Safety shoes, brand: Black Hammer,

Sila hubungi saya sitinaizah77@gmail.com

Kami juga boleh supply lain2 item protection equipment spt coverall, safety glass, safety helmet, earmuff dan sebagainya. 


Bini lari

Khamis lepas, semua rasa bergumpal di dada. Marah, geram, hangin semua ada. Orang Kelate Kata, sekok sebok dale dado.... Semua ni gara2 PakCik van yg kena tinggal dgn bini.....ehhh apa kaitannya dgn aku? Jgn kata tak ada kaitan, kami dua beranak melangut tunggu berjam- jam....call tak jawab. Whatsapp tak jawab....dah pukul 1 lbh kami pun naik rumah ler....sekolah pun dah bunyi loceng...

Terima kasih banyak2 encik sebab ambik dan hantar anak saya sekolah. Esok dah tak pyh ambik. Saya htr dan ambik sendiri...minggu depan saya bayar....

Wlpun marah, bahasa ttp aku jaga....ikutkan hati grrrrrrrr jer.....5 saat kemudian dia call,

Anak dah pergi sekolah ke? Sekolah apa kami dah naik rmh....dah pkl 1 lbh, sek pun dah masuk.....saya tidur tadi, ada masalah sikit.....takper Lah encik esok tak pyh ambik. Minggu dpn byr....

Risik kwn2, dapat tau PakCik tu tengah fening lalat.....bini lari....

Arjuna beta

Dah besar....nak masuk darjah 2 dah. Alhamdulillah...exam hujung tahun prestasi meningkat. Tukar kelas yg lebih baik. Teruskan usaha wahai Arjuna....bukan sahaja berjaya dlm exam, ibu nak Arjuna berjaya dlm hidup dunia dan akhirat. Ilmu di dada, akhlak mulia...menjadi insan berguna utk agama dan negara.

Arjuna ibu....kau lah pewaris ibu. Saham akhirat ibu. Ibu selalu doakan yg terbaik untukmu.

Tidurlah sayang....mimpikan yg indah2 saja.

Santai petang Sabtu

Assalamualaikum

Sekolah dah mula cuti. Que sibuk tanya cuti berapa lama....mengajak balik Rumah Tok mama jb, rumah Tok mak kelantan, rumah Kakak irdina tg malim, rumah afiq di chemor....macam2 tempat nak pergi...berpeluh ibu nak ikutkan semua permintaan si dia.

Sabtu pertama cuti sekolah...dari pagi tengok TV, tengok movie kat laptop....bila dah petang bosan tak tau nak buat. Belajar....rilek dulu....baru cuti sekolah. Biarlah Que berehat dulu.....bagi dia enjoy....babah ngajak keluar jejalan GM Klang....janji siap2 dengan dia....jalan2 jer tau....jangan mintak beli mainan jer. Ok set....sibuk dengan wallet dia....minta duit nak isi. Babah beri rm3. Ibu tambah rm2....seronok bukan main.

Lama tak pergi GM dah berubah....best....macam2 ada....byk sudah cop tunggu gaji baru boleh beli....blaus, skirt, handbag, cadar....babah pulak jaket, helmet..
Si Que yg pasti toys ler apa lg....cop2 dulu....hihi....itu namanya window shopping.....

Jejalan penat kaki, balik beli ayam goreng uncle Bob dan singgah makan char kuewteow mamak BK4.

Thursday, July 10, 2014

Bersederhanalah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat berpuasa. Pagi-pagi macam ni semua masih segar dan ceria. Maklumlah sahur tadi macam2 makanan yang dah kita makan. 

Ada yang panaskan hidangan berbuka dan ada juga yang masak menu lain untuk bersahur. Mewahnya kita di bulan Ramadhan. Waktu berbuka hidangan penuh meja atau jika makan bersila di bawah penuh juga hidangan. Sampaikan tak cukup panjang tangan nak mengambil hidangan yang agak jauh. Kuih 2-3 jenis, air 2-3 jenis. Tak kira lauk pauk lagi. Ada ayam, daging, ikan dan sebaginya. Jika dibeli di param macam2 yang terliur dan dibeli. Bila dah makan berbuka sudah pasti makanan tak habis. Mula2 sayang nak buang, simpan dulu kat peti ais. Esoknya dah tak lalu nak makan. Tong sampah jua tempatnya. Tengok...kita selalu membazir tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan ramai lagi di negara kita yang miskin tak ada makanan untuk berbuka. Tak usah bercerita tentang negara luar. 

Seeloknya sama-samalah kita berjimat dan bersederhana. Masak atau beli cukup-cukup untuk berbuka atau bersahur. Jika masak atau beli lebih bersedekah sesama jiran. Besar pahalanya memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Kita akan mendapat pahala seperti mereka yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala mereka.

Antara hikmah Allah menyuruh kita berpuasa adalah agar kita insaf dan merasai keperitan mereka yang miskin dan susah tanpa makanan dan minuman. Kita masih lagi boleh makan semasa sahur dan berbuka. Ada mereka yang tiada makanan untuk bersahur dan berbuka. Mereka berpuasa berhari-hari. Syukur Alhamdulillah...nikmat rezeki makanan yang Allah izinkan buat kita. Majoriti rakyat di Malaysia dilimpahkan makanan yang enak-enak di bulan Ramadhan.

Dalam Islam telah diterangkan agar kita bersederhanalah dalam segala perkara. Tidak perlu menunjuk2 kemewahan diri. Memaparkan kesenangan hidup kita. Apa tujuan kita sebenarnya...agar orang2 sekeliling tahu kita memiliki itu dan ini. Jika ada yang memandang itu tidak punya apa, betapa tersentuhnya hati mereka. Betapa kerdilnya mereka rasa kerana jauhnya jurang hidup mereka dengan kita. Mungkin juga mereka akan rasa segan dan menjauhkan diri dengan kita kerana merasakan tidak layak untuk bergaul dengan orang yang ada-ada seperti kita. Itu hanya pendapat peribadi saya. 

Apa-apa pun seeloknya kita bersederhanalah dalam segala perkara. Jika ada lebih, sedekah pada mereka yang memerlukan. Moga saham akhirat yang kita laburkan akan membahagiakan kita di sana kelak!