tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, July 10, 2014

Bersederhanalah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat berpuasa. Pagi-pagi macam ni semua masih segar dan ceria. Maklumlah sahur tadi macam2 makanan yang dah kita makan. 

Ada yang panaskan hidangan berbuka dan ada juga yang masak menu lain untuk bersahur. Mewahnya kita di bulan Ramadhan. Waktu berbuka hidangan penuh meja atau jika makan bersila di bawah penuh juga hidangan. Sampaikan tak cukup panjang tangan nak mengambil hidangan yang agak jauh. Kuih 2-3 jenis, air 2-3 jenis. Tak kira lauk pauk lagi. Ada ayam, daging, ikan dan sebaginya. Jika dibeli di param macam2 yang terliur dan dibeli. Bila dah makan berbuka sudah pasti makanan tak habis. Mula2 sayang nak buang, simpan dulu kat peti ais. Esoknya dah tak lalu nak makan. Tong sampah jua tempatnya. Tengok...kita selalu membazir tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan ramai lagi di negara kita yang miskin tak ada makanan untuk berbuka. Tak usah bercerita tentang negara luar. 

Seeloknya sama-samalah kita berjimat dan bersederhana. Masak atau beli cukup-cukup untuk berbuka atau bersahur. Jika masak atau beli lebih bersedekah sesama jiran. Besar pahalanya memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Kita akan mendapat pahala seperti mereka yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala mereka.

Antara hikmah Allah menyuruh kita berpuasa adalah agar kita insaf dan merasai keperitan mereka yang miskin dan susah tanpa makanan dan minuman. Kita masih lagi boleh makan semasa sahur dan berbuka. Ada mereka yang tiada makanan untuk bersahur dan berbuka. Mereka berpuasa berhari-hari. Syukur Alhamdulillah...nikmat rezeki makanan yang Allah izinkan buat kita. Majoriti rakyat di Malaysia dilimpahkan makanan yang enak-enak di bulan Ramadhan.

Dalam Islam telah diterangkan agar kita bersederhanalah dalam segala perkara. Tidak perlu menunjuk2 kemewahan diri. Memaparkan kesenangan hidup kita. Apa tujuan kita sebenarnya...agar orang2 sekeliling tahu kita memiliki itu dan ini. Jika ada yang memandang itu tidak punya apa, betapa tersentuhnya hati mereka. Betapa kerdilnya mereka rasa kerana jauhnya jurang hidup mereka dengan kita. Mungkin juga mereka akan rasa segan dan menjauhkan diri dengan kita kerana merasakan tidak layak untuk bergaul dengan orang yang ada-ada seperti kita. Itu hanya pendapat peribadi saya. 

Apa-apa pun seeloknya kita bersederhanalah dalam segala perkara. Jika ada lebih, sedekah pada mereka yang memerlukan. Moga saham akhirat yang kita laburkan akan membahagiakan kita di sana kelak!


1 comment:

Komen ler apa sahaja:-