Pukul 12 malam, masukkan ubat punggung. Isnin terpaksalah aku cuti. Walaupun aku tahu bos aku pasti bengang tetapi apakan daya, anak lebih penting dari segala2nya. anak adalah nyawaku. harta yang aku ada. tiada galang ganti..kalau hilang pekerjaan...akan ada lagi gantinya...lain orang lain prinsip. itu adalah prinsip aku!
Hari Selasa terpaksa juga kerja wlp Que masih demam dan lemah. Seperti biasa kami akan hantar dia ke nursery transit sebelum ke tadika jam 12.00 tengahari. Kami akan melalui jalan kubur Keramat.
Tiba2 Que bertanya. "Kubur tu tempat orang mati yer ibu?". Betul jawabku. "Kubur Que kat mana?"...aduhh..hancur luluh hati aku. sayu semua ada. aku menahan airmata. pagi2 dia dah buat kami suami isteri dah sedih. Babah tolong jawab bila tengok aku dah terkedu..."Que jangan cakap macam tu, jangan buat babah dan ibu sedih. jangan cakap macam tu lagi". Que diam.
Semasa sarapan, aku masih teringat kata2 Que. Aku kerja dah tak senang hati sebab asyik terfikirkan Que. Aku terus telefon nursery. Teacher dia beritahu dia sihat dan aktif bermain.
Alhamdulillah...lega hati aku.
No comments:
Post a Comment
Komen ler apa sahaja:-