tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, January 5, 2011

que pergi sekolah


QUE telah masuk sekolah...dah seminggu. macam tak percaya dan macam mimpi. anak aku dah besar rupanya. inilah dia ibu yang terlebih excited nak tengok anak bersekolah wlp umur anak blm lagi mencecah 4 tahun...

macam ibubapa lain, kami bercuti pada 3 jan 2011 untuk hantar anak sekolah. sesi sekolah que sebelah petang iaitu jam 12.15-4.15pm. Bermulalah hari pertama que di Tadika Amal Taman Keramat Permai.

hari pertama, kami hantar dan tinggalkan dia bersama teacher & kawan2. ikutkan hati nak juga tunggu tetapi ada kerja penting yang mendesak aku ke office wlp bercuti. sedih & sayu hati tinggalkan anak. suamiku memerli. aku hanya diam. seolah2 tinggalkan anak kat asrama...kelakar pun ada.

Hari pertama, kelas hanya sehingga 2.15pm. suami ambil que dan diberitahu salah seorang parents & teacher, bahawa que menangis. dia cari2 ibu tak ada. nasib baik sekejap sahaja. bila aku tanya dia, dengan selamba dia cakap ibu budak lain tunggu, tapi ibu kita tak tunggu...itu kisahnya!


beriadah...

ramai budak nangis. teacher pujuk2 beri topeng ni...

Hari kedua pulak, que meraung sekuat2 hati apabila aku beritahunya aku nak balik. pujuk2 tak makan, akhirnya kami terpaksa tinggalkan dengan dipujuk oleh teachernya. petang aku call sekolah, teacher beritahu dia ok jer. drama sahaja. selepas kami balik dia terus diam...ohh que...terlebih manja!

hari ke 3, que masuk nursery baru. pagi kami hantar melalak dia tak mau duduk situ. kami biarkan sahaja...pukul 11 pagi, teacher akan siapkan dia serta budak2 lain yang transit. teacher tadika amal akan ambil bawa ke sekolah dan hantar balik nursery selepas 4.15pm.

Hari ini, complete satu minggu que bersekolah di tadika amal...nampaknya minggu depan kami kena jumpa teacher tanya perkembangan que. dia ikut semua arahan cikgu atau dia buat hal dia sahaja...rasa seperti mahu jadi spy dan intip que di sekolahnya..boleh tak?


No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-