tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, May 24, 2011

semangat yang kental

hari ini aku berjaya menamatkan hari pertama seminar pemasaran & jualan anjuran PUNB. masih ada 2 hari untuk aku habiskan kursus tersebut. teringat pula zaman belajar. Hari ini aku melihat sesuatu yang membuatku terfikir. Seorang insan OKU yang bersemangat waja.

aku tersangatlah kagum dan respect pada semangat seorang peserta OKU yang datang daripada Kota Bharu Kelantan. Menaiki bas dari Kelantan ditemani anak saudara yang sedang bercuti semata-mata untuk menghadiri seminar atau lebih tepat untuk menimba ilmu demi memajukan perniagaan yang diusahakannya.

Semangatnya begitu tinggi untuk memajukan diri tanpa menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang. Semangatnya patut dicontohi. Walaupun cacat anggota badan, dia tidak meminta-minta untuk menampung hidup. Malah aku rasa perniagaan yang diusahakannya mampu untuk menampung dirinya dan masa depannya. Syabas untuk sahabat baruku. Kita yang sempurna sifat belum tentu akan bersemangat seperti beliau dan tabah menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri.

Semoga beliau berjaya.

1 comment:

  1. Bermakna, org itu tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH....dia menggunakan nikmat yang ALLAH beri dengan sebaik mungkin...tahniah untuk dia

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-