tabung que

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan datang lagi


Selamat berpuasa untuk semua. Semoga puasa kita lebih bermakna tahun ini. Rajin-rajin solat terawih. Berterawih tak semestinya di surau/masjid, di rumah pun boleh. Cuma jika berterawih di surau/masjid ia akan lebih meriah. Solat berjemaah bersama qariah kejiranan kita. Berkenal-kenal & beramah mesra sebab kita hidup berjiran.


(gambar drp mr google)


Sepanjang 3 hari berpuasa ini, menu kami tiap-tiap hari adalah nasi beriani. Aku pun pelik kenapa tak jemu-jemu makan nasi beriani. Kami beli berlainan tempat. Ingin mencuba. Nasi beriani hari pertama kurang sedap. Mahal jer. Lauk cipuk. Kedekut betul. Hari kedua rasa boleh tahan dan harga pun boleh tahan. Hari ke 3 pulak memang sedap dan harga 2 bungkus RM25.00. Aku cakap suami, hari ke 4 janganlah nasi beriani lagi. Suami aku memang hantu nasi beriani kambing. Hari-hari makan nasi beriani kambing pun tak ada masalah bagi dia.

Aku pun dah terjangkit perangai dia. Kalau ikutkan Kelantan mana ada femes nasi beriani ni. Sejak duduk KL ni jer aku makan nasi beriani atau lebih tepat sejak aku kawan, bercinta , bertunang dan kawin dengan suami aku. Nasi beriani memang sedap. Sesiapa yang tak suka makan nasi beriani memang anda berada dalam kerugianlah...

Hari ini aku terfikir nak makan goreng cempedak. Aku tengok berlambak-lambak orang jual tepi2 jalan. Hishh...abislah program DIET aku.

Setiap tahun kerja kami adalah ronda pasar ramadhan yang berdekatan dan mencuba makanan2 yang nampak sedap. Jika rasa hampeh itulah kali pertama dan terakhir kami beli. Orang kata kenapa tak masak? Ermm..aku nak jawab apa yer. Kalau aku rajin aku masak tapi masak nasi jer lah. Lauk pauk semua beli. Kalau hari tak kerja memang aku masaklah. Hari sabtu, ahad atau hari2 cuti lain berasaplah dapur aku. hari lain cuma berasap sebab aku panaskan lauk-pauk. Suami aku pula rajin menyokong aku menyoping kat pasar ramadhan. apa nak buat kan? Janji perut kenyang, hati bahagia. Pernah juga tanya suami, "awak ok ker sebab asyik beli jer ni. tak masak". Dia jawab lagi senang. Cepat boleh makan...kos nak memasak pun sama dengan beli siap atau makan kat kedai.

Suami aku request nak makan ikan percik yang aku masak. tunggu yer en suami. isterimu akan masak juga nanti. Tunggu hari tak kerja. weekend ni pulak nak balik JB. alamak minggu depan pulak lah plan nak masak.

walau apa orang nak kata, aku tetap pengunjung setia dan penyokong penjual pasar ramadhan. tanpa mereka susahlah hidup aku...hahha...tahun ini aku lebih berjimat sebab aku beli tak ikut nafsu. aku hanya beli apa yang nak makan dan semuanya HABIS...sebab tahun ni aku DIET...iyo lah tuh!


2 comments:

  1. diet apa kalo hari hari nasi beriani.... mesti sedap yang 2 bungkus 25henggit...

    ReplyDelete
  2. diet hilang bersama nafsu yg tiap2 hari menggoda. camana nak buat...sedap sangat.

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-