tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, January 29, 2013

Doa untuk ayah

Assalamualaikum

9 Jan 2013, genap 3 tahun arwah ayahku meninggalkan alam ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kami berkumpul anak beranak berbuka puasa di penghujung Ramadhan tahun 2009. Arwah begitu gembira apabila semua anak cucunya dapat berkumpul berbuka puasa. Meriah sekali. Dia mengeluarkan semua belanja untuk berbuka puasa. Kata beliau, mungkin ini kali terakhir beliau dapat berbuka puasa dengan anak cucunya. Dia suruh masakkan singgang daging.

Saat berbuka puasa, dia hanya duduk di sudut rumah berbuka puasa sekadar teh tarik dan sebuku roti. Beliau hanya memandang anak cucu yang meriah berbuka puasa. Katanya dia gembira melihat kami berkumpul dan berbuka bersama-sama.

Pada hari tersebut arwah amat gembira. Hajatnya kesampaian.

Pada raya haji 2009 pula, dia keluarkan duit beli seekor lembu buat korban. Beri pada anak-anak yang berniat untuk buat korban dan akikah. Dia akikahkan anak2 nya yang belum buat akikah masa kecil. Katanya, masa anak2 masih kecil, dia tak mampu dari segi kewangan. Dia nak buat juga walaupun anak2 sudah dewasa. Arwah tersangat gembira menyambut raya haji pada tahun tersebut.

Tanpa disangka pada 9 Jan 2010, kami mendapat panggilan telefon agar pulang. Arwah titipkan pesan agar semua anak-anak pulang. Allahurabbi!

Arwah tak sakit cuma diserang sedikit lelah pada pagi hari tersebut. Masanya dah sampai. Allah panggil dia pulang. Kami redha.

Moga roh arwah dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-