tabung que

CafeMom Tickers

Monday, February 28, 2011

Langkawi Menggamitku 2

Hotel kat Langkawi dah di tempah...AMZAR MOTEL yang terletak di Pantai Chenang. Motel dah habis sebab aku lambat booking. Terpaksa mengambil Hotel yang berharga RM95 satu malam. Kami booking untuk 2 malam, sesekali ke Langkawi tak kan lah hanya satu malam kan. Buat rugi duit tiket feri jer kan...

Kereta pun dah tempah. En Anuar Amzar Motel yang perkenalkan kawan beliau iaitu En Zakaria. Kancil satu hari RM70.00. Ini adalah harga musim cuti sekolah. Booking fees untuk Hotel & kancil di Langkawi dah settle. Terujanya aku...hahha...jakunnya aku ini!

Terlupa pula aku, tujuan utama kami ke Kedah adalah untuk hadir kenduri di Kg Dulang Kecil Yan Kedah. Hotel di Alor Setar dah booking. Tandop Hotel di Jalan Putra. 5 minit dari Stesen Bas sahab Perdana. Aku terpaksa memilih hotel di Alor Setar sebab kakak dari kg naik bas dan akan tiba jam 4 pagi di stesen bas tersebut. Mereka pun teruja nak ke Langkawi daripada nak hadiri kenduri. Jika tuan rumah tahu ni mesti kecil hati kan...hahaha.

Tugas suami pula search map dengan bantuan encik google. nampaknya beliau telkah study jalan2 yang akan kami lalui di Alor Setar, Yan dan Langkawi.

Mulai hari ini hanya menghitung detik...tup tap..tup tap...lambatnya 12 March...hahha..macam perangai kecik2 dulu pulak rasanya...

1 comment:

Komen ler apa sahaja:-