tabung que

CafeMom Tickers

Sunday, November 23, 2014

Pil kuda: Mereka semakin parah

Kesian...kesian...kesian... (Baca gaya PA En Jamil dlm citer madu 3).

Itulah perkataan yang sesuai untuk golongan remaja dan anak muda yang kemaruk pil kuda. Ketagih. Tegar. Tak boleh cakap apa dah....nasihat motivasi semua dah tak jalan. Mereka tetap mahukan pil tersebut. Lelaki perempuan sama sahaja.....mereka sanggup buat apa sahaja janji dapat duit untuk beli pil kuda.

Kasihan...remaja perempuan sanggup jadi bohsia. Serahkan badan asalkan dapat pil tersebut. Khayal. Pengakuan mereka setakat empat lima orang bergilir- gilir adalah biasa. Runtuhnya akhlak mereka akibat pil kuda.

Ramai mereka tak bekerja dan duduk berlingkar bawah ketiak mak ayah. Tidak bersekolah. Masa lapang melepak, curi motor dan jual spare part. Rangka motor campak dalam tali air. Kadang- kadang pecahkan mesin air curi syiling. Curi motor pam air orang kampung malah ayam itik juga dicuri. Semata-mata kerana inginkan duit beli pil kuda.

Polis buat rush kutip semua kutu rayau kampung, masuklah asrama dua tiga bulan. Ada pula mak ayah tok nenek yang menjamin. Keluar dan buat lagi. Tak pernah insaf. Salah siapa? Bagi saya, mak ayah juga punca sebab daripada awal membiarkan anak-anak bercampur bebas dan melepak sana-sini. Apabila orang bagitau akhlak buruk anak, mereka marah dan tak boleh terima. Akibatnya anak jadi hantu kampung dan asyik masuk keluar asrama.

Mereka tidak ada kualiti untuk diri sendiri, keluarga apatah lagi negara. Paling penting diri sendiri yang mahu berubah dan keluarga perlu membantu. Ibubapa jangan hanya memandang dan membiarkan. Orang Kelate kata lok jah wat dok tau. Ikutmu lah nok jadi gapo.

Ibubapa jangan malu hantar mereka ke pusat pemulihan akhlak. Bantulah untuk mereka berubah menjadi orang.

#remaja dan anak muda Kelate terutamanya.

#Luahan kasihan aku pada mereka.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-