tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, July 15, 2010

malam tadi ku bermimpi

malam tadi ku bermimpi...ini mesti kerja syaitan yang tidur dalam lubang hidungku..haha..ya ker?aku pernah terbaca yang setan suka tidur dalam lubang hidung. sebab itu pagi, kita disunatkan cuci hidung semasa ambik air sembahyang.

aku mimpi...suamiku bercintan cintun ngan kawannyer yang aku kenal...iskkk..ini saje nak beri naluri seorang isteri syak suaminya main kayu 3. padahal suamiku tak main apa2 kayu pun mau pun mencari kayu api!

ini memang kerja setan yang duduk atas pintu dan kerja dia nak menghasut agar suami isteri bergaduh..hai setan..ko tak ada kerja lain ker?pergilah kerja kat pub ker, disco ker...tak pun pergi kerja part time kat jusco, sogo, isetan..sekarang ni kan MEGA SALES dah bermula..kat situ ko godalah orang2 yang banyak duit dan banyak kad kredit ni shopping...

hahhaha...mimpi hanya mainan tidur!

Amin.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-