tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, July 20, 2010

cuti-cuti di Kalumpang Resort

tercapai jugak akhirnya keinginanku untuk bercuti...yesss













tq suamiku kerana memahami.
bercuti di kalumpang Resort pada 17 & 18 July bersama suami, anak, zaharah serta anak2nya. mulanya zaharah agak keberatan apabila diajak, tetapi atas pujukan ku dengan ayat2 cinta, akhirnya dia bersetuju...

kami tiba di Kalumpang Resort lebih kurang jam 1.15 pm..check in. kami dapat chalet Kasawari 4. chalet ini terletak di tepi sungai. Harga weekend RM250.00. Apabila tiba di depan chalet Kasawari 3, berkembar. kami agak sebelahnya mesti Kasawari 4 sebab tidak ada tanda nama. tercabut atau tidak ditampal kami pun tidak pasti. dengan excited aku membuka pintu, alamak...terkejut aku..diluar jangkaan...hanya ada 2 katil bujang, bilik air dan kitchen...sempit sangat. sesuai utk 2 orang sahaja. aku sudah marah.

aku tempah untuk 4-6 orang. tengok di website pun ada tertulis, kasawari chalet boleh memuatkan 4-6 orang. tapi...apa sudah jadi. budak resort yang hantar barang kami menjadi mangsa aku lepaskan perasaan. Lakiku menyampuk, apa yg awak nak marah pada budak kerja dia. jom kita pergi pejabat jumpa manager. senang sahaja suamiku kalau pasal komplain ni.

kami jumpa pengurus dan luahkan segala ketidak puasan hati. pengurus hanya menjawab.ohh..minta maaf. kita tak update lagi website. itu lama punya. harga pun tak update lagi, tapi tak apa yer, kita tengok kalau ada chalet yg lebih luas, kita beri tukar...masa pengurus sibuk check dengan pekerja dia, tiba2 datang seorang abang dengan anaknya yang mulut dah berdarah dan bengkak.akibat terjun dan terkena batu.sibuk pulak petugas mencari first aid..

akhirnya, kami mendapat chalet Merak1...kami berpindah dari Kasawari 4 ke Merak 1. dekat sahaja hanya 50 meter (anggaran sahaja). Chalet ini agak besar dan 2 tingkat. Di tingkat bawah, ada katil kelamin, bilik air, tv & astro, kipas..boleh muatkan satu matress. Di tingkat atas (loteng), disediakan 4 matress & kipas. Boleh muat 4-6 orang. Selesa. Kami amat berpuas hati. Chalet ini hanya RM200.00 sahaja.

Selepas kemas barang, kami menjamu selera dengan nasi lemak yang dimasak oleh Zaharah. sedap. masing-masing bertambah. masa tu dah tak ingat The Biggest Londeh!bukan kata mertua lalu, tapi juri dok depan pun balun sajer...hahha..!

Selepas makan, rehat sekejap. Que & Tifaal dah tak sabar nak mandi. bukan saje Que, tapi ibunya sekali. aku asyik melayan que & tifaal mandi, suamiku pula sibuk memanggang ayam dan kambing.baunya cukup sedap...belum makan lagi tu..

kami mandi manda hinggakan que dah biru2 kesejukkan tetapi puas dipujuk tak nak naik.
apabila wisel amaran berbunyi barulah kami naik...hujan dah turun daaa...

balik bilik. semua melepak kesejukan...melayan astro & novel. tidur dalam kesejukan. Jam 6.15am, anak minta susu...alamak air panas ada sedikit sahaja. mana nak ambik?Chalet tidak menyediakan kettle. Suamiku terpaksa menyalakan bara dan memasak air. Rice cooker zaharah menjadi mangsa...nasiblah..keadaan sudah terdesak. Cafe belum buka walaupun dah 6.30 pagi...

Selepas breakfast nasilemak, aku bersama que & Tifaal mandi manda lagi. zaharah hanya menjadi pemerhati bebas manakala suamiku buat taik mata di bilik.

kami check out Merak 1 jam 12.15pm dan check in pula Bayan 2 jam 1.45 petang. Family adik2 ku sampai jam 2 lebih. acara bakar2 ayam lagi...mandi manda lagi...sungguh meriah...

kami balik dengan kepenatan. singgah di Behrang 2020 rumah adikku.
Tiba di KL jam 11.30pm...penat & mengantuk. Sakit perut...badan lemah...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-