tabung que

CafeMom Tickers

Friday, July 16, 2010

mood kobar-kobar!

hari ni aku sakit perut. pagi2 lagi sudah kebabom...hahha.kerja tetap kerja. nak mc serba salah sebab hanya aku seorang sahaja hamba Allah yang setia dan jadi penunggu office. mana yang lain?tak kan lah kerja sorang2 pulak?apa hal?

memanglah ramai kalau lebih dari pada 3 orang kan?tetapi..ada yang jaga projek kat Terengganu. Ada yang buat kerja kat site di Setapak. Maka, secara automatiknya akulah minah muka pejabat yang selalu hari-hari dok kat pejabat. Dah dulu ko nak kerja pejabat kan?banyak pulak songeh sekarang yer? Kalau dah tak nak duduk pejabat, dari dulu baik ko kerja posmen ker, polis trafik ker?haha..padan muka..itu kepala biol ku yang mengomel..hahha

Perutku dah tak tahan sangat, aku terpaksalah cakap dengan bos yang aku nak mc. nasib baiklah bos aku yang hensem tu (hensem ker?hahha..hensemlah jugak, sebab aku pernah tengok gambar masa dia muda2 kat lappy dia, muka macam amir khan...hahaha...aku nak cerita yang dia nak masuk office. elok sangatlah tu kan, kena pada tempatnya. aku pun dengan muka selambanya blah dari office.

tak boleh tahan sangat dah...perutku yang pedih. inilah akibatnya kalau diet tak kena cara..berhari-hari tak makan nasi yang memang peberet aku daripada kecik. sekali makan nasik, makan lak sambal..alamak..terkucil lah..perut pedih. aku sms bos aku beritahu dia yang aku kena blah..dah terkucil dah..hahha (ini rahsia tau). jangan kasi tau orang.

suamiku yang baik hati tolong hantar balik rumah. sempat lagi makan di Restoren Pucuk Dicita. Sedap masakan ala kampung yang dihidangkan. kalau nak merasa, jemputlah makan di area wangsa walk. jangan malu-malu sebab korang yang bayar sendiri...wakakka..

balik rumah aku terus ON lappy ku ditemani dengan brukben maxis. buka FB dan search blog2 yang menarik untuk mencari idea.

tiba-tiba....

'
'
'
'
'
'
aku terjumpa blog ini yang aku rasa CANTIK MENARIK KAU MEMANG THE BOOM...
http://www.aizbatucampur.com

banyak info & tips untuk blogger baru sepertiku. kalau korang nak tau lebih lanjut, silalah ke blog budak ini.tak rugi dan amat berbaloi2. nampak macam friendly blogger...

TIBA-TIBA...aku terus berkobar2 untuk mengupdate blog aku yang jarang2 berentri ni...

ok..cau!

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-