tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, December 14, 2010

sedikit nasihat

kakak cleaner datang buat kerja macam biasa. seperti biasa sambil kerja dia akan bercakap2, bercerita..dia sorang yang ramah, baik hati & lurus. disebabkan kelurusannya kadang2 kita akan terasa tersindir walhal dia berniat baik.

hari ni, dia bagi tips simpan duit.

"kau simpan tiap bulan RM100. kalau tak dapat RM100, RM50 pun jadilah. janji kau simpan. jangan usik duit yang simpan tu walaupun tak cukup duit belanja. kau ikhtiar cara lain kalau kau tak cukup duit. macam akak, kalau tak cukup duit akak akan pinjam. akak akan cakap dengan kwn akak yang beri panjam tu, akak ada duit simpan tapi tak nak ambik. kawan akak beri. akak bayar bulan2".

dalam hati aku berkata, kalau cakap mcm tu masa nak pinjam duit ada ke orang nak beri sbb orang akan anggap kita ada duit tapi kita tak nak guna duit sendiri tapi pinjam dengan orang pula. tapi lain orang lain pemikirannya.

akak ni bagus, walau hanya kerja cleaner part time dan kerja hantar makanan ke wad2 di Gleneagle Hospital, dia dapat saving banyak. dulu dia kerja kilang. hari ni dia beritahu aku dia nak beli kereta baru dan nak bayar down payment RM10 ribu...wowww...bravo akak. tabik spring lah...duit tabung haji dah penuh, tunggu nama naik jer lagi...ada saving utk anak dia 3 orang. sama banyak...opppss..ada rumah. pastu duit EPF berpuluh ribu...pencen nanti senang lah dia...

elok cara akak tu. tapi live dia very simple. tak ada baju mahal, kasut mahal, handbag mahal...semua simple...tak ada gaya langsung. kalau anda mahu seperti dia, korbankan barang2 branded yang selalu beli...hidup sederhana. gaya sederhana. makan sederhana. semua sederhana. haruslah banyak duit di bank anda.

hidup anda..anda tentukan...aku?akan cuba kak...

1 comment:

  1. Hi Mommy,
    Let's win cute slogan tees for your kids in conjunction with our blog launch!
    mykedaibaby.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-