tabung que

CafeMom Tickers

Friday, May 7, 2010

cerita balik kampung

pagi rabu 28 april 2010, dapat call. nenek aku yang dipanggil 'wo', sakit. jatuh semasa nak masuk ke bilik air. kesian dia. kami mengambil keputusan pulang ke kampung untuk menjenguknya. adikku yang tinggal di bukit beruntung ingin tumpang, maka kami ambil keputusan balik kampung melalui jalan cameron highland. kami konvoi dengan adik ku yie yang tinggal di tanjung malim.

tiba di toll simpang pulai jam menunjukkan 6.00 petang. adikku cakap sempat sembahyang asar di cameron. kami pun teruskan perjalanan. semasa mendaki bukit cameron, aku dapat rasakan kereta semacam. aku berpandangan dengan suami. suami pun perasan perkara yang sama. dia berhentikan kereta di pinggir jalan. betul2 di selekoh yang agak merbahaya. kereta terus mati enjin. berasap. kelam kabut kami keluar dari kereta. ambil apa yang penting. adikku blur. dia tak perasan apa yang terjadi kerana asyik melayan anak sulungnya irdina yang muntah dan merengek-rengek. setelah aku memberitahunya, terus dia keluar dengan tergesa-gesa. masa tu tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku. semasa kejadian jam 6.20 pm. aku terus call adik aku yang masih di belakang. dia masih jauh di belakang. kami menunggunya hingga jam 8.00 pm. rupanya mereka berhenti makan dan terpaksa habiskan makan dahulu. salah kami juga kerana meninggalkan mereka terlalu jauh. alasan suamiku untuk mengelakkan malam di bukit cameron. tetapi akhirnya...kami kegelapan jua kat situ...dengan hutan. gelap. anak-anak dah mula merengek-rengek...

adik dan abangku check kereta. enjin dah jam. tangki air bocor. minyak hitam dah keluar membuak-buak keluar. akhirnya kereta kami kena tunda ke Ipoh. sementara suami, abang dan anak saudara menunggu towing truck, kami turun ke simpang pulai. lepak di petronas simpang pulai. makan. hilangkan penat. setelah settle semua perkara, kami ambil keputusan balik ke Tg malim. Suami adikku terpaksa datang ambil kami di simpang pulai. tiba di tg malim jam 2.30 pagi. bincang2, akhirnya pagi khamis kami naik bas balik kg.

sunggub mencabar rasanya. kalau tahu perkara sebegini akan berlaku, dari KL lagi aku dah naik bas. kita hanya merancang, Allah yg menentukan...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-