tabung que

CafeMom Tickers

Monday, May 17, 2010

nak jadi cikgu...

akhirnya hari ini, que tak nangis pergi taska cuma dia menunjukkan memek muka ala-ala nak nangis tapi tak nangis pun. agaknya dia dah biasa dan juga dia segan sebab ramai budak yang menengok. al-maklum aku hantar dia pukul 8 pagi. dah ramai budak-budak kat taska masa tu.

sebenarnya aku nak cerita pasal cita-cita naqiuddin. semenjak pergi taska ni, cita-cita que dah berubah...kalau dulu, bila tanya nanti besar nak jadi apa, dia akan jawab nak jadi doktor. ibu demam nak cucuk ibu. semenjak pergi taska ni, cita-cita dia telah berubah. nak jadi cikgu pulak..agaknya dia seronok tengok cikgu kat taska tu mengajar agaknya...hehehe...walau apa cita-cita que, ibu doakan que akan jadi anak yang berjaya nanti besar kelak!

untuk semua guru...aku ucapkan "selamat hari guru". jadilah guru yang ikhlas mengajar anak-anak bangsa.

1 comment:

  1. dulu dia selalu kena cucuk..tu dia nak balas dendam nak cucuk mu plak.... skrg masuk skolah kenal cikgu plak.... bagusss....cita2 murni tuhhh

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-