tabung que

CafeMom Tickers

Friday, May 7, 2010

cerita nenek

Dalam bas, naqiu muntah membasahi seluarku. hanya air & susu yang keluar sebab dia tak nak makan apa2. pertama kali dia naik bas balik kampung yang melalui jalan berliku2. pukul 4 ptg kami tiba di pasir mas, anak saudara telah menunggu. tiba rumah nenek, ramai saudara-mara yang datang menziarah. semenjak jatuh pada pagi rabu, sedikit makanan tak masuk ke perutnya. katanya tak lalu makan. maklumlah orang tengah menahan sakit. menurut kakak-kakak, puas dipujuk beliau tak nak ke hospital. doktor datang ke rumah, katanya kemungkinan ada patah. doktor suntik ubat tahan sakit.

sukarnya keadaan nenek. dia mengaduh menyebut Allah dan memanggil mak nya. air mata yang bertakung di matanya menunjukkan kesakitannya. hanya dia dan allah yang tahu. kami hanya memandang penuh simpati. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. apabila pujuk-pujuk ke hospital, dia berkata biarlah mati di rumah.

pagi jumaat, akhirnya pujukan kami berjaya. dapat juga kami bawanya ke hospital KB. setelah x-ray, memang betul tulang sendinya patah. doktor masukkan ke wad. masukkan air. doktor nak masukkan besi. ramai yang setuju dan ramai juga yang membantah...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-