tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, May 22, 2010

Meriahnya Wangsa Walk

Semalam balik kerja, lepak minum dan makan roti canai di NZ berdekatan Careffour. Hubby ajak jalan-jalan kat Wangsa Walk. ramai betul orang. meriah. "ada sale ke?". hubby tanya. "entah ler..agaknya lah tu".

parking penuh. berpusing2 ler jugak. akhirnya dapat juga parking. apabila masuk jer Wangsa Walk perkara pertama yang que nampak adalah kereta mainan yang masuk duit 0.50X2 keping...layan dia sekejap!. banyak booth yang telah dibuka terutamanya yang jual HP. jalan-jalan aku ternampak sebuah kedai hiasan rumah English Style..wa caya lu...murah giler..cantik-cantik..ada sale lagi!kalau mak mertua aku tengok ni mesti dia suka. dia memang sukakan English Style. Si Que asyik nak lari dalam kedai yang banyak barang kaca..seram aku. 'Once broken consider sold'..sape yang nak jawab..babah dia ler..hahhaa..

Ini yang paling aku..POPULAR..kedai buku...layan...muka hubby dah semacam sebab dia kena layan anak. aku menjengah tempat novel.alamak..banyaknyer...geramnyerrr...tengok.belek.pegang.letak..tercongak2..nak beli ke tak ni..gaji belum lagi ni..ermmmm...bestlah pulak...akhirnya 'terambil' juga sebijik. 9 Nyawa-RAM...hahha..aku terjumpa buku AKTA KERJA 1955 terbaru sehingga Mac 2010. elok sesangat ler ni...sesuai dengan kerja aku sbg HR yg byk masalah dengan staff sekarang ni..

Kat sini ada TGV..ermm nanti boleh layan tengok wayang. aku teringin nak tengok SHREK FOREVER AFTER..boleh ker bawak Que. agaknya citer belum habis dah ajak keluar ataupun dia akan jerit takut bila bunyi kuat sangat...nampaknya kena tunggu DVD kuarlah...Layan pulak kat bowling.ramainya manusia. mentang2 esok tak kerja..alamak!Que dah mengamuk ajak main bowling..dia ingat ringan bola tu...cuba angkat...tengokkk.."beratlah ibu...".."tau tak per..."hahhaa...

tiba2 kawan call...baru balik dari site Kerteh. baiknya hati dibelinya aku keropok lekor, keropok keping dan juga budu...hahha.tq Robot!

Anak dah mengantuk.ajak balik...zussss...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-