tabung que

CafeMom Tickers

Monday, April 18, 2011

9 tahun aku di sini...

hari ini 18 April 2011, genap 9 tahun aku bekerja di sini.

dari zaman bujang, bercinta, berkahwin dan kini dah ada anak seorang. pelbagai pahit maung dah aku lalui. bersama jatuh bangun syarikat ini. begitu setianya aku pada syarikat ini dan juga pada bos aku. aku tak dapat nafikan yang bos aku memang baik. ambil berat pasal pekerja dan tak ada nak marah2 melulu tanpa usul periksa. itu big boss aku. disebabkan big boss aku yang baik hati itulah aku masih di sini. kalau nak fikirkan faktor2 lain aku rasa dah lama aku blah...bosan wooo kalau dah lama ngadap komputer ini, dinding ini, wajah2 ini sahaja hari-hari...agaknya rezeki aku kat sini.

pagi tadi, aku jumpa sleeping partner bos untuk tandatangan cek dan beritahu hari ini adalah hari ulangtahun ke 9 aku di sini. kalau aku tak bagitau tak ada seorang pun yang tahu. aku tak salahkan big boss sebab dia memang busy giler dan tak ada masa nak ambil tau hal remeh temeh. rupa2nya sleeping partner bos aku dah bocorkan rahsia...

patutlah masa jumpa aku sign cek tadi dia cakap semacam...bunyi macam gud news. tapi aku blur jer!

9 tahun...rasa BOSAN dah bercambah dalam hati aku. apa aku nak buat kalau aku tinggalkan syarikat ini? berniaga? berniaga apa? surirumah sepenuh masa? NO NO NO...



2 comments:

Komen ler apa sahaja:-