tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, April 16, 2011

Bila Hujan...

Hujan dari pagi belum berhenti. Bila hujan lebat macam ni, terus teringat kat kampung. Duduk kumpul reramai makan ubi kayu cicah kelapa muda. Lawan pula dengan air kopi cap badak. fuhhh...kepulan asap air kopi membangkitkan selera. Ubi kayu sepinggan sekejap sahaja kami adik-beradik belasah. Lepas makan, perut pun kenyang, diulit pula dengan irama air hujan yang menimpa atap zink. Mata terus layu. Apalagi masing2 buat taik mata! Itu kenangan masa remaja di kampung. Sungguh indah untuk dikenang.

sekarang hujan di kuala lumpur...apalagi, masak jer jemput-jemput bawang. cicah sos cili. pon sodap...


No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-