tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, April 23, 2011

Pesta Buku menyeru-nyeru namaku

Plan dah cantik pagi ini. mesti siapkan segala kerja rumah...elok siap kerja, suami kata kita pergi petang. saat aku menulis ni, dia siap berdengkur bersama que anak kami. ermmm...nampaknya hati kena sabar dulu. aku memang tak boleh tahan kalau dengar pesta buku. memang kaki buku. aku boleh berada satu hari di pesta buku tersebut. sungguh teruja. sesiapa yang meneman pasti boring kecuali minatnya sama dengan aku.

Aku pasti akan mencari booth NB Kara...last year dapat jumpa dan bergambar dgn NB kesayanganku. Moga hari ni aku dapat jumpa Kak yati. Novelis yang paling aku minat. boleh dikatakan aku ada kesemua novel beliau. Kak Yati memang cool. suka suka suka...errr tak silap aku ada hadiah untuk pembeli di booth kak yati...last year tak dapat sebab dah habis. ramai betul yang serbu.

Aku juga akan cari novel baru RAM...episod last Sunan...oh sunan...heroku...Sunan adalah watak hero dalam novel RAM yang bersambung2...dia memang suka buat peminat tertunggu2...RAM pun aku suka suka suka....novel dia memang best sangat...

Aku juga suka beli novel Aisya Sofea...Anis Ayuni...Rosmizah (3 novel dia memang best)...

wahai buku2, tunggu kedatanganku...


2 comments:

  1. k.Yatie memang sangat baik orgnya.. :)) hukhuk...kalau duduk dekat boleh kita gi deting2 kat Pesta Buku tu..

    ReplyDelete
  2. tadi saya dah jumpa kak yati...ramah mesra bercerita wlp dia penat. awak kat mana?

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-