Akhirnya dapat jugak aku pergi pesta buku tadi. tak ramai sangat orang. mungkin sebab belum gaji lagi kot atau aku pergi lewat petang?
Sempat merakam momen dengan kak yati. Kak yati memang best!
sedang belek2 pen berlampu kak yati
2 buah novel kak yati aku rembat bertajuk 'Sejam RM2.50 (novel terbaru) dan kasih Murni'.
Novel RAM juga berjaya menjadi milikku. tapi sayangnya beliau tak ada di booth karangkraf tadi. agak kecewa!
Novel terbaru Siti Rosmizah '7 hari mencintaiku' juga tak kulepaskan. Beliau juga novelis baru yang aku minati. gaya bahasanya selamba dan kelakar. membawa perasaan kita ke dalam ceritanya. aku pernah ketawa macam orang sawan dan menangis semasa membaca bukunya. ohhh...sungguh obses kata suamiku!
Tak lupa buku citer untuk que...
wah..dapat juga ke pesta buku dan jumpa k.yatie ek...hukhuk jeles!
ReplyDeleteseronok sangat jumpa kak yati
ReplyDelete