tabung que

CafeMom Tickers

Friday, May 7, 2010

ubat bius menjadi isu

semasa di hospital. doktor pakar bertanya kakak. apa keputusan kami. sama ada nak operate masukkan besi atau tidak. doktor jelaskan bahawa ubat bius yang paling sesuai untuk nenekku yang telah berumur 90 tahun hanya ada satu jenis sahaja. lain-lain ubat bius ada risiko untuk jantungnya. ubat bius tersebut dibuat daripada 'darah khinzir'. kakak terkejut bukan kepalang. kami dimaklumkan tentang perkara tersebut. semua kecoh dan pelbagai sumber dirujuk. pelbagai jawapan yang diperoleh. akhirnya abang sendiri bertanya dengan doktor, dan diberitahu bahawa ubat tersebut telah diluluskan oleh majlis fatwa...ermmmm.tetapi...ramai ahli keluargaku yang membangkang perkara ini terutamanya orang-orang tua. khinzir itu haram. maka haramlah ubat tersebut. wallahualam. aku pun belum mengetahui tentang status perkara ini. sama ada ia halal seperti kata doktor atau sebaliknya.

akhirnya, setelah macam-macam pendapat dan perbincangan. keputusan di ambil. kami hormati kehendak nenek yang tak mahu dibedah dan dimasukkan besi. anak-anak nenek yang 2 orang iaitu mak aku dan mak saudaraku juga tidak bersetuju. kami meminta kebenaran doktor untuk bawa nenek balik dan beribat kampung. kami semua redha. harap-harap nenek cepat sembuh.

sekarang nenek ada di rumah. dia masih tak mahu makan. hanya minum sedikit. semasa aku menulis ini, nenek ada appointment dengan 'bomoh patah' di tanah merah.

apa yang melucukan, itulah pertama kali nenek masuk hospital sepanjang umurnya 90 tahun. dia bercerita dengan tetamu yang datang bahawa dia kat hospital 'berbayar'. maknanya hospital swasta lah. katanya lagi kalau hospital kerajaan dia tak nak masuk sebab layanan misi buruk. itulah yang selalu di momokkan oleh orang-orang kampung dan masyarakat kita. dia bercerita layanan kat hospital 'swasta' tersebut amat baik sekali...hahhaa..padahal itu hospital kerajaan...tinggi wad dia..kat tingkatan 3...hahahha..lawak betul nenek aku...

2 comments:

  1. org tua memang.. suka sgt dengar dari mulut org.. nak2 bab2 spital nih.. mok akupun gitu gak.. jgn harap la dia nak gi klinik ko spital ko

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-